Sunday, February 17, 2008

Perjumpaan Ubuntu Malaysia

perjumpaan ubuntu malaysia.png
Saya tak pasti entah berapa lama saya tidak menjengah ke laman web ubuntu.com.my, portal ubuntu malaysia.Sebentar tadi entah bagaimana tangan ini terklik link ke website tersebut dan terpampanglah dimuka depan informasi berkenaan perjumpaan pertama ubuntu malaysia.Perjumpaan yang dirancangkan adalah seperti berikut;

Tempat : FTMSK, UiTM Shah Alam
Tarikh : 24 Februari 2008
Masa : 10Pagi hingga 6Petang

Tentatif
10:00 AM - Ucapan alu-aluan dan taklimat
10:15 - 1st Presentation oleh Kaeru : Open Source dalam sektor kerajaan
11:00 - 2nd Presentation oleh Papit : Ubuntu di Rumah
11:45 - Hadirin berpeluang berkongsi cerita pengalaman menggunakan Ubuntu
12:15 PM - 3rd presentation oleh Adli berkenaan topik tba(?)
13:00 - Rehat bersosial
14:00 - Belum diputuskan (program sukan rakyat etc =) )

Sebelum saya bertanya berkenaan anda berminat atau tidak, mari kita renungkan kebaikan menyertai program ini terutamanya kepada mereka yang masih terkapai-kapai untuk mempelajari ubuntu.
  • Kadang kala pembacaan sahaja sukar difahami tanpa didokumentasikan dan didemontrasikan
  • dapat bertanya perkara yang tidak difahami secara terus kepada otai ubuntu malaysia
  • dapat mengenali dan merapatkan ukhwah diantara komuniti pengguna ubuntu malaysia
  • dapat mengikuti presentation dan memahami dengan lebih mendalam berkenaan ubuntu dan pengaplikasian
  • dapat berjumpa dengan saya (haha)
Sebenarnya saya tidak dapat menyertai perjumpaan ini atas beberapa sebab.Jadi, kalau ada peminat yang nak jumpa tu, sory la ek..hehe

Oh ya, sebelum saya terlupa.Bagi sesiapa yang ingin menginstall ubuntu kedalam laptop atau notebook, sila bawa laptop atau notebook sekali kerana ada sesi installasi secara percuma.Tidak cukup dengan itu, pihak ubuntu malaysia akan membahagikan cd ubuntu secara percuma kepada peserta!

Berminat?

Jika berminat, sila ke laman ubuntu malaysia dan daftarkan nama anda disitu.

8 comments:

  1. Hari penamaan calon korang buat perjumpaan?

    ReplyDelete
  2. wahhh kat FTMSK shah alam ke..?? sound nice gak tuh..

    apsal aku xdapat sebarang emel dari ftmsk.net @ sebarang pengkhabaran tentang event best ni

    ReplyDelete
  3. ni bukan program uitm kan ?

    ReplyDelete
  4. aku ingat kalau takde apa2 hal aku nak je join..
    tapi memandangkan aku dskrg duk jb, susah sikit...
    lagipun hari penamaan calon tu...

    ReplyDelete
  5. #sebol : jgn salahkn aku..aku xtau menahu...depa plan sumer

    #truckster : event ni pravate kot...haha

    #kita : ntah lerr...

    #assabakie : tu psl..aku igt derang perlu ekjas sket tarikh tuh...aku dh la kene bertanding tarikh tu..hoho...

    ReplyDelete
  6. salam...
    ooo ada perjumpaan ka??
    nak juga kesana..
    insyaallah sampai..

    ReplyDelete
  7. Ahahahahah, datang ke tak yerrr... Entahlah...

    ReplyDelete
  8. http://download.openoffice.org/index.html
    link untuk download open sourse office...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...