Thursday, February 21, 2008

Playonlinux : Install game dalam linux menjadi mudah

playonlinux-updatewindows.png
Baru-baru ini saya menerima email daripada seorang pembaca melayubuntu mencadangkan saya mengulas dan mengkaji tentang perisian playonlinux.Sebelum saya menerima email tersebut, ikhlas saya katakan saya tidak tahu menahu apa itu playonlinux.Untuk menulisnya, telah menjadi amalan saya untuk pergi ke website berkenaan, membaca dan mencuba sendiri apa itu playonlinux supaya ulasan saya nantinya tidak menjadi ulasan yang "kosong".

Playonlinux
Ok, apa itu Playonlinux?Masih ingat tentang ulasan saya tentang crossover dan wine?Playonlinux bertindak seumpama crossover iaitu menjadi alat untuk memudahkan pengguna linux menginstall game windows dengan lebih mudah dan kualiti installasi yang lebih stabil.

Installasi
Untuk Ubuntu, dalam website playonlinux kita akan mendapati telah diletakkan link untuk download package .deb.Hanya perlu double click untuk install.

Apa yang Playonlinux lakukan?
Selepas install dan proses update sedikit sebanyak, pertama sekali ialah playonlinux akan memeriksa samada WINE yang anda gunakan sudah mempunyai microsoft font atau tidak.Jika belum, playonlinux akan install microsoft font untuk anda dengan satu klik.Untuk pengetahuan, apabila kita ingin install game windows menggunakan WINE didalam linux, kita memerlukan microsoft font dan ianya satu keperluan yang wajib!

Kemudian, anda akan dibawa ke paparan urutan installasi game.Hanya perlu ikut urutan paparan demi paparan dan anda akan faham yang selebihnya apabila sampai pada peringkat itu.

Game yang disupport?
playonlinux-gamelist.png

Dalam screenshot diatas, sesudah anda pilih jenis game yang ingin diinstall dan klik butang install, anda akan diminta memasukkan CD installer atau file installer didalam komputer anda.Sama seperti apa yang crossover lakukan.

Seperti yang dapat anda saksikan dalam list, itu adalah game yang disupport secara default.Untuk mengatahui lebih banyak tentang game lain, sila klik disini.

Oleh kerana saya merupakan antara manusia yang boleh hidup tanpa game komputer menyebabkan saya tidak berkesempatan untuk install apa-apa game melalui perisian playonlinux ini.Mengapa?Kerana saya tidak mempunyai sebarang cd game atau file installer bagi game untuk dicuba.Saya harap akan ada orang lain yang mencuba dan berkongsi ceritanya disini.Anyone?

Harap ulasan ini bermanfaat!

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner



12 comments:

  1. saya adalah seorang manusia yang tidak boleh hidup dengan adanya game komputer

    terima kasih

    ReplyDelete
  2. Ini adalah satu cara yang baik bagi menambahkan point untuk berusaha memujuk sesiapa sahaja untuk mencuba linux. Mungkin ada yang kata, linux takde game best2, tapi dengan adanya playonlinux ni, mereka tak boleh kata apa2 lagi. =)

    ReplyDelete
  3. yess..
    aku dah tengok senarai game...
    banyak juga... tapi belum cuba lagi playonlinux ni. pada aku game ni aku layan pada cara dipersembahkan, kualiti grafik, shader dan lighning dan x lupa juga kepantasan fps game tu... huhu

    ReplyDelete
  4. perlukah spesifikasi yg tinggi utk memasang game guna ni?

    ReplyDelete
  5. #Khairul : sama-sama...hehe

    #Faizul : yups...hope so..

    #nazri : hehe..masing2 ada taste tersendiri...

    #MaklaN : spesifikasi bergantung pada game la kot..

    ReplyDelete
  6. #MakLaN: saya rasa mungkin kena lebihkan sikit spesifikasi dari yang asal untuk windows. Misalnya RAM 512, jadikan 1GB ke, atau Pentium 4 2.0GHz ke 2.4/3.0GHz. Ini tekaan saya semata2 kerana untuk port command/script/gamedata between platform semestinya mengambil lebih masa dan resource pc. Kalau saya salah sila betulkan, sekian.

    ReplyDelete
  7. Memang mudah...terima kasih atas maklumat ini.

    ReplyDelete
  8. Tahniah Ubuntu.. Ubuntu Kian Menghampiri Windows.. Ayuh Hapuskan Dominasi Windows. Hehe..

    ReplyDelete
  9. macam mana nak path(crack) need for speed most wanted guna software ni??

    ReplyDelete
  10. Freedom! don't crack!

    ReplyDelete
  11. haha aku nak wat gak ah blog ubuntu bahasa melayu ni... aku pun pakai ubuntu... mula2 memangla buntu, tapi skarang ni aku jadi buntu bila guna windows 7, mana xnya, vista ngan 7 xleh connect domain kat opis aku, tapi karmic koala bleh connect without hassle...

    ps: do dpt income x dr website ni?

    ReplyDelete
  12. ismailxpdc.... bleh je crack... tapi patch xsure plak... haha buntu oh buntu

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...