Saturday, September 06, 2008

OpenOffice.org 3.0 RC1, Intrepid Ibex Aplha 5, dan beberapa update

OpenOffice.org 3.0 Release Candidate 1 secara rasminya bersedia untuk dicuba oleh pengguna komputer samada linux, mac osx mahupun windows. Saya telah membuat sedikit review berkenaan ciri terbaru yang diperkenalkan dalam versi 3.0 versi beta yang lalu. Jika anda ingin membaca review tulisan sdr shahdan, sila ke entry sebelum ini.

Terbitnya versi RC1 ini menandakan versi penuh bagi 3.0 akan terbit dalam masa yang terdekat. Ini adalah antara update yang paling dinantikan bagi pengguna openoffice.org kerana perisian openoffice.org merupakan perisian sumber terbuka yang mempunyai bilangan pengguna yang besar seperti juga perisian firefox.

Hari ini juga team pembangun ubuntu mengumumkan terbitnya intrepid ibex alpha 5, update kepada alpha 4 yang diterbitkan baru-baru ini. Untuk makluman, terdapat beberapa tahap pembangunan sebelum sesuatu perisian sumber terbuka itu mencapai tahap matang. Tahap pertama ialah alpha, diikuti dengan beta, kemudian RC (release candidate) dan kemudian barulah terbitnya versi penuh yang stabil dan bebas dari masalah.

Terdapat beberapa pembaharuan dalam update bertahap alpha 5 ini. Antaranya ialah gnome 2.23.91 yang menyokong tabs pada nautilus, X.org server 7.4, Kernel 2.6.27, Network manager 0.7, dan pelbagai lagi perubahan major dan minor.

Saya teruja dengan netbook keluaran dell iaitu Dell Inspiron Mini 9 yang memberi 2 pilihan harga dan sistem operasi kepada bakal pembeli. Bagi versi ubuntu, harga yang ditawarkan ialah $349 manakala bagi versi windows xp, harga yang ditawarkan ialah $399. Nampak perbezaannya?

apt-get install wife?

Ini merupakan lawak bagi orang-orang bujang di melayubuntu ni. Rasanya pengguna ubuntu je yang akan faham lawak ni..


13 comments:

  1. zul, aku tengah buntu ni, dah puas carik care nak play 3gp file dalam ubuntu. gambar kluar tapi suare takdak. kot kalau ade penyelesaian boleh buat entri baru yer.

    ReplyDelete
  2. aku punya main takde masalah pun. mungkin ko takde install codec dia tak. cuba sudo apt-get install ffmpeg . dah tu pegi medibuntu untuk donload package w32codecs.

    ReplyDelete
  3. sang pujangga - apt-get install ffmpeg aku dah buat, yang medibuntu belum lagi. jap lagi aku cube. terima kasih.

    ReplyDelete
  4. success..tq bro, lepas follow guide dari medibuntu, update pastu pakai balik pulseaudio dah boleh dengar suara..aku buat tadi pun cara hardcore, tak ikut susunan so takdapat nak kongsi step by step. mungkin ko boleh buat tutorial untuk makluman kawan2 yg ade masalah 3gp takdak bunyi ni.

    ReplyDelete
  5. hmmm...stahu aku xperlu w32codecs 2 pun leh main 3gp tnpa masalah...maybe ada conflict lain kot..ape2 pun bagus la dh ok..hehe..

    ReplyDelete
  6. Aku jarang menggunakan Open Office ketika di Ubuntu. Selalu guna Ubuntu bila time nak explore something yang baru.

    ReplyDelete
  7. @fauzi : oo yeke...gunala ubuntu masa surfing...selamat sket..hehe

    ReplyDelete
  8. lawak tu ade salib la... kurang2 pegi la tapung sikit dengan gimp.. huhuhu.. papehal, thanks for the info..

    ReplyDelete
  9. @syah : owh..ye xye...ada tnda salib...aku main letak jer..huhu...

    ReplyDelete
  10. Office aku menggunakan OO sepenuhnya. Tapi, belum lagi ada plan untuk gunakan the latest release ni.

    ReplyDelete
  11. perghhhh aku ada gak install OO ni dalam laptop. mmg cool gak la. :)

    ReplyDelete
  12. lagi satu fedora 10 Alpha dah leh download...http://mirrors.fedoraproject.org/publiclist/Fedora/10-Alpha/

    ReplyDelete
  13. @azwan : ooo...gempak gler ofis ko..guna OS...bagus2

    @KNizam :yups...cool sbg altenatif la..

    @Hackers : alpha ek? cam bez gak...nk try dlm VB..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...