Friday, February 29, 2008

Cerita tentang laptop £99

941754EA-DD53-4B9A-B207-A514BE672DEC.jpg
Baca artikel ini jika belum membacanya.

Dengan misi, setiap kanak-kanak di UK perlu memiliki sebuah laptop, syarikat ELONEX dari eropah tampil dengan produk laptop £99 nya yang membuatkan ramai orang terpegun dengan frasa "mengapa sebuah laptop mampu semurah itu?".£99 jika ditukar kepada Ringgit lebih kurang RM630 dan sudah tentu masih murah jika hendak dibandingkan dengan model-model laptop yang lain dipasaran.

Berbalik kepada persoalan utama tentang bagaimana sebuah laptop mampu semurah itu?Jawapannya ialah Sumber Terbuka / Open Source!Apabila disebut open source, yang menjelma dibenak kita ialah perisian yang percuma yang membenarkan kita melakukan apa sahaja padanya.Namun terdapat satu lagi kelebihan open source yang dimanipulasikan sepenuhnya oleh Elonex iaitu cirinya yang mampu digunakan dalam komputer berkuasa rendah.
5EAE4901-9E2E-4453-A7F6-35F5C7F3D38E.jpg

Teori-teorinya;
  1. Dalam entry saya terdahulu iaitu Tahukah Anda Ep.1, saya menyebut tentang harga sistem operasi yang perlu dibayar ketika kita membeli sesuatu komputer/laptop baru
  2. hardware komputer yang berkuasa rendah dan sederhana terbukti mampu menjalankan perisian open source tanpa masalah
  3. Laptop £99 ini ditargetkan untuk kanak-kanak dan kemampuannya untuk menjalankan pemprosesan yang berat tidak digalakkan menyebabkan Elonex membinanya dengan menggunakan hardware yang biasa dan murah.

Lalu logiklah kalau Elonex mampu hasilkan produk yang sebegini murah untuk kanak-kanak di UK.

Baca lanjut...

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

11 comments:

  1. anda telah kena tag.
    sila buat entri mengenai 5 laman web berkaitan Ubuntu yang selalu anda kunjungi. hehe.

    ReplyDelete
  2. Saya tengah tunggu, keluarnya Makcik PC... lambat betullah...

    ReplyDelete
  3. yup makcik PC....xkan pkai ubuntu kot...musti nak kena processor power...kos pon meningkat laaa

    ReplyDelete
  4. Mak Cik PC Memang Stailo Giler La Gambar Tu..Haha..Best..

    ReplyDelete
  5. bro lama x update blog.bro g mana bro.

    ReplyDelete
  6. kemana abang melayubuntu menghilang... mish u... hehe

    ReplyDelete
  7. bro sibuk sangat tuh. :) ada byk projek.

    ReplyDelete
  8. busy buat buku kot. haha. bro, nanti update link. Dh tukar ke http://www.mywindowsxp.info thanks.

    ReplyDelete
  9. aku merinduimu.. din dong

    wei... hapdet mane.. hapdet
    huhu

    ReplyDelete
  10. hmm... banyak orang (yg macam aku ni) terbuka sket mindanya bila baca tentang banyak kelebihan sumber terbuka nih.

    ReplyDelete
  11. @khairul : nanti aku buatkan...errr...masih belum terlambat ke? huhu..

    @azhar : eh, makcik pc xkuar lg ke?

    @truckster : entah la...maybe developer malaysia lebih prefer tingkap..

    @mrozaidi : yeke stylo? ahha..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...