Tuesday, September 02, 2008

Cadangan rangka kerja E-Maj untuk edisi seterusnya

Selepas terbitnya emaj edisi pertama pada 1 Mei 2008 dan hingga ke hari ini, saya tidak putus-putus menerima respon dan cadangan untuk memperbaiki dan seterusnya merealisasikan versi seterusnya. Untuk catatan, sehingga kini emaj menerima 3467 bilangan download secara terus dari savefile.com dan box.net dan lebih dari 9000 view bacaan online di Scribd.com. Ianya angka yang cukup memberansangkan untuk sebuah emajalah edisi pertama apalagi ia ditulis dalam bahasa melayu dan tentang satu sistem operasi yang cukup asing dinegara yang cuma mempunyai 27 juta penduduk sahaja.

Oleh kerana potensi mendatang yang besar dengan open source yang mula mendapat tempat dipejabat-pejabat kerajaan dan sekolah, saya bercadang untuk berkerja kearah versi seterusnya - bukan seorang diri tetapi secara berkumpulan dengan kerja yang lebih tersusun dan teratur.

Lalu saya gariskan beberapa panduan asas seperti berikut untuk versi seterusnya;

1.Menggunakan perisian Open Source sepenuhnya dalam penghasilan
  • OpenOffice.org
  • Scribus
  • Inkscape
  • GIMP
2.Menggunakan format yang diperbincangan terlebih dahulu sesama team penulis
  • Menggunakan template disediakan
  • Menetapkan panduan awal untuk penggunaan font dan adunan warna
  • Grafik yang berformat
3.Ruang lingkup topik yang ditentukan terlebih dahulu
  • mengikut kategori
  • setiap kategori mungkin mempunyai template berbeza tetapi kekal dengan format yang dipersetujui
4.Penghasilan
  • Ada tarikh tutup kepada penulis
  • Setiap penulis bertanggungjawab kepada tugasan/ruang lingkup yang ditetapkan
  • Semua fail akan dikumpulkan dalam bentuk PDF dan digabungkan membentuk 1 versi emaj penuh. Namun source file harus disimpan untuk tujuan-tujuan khas dimasa depan
  • Plan untuk mengeluarkan 1 versi setiap 1 bulan
To-do list;
  • Hasilkan satu mock-up design untuk setiap kategori untuk panduan (perhatian - t/jwb penulis kategori)
  • Tentukan font yang sesuai samada untuk text body, title, command dan sbg.
  • Tentukan kategori-kategori artikel untuk pembahagian tugas
  • Dicadangkan berformat landscape (seperti full circle) - pendapat?
  • Kumpul penulis, designer, penyumbang seramai mungkin. Gerak kerja secara kolektif.
  • Setkan tarikh untuk release seterusnya
Saya sudah mengumpul 2-3 orang penulis dan penyumbang samada dari segi artikel mahupun designer. Namun jika saya mampu mengumpul dalam 10~15 orang penyumbang, sudah tentu kerja-kerja penghasilan akan menjadi lebih mudah. Untuk itu, kepada sesiapa yang berminat, meskipun anda hanya boleh menyumbang satu page sahajapun untuk satu bulan, sila hubungi saya di zul.malc {@} gmail.com - rujuk sidebar.

Setiap artikel yang anda tulis, anda berhak sepenuhnya keatasnya. Bermakna jika anda mempunyai blog atau laman web, anda boleh meletakkannya dalam page tersebut dalam saiz yang munasabah. Oleh kerana emaj ini percuma, semua kerja adalah dalam bentuk sumbangan dan bukan mengharapkan pulangan keuntungan. Jika anda bosan dengan hidup yang lebih banyak menerima dari memberi, ini peluang yang tidak harus anda lepaskan.

Ayuh bangsaku!

19 comments:

  1. artikel untuk ubuntu saje ke .. lain lain distro tak leh campur ke ? ..

    kita main rojok keling skali ..dok pun rojok buah ke.. hehehe.

    ReplyDelete
  2. artikel untuk ubuntu saje ke .. lain lain distro tak leh campur ke ? ..

    kita main rojok keling skali .. heheh.

    ReplyDelete
  3. @hardyw3b : yups...aku bercadang gak nak ulas ttg distro lain...maybe dalam kategori distro..thanks atas cadangan bro..hehe

    ReplyDelete
  4. bagus cadangan ko tu..insyallah aku akan membantu.....

    ReplyDelete
  5. salam... ape yang boleh syah bantu?

    ReplyDelete
  6. huh,,nk join gak ni, tp apakn daya,,pngetahuan sy dlm ubuntu ni msh blh d umpamakan, stitik air jika d bngingkan ngan air laut,,huhu..

    ReplyDelete
  7. @kita : nak bantu dr segi apa tu?

    @syah : syah bleh bantu dr segi ape?

    @green : tolong sebar pun dh ok bro..hehe

    ReplyDelete
  8. memang sangat2 la bagus, bila lagi komuniti Malaysia nk keluarkan E-book Ubuntu dlm bahasa melayu,inilah masanya... asylk2 nk harap bahasa Omputih je...aku bukannya faham sangat.Usaha murni ni mmg harus diteruskan agar lebih ramai lagi rakyat Malaysia yg celik Ubuntu.

    ReplyDelete
  9. oit..nk keluarkan 1 versi setiap 1 bulan,hmm klu jadi ni, mmg 1 pencapaian yg hebat...

    ReplyDelete
  10. huh...tngh sebar ubuntu ngn kngkwan..smpai sy kne pnggil c ubuntu,,,hahaha..pdulikn lah,yg pnting sy ttp sokong ubuntu ni..

    ReplyDelete
  11. @anonymous : so camne? nak menyumbang?

    @green : kire ok la 2...mmber aku pggil aku ubuntuman...hahaha...klu mcm superhero ok jgk...huhu

    ReplyDelete
  12. sokong ubuntu ! walaupun br kenal 2-3 bulan ni ngan ubuntu ,rasa MERDEKA sakan dr segala jenis dot.dot.dot,
    E-Maj satu permulaan yg baik untuk memperkenalkan ubuntu
    kepada masyarakat,diharap akan datang bukan cuma E-Maj je yang rilis ,OS nye gak RILIS,cam indonesia nun dah ada OS nye,yg terbaru BLANKON3 (lontara),semoga berjaya melayubuntu

    ReplyDelete
  13. huh..dlm kls,,cma sy sorang je guna ubuntu..sy dh promo kt member tp smua blur je,diorg cm lbh suka ngn windows ,,nk ceta ngn diorg lbh dlm sket psl ubuntu ni pn ssh coz sy pn msh baru ja bgaul ngn ubuntu..so dngn trbitnya E-maj yg kedua n seturusnya ni, dpt mmudahkn lg pnyebran ubuntu hehe..n mudah la sy nk promo kt member2 klas ni..hahah..

    ReplyDelete
  14. @taufik : rilis OS ke..huhu..maybe bg kt org len lah...lgpun kt mlesia nih dan ada org bikin distro pun...

    @green : hehe..biasala 2. derang slesa lg dgn apa yg ada...

    ReplyDelete
  15. Aku sedia membantu dalam mempromosikan dan apa saja yang boleh menjayakan E-Maj nih. ;)

    ReplyDelete
  16. huh..sy pn nk promosikn jg ni..cm FaizalAzri...

    ReplyDelete
  17. hahaha... syah pulak dipanggil si ubuntut... hahaha... lebih kurang cam bontot terus diorang panggil syah... hahaha... papehal, syah dah berjaya "dakwah" 2 orang kawan supaya menggunakan dual boot... huhuhu..

    ReplyDelete
  18. @faizalazri,green : thanks2...nnti siap promosi ek..hehe

    @syah : haha,,,panggilan no prob. tribulasi smua tuh..wahahaha

    ReplyDelete
  19. hehe..tu sda smestinya.... E-maj kali ni tntu lbih padat lagi ngn info2 menarik...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...