Laman Utama Ubuntu.com Dikemaskini. Yup, Natty Narwhal 11.04 Sedang Berenang Bebas!
Jika anda layari http://www.ubuntu.com/ saat ini, anda akan dapati paparan utamanya berubah selari dengan terbitnya ubuntu versi baru 11.04 memakain kod nama Natty Narwhal. Kali ini, kod nama versi ubuntu diambil dari sejenis ikan paus bertanduk yang mendiami kawasan lautan artik yang dipanggil Narwhal dan versi ubuntu kali ini memperkenalkan antaramuka serba baru iaitu unity. Sekiranya anda berminat untuk memuatturun dan mencuba ubuntu secara percuma, anda boleh melayari; http://www.ubuntu.com/download Semoga versi penuh ubuntu kali ini lebih baik dari versi sebelumnya :)