Posts

Showing posts from August, 2011

MelayUbuntu setup: Shimgeek

Image
Projek ini bakal menjadi satu siri tetap yang akan dijalankan oleh Shimgeek untuk melihat apakah setup-setup yang digunakan oleh pengguna-pengguna Melayubuntu. Saya akan bermula dengan diri saya dahulu. Shimgeek atau nama sebenar Mohd Hashim bekerja sebagai kerani syarikat pembinaan. Apabila dia tidak bergelumang dengan lukisan-lukisan pembinaan beliau selalu godek-godek perisian computer seperti Inkscape dan Gimp. Seorang yang berminat dengan keindahan seni dan warna-warna, kadang-kadang berkicau di laman Twitter , dulu sangat aktif dalam FB sekarang dah kureng...menjadi penulis jemputan Melayubuntu sejak tahun 2010. Sangat obsesss dengan buku, jika dikira-kira bukunya lebih banyak daripada pakaiannya. Shimgeek setup: 1. Bagaimana Setup anda? 2. Apakah setup Ubuntu/Linux sekarang? Untuk seharian, saya menggunakan 14" acer aspire 4710, di mana merupakan laptop yang pertama dibeli semasa di universiti dahulu. Bagi saya ini merupakan laptop yang paling terbaik d...

Merdeheka kah kita?

Tahun ini kita akan menyambut hari kemerdekaan serentak dengan hari raya aidilfitri bagi yang beragama Islam, insyallah. Kemerdekaan yang disambut sejak 54 tahun. Dalam jangka masa 54 tahun itu adakah kita benar-benar telah merdeka dari erti kata sebenar?Kebebasan dalam memilih sesuatu produk, dan adakah kita didedahkan kepada pilihan-pilihan yang ada dan adakah kita tahu kewujudannya? Merdeka dalam definisi kamus Dewan bahasa dan pustaka edisi ke-empat adalah bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain; tidak bergantung pada yang lain; berdiri sendiri. Mungkin ada yang kurang Percaya jika saya katakan yang kita masih belum merdeka. Datuk nenek kita dahulu sahaja merdeka. Apa sebab saya mengatakan demikian; Kita ambil contoh sabun chap daki. Setiap hari kita lihat berulang-ulang kali produk sabun chap daki selalu terpampang di dada-dada akhbar dan kacamata televisyen. Satu situasi apabila anda pergi kekedai untuk membeli sabun, kebarangkalian sabun chap daki untuk a...

Perutusan Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Sempena hari raya aidilfitri yang bakal tiba, saya dengan ini mewakili penulis-penulis blog melayubuntu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin. Seandainya selama setahun ini terdapat tulisan-tulisan kami yang tidak tepat dengan selera pembaca berbentuk provokasi, mencerca, menghina terkasar bahasa, lengok tulisan yang memerli dan sebagainya. Sepuluh jari disusun, maafkan salah & silap. Semoga Hari Raya Aidilfitri kita semua tahun ini memahat sejuta makna yang indah. Wassalam.

Tema Icon Faience : Icon Berasaskan Faenza Memfokuskan Gnome 3

Image
Tema icon Faience adalah satu tema icon berasaskan tema icon faenza yang memfokuskan kepada Gnome 3 dan dihasilkan oleh Tiheum. Selain daripada menghasilkan tema icon, Tiheum juga telah menghasilkan satu tema juga dinamakan Faience untuk Gnome-Shell. Buat masa ini tema faience masih lagi sedang pesat dibangunkan namun pengguna boleh memuatturun untuk mencubanya dalam ubuntu terbaru yang bakal dilepaskan iaitu 11.10. Muatturun tema icon faience :  http://tiheum.deviantart.com/art/Faience-icon-theme-255099649 Muatturun tema gnome-shell faience :  http://tiheum.deviantart.com/art/Gnome-Shell-Faience-255097456

Versi Pembangunan Fedora 16 Alpha 1 Dilepaskan

Image
Versi pembangunan kepada salah satu distro linux terkenal, Fedora 16 alpha 1 hari ini dilepaskan kepada umum. Antara kunci perubahan yang diperkenalkan ialah; - System boot loader grub 2 - Sistem pengesanan sistem operasi secara automatik - Tiada desktop folder - boleh di-configure kembali - Gnome 3.1 - CPUFreq menggantikan CPUSpeed yang membolehkan pengguna membuat perubahan pada cpu clock speed - Mempertingkatkan fungsi virtualisasi - Baca Release Note. Berminat untuk memuatturun? Klik pautan di bawah; https://fedoraproject.org/en/get-prerelease

Installer Ubuntu 11.10 akan memasukkan fungsi mengambil gambar webcam

Image
Ubuntu 11.10 menjadi semakin menarik dengan kemasukan fungsi-fungsi baru dan kemudian Mark Shuttleworth sendiri mendedahkan cita-cita shell Unity dalam ubuntu 11.10. Kini satu lagi fungsi menarik bakal diperkenalkan iaitu ke dalam fungsi installer yang membolehkan pengguna mengambil gambar foto menggunakan webcam. Menarik! Kerana ini juga bermakna ubuntu akan memfokuskan kepada sokongan driver kepada peranti webcam pada komputer dan juga desktop!

Gunalah Firefox Atau Chrome Di PPZ

Image
Sebaik sahaja selesai sahur hari ini dan sementara menunggu Solat Subuh, saya mengambil sedikit masa untuk membaca cara-cara membayar zakat secara talian internet (online) di Pusat Pungutan Zakat yang dikendalikan oleh MAIWP. Sebaik sahaja klik kepada URL http://www.zakat.com.my/ , munculah halaman tersebut di skrin komputer saya. Lalu sebaik sahaja saya cuba alihkan kursor tetikus ke butang TAKSIR ZAKAT, BAYAR ZAKAT dan SEMAK PENYATA ZAKAT; alangkah terharunya saya muncul Flash untuk "PAPARAN TERBAIK SILA GUNAKAN FIREFOX atau CHROME". Lihat tangkapan skrin saya gambar 1 di bawah: Gambar 1 Manakala tangkapan skrin Gambar 2 di bawah pula jelas mengingkat sekali lagi supaya pengguna menggunakan pelayar web FIREFOX atau Chrome! di Zakat2U . Gambar 2 Jadi kesimpulannya ada 2 tujuan mengapa saya mengetengahkan entri ini: Secara tidak langsung entri saya ini mengingatkan kepada saya dan pembaca budiman semua supaya melunaskan Zakat (untuk muslim), terutamanya zakat Fitrah...

Firefox Versi 6 Stabil Telah Dilancarkan

Image
Secara rasminya, pembangun Monzilla telah pun melancarkan pelayar web Firefox versi 6.0 pada 16 Ogos 2011 baru-baru ini. Bagi mereka yang gilakan kepada fungsi tambahan (Extensions Add on), Firefox adalah pelayar Web yang tepat. Mesti pilih! Meskin pun kedengaran desas- desus bahawa pesaingnya iaitu Chrome cuba memintas popularitinya, namun saya percaya beberapa  kelebihan yang ada pada Firefox menjadikannya sukar ditewas buat pada masa ini. Berikut adalah beberapa ciri-ciri baru yang ditawarkan untuk versi 6.0 ini: Sekarang bar alamat menekankan kepada domain laman web yang dilawati. Wajah blok identiti laman (site identity block) dinaik taraf. Ditambah sokongan untuk draf versi terbaru daripada WebSockets dengan API awalan. Ditambah sokongan untuk EventSource / acara server-sent. Sokongan yang ditambah untuk window.matchMedia. Ditambah Scratchpad , persekitaran prototaip interaktif JavaScript. Ditambah ke dalam menu iaitu Web Developer yang baru. Kebolehgunaan...

Muatturun Panduan Hackintosh MyMac4All Percuma Di Sini

Image
Muatturun dengan 1 tweet @ satu facebook post (experimental). Muatturun Terus. http://www.box.net/shared/mav0yhd9db097eqcunot Peringatan 1 : Panduan ini dihasilkan sekitar 2009, padat dengan maklumat teknikal berkenaan teknik hackintosh. Peringatan 2 : Mencuba apa-apa hasil dari panduan ini adalah atas risiko persendirian dan saya tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Peringatan 3 : Sebarkan ilmu ini, Tweet, RT, Facebook Post, Reblog dan sebagainya. Anda dibenarkan untuk hostkan kembali panduan ini dalam hosting masing-masing untuk tujuan perkongsian tanpa menukar apa-apa isi kandungan panduan. Semoga bermanfaat!

Kenapa Saya Memilih iMac.

Image
Ironi. Itu mungkin yang bermain difikiran pembaca blog melayubuntu apabila mendapat tahu saya telah membeli sebuah iMac. Adakah melayubuntu sudah jemu dengan ubuntu dan ingin beralih angin kepada produk Apple pula? Ingin "murtad" dari menggunakan ubuntu dan menghambakan diri kepada perisian proprietary, perisian cetak rompak dan seumpamanya? Sebelum saya mengulas panjang, izinkan saya mendedahkan hampir 99% daripada entry blog ini ditulis menggunakan Macbook! Ya, Macbook! Kenangan Macbook ketika masih "muda". Ketika ini saya berjinak-jinak dengan Hackintosh. Namun saya bukan pengguna Mac OSX 100%. Dalam Macbook yang saya guna sejak 2007 tersebut, Mac OSX sudah lama dibuang partitionnya dan jika ada sisanya hanyalah sistem partition EFI. Sejak memasang Lucid Lynx 10.04, saya tidak pernah fresh install ubuntu dalam Macbook itu dan lebih suka upgrade ke versi terbaru sehinggalah versi terkini 11.10. Perkenalan saya dengan produk Apple pula bermula sejak saya mem...

Melayubuntu dikuasakan mesin terbaru.

Image
Alhamdulillah. Semoga saya lebih bersemangat selepas ini.

Mark Shutterworth Mendedahkan Cita-Cita Unity Dalam Ubuntu 11.10

Image
Mark Shutterworth menulis "we have a refined target render of the Dash for Oneiric, and here it is:" Sambil mengatakan, ubuntu akan mengantikan konsep Places dengan konsep Scopes & Lenses yang akan menfokuskan kepada pengalaman pencarian berskrin penuh. Ternyata konsep ini jugalah yang diaplikasikan dalam kebanyakkan shell seperti Gnome-Shell dan Mac OSX Lion. Mark menulis, Since we introduced the Dash as a full screen device-like search experience, the same idea has made its way into several other shells, most notably Mac OS X Lion. While we’re definitely the outsider in this contest, I think we can stay one step ahead in the game given the support of our community. Evolusi pada panel juga dihighlightkan oleh Mark Shutteworth yang mana dalam Unity serba baru ini, anda dapat melihat butang close, minimize & maximize berada pada panel sebelah kiri. Pihak pembangun ubuntu sedang membuat kajian tentang keberkesanan beberapa kelakuan pada bebutang ini dan ianya akan s...

Panggilan untuk sukarelawan2 Melayubuntu...

Salam, di dalam buku Enchantment oleh Guy Kawasaki . Beliau telah memberikan beberapa cara bagi menarik orang ramai untuk melakukan kerja-kerja sukarelawan dengan lebih berkesan. 1. Letakkan sasaran yang tinggi. Sukarelawan perlu tahu apakah yang mereka lakukan adalah penting dan mereka sedar bahawa mereka boleh melakukan perubahan yang lebih baik. Mungkin Melayubuntu(MB) perlu meletakkan sasaran yang mencabar dan tinggi untuk sukarelawan ini untuk meningkatkan moral mereka kerana moral mereka kini bukanlah duit semata2. Contoh dengan mengadakan kutipan amal untuk disumbang kepada badan-badan kebajikan. 2. Urus mereka dengan baik. Apabila mereka mengetahui apa yang mereka lakukan itu boleh membawa perubahan, mereka hendak menolong, dan tugas MB adalah membolehkan mereka membantu apa yang boleh. Ini termasuklah merancang dan menyusun bagaimana utk memanfaatkan tenaga kerja yang ada dengan mengetahui apakah kelebihan2 pada seseorang volunteer dengan yang lain. 3. Penuhi Kehenda...

Kemaskini Terbaru 11.10 Membawakan Pembaharuan Pada Unity [Screenshot]

Image
Versi pembangunan Ubuntu 11.10 telah dikemaskini beberapa hari ini menyaksikan beberapa pembaharuan pada Unity 4.8.0 menjadikannya lebih menarik dan mudah untuk digunakan. Antara pembaharuan yang dimaksudkan; 1. Tiada lagi logo Ubuntu pada bahagian kiri panel untuk melancarkan dash dan diganti dengan logo ubuntu pada unity launcher. Klik pada logo ubuntu ini akan melancarkan dash seperti dalam screenshot. 2. Lebih menarik, dash kini menawarkan fungsi aplikasi, fail dan muzik, dalam satu interface. Tidak ada lagi launcher khusus untuk aplikasi dan fail seperti sebelum ini pada unity launcher. 3. Pada fungsi pencarian dash, pengguna boleh refine search untuk aplikasi (seperti dalam screenshot), fail dan juga muzik yang mana ini adalah sesuatu yang sangat menarik dan terkedepan berbanding launcher pada OSX Lion. 4. Pada panel di tempat logo ubuntu sebelum ini ialah nama kepada aplikasi yang sedang aktif dan juga menu. Ternyata ianya sangat menarik. 5. Fungsi Alt+Tab pula telah d...

Infografik melayubuntu versi 0.1

Image
Salam, disini disediakan carta dan komen hasil daripada soal selidik . Terima kasih kepada yang sertai soal selidik hari tu. Perhatian kepada -reAndre -myusoff Sila cepat2 hantarkan alamt korang...kalau cepat boleh pakai awak raya. heheheh =)

GDM Diganti LightDM, Kini Dalam Ubuntu 11.10

Image
GDM (Gnome Display Manager) telah lama menjadi default dalam ubuntu dan kini sudah tiba masanya ia digantikan dengan LightDM, untuk Ubuntu 11.10. Ini bermakna, pengguna ubuntu 11.10 akan diraikan dengan antaramuka baru ketika proses login dan ini adalah sesuatu yang mengujakan. Antara sebab pihak pembangun ubuntu memilih untuk bertukar ke LightDM adalah kerana: FASTER – THE GREETER DOESN’T REQUIRE AN ENTIRE GNOME SESSION TO RUN MORE FLEXIBLE – MULTIPLE GREETERS ARE SUPPORTED THROUGH A WELL DEFINED INTERFACE. THIS ALLOWS UBUNTU DERIVATIVES TO USE THE SAME DISPLAY MANAGER (E.G. KUBUNTU, LUBUNTU ETC). SIMPLER CODEBASE – SIMILAR FEATURE SET IN ~5,000 LINES OF CODE COMPARED TO 50,000 IN GDM SUPPORTS MORE USECASES – FIRST CLASS SUPPORT FOR XDMCP AND MULTIHEAD. Sumber : launchpad blueprint Untuk melihat LightDM ini berfungsi, anda boleh melihat video di bawah; Sekiranya anda pengguna 11.10, anda sepatutnya telah mendapat kemaskini baru yang mengaktifkan tema baru ini dala...

Kaji dan selidik 3

Image
Contoh baju yang akan diberikan kepada yang mejawab soal selidik aku. Sila berikan saiz baju sekali ek, lupa pula nak tanya. Lihat pemenang bertuah. klik sini .

Menghasilkan eBook Sendiri Berformat ePUB Dengan LibreOffice

Image
Dunia sedang menuju ke arah kehidupan serba digital. Bakal & sedang menyertai pesta digital ini ialah buku dan ianya dipanggil eBook. Di Malaysia, saya menjangkakan 2012 adalah tahun bermulanya industri buku berbentuk digital (ianya bukan ebook berbentuk pdf yang bertaburan di internet ketika ini) secara komersial dengan Google eBookstore pastinya antara pemain utama. ePUB (Electronik Publication - ext .epub) ialah format open ebook standard yang diiktiraf oleh International Digital Publishing Forum (IDPF). Format ini telah direka supaya teks kandungan yang dipamerkan boleh dioptimizekan untuk device pembaca tertentu. ePUB ini mempunyai beberapa ciri antaranya; Free and open Re-flowable (word wrap) and re-sizable text Inline raster and vector images Embedded metadata DRM support CSS styling Support for alternative renditions in the same file Use of out-of-line and inline XML islands to extend the functionality of EPUB Ciri ini membolehkan ePUB reader di dalam ...

Ubuntu Software Center Antaramuka Serba Baru Diperlihatkan Dalam Oneiric Ocelot

Image
Sekiranya anda sedang menggunakan Ubuntu 10.10 Alpha 3, kemaskini terbaru daripada pihak pembangun ubuntu menyertakan Ubuntu Software Center (Preview) dengan antaramuka serba baru seperti yang dapat anda lihat dalam screenshot di atass. Untuk mencuba antaramuka ini, pengguna boleh memasukkan kata arahan berikut pada terminal : software-center-gtk3 Kita boleh menjangkakan, antaramuka serba baru ini akan diperkenalkan sedikit masa lagi secara default. via : omgubuntu

Linus Torvalds Akui Menggunakan Xfce & Menghentam Gnome 3

Image
Sekiranya anda merasakan Gnome 3 (+Gnome-Shell) sesuatu yang sangat berbaloi untuk dicuba, mungkin artikel ini sesuatu yang boleh membuatkan anda berfikir beberapa kali. Linus Torvalds, dalam perbualan di Google+ baru-baru ini tanpa berlapik menghentam perubahan yang dilakukan oleh pembangun terhadap Gnome 3. Antara tulisan beliau adalah seperti dalam screenshot di bawah; Antara isu yang sering dibangkit berkenaan Gnome 3 yang menimbulkan kontroversi ialah; Tiada fail pada desktop (shortcut etc..) Tiada fungsi restart / shutdown (secara direct dari menu yang sepatutnya) Tidak menyokong perubahan tema (secara official) - pembangun ingin interface standard bagi gnome.. Fungsi maximize & minimize yang 'dihilangkan' Bagaimana pendapat anda tentang Gnome 3?