Posts

Showing posts from March, 2011

#Maxis10 - Nexus S Sebagai Portable Wi-Fi Hotspot

Image
Antara kebolehan lain telefon pintar Google Nexus S yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia oleh Maxis ialah kemampuan untuk berfungsi sebagai Portable Wi-Fi Hotspot. Fungsi ini pada Google Nexus S yang menggunakan Android Gingerbread membenarkan sehingga 6 peranti lain menggunakan hotspot Nexus S dalam satu-satu masa. Apa yang perlu disetup pada Nexus S ialah seperti berikut; 1. Pergi ke Settings - Wireless & Networks 2. Tathering & portable hotspot - Portable Wi-Fi hotspot settings 3. Configure Wi-Fi hotspot kepada sesuatu seperti berikut (setkan identiti SSID & Keselamatan) kemudian Save. 4. Selesai proses ini, aktifkan Portable Wi-Fi hotspot (Lihat ikon berwarna biru pada panel atas kiri menandakan fungsi Wi-Fi Hotspot telah diaktifkan) 5. Samada anda pengguna ubuntu, telefon yang mempunyai fungsi Wifi, Laptop, mahupun desktop, anda akan boleh menggunakan sambungan Wi-Fi ini untuk terus menggunakan internet dalam peranti yang anda gunakan. Mudah bukan? Bay...

#Maxis10 - Nexus S, NFC dan Google Mobile Payment

Image
Google Nexus S istimewa berbanding telefon Android mahupun telefon pintar lain kerana di dalamnya terdapat teknologi dinamakan NFC (Near Field Communication) yang mana teknologi terbaru ini mampu digunakan sebagai mobile payment di masa hadapan. Pada saat kita menjangkakan masa hadapan yang dimaksudkan mungkin masih terlalu jauh, hari ini (atau semalam) heboh diperkatakan sekarang ini google sedang mempergiatkan usaha membangunkan teknologi yang dipanggil mobile payment untuk Android. Dilaporkan , Google telahpun menjalinkan kerjasama dengan Mastercard Inc, Citigroup Inc dan juga VeriFone (Syarikat pembuat pengimbas kad kredit) dan teknologi yang pastinya menerjah Amerika Syarikat terlebih dahulu ini menjanjikan satu cara pembayaran dengan hanya mendekatkan telefon pintar mereka (seperti Nexus S) ke pengesan di kaunter pembayaran. Sementara itu adalah salah satu aplikasi pembelian yang dimungkinkan oleh teknologi ini, kebimbangan tentang tahap keselamatan teknologi NFC telahpun t...

#Maxis10 : Android Market - Aplikasi apa yang anda mahu?

Image
Android adalah sebuah platform yang membangun dengan begitu pesat dan statistik dari Julai 2010 sehingga Disember 2010 menunjukkan bagi pasaran di Amerika, 43% daripada penjualan telefon pintar dalam tempoh itu dikuasai oleh telefon Android manakala iOS sekadar 26% dan RIM Blackberry sekadar pada 20%. Perkembangan pesat ini menjanjikan pasaran dan peluang yang besar kepada pembangun aplikasi yang sekaligus menatijahkan kepada pertambahan bilangan aplikasi dalam Android Market - pasar kepada semua aplikasi bagi Android. Istimewanya platform Android ialah, 57% aplikasi dalam Android Market adalah percuma jika dibandingkan dengan App Store dari Apple yang hanya mempunyai sekitar 28% aplikasi percuma . Manakala harga purata bagi aplikasi bagi Android Market adalah sekitar $3.29 (Dollar) berbanding App Store iaitu $4.01 (Dollar). Namun sekiranya anda menggunakan telefon Android yang tidak di"root", terdapat banyak aplikasi yang anda akan perasan tiada dalam Android Market. Ha...

Eksperimen : Upgrade Ubuntu 10.10 ke 11.04 Guna Standard Live CD

Image
Saya menulis serba ringkas berkenaan fungsi ini dalam entri terdahulu namun hari ini saya berkesempatan mencuba sendiri fungsi ini dan ianya sangat memuaskan hati. Cara-caranya ialah 1. Muatturun fail ISO Ubuntu yang terkini di  http://cdimage.ubuntu.com/daily-live/current/ 2. Burn ISO tersebut ke dalam DVD dalam bentuk image Nota : Fail ISO sekarang ini bersaiz 704MB dan menjadikannya mustahil untuk muat ke dalam CD standard yang hanya mampu menampung sehingga 700MB. Nasihat saya, guna DVD! 3. Masukkan DVD yang telah di burn tadi ke tray dan restart ubuntu. Pastikan boot priority yang betul supaya komputer boot ke dalam DVD tadi. 4. Seperti dalam Ubuntu 10.10, anda akan melihat skrin yang bertanyakan adakah anda ingin memasang atau mencuba ubuntu. Sila pilih 'Install Ubuntu'. 5. Teruskan proses sebagaimana biasa sehingga anda paparan seperti dalam screenshot di atas. 6. Pilih Upgrade Ubuntu ke Natty! Pengalaman saya. Menggunakan komputer yang menggunakan p...

#Maxis10 - Android 2.3 "Gingerbread" dalam Nexus S

Image
Sudah lebih 7 hari saya diberi peluang oleh Maxis untuk mencuba telefon pintar terbaru di pasaran Malaysia iaitu Google-Samsung Nexus S. Telefon yang diberi jolokan "Pure Google" ini menggunakan sistem operasi Android versi 2.3 Gingerbread dan diwar-warkan sebagai telefon pintar pertama yang menggunakan android versi ini. Apa itu Android Saya kira masih ramai yang tidak tahu apa itu android atau sekurang-kurang tersalah anggap - sepertimana mereka menyangka Windows adalah komputer dan komputer adalah Windows. Salah sama sekali! Android adalah sistem operasi telefon pintar yang dibangunkan oleh Google berasaskan kernel "Linux" yang diasaskan oleh Linux Torvalds. Dalam Android 2.3 Nexus S, kernel yang digunakan adalah versi 2.6.35. Ya kernel yang sama yang digunakan oleh pembangun ubuntu untuk versi Maverick Meerkat! Istimewa Google-Samsung Nexus S Ada satu perkara yang perlu saya jelaskan mengapa Google Nexus S begitu istimewa apabila ia menggunakan Andori...

Memasang Firefox 4.0 Dalam Ubuntu

Image
Firefox 4.0 sudah dilepaskan kepada umum. Bagi pengguna Windows dan Mac OSX, cukup dengan hanya memuatturun sahaja kemudian memasangnya dengan mudah. Bagi pengguna ubuntu, sedikit berbeza. Oleh kerana Firefox adalah browser default ubuntu, pengguna harus menaiktaraf versi terdahulu ke versi terbaru iaitu 4.0. Cara-caranya adalah; 1. Buka terminal dan masukkan; sudo add-apt-repository ppa:mozillateam/firefox-stable sudo apt-get update 2. Update menggunakan Update Manager. Bagaimanakah prestasi firefox 4.0 bagi anda? Adakah semakin baik atau tetap sama?

#Maxis10 - Cara-Cara Hard Reset Google Nexus S

Pada entry lepas saya ada bangkitkan beberapa isu & masalah membabitkan telefon pintar Google Nexus S yang dibawa masuk oleh Maxis ke pasaran Malaysia. Antaranya isu aplikasi youtube yang gagal dipasang atau sebenarnya aplikasi ini seperti tidak dipasang secara sempurna. Selepas mendapat cadangan daripada bro azam, saya telah cuba untuk hard reset atau sebenarnya kembalikan semula keadaan telefon pintar seperti konfigurasi asal daripada kilang. Hasilnya, kini saya tidak lagi mengalami masalah tadi dan semuanya berfungsi normal seperti yang sepatutnya. Bagaimana untuk hard reset telefon Google Nexus S? 1. Pada home skrin, tap pada menu. 2. Tap Settings > Privacy 3. Factory data reset. 4. Tap reset phone 5. Masukkan password sekiranya diminta dan kemudian Erase everything.. Selamat mencuba :) Ditulis menggunakan aplikasi blogger app untuk android!

#Maxis10 - Nexus S & Sokongan SIP/VOIP

Image
Antara fungsi terbaru yang diperkenalkan dalam Android Gingerbread dalam Nexus S ialah kebolehan untuk membuat panggilan suara melalui internet menggunakan akaun SIP (Session Initiation Protocol) menggunakan teknologi VOIP (Voice Over IP). Dengan bahasa mudahnya, sebelah pihak yang mempunyai akaun SIP mampu menghubungi sebelah pihak lagi yang turut sama mempunyai akaun SIP menggunakan peranti samada telefon Nexus S, laptop yang mempunyai SIP Client atau mana-mana perisian yang menyokong teknologi SIP/VOIP. Eksperimen Saya 1. Daftarkan 2 akaun SIP. 2. Sistem operasi Ubuntu saya lengkapkan dengan perisian Ekiga Softphone dan saya ENABLE kan fungsi Internet Calling pada telefon Nexus S. Pada kedua-duanya saya setupkan (kedua-dua) akaun yang telah didaftarkan tadi. 3. Laptop (Ubuntu) dan Nexus S disambungkan ke Wifi. 4. Saya membuat panggilan dari Laptop ke telefon dan ianya berfungsi! Sila rujuk screenshot di atas. Sedang membuat panggilana dari Nexus S ke laptop ubuntu.  B...

#Maxis10 - 3 Hari Bersama Google Nexus S

Image
Pertamanya, pembaca perlu faham dari persepsi siapakah review ini telah ditulis. Latar belakang dan kecenderungan penulis adalah sangat penting untuk difahami. Insan yang berbeza, mempunyai anggapan , persepsi dan penilaian yang berbeza. Namun begitu saya akan cuba untuk bersikap jujur, tidak bias, tidak mengampu, tidak memperbesarkan perkara kecil, dan paling penting, melihat dari persepsi saya sendiri. Nexus S bukanlah telefon pintar dan telefon skrin sentuh pertama saya tetapi ia adalah Android pertama saya. Sebelum ini saya pernah menggunakan Nokia N97 Mini yang kemudiannya saya give up dengannya - hanya setelah lebih kurang 3 bulan menggunakannya! Spesifikasi Google Nexus S (Antara Yang Penting) Saiz Telefon Saiz : 123.9 x 63 x 10.9 mm Berat : 129g Display Jenis : Super LCD Capacitive Touchscreen , 16 juta warna! ( Nota : Bukan Super AMOLED!) Saiz : 4 Inci / Resolusi 480x800 Memory Internal : 16GB storage / 512MB RAM Card Slot : Tiada! Camera Belakang (Utama) : 5...

#Maxis10 - Google Nexus S kini di Melayubuntu!

Image
Ianya sudah menjadi rahsia umum. Baru-baru ini (16 Mac 2011), ketika sedang asyik menyantap hidangan tengah hari, saya dikejutkan dengan satu panggilan telefon menyatakan tentang saya telah dipilih sebagai pengulas kepada sebuah telefon yang bakal dibawa masuk ke Malaysia iaitu Google Nexus S! Suara seorang wanita di hujung talian seolah-olah mengerti betapa terkejut, teruja, dan gembiranya saya pada waktu itu. Tak pasal-pasal rakan sepejabat yang keluar makan bersama saya dapat makan free pada hari berkenaan. Alhamdulillah! Untuk saya dan rakan sepejabat tersebut. 18 Mac 2011 - Jumaat. Percaya atau tidak itulah pertama kali saya menjejakkan kaki ke Pavilion. Bertempat di Centre Court Pavilion, orang ramai yang kebanyakkannya media samada media traditional mahupun bloggers berkumpul sejak jam 10.30 pagi sempena pelancaran telefon antara yang ditunggu-tunggu untuk tiba di Malaysia. Sebaik selesai majlis perasmian dan pelancaran berkenaan, kami 10 orang ( @cikgudahlia @menteil @w...

Faenza Gnome Icon Theme versi 0.9!

Image
Kepada penggemar & pengguna faenza gnome icon theme, anda semestinya telah menerima satu kemaskini pada hari ini. Antara perubahan ketara yang mungkin cepat anda perasan ialah icon Chrome/ium yang diselaraskan dengan perubahan icon rasmi aplikasi tersebut. Sekiranya anda belum memasang tema icon ini dalam ubuntu anda, sila masukkan kata arahan berikut  ke terminal dan ikuti proses pemasangan biasa. sudo add-apt-repository ppa:tiheum/equinox sudo apt-get update sudo apt-get install faenza-icon-theme

Sesuatu yang serba baru untuk diulas di Melayubuntu! - #Maxis10

Image
Blog melayubuntu diwujudkan sekitar Oktober 2007 dan kini ianya telah menjangkau usia lebih daripada 3 tahun. Memilih topik "Ubuntu", "Linux", "Open Source" sebagai topik perbincangan blog bukanlah sesuatu yang mengikut arus kegemaran ramai pada ketika itu. Anda perlu melakukan sesuatu yang konsisten dan cukup bermanfaat untuk menarik audience pembaca membaca blog anda. Alhamdulillah selepas 3 tahun, blog ini masih di sini, masih menjadi sumber rujukan berterusan oleh pengguna komputer yang tertarik dengan sistem operasi ubuntu dan ilmu-ilmu di sekitarnya. Semalam (18 Mac 2011), saya dijemput menghadiri pelancaran Telefon Pintar Nexus S (atau juga Samsung GT-I9020T) yang bertempat di Pavilion, Kuala Lumpur. Nexus S sebagaimana yang umum mengetahui, merupakan sebuah telefon pintar kolaborasi bersama Google sebagai pembangun software iaitu Android dan Samsung sebagai pembangun hardware iaitu peranti Nexus S itu sendiri. Berserta dengan pelancaran ini ...

Dokumen Praktikal Ubuntu - Projek terbengkalai Melayubuntu

Image
Pada suatu ketika, saya benar-benar berazam untuk menyiapkan satu panduan lengkap tentang ubuntu dan bukan sekadar panduan pengenalan seperti Manual Ubuntu. Terdapat satu projek yang saya namakan Praktikal Ubuntu dan saya cuba siapkannya sedaya upaya. Cabarannya adalah apabila anda gagal menyiapkannya dalam masa 6 bulan, manakala versi ubuntu dikemaskini setiap 6 bulan sekali. Ianya satu cabaran yang besar kepada saya dan kepada sesiapa sahaja yang bercita-cita untuk menyiapkan sesuatu seumpamanya. Disini saya sertakan satu pautan muatturun kepada satu fail PDF Praktikal Ubuntu (Prototaip) yang saya telah cuba siapkan namun tewas kerana tuntutan masa yang tidak mengizinkan. Anda boleh memuatturun di ; http://db.tt/t6xntKG Saya memikirkan, tidak ada guna saya menyimpan sesuatu seperti ini dalam memori komputer dan tiada sesiapa yang dapat mengambil manfaat darinya.  Ini adalah dokumen 'belum siap' namun terdapat beberapa bahagian yang ilmunya masih boleh dimanfaatkan ol...

Melajukan Facebook Dalam Linux/Ubuntu

Image
Saya terbaca dalam  http://komputer.my/  tentang cara melajukan Facebook dalam Windows 7. Saya kira pengguna linux/ubuntu semestinya ingin tahu bagaimana untuk melakukan trick yang sama dalam sistem operasi kegemaran mereka. Caranya sangat mudah: 1. Buka terminal dan masukkan kata arahan sudo gedit /etc/hosts 2. Di bawah 127.0.1.1, masukkan line berikut; 203.106.85.66 www.facebook.com 3. Save dan kemudian buka Facebook.com untuk melihat perubahan. Via :  http://www.liewcf.com/malaysia-slow-facebook-solution-7045/

Majalah Edaran Sabily Pertama

Image
Ini adalah artikel kedua saya setelah mendapat komen yang panjang dari @jipangmenjerit dan @garfieldWTF pada artikel saya yang lalu . Ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus melangkah daripada pendirian saya dan menerima setiap kritikan dengan menjadikannya sebagai pembakar semangat saya. Terus kepada cerita seperti tajuk yang di atas. Majalah Edaran Sabily Keluaran 001. Seperti yang anda ketahui, Sabily adalah fork Ubuntu yang nama asalnya adalah Ubuntu Muslim Edition . Oleh kerana terdapat beberapa percanggahan maklumat (bukan pendapat), pembangun Ubuntu Muslim Edition terpaksa menukar namanya kepada Sabily, memandangkan teguran daripada pihak pengurusan Canonical berkenaan penggunaan perkataan "Ubuntu - Muslim Edition". Teguran tadi diambil positif daripada pembangun Sabily yang langsung menukar namanya kepada Linux Sabily dengan membuang terus perkataan Ubuntu daripada namanya. Walaubagaimanapun, keizinan ini telah dizahirkan oleh Mark Shuttleworth dan oleh kerana...

Memperbaiki Video Youtube Berwarna Pink / Merah dalam Ubuntu

Image
Saya tidak mengalami gejala ini tetapi saya kira ramai pengguna ubuntu yang mengalaminya. Kini terdapat beberapa perkara yang boleh dicuba untuk memperbaiki masalah ini. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sila rujuk artikel : http://www.webupd8.org/2011/03/fix-pinkred-youtube-videos-bug-using.html Semoga ianya dapat membantu.

Scrivener untuk Linux! Perisian berbayar kini mengintai pasaran pengguna linux?

Image
Petang tadi saya terbaca artikel di OMGUbuntu! tentang satu aplikasi yang saya pernah guna ketika menggunakan Mac OSX satu ketika dahulu iaitu Scrivener! Scrivener ialah satu aplikasi 'word processing' khas untuk penulis yang selama ini secara tradisinya hanya dibangunkan untuk sistem operasi Mac OSX. Namun tradisi itu tidak lagi dipertahankan apabila pembangun Scrivener mula membangunkan dan telah mengeluarkan versi beta pertama bagi aplikasi ini untuk dicuba secara percuma oleh pengguna sistem operasi berasaskan Linux dan Windows! Sekiranya anda ingin mencuba aplikasi ini dalam ubuntu, ikut panduan berikut; 1) Muat turun Scrivener versi Linux di sini : http://literatureandlatte.com/scrivenerforwindows/ 2) Extract fail bernama 'LiteratureAndLatte' ke dalam Home folder 3) Buka terminal dan taipkan; sudo mv LiteratureAndLatte /usr/local/ 4) Untuk melancarkan aplikasi ini, buka file manager dan pergi ke file system - usr - local - LiteratureAndLatte - bin , kem...

Upgrade Ubuntu Sedia Ada Menggunakan Live CD Ubuntu

Image
   (imej dari webupd8) Apa kata kalau pengguna boleh upgrade versi ubuntu menggunakan Ubuntu Live Cd dalam sesi pemasangan ubuntu? Nampaknya impian itu kini bakal menjadi impian apabila versi Ubuntu terbaru (masih dalam pembangunan) akan menawarkan kebolehan untuk upgrade ubuntu lama ke versi terbaru (rujuk screenshot di atas). Selepas ini pengguna ubuntu tidak memerlukan lagi versi Ubuntu Altenate atau upgrade secara terus menggunakan internet dengan ada fungsi ini. Saya mengharapkan fungsi ini akan menjadi kenyataan dalam versi ubuntu yang bakal dilepaskan April ini dan memungkinkan kita untuk upgrade Maverick Meerkat kepada Natty Narwhal dengan mudah dan cepat. [via : webupd8 ]