Saturday, March 26, 2011

#Maxis10 - Android 2.3 "Gingerbread" dalam Nexus S


Sudah lebih 7 hari saya diberi peluang oleh Maxis untuk mencuba telefon pintar terbaru di pasaran Malaysia iaitu Google-Samsung Nexus S. Telefon yang diberi jolokan "Pure Google" ini menggunakan sistem operasi Android versi 2.3 Gingerbread dan diwar-warkan sebagai telefon pintar pertama yang menggunakan android versi ini.

Apa itu Android


Saya kira masih ramai yang tidak tahu apa itu android atau sekurang-kurang tersalah anggap - sepertimana mereka menyangka Windows adalah komputer dan komputer adalah Windows. Salah sama sekali! Android adalah sistem operasi telefon pintar yang dibangunkan oleh Google berasaskan kernel "Linux" yang diasaskan oleh Linux Torvalds. Dalam Android 2.3 Nexus S, kernel yang digunakan adalah versi 2.6.35. Ya kernel yang sama yang digunakan oleh pembangun ubuntu untuk versi Maverick Meerkat!

Istimewa Google-Samsung Nexus S

Ada satu perkara yang perlu saya jelaskan mengapa Google Nexus S begitu istimewa apabila ia menggunakan Andorid berbanding telefon Android yang lain. Apple adalah pembangun software dan peranti kepada iOS iaitu iPhone. Ini menjadikan software dan peranti iaitu iPhone berfungsi dengan sangat cekap, stabil, dan pada prestasi optima. Inilah keistimewaan Nexus S iaitu Google sendiri yang membangunkan software (Android) dan peranti (Nexus S) dengan kerjasama samsung. Kernel linux disesuaikan dengan pemproses Hummingbird 1.0GHz menjadikan keseluruhan sistem operasi adalah lancar, pantas, dan paling penting ianya sangat menjimatkan tenaga (menjanjikan bateri telefon akan bertahan dengan lebih lama).

Saya kira screenshot di bawah adalah bukti yang baik untuk dikedepankan.


Oleh kerana Nexus S dibangunkan terus oleh Google, model telefon ini adalah model pertama yang akan menerima apa sahaja kemaskini Android daripada Google. Bermakna pengguna telefon pintar Nexus S adalah pengguna pertama yang bakal menikmati fungsi serta ciri terbaru sistem operasi Android di masa akan datang. Bagi pembangun aplikasi Android pula, Nexus S adalah peranti yang harus menjadi pilihan utama berbanding model-model lain kerana kelebihan ini.

Istimewa Andorid 2.3 "Gingerbread"

Bagi mereka yang tidak biasa dengan sistem penamaan dan penomboran perisian, pastinya agak janggal dengannya. Setiap perisian mempunyai nombor versi dan kod nama yang berbeza bagi membezakan antara satu sama lain. Nombor versi dan kod nama akan diperkenalkan untuk versi stabil sesuatu perisian. Sebagai contoh ialah sistem operasi ubuntu yang terbaru bakal dilepaskan pada April ini mempunyai nombor versi 11.04 dengan kod nama Natty Narwhal.

Begitu juga Android yang mempunyai nombor versi dan kod nama yang berbeza-beza.

Android 1.5 : Cupcake
Android 1.6 : Donut
Android 2.1 : Eclair
Android 2.2 : Froyo
Android 2.3 : Gingerbread
Android 3.0 : Honeycomb

Izinkan saya mengulas sedikit perbezaan antara Android 2.2 (Froyo) dan Android 2.3 (Gingerbread).

Tarikh dilepaskan
Android 2.2 : May 2010
Andorid 2.3 : Disember 2010

Kernel

Android 2.2 : Linux Kernel 2.6.32
Andorid 2.3 : Linux Kernel 2.6.35

Networking
Android 2.2 : Fungsi bluetooth, wifi hotspot (yang membenarkan sambungan terus 6 peranti pada satu masa - dengan kata lain, ia mampu berfungsi seperti wireless router)
Andorid 2.3 : Mengekalkan semua fungsi sedia ada dalam versi 2.2, Gingerbread menyokong teknologi baru dipanggil NFC (Near Field Communication) iaitu mekanisma komunikasi data berkelajuan tinggi dalam frekuensi tinggi pada jarak dekat (sekitar 10 cm). 

Teknologi ini membenarkan 'mobile payment' yang memungkinkan sesuatu seperti berikut;
- Mobile Ticketing untuk pembayaran tiket pengangkutan awam (Seperti yang telah diaplikasi di negara seperti Jepun)
- Mobile Payment iaitu telefon berfungsi seperti debit/kredit kad
- Smart Poster - telefon mampu membaca data yang disetkan pada mikrocip (yang mungkin diletakkan pada papan kenyataan dan sebagainya). Data ini mungkin ialah URL, tarikh masa tempat dan sebagainya.
- Bluetooth Pairing. Biasanya apabila menggunakan bluetooth, kedua-dua peranti perlu melalui proses pengaktifan, pencarian peranti padanan, pairing dan authorization. Bayangkan satu teknologi yang memungkinkan semua proses itu semudah mendekatkan dua peranti  (pada jarak kurang dari 10 cm) dan proses pertukaran data adalah dalam kelajuan tinggi.

Saya boleh simpulkan teknologi NFC adalah teknologi yang bakal menggantikan teknologi lama yang dipanggil bluetooth!

Komunikasi
Android 2.2 : Tidak menyokong SIP/VOIP
Andorid 2.3 : Menyokong SIP/VOIP. Saya telah menulis secara detail berkenaan fungsi ini. Mohon rujuk http://melayubuntu.blogspot.com/2011/03/maxis10-nexus-s-sokongan-sipvoip.html

Fungsi-fungsi lain dalam Android Gingerbread yang dikemaskini dari Froyo
- Interface baru dan tema baru (tema berwarna hitam yang menjimatkan tenaga)
- Menyokong skrin peranti bersaiz besar
- Menyokong WebM/VP8 video playback dan AAC audio encoding
- Efek Audio serba baru seperti reverb, equalization, headphone virtualization, dan bass boost
- fungsi copypaste yang ditingkatkan
- Keyboard yang ditingkatkan (Yup, ianya sangat mudah untuk digunakan)
- Sokongan sensor yang baru (seperti Gyroscope dalam Nexus S)
- Download manager menyokong aktiviti memuatturun yang lama secara terus melalui http
- Pembaikan power management dan pengurus aplikasi
- Aplikasi Camera yang menyokong berbilang kamera (Seperti Nexus S)

Untuk rekod, selain Nexus S, Android 2.3 terpasang secara default hanya bagi model telefon berikut iaitu HTC Cha Cha, HTC Salsa, Samsung Galaxy S II (Galaxy S2), HTC Desire S, HTC Thunderbolt, LG Optimus 3D, Sony Ericsson Xperia Arc,  Motorola Droid Bionic. Yup, kesemua model tersebut masih belum sampai ke Malaysia dan Nexus S adalah telefon pertama yang menggunakan Android 2.3 secara default di Malaysia.

Pengalaman Sebenar Saya dan Android 2.3 dalam Google Nexus S

Saya tidak berkesempatan untuk mencuba telefon Android lain sebagai perbandingan, namun selama lebih seminggu saya menggunakan Nexus S, saya dapat simpulkan telefon ini sangat pantas dengan skrin yang cukup responsif dan tidak lagging walaupun biasanya terdapat tidak kurang 8 aplikasi yang sedang running dalam satu masa. Bagi seseorang yang pernah kecewa dengan Nokia N97, ianya satu pengalaman yang merubah persepsi terhadap sesuatu yang dinamakan telefon pintar.

 

Android Gingerbread dan Keyboard


Pada saya dahulu, antara kelemahan telefon touch screen ialah fungsi memasukkan input pada keyboard. Saya merasakan ianya kurang praktikal bagi kes touch screen namun selepas menggunakan Nexus S yang menggunakan Android Gingerbread, saya boleh katakan pandangan saya telah berubah. Saya sebenarnya agak terkejut dengan masa yang saya ambil untuk selesa menaip menggunakan keyboard default dalam Nexus S.

Untuk makluman, saya telah mematikan beberapa fungsi yang saya tidak perlukan pada keyboard Adnroid 2.3 antaranya fungsi autocorrect dan fungsi voice input. Walaupun teknologinya sangat cekap namun tidak praktikal selagi ia tidak menyokong bahasa yang anda selalu guna dalam kehidupan seharian.

Kualiti Panggilan Suara / Speakerphone / Earpiece

Sekiranya anda membaca banyak review berkaitan telefon Nexus S, hampir kesemuanya memuji kualiti panggilan suara dan speaker Nexus S. Baru-baru ini saya membenarkan seorang rakan iaitu bro @jipangmenjerit untuk menguji mendengar muzik melalui earphone pada Nexus S. Beliau yang mempunyai pengalaman dalam PA System memuji kualiti bunyi yang keluar melalui earphone yang dicubanya. Namun pada saya yang hanya mengerti bunyi ialah bunyi, sangat sukar untuk menentukan kualitinya. Dengan kata lain, saya tidak mempunyai kepakaran menentukan kualiti bunyi!

Fungsi CopyPaste


Saya kira semua telefon pintar wajib mempunyai fungsi ini. Bagi saya yang sukakan aktiviti berkongsi di laman sosial seperti twitter dan facebook, sudah tentunya fungsi copypaste ini banyak membantu memudahkan saya menyalin apa-apa teks di mana-mana sahaja dan kemudian pastekan ke twitter ataupun facebook. Kepantasan Nexus S menjadikan semua aliran pengalaman kepenggunaan itu sesuatu yang hebat.

Download Manager


Pada Android 2.3, apa sahaja yang kita muatturun di internet menggunakan http akan disimpan dalam satu tempat khas iaitu Download. Ianya mempunyai app launcher tersendiri untuk memudahkan akses terus kepada fail-fail yang dimuatturun. Namun begitu, saya jarang menggunakan fungsi ini kerana saya jarang memuatturun fail di internet buat masa ini.

Aplikasi Google dalam Nexus S

Mengapa telefon pintar Nexus S mendapat jolokan Pure Google? Antaranya kerana secara default, hampir semua aplikasi yang dibangunkan oleh Google telah terpasang secara default dalam Nexus S. Antaranya ialah

- Google Earth
- Gmail
- Google Search
- Google Maps
- Google Latitude
- Google Places
- Google Talk
- Google Voice

Apa yang paling saya suka ialah, pengalaman selepas saya hard reset telefon Nexus S seperti yang boleh anda baca di http://melayubuntu.blogspot.com/2011/03/maxis10-cara-cara-hard-reset-google.html.

Oleh kerana Android Market menggunakan ID Gmail, semua aplikasi yang terpadam (kerana telefon dikembalikan kepada setting asal daripada kilang) boleh dikembalikan semula selepas data siap di synchronize dengan pangkalan data di internet. Begitulah juga event pada calendar dan contact yang sememangnya tidak perlu dirisaukan lagi.

[Bersambung..]

1 comment:

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...