Posts

Showing posts from August, 2010

Rahsia menjadi Genius dengan Ubuntu

Sifat ingin tahu Albert Einstein, Leonardo Da Vinci, Saidina Ali dan sebagainya semua adalah genius pada zaman mereka. Mereka selalu bertanya dan mengasah pemikiran mereka melalui bertanya. Sifat ingin tahu mereka amat tinggi justeru ia menjadikan mereka genius. Dengan penggunaan Ubuntu kita dapat mengalakkan pemikiran sebegini. Kita akan tertanya-tanya apakah jenis perkakasan komputer kita, processor kita daripada pengeluar apa? jenis apa? tanpa memerlukan perisian third party. Membuka minda untuk berubah Minda adalah seperti payung terjun, ia hanya berfungsi apabila ia terbuka. Jika kita menggunakan Ubuntu untuk keperluan harian ia akan merubah cara pemikiran secara kita tidak sedari. Cuba bayangkan kita melakukan kerja yang sama setiap hari bertahun-tahun lamanya dan menyebabkan minda terperangkap dengan pemikiran yang sempit dan sukar untuk menerima perubahan. Jadi jangan takut untuk berubah kerana ia akan melahirkan genius dalam diri anda. Main (Play) Setiap kanak-kanak...

10 Aplikasi kegemaran saya dalam ubuntu

Image
Kehidupan saya dibahagikan kepada 2 - kehidupan digital & kehidupan analog. Rasanya ramai pembaca kat sini yang turut mengamalkan 2 corak kehidupan sebegini. Kehidupan analog saya mungkin tidak begitu menarik. Aplikasi wajib ialah pakaian, telefon bimbit, wallet, kungci-kungci dan seumpamanya. Boring bukan? Sebaliknya, kehidupan digital saya agak menarik untuk dikongsi bersama dan saya harap pembaca yang lain juga dapat berkongsi bersama-sama saya dalam ruangan komen :) 10 aplikasi kegemaran dalam ubuntu Google Chrome : Saya sudah lama meninggalkan firefox untuk menggunakan Google Chrome . Namun saya masih menunggu munculnya Firefox 4 yang saya rasa mungkin menyebabkan saya kembali menggunakan firefox. Gwibber : Yup, anda mungkin sukakannya, atau mungkin bertukar ke aplikasi lain seperti Pino , Yoono , dan sebagainya. Namun saya masih menggunakan gwibber yang pada saya berfungsi seperti yang saya inginkan. (Masih menunggu fungsi-fungsi tambahan untuk berfungsi seperti yang se...

Muatturun wallpaper ubuntu 10.10

Image
Muatturun Disini. Melalui link diatas, anda boleh memuatturun wallpaper ubuntu 10.10 dan 17 wallpaper lain yang diperolehi dari komuniti. Koleksi wallpaper ini kemungkinan besar akan digunakan dalam ubuntu 10.10 yang akan dilepaskan pada oktober ini. Wallpaper ini juga boleh digunakan dalam sistem operasi linux yang lain, Windows dan juga Mac OSX.

LinuxVarsiti : Panggilan untuk Penceramah bermula

Image
Saya dimaklumkan oleh bro #Syazwan bahawa LinuxVarsiti sedang merancang satu program memperkenalkan Open Source di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai seperti detail berikut; LinuxVarsiti 2010 Edisi Selatan II Tempat : UTM Skudai Tarikh : Cadangan 2 @ 9 Oktober 2010 Tempat : -akan ditentukan- Lalu untuk menjayakan program ini, LinuxVarsiti mengalu-alukan penggiat perisian sumber terbuka untuk menyumbang sebagai penceramah dan boleh dirujuk melalui halaman berikut :  http://linuxvarsiti.org.my/?p=94 . Program yang dirancang adalah mengikut spesifikasi berikut; majoriti yang akan hadir terdiri dari golongan pelajar Fakulti Sains Komputer dan berkemungkinan pelajar sekolah yang boleh majoritinya zero tentang Sumber Terbuka. mampu membuatkan mereka seronok dan terpegun dengan apa yang anda sampaikan. adalah digalakkan mengguna Bahasa Melayu. diharapkan KURANG PERKATAAN TEKNIKAL / JARGON. Harap maklum.

Tengok movie dalam terminal ubuntu

Jangan tak percaya pula, takkan saya nak berbohong. Terminal bukan hanya terhad kepada power user sahaja. Ia juga adalah sebagai saluran multimedia bagi end-user. Saya dah buktikan melalui artikel terdahulu. Menghantar E-mel dari terminal.[http://melayubuntu.blogspot.com/2010/06/hantar-e-mel-cara-linux.html] Ada banyak lagi potensi terminal ni. Macam dengar lagu, buat editing gambar pakai terminal, men game dalam terminal dan banyak lagi. Dalam artikel lainlah saya cerita nanti. Tunggu... Kali ini saya hendak tunjukkan bahawa command line taklah se'dull' yang disangka. Ini adalah video yang saya record daripada laptop saya. Jika, anda peminat Starwars, anda mesti cuba ni. Command yang digunakan adalah telnet towel.blinkenlights.nl pastu anda relaks dan nikmati filem star wars 4. video ni dalam 2 minit. Sempena bulan Ramadhan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan tingkatkan ibadah pada bulan ini. Banyak-banyakkan lah memberi pada bulan ini sebab kata orang putih ...

5 Sebab Ubuntu penting kepada Malaysia: Part 2

Image
Salam , Rencana adalah respon kepada komen-komen daripada artikel sebelumnya. Memandangkan komen yang diberikan pembaca amat menggalakan, saya membuat keputusan untuk membalas komen-komen tersebut dalam bentuk post. Pertama-tama saya ucapkan terima kasih atas komen-komen dalam artikel tersebut yang amat saya hargai sepenuhnya. Walaupun terdapat perbezaan pendapat tetapi saya anggap ia lumrah dalam kehidupan. Kerana sejak lahir lagi kita diberi peluang untuk memilih. Jadi, saya akan membalas 5 komen daripada artikel yang telah saya postkan. Gurusilat kat mane je negara yang mostly pakai ubuntu.. mcm xde kan UI x menarik langsung.....ubuntu buruk.... di bawah ni saya serta berapa gambar bagi membalas komen Gurusilat... Yang merah pekat itu adalah member-member ubuntu di luar negara. Hmm...nmpaknya xde ngara mostly pakai ubuntu. sumber : http://web.archive.org/web/20060510055500/http://ubuntuforums.org/worldmap.php Sumber: http://www.junauza.com/ Tolong saya rate screen...

Paggilan suara dan video Gmail kini dalam linux (Ubuntu)

Image
Terima kasih kepada Google kerana membawakan fungsi panggilan suara dan video pada Gmail kepada linux. Sejak membangunkan ChromeOS, apa yang saya perasan ialah Google sedang mempersiapkan kesemua aplikasi web serasi dengan linux dan apa yang menarik sebelum ini ialah mereka memperkenalkan googleCL  juga untuk persiapan digunakan dalam chromeOS yang dibangunkan berasaskan ubuntu dan linux. Ura-ura mengatakan juga, google dengan kerjasama HTC akan memperkenalkan ChromeOS Tablet sekitar November ini. Mungkin kerana itu juga Google terpaksa bersiap apa yang patut dengan kadar segera termasuk memperkenalkan web apps dalam sedikit masa lagi. Ok, berbalik kepada panggilan suara dan video dalam Gmail, sekiranya anda seorang pengguna sistem operasi komputer linux seperti ubuntu, anda boleh ke :  http://www.google.com/chat/video?hl=en . Klik pada " Install voice and video chat " untuk memuatturun fail DEB dan pasang ke dalam ubuntu. Buat masa ini saya sendiri belum mencuba membuat...

5 Sebab Ubuntu penting kepada Malaysia

Kebebasan Cuba kita renung sejenak cerita ini, Zaid beli sebuah kereta daripada syarikat ZZZ. Tetapi dengan bersyarat, Zaid tidak dibenarkan untuk mengubahsuai dan membaiki kereta berkenaan jika dia berbuat demikian ia akan menyebabkan jaminan kereta tersebut terbatal kerana polisi syarikat berkenaan yang tertutup. Hanya syarikat berkenaan yang boleh membaiki atau mengubahsuai kereta berkenaan. Apa akan jadi jika syarikat tersebut bankrap atau dibeli oleh orang lain. Siapa yang akan bertanggungjawab jika perisian itu rosak, ada bug atau sebagainya. Memang tidak masuk dek akal, kereta tu sepatutnya menjadi hakmilik Ahmad bukan hakmilik syarikat tersebut lagi. Terpulang kepada Ahmad, dia nak buat apa dengan kereta dia. Nak buat kereta dia jadi kapal terbang ke? nak buat jadi pokok ke? kambing ke? suka hati dia lah, dia dah beli bukan dia curi pun...Cuba kita analogikan kereta tu sebagai perisian, syarikat tu sebagai pengeluar perisian dan Ahmad sebagai pengguna. Pengguna lebih bebas me...

Memasang Inkscape 0.48 ke dalam ubuntu lucid lynx

Image
Kelihatannya aplikasi reka grafik illustrator kegemaran saya telah menerbitkan versi terbarunya iaitu versi 0.48 (walaupun saya menggunakannya sejak alpha lagi). Inkscape 0.48 menawarkan beberapa perubahan terutama sekali dari segi interface (rujuk screenshot) dan beberapa lagi ciri yang dihighlightkan oleh pembangun inkscape iaitu; multipath editing improved text tool: subscript, superscript, numerical input for text kerning, tracking and more new Airbrush tool LaTeX export with PDF/PS/EPS JessyInk extension to create presentations numerous bugfixes Apapun versi 0.48 ini sekiranya anda perasan kitarannya agak pendek berbanding versi yang terdahulu dan ini adalah kerana pihak pembangun inkscape ingin memperkenalkan teknologi baru yang dibangunkan dengan kerjasama projek Google Summer of Code (GSoC). Memasang ke dalam ubuntu lucid lynx sudo add-apt-repository ppa:ferramroberto/linuxfreedomlucid sudo apt-get update && sudo apt-get install inkscape Sekiranya anda sudah ...

Memasang Docky + Stacks melalui bzr

Image
Saya cukup tidak sabar untuk mencuba fungsi stacks pada docky. Untuk makluman, fungsi stacks akan dicantumkan ke dalam docky dalam versi 2.1 tetapi kita tidak tahu bilakah ianya akan dikeluarkan, dan versi pembangunan docky sekalipun masih belum memasukkan fungsi ini. Apa itu stacks? Sekiranya anda biasa mengikuti perkembangan dunia sistem operasi terutamanya Mac OSX, stacks merupakan satu fungsi dinamik pada dock yang mula diperkenalkan untuk versi Mac OSX Leopard memudahkan penggunakan komputer mencapai fail-fail di dalam folder tanpa perlu membuka file browser seperti finder (dalam mac osx) atau nautilus (dalam ubuntu) sekaligus ia menjimatkan banyak masa berserta cara penggunaannya yang interaktif memberikan pengalaman penggunaan yang cukup mengujakan. Memasang docky + stacks dalam ubuntu lucid lynx. Cara pemasangan yang akan saya tunjukkan ini adalah agak berbeza dengan apa yang selalu saya tunjukkan sebelum ini. Sekiranya anda blurr, sila tanyakan dalam ruangan komen; 1....

Ubuntu 11.04 dinamakan Natty Narwhal

Image
Sistem operasi komputer ubuntu adalah sistem operasi yang dikemaskini setiap 6 bulan sekali. 6 bulan sekali itu juga ia akan mendapat nombor versi yang berbeza berserta kod nama yang berbeza. Sekiranya versi 10.10 yang bakal menemui peminat pada 10.10.10 ini diberi kod nama Maverick Meerkat, Mark Shuttleworth dalam blog beliau semalam mengumumkan kod nama bagi ubuntu versi 11.04 ialan Natty Narwhal . Kepada yang berminat, Narwhal merupakan sejenis ikan seperti dalam gambar diatas. Dalam bahasa melayu tak pasti pula apa panggilannya. Untuk makluman anda lagi, ubuntu mewakafkan perkataan kedua pada setiap kod nama ubuntu dengan nama binatang kebanyakkannya binatang yang hampir pupus. Mungkin tanah tumpah darah Shuttleworth iaitu Afrika Selatan banyak menginspirasikan idea ini kepada beliau. Shuttleworth menulis; Once Maverick is out the door we’ll be turning our attention to making the most of the amazing capabilities of modern graphics hardware, both for outer beauty and for inner...

Tip Pantas : Rekod internal audio dalam ubuntu

Image
Merekod external audio bukan sesuatu yang sukar dalam ubuntu kerana kita mempunyai aplikasi seperti Sound Recorder yang terpasang secara default dalam ubuntu dan juga Audacity yang lebih banyak fungsi termasuk mengedit video. Bagaimana pula dengan internal audio? Contohnya, anda memainkan flash audio pada firefox dan anda tertarik pada audio tersebut. Bagaimana untuk merekod audio tersebut? Langkah-langkah; 1.Pasang " pavucontrol " menggunakan ubuntu software center. 2.Buka Pulseaudio Volume Control (dalam menu aplikasi pada sound & video) 3.Buka Sound Recorder . 4.Klik pada tab Recording pada Pulseaudio Volume Control dan pastikan ia telah memilih Application . 5.Ketika ini, pada Sound Recorder, klik pada butang Record Sound . Serentak dengan itu, anda boleh melihat Pulseaudio Volume Control pada tab Recording tadi akan mengesan aplikasi yang sedang membuat aktiviti recording. 6.Pada Pulseaudio Volume Control tadi (dalam tab Recording) Klik pada Internal Audio...

Pembenci Windows! Anda harus mencuba ini.

Image
Layari :  http://www.deanliou.com/WinRG/WinRG2.htm Sebuah laman web yang dibangunkan menggunakan flash yang memiripkannya seolah-olah pengguna sedang menggunakan sistem operasi windows dan dipenuhi pelbagai masalah. Sangat terhibur sekiranya anda seorang yang tidak menggunakan windows.

Tshirt Giveaway : 1 Friend 1 Like 1 Tshirt

Image
Salam ramadhan al-mubarak. Berita baik kepada pembaca setia blog sistem operasi ubuntu melayubuntu kerana saya akan memberikan kepada anda secara percuma sehelai tshirt Facebook yang sangat cool (rujuk gambar diatas) kepada 2 pemenang bertuah & berjaya melaksanakan misi-misi dibawah. Nota : Saya ada 2 helai stock tshirt ini yang dicetak diatas tshirt berjenama Gildan dan 100% cotton. Cara-cara memenanginya; 1.Anda haruslah "Like" facebook melayubuntu :  http://www.facebook.com/melayubuntu 2.Invite rakan anda seramai mungkin untuk turut sama "Like" facebook melayubuntu. Caranya, klik pada "Suggest to Friends", pilih rakan-rakan dan klik pada "Send Invitations". Anda bebas menggunakan kod javascript:fs.select_all(); yang dipaste kan pada address bar untuk tujuan select semua rakan yang anda ada. 3.Ambil screenshot bilangan rakan anda yang telah "Like" melayubuntu. Ianya sepatutnya berada pada sidebar sebelah kiri halam...

Sajak : Al-Andalus Menangis

Andalus , seribu musim kau merawat parah di ruang kendiri saat laung istighfar Alhambra menjagakan marga langit dengan seribu sengsara dan pada detik berdarah itu kiblat yang dicabut dari ladang ibadat ini adalah kerebahan yang tidak tertebuspun oleh sebungkus doa kita yang renyuk. Sudah lewat berzaman tidurmu ditertawakan dentingan genta dari Giralda melepaskan angin Mediteranean berpeleseran dirasuk rindu buat Tariq mencari jika masih tercicir lagu-lagu muazzin yang rendah berbicara dengan langit di mimbar Cordoba ini, pun aku masih berdiri di sini, di tubir zaman membaca ranumnya puisi luka Guadalquivir bagai mengutip pepasir sesal di dasar arus yang teresak-esak dalam rajuk yang panjang. Masih akrabkah cinta dalam malammu, Andalus. pabila sejarah adalah cagaran buat syahadah yang kita teduhkan di rimba nurani ini? Atau telah mungkinkah tanah ini tersumpah sesudah nafsu tumpah membanjiri sebuah riwayatmu dalam amukan langit yang murka. Dalam iktikaf usia i...

BlankOn Sajadah : Distro linux islamik dari komuniti Indonesia

Image
Saudara se-islam di Indonesia membangunkan satu distro linux islamik BlankOn Sajadah yang mengandungi perisian islamik (seperti sabily ) dan menggunakan bahasa melayu indonesia. Kelihatannya distro sajadah ini adalah dibangunkan berasaskan kepada distro BlankOn Linux juga dibangunkan oleh komuniti linux indonesia iaitu apa yang dipanggil Yayasan Pengerak Linux Indonesia (YPLI) dan Tim Pengembang BlankOn. BlankOn Sajadah; BlankOn Sajadah adalah salah satu racikan (varian) BlankOn Linux yang memuat berbagai perangkat lunak Islami. Paket-paket yang disertakan antara lain pengingat waktu sholat, arah kiblat, Al Qur'an dan terjemah, tartil Qur'an, pembaca hadist dan Kalender Hijriyah. Ciri-ciri Sajadah; QiOO - Al Quran di OpenOffice, Zekr - Al Qur'an terjemah dan suara tartil online, Othman Quran dan Noor - Peramban Al Quran Minbar - Pengingat waktu sholat, Peramban Internet Firefox + addon penginat sholat dan webstrict, Stellarium - aplikasi melihat tata surya / pl...

Gwibber 2.31.5 membawakan sokongan Google Buzz [Screenshot]

Image
Namun setelah mencubanya, Gwibber masih gagal mengemaskini akaun Google Buzz milik saya tidak seperti yang diwar-warkan dan ini adalah sifat turun temurun gwibber yang agak kurang memberansangkan. Sepatutnya gwibber sebagai aplikasi penting dalam ubuntu wajar bukan sahaja setakat menyokong Google Buzz malah menyokong fungsi upload ke twipic dan seumpamanya namun semua itu kelihatan masih jauh dari menjadi kenyataan. Sekiranya ia menjadi kenyataan pun, adakah ia bakal berfungsi seperti yang diwar-warkan? Dengan reputasi sebegitu rupa, dibawah merupakan mockup kepada gwibber dimasa akan datang . Sekiranya anda masih berminat mencuba gwibber 2.31.5 sila muatturun di sini [ link ]

Torrent Search - Tool wajib untuk kaki sedut

Image
Kepada anda yang menggunakan aplikasi torrent transmission atau deluge dan seumpamanya yang tidak disertakan fungsi torrent search built-in, torrent search adalah tool yang wajib untuk dimiliki. Fungsinya, untuk mencari fail torrent dari laman seperti The Pirate Bay, SUMOTorrent, TorrentBit, dan sebagainya (9 laman torrent kesemunya). Pengalaman pertama saya menggunakan torrent search, saya boleh mengatakan fungsi pencariannya agak pantas dan memerlukan pengguna untuk double click fail yang ingin dimuatturun dan pengguna boleh setkan aplikasi untuk membuka fail torrent tersebut secara automatik contohnya transmission. Untuk memasangnya ke dalam ubuntu, anda boleh layari laman  http://torrent-search.sourceforge.net/download  kemudian muatturun fail DEB. Perlukah saya bagi tutorial memasang fail DEB?

Bersama ubuntu dalam menghayati Ramadhan Kareem

Image
[Artikel tahun lepas yang dikemaskini] Ramadhan sudah tiba. Yang pastinya ini bukan bulan biasa bagi ummat islam. Saya tidak berbicara soal makanan, adat, tradisi mahupun hobi yang biasanya diamalkan sepanjang bulan ramadhan. Saya ingin berbicara soal pengisian dan penghayatan. Oleh kerana saya sukakan komputer, pengisian dan penghayatan yang mampu saya sediakan disini juga berkaitan dengan komputer. Zekr . Ya, saya sudah beberapa kali menulis tentang perisian al-Quran multi-platform ini. Ia bukan sahaja boleh dipasang kedalam linux, malah windows dan juga mac osx. Dalam bulan ramadhan yang mulia ini, anda sudah tentu lebih banyak menghabiskan masa didepan komputer sambil menunggu tiba waktu berbuka puasa. Apakata apabila anda boring, buka zekr dan alunkan bacaan ayat suci al-quran sambil menikmati terjemahannya yang boleh disesuaikan dengan bahasa yang pelbagai samada english, bahasa indonesia dan sebagainya. Install bagi pengguna ubuntu : klik Zekr . Pakej ttf-me-quran : Kl...

PPA untuk tema ikon Faenza

Image
Tema ikon yang Wow! iaitu Faenza kini boleh dipasang melalui PPA seperti berikut; sudo add-apt-repository ppa:tiheum/equinox sudo apt-get update && sudo apt-get install faenza-icon-theme Dengan pemasangan melalui PPA ini anda tidak lagi perlu risau berkenaan kemaskini kerana ia akan diuruskan oleh package manager ubuntu. PPA ini juga telah mengemaskini beberapa ikon yang tidak disertakan dalam versi terdahulu seperti ikon google chrome, pidgin, f-spot, google earth, shutter, ubuntu tweak dan sebagainya. Dengan kata lain, sekiranya anda berminat dengan tema ikon ini, sila pasang melalui PPA diatas. Selamat mencuba. [via : omg ubuntu ]

Portable Linux Apps

Image
Kalau pengguna Tetingkap boleh berbangga dengan Portableapps.com sebagai perisian yang boleh dibawa kemana sahaja, kini pengguna linux pun harus berasa bangga kerana http://www.portablelinuxapps.org/ turut dilancarkan bagi penggunanya. Apa yang menarik, sekiranya anda tidak yakin untuk mencuba satu perisian baru, anda boleh menggunakan portable apps untuk mencuba tanpa perlu install ke dalam sistem anda. So sekiranya apps tu ada masalah, ia tidak akan menjejaskan sistem anda. Nota: Selepas download, pastikan apps tu diberi "permission to execute"... Download sini Damhamaza Penulis Sambilan p/s: dah lama tak menulis disini

Memasang tema Ubuntu Maverick Beta dalam Lucid Lynx

Image
Blog Design@Canonical telah mengumumkan kemaskini terhadap tema ubuntu-light yang bakal tampil dalam Ubuntu Maverick Beta. Paling penting ialah, kini pengguna ubuntu boleh mencuba tema ini dalam ubuntu lucid lynx. Anda boleh memuatturun tema ini di :  http://people.ubuntu.com/~stefanor/light-themes/ atau menambah ppa sudo apt-add-repository ppa:murrine-daily/ppa kemudian memasang 2 pakej iaitu gtk2-engines-murrine dan light-themes Selamat mencuba.

10 arahan biasa di dalam terminal

1. Senaraikan fail dan direktori ls (singkatan bagi list ) Arahan ls memberikan anda senarai kandungan direktori semasa. Contoh penggunaan: (senaraikan semua fail yang berada dalam direktori termasuk yang hidden .) hashim@hashim-box:~$ ls -a . .gnome2_private .PlayOnLinux .. .gnupg .profile (senaraikan semua fail dengan lebih banyak maklumat) hashim@hashim-box:~$ ls -l total 3 -rw-rw-rw- 1 Shimgeek 1659 386 Feb 3 08:15 groceries -rw-r--r-- 1 Shimgeek 1659 97 Mar 10 23:46 schedule -rw------- 1 Shimgeek 1659 123 Mar 11 13:39 todo 2. Berpindah ke direktori lain cd (singkatan bagi change directory ) Contoh penggunaan: (pergi ke Desktop dan print work directory pwd) hashim@hashim-box:~$ cd Desktop/;pwd /home/hashim/Desktop 3. Menyalin fail cp (singkatan bagi copy ) Contoh penggunaan:...