Posts

Showing posts from 2010

Antara Remastersys dan APTonCD

Izinkan saya memberikan anda satu situasi. Katakan anda mempunyai satu sistem ubuntu yang telah terpasang siap dengan codecs, perisian kegemaran, disetup dengan efek desktop dengan segala bagai kelengkapan yang cukup membuatkan anda rasa selesa untuk menggunakannya. Persoalannya, katakan anda ingin memindahkan sistem ubuntu yang telah siap itu kedalam satu komputer baru, atau mungkin ke dalam komputer yang sama tetapi partition yang berlainan yang mempunyai ruang harddisk yang lebih besar atau mungkin ingin berkongsi setup sistem ubuntu tersebut dengan rakan-rakan anda. Apa yang harus anda lakukan? Sebenarnya terdapat 2 alat yang boleh menyelesaikan masalah sekiranya anda dalam situasi di atas. Remastersys APTonCD Seperti yang anda dapat baca, sebenarnya saya sudah tulis berkenaan kedua-dua alatan ini berserta cara menggunakannya. Jadi kepada yang berkenaan, saya harap dapat mencuba kedua-dua alat ini. Selamat mencuba.

Idea pasukan Elementary - Wingpanel

Image
Sekiranya anda pembaca tegar OMGUbuntu , pasti anda terbaca sesuatu berkenaan Wingpanel , altenatif gnome-panel yang menjanjikan penggunaan ruang vertikal yang lebih minimalis. Idea seperti wingpanel ini selain dapat keluar dari konsep Mac OSX, ianya juga dapat menggantikan gnome-panel yang selama ini sentiasa mempunyai banyak ruang yang tidak digunakan. Sekiranya anda masih kabur tentang wingpanel, sila saksikan video di bawah;   Pembangunan Wingpanel masih lagi dalam giat dijalankan dan kod Wingpanel masih lagi tidak begitu stabil dan serasi dengan sistem ubuntu yang sedia ada. Apabila munculnya Wingpanel yang stabil, saya akan tulis mengenai cara pemasangannya.

Blog melayubuntu kini menggunakan font 'ubuntu'

Image
Untuk makluman, tulisan (font) ubuntu kini telah dimasukkan ke dalam senarai sokongan Google Font Directory . Sekiranya anda mempunyai laman web ataupun blog, anda boleh menggunakan font ubuntu sebagai tulisan di blog anda menggunakan perkhidmatan google ini. Kini, blog melayubuntu juga telah mengguna font ubuntu untuk tajuk dan kandungan teks di dalam setiap entry blog ini. Apa komen anda?

Buku komputer dalam Bahasa Malaysia - Renaissance yang tertangguh

Ilmu yang tidak ditulis akan lenyap. Bahasa yang tidak ditulis tidak akan wujud. Sesiapapun akan bersetuju dengan 2 frasa di atas. Bersetuju bukan kerana ia ditulis oleh saya atau bukan kerana atas dasar ikut-ikut orang. Tetapi kita bersetuju dengan 2 frasa di atas kerana kita mempunyai cukup bukti dan ianya selari dengan logik akal yang waras. Ketika saya menyuarakan hasrat untuk menulis buku ubuntu dalam Bahasa Melayu tiba-tiba kawan saya melontarkan satu pertanyaan. "Untuk apa menulis dalam bahasa melayu? Bukankah perkara berkaitan IT lebih senang ditulis dalam Bahasa Inggeris?" Ya, benar. Mereka berkata, Bahasa Inggeris adalah bahasa kepada dunia IT. Sesiapapun mengangguk dengan "fakta" ini. Namun sejarah tidak pernah lupa bahawa ilmu sains perubatan, astronomi, matematik, kimia semuanya bukan berasal dari Bahasa Inggeris. Semua ilmu itu berasal dari peradaban Islam yang telah mencetuskan Renaissance di eropah sehinggalah orang eropah terpaksa belajar ba...

Android Notifier di Ubuntu

Image
Secara jujurnya, apabila saya menggunakan laptop saya untuk online, sangat jarang untuk saya menggunakan handphone. Sebab itu bila ada rakan SMS, Call, saya jarang untuk respond. Kadang – kadang tak perasan. Lepas tu, kena marah tak tentu pasal sebab tak respond.. ;-) Ada satu aplikasi yang akan membantu anda, iaitu Android Notifier. Fungsinya adalah untuk memaklumkan kepada kita yang sedang asyik di PC, bahawa ada SMS, panggilan, atau bateri yang dah nak habis. Tapi malangnya ia hanya membantu kita untuk terima notis sahaja, tapi tak boleh nak balas sms atau jawab panggilan di PC. Ada dua, satu untuk Android dan satu lagi untuk Ubuntu. (Juga terdapat untuk Window) Download di sini

Game Oil Rush untuk linux bakal dilepaskan Mac 2011

Image
Sekiranya anda pernah membaca artikel saya di OilRush : Game untuk linux yang "perhhh" mula muncul? , pastinya anda tidak sabar-sabar untuk mengetahui bilakah agaknya game ini akan dikeluarkan. Namun ubuntugamers.com mendedahkan yang game ini bakal dilepaskan sekitar suku pertama tahun 2011 iaitu pada bulan Mac dan berita ini pastinya membuatkan penantian ubuntu 11.04 Natty Narwhal menjadi lebih manis. Anda boleh melihat screenshot menarik berkenaan game Oil Rush di http://oilrush-game.com/screenshots/ . Semoga bermanfaat.

Ini ialah entry ke-1000 di blog Melayubuntu

Image
Dengan tersiarnya entry ini, maka lengkaplah bilangan entry di blog Melayubuntu ini 1000 entry. Terima kasih kepada pembaca yang terus mengunjungi blog ini. Terima kasih kepada penulis jemputan yang turut sama menyumbang idea dalam tulisan mereka. Terima kasih kepada responden dalam setiap entry. Terima kasih kepada semua. Doakan blog ini terus subur dengan ilmu dan artikel yang mampu menarik pembaca kepada ilmu. Terima kasih, terima kasih, terima kasih! - Zul Malc.

Bandwidth Internet Terhad? Gunakan NTM - Network Traffic Monitor

Image
Trend ISP (Internet Service Provicer) masa kini ialah menghadkan penggunaan bandwidth pengguna terutamanya ISP yang menyediakan perkhidmatan internet mobile (mudah alih). Namun saya dapati satu masalah paling besarnya ialah apabila pengguna tidak tahu secara tepat bandwidth yang telah digunakan pada satu-satu tempoh masa. Sebagai contoh, apabila pengguna subscribe kepada satu plan broadband dengan kadar bandwidth 6GB sebulan, pada hari ke-15 dalam satu-satu bulan, bagaimanakah pengguna tadi boleh tahu berapa banyak lagi bandwidth yang masih available? Keadaan menjadi semakin bermasalah sekiranya pengguna perlu membayar dengan harga tidak masuk akal apabila menggunakan internet yang telah melampaui limit bandwidth yang ditetapkan. Satu penganiayaan kepada pengguna secara total. Namun begitu sekiranya anda menggunakan sistem operasi ubuntu, terdapat satu perisian yang akan monitor penggunaan data yang anda gunakan iaitu NTM atau Network Traffic Monitor . NTM mempunyai pelbagai f...

How To Install Google Chrome Web Apps

How To Install Google Chrome Web Apps

Humble Indie Bundle Kembali!

Image
Setelah mengutip lebih $1 juta USD untuk edisi #1 , Humble Indie Bundle kini kembali dengan versi #2 dan sehingga artikel ini ditulis, jualan yang telah terhasil ialah $332,599.08 USD! Humble Indie Bundle merupakan satu usaha untuk mengutip dana bagi meng"open source"kan perisian permainan - Games! (yang multi platform - untuk linux, mac dan juga windows). Kaedah pembelian perisian permainan bundle ini cukup mudah iaitu bayar berapa sahaja yang disukai dan dapat perisian permainan yang nilainya USD 85 jika dibeli secara berasingan. Versi #2 ini , antara perisian permainan yang ditawarkan ialah seperti dalam screenshot di bawah; Ok, berapa harga untuk kesemua perisian permainan di atas? Anda yang tentukan. Nilainya mungkin dari setinggi $1000 USD atau serendah $1 USD. Menarik bukan? Selamat membeli dan menyumbang kepada badan kebajikan yang disediakan :)

Mencuba Jolicloud dalam Google Chrome (Pemasangan Tidak Diperlukan)

Image
via : https://sites.google.com/site/sajahobi/sumber-terbuka Jolicloud merupakan sebuah sistem operasi bersifat cloud computing seperti juga Chrome OS kini boleh dicuba secara online mengguna Google Chrome. Cara-cara untuk mencubanya. 1. Buka Google Chrome Versi 8.0 ++ (Tak kisah samada anda pengguna Windows, Mac OSX mahupun Linux) 2. Pergi ke http://www.jolicloud.com/ (Menggunakan Google Chrome) 3. Klik pada Try it online. 4. Ini akan membawa anda ke Google Chrome Web Store. Klik pada butang install. 5. Satu ikon aplikasi Jolicloud akan muncul pada halaman New Tab pada Google Chrome. Klik padanya akan membawa anda ke halaman seperti dalam screenshot di bawah; 6. Disini anda boleh Sign Up ataupun Login menggunakan akaun Facebook. Kemudian, anda boleh menggunakan Jolicloud tanpa perlu memasangnya ke dalam komputer! Contoh screenshot: via : https://sites.google.com/site/sajahobi/sumber-terbuka

Pelajar mencari tempat untuk praktikal? Meh sini!

Image
Oleh kerana ramai sangat yang bertanya kepada saya berkenaan tempat yang elok untuk dibuat praktikal terutamanya pelajar dalam bidang IT/Komputer, lalu saya teringat kepada satu entry daripada blog amanz.my bertajuk Intern.MY – Temui Tempat Latihan Industri Anda . Laman web Intern.my ini dikhaskan  pelajar dan majikan untuk mencapai hasrat masing-masing iaitu samada mencari tempat praktikal atau menyediakan tempat praktikal. Sama-samalah kita memanfaatkan website ini dengan sebaiknya dan sebarkan maklumat ini kepada rakan dan taulan anda juga.

Memasang Docky + Stacks menggunakan pakej DEB

Image
Jika sebelum ini saya menulis berkenaan memasang Docky + Stacks melalui BZR yang mana cara-caranya agak pelik dan ganjil, kini kita mempunyai pakej DEB yang membolehkan kita memasangnya dengan hanya membuka pakej berkenaan menggunakan Ubuntu Software Center (Maverick sahaja). Muatturun Docky + Stacks pakej DEB Fungsi stacks pada docky ini memudahkan pengguna untuk akses ke fail-fail tertentu dalam folder tertentu tanpa perlu membuka file manager nautilus dan ianya sangat menjimatkan masa. Ia juga menyokong fungsi drag & drop fail untuk tujuan pemindahan fail. Selamat mencuba.

Muatturun Wallpaper Sabily 10.10 - Al-Quds!

Image
Wallpaper sistem operasi komputer islamik dan berasaskan ubuntu, sabily 10.10 dan memakai kod nama Al-Quds menarik minat saya untuk berkongsi dengan semua pembaca blog melayubuntu. Sebagai satu bentuk solidariti terhadap perjuangan pembebasan palestin dan masjidil aqsa, wallpaper ini sangat menarik untuk menghiasi desktop kita samada pengguna ubuntu, windows mahupun mac osx. Untuk memuatturun, klik pada gambar diatas dan kemudian save image as dan muatturun seperti biasa.

Natty Narwhal : Ubuntu serba baru - Himpunan perubahan yang bakal diperkenalkan

Image
Ada sesuatu yang istimewa pada ubuntu 11.04 Natty Narwhal iaitu, ia bakal menggunakan unity menggantikan gnome sebagai ' shell ' kepada sistem operasi ubuntu. Saya sendiri masih keliru apakah perbezaan shell dan desktop environtment namun yang pasti, antaramuka ubuntu 11.04 nanti merupakan sesuatu yang cukup berbeza dengan sistem operasi windows.  Antara muka unity dalam natty narwhal Perubahan : Kelebihan atau kekurangan? Saya merasakan teknologi seharusnya bersifat selalu berubah. Manakala pengguna teknologi mestilah sentiasa bersedia mendepani perubahan. Perubahan dan konteks antaramuka ubuntu hanyalah salah satu dari teknologi yang penggunanya harus bersedia mendepani perubahan tersebut. Begitu juga dengan pengguna komputer yang beralih dari windows ke ubuntu. Mereka membuat sangkaan bahawa ubuntu seharusnya kekal sebagaimana windows. Seandainya begitu, maka apa perlu perubahan itu dilakukan sama sekali? Natty Narwhal : Perubahan yang diketahui Selain penggunaan...

Histwi 0.6.7 kini menggunakan OAuth

Image
Saya merupakan pengguna tegar Histwi , sehinggalah twitter memperkenalkan Oauth-Apocalypse yang menyebabkan kesemua aplikasi twitter pihak ketiga yang tidak menggunaka OAuth gagal berhubung dengan twitter . Pada ketika itu, histwi merupakan antara aplikasi yang gagal berhubung dengan twitter menjadikannya aplikasi terbiar yang tidak berguna. Histwi merupakan aplikasi untuk; Download and save all your Tweets to Database. View and export all saved tweets to html or txt file. Compare your Following to Followers. Follow/Unfollow any your friends. Tracking new followers and unfollowers. Advanced Twitter Search. Managing multiple Twitter accounts. Dengan versi 0.6.7, histwi kembali boleh digunakan seperti biasa dan saya sangat mencadangkan aplikasi ini kepada pengguna tegar twitter yang ingin melihat rekod follow dan unfollow secara lebih jelas. Fungsi yang sangat saya sukai : Melihat follower dan Unfollower Memasang ke dalam ubuntu. Buka terminal dan taipkan kata arahan be...

Faenza ♥ Conky !

Image
Maafkan saya sekiranya saya telah menggunakan satu simbol yang kurang digemari jejaka maskulin lagi geek iaitu simbol [♥] dalam tajuk entri kali ini. Haha! Faenza bukanlan sesiapa. Faenza adalah tema ikon antara yang paling cantik dan kemas yang boleh digunakan dalam ubuntu, manakala conky adalah satu perisian kecil yang terletak pada desktop untuk memaparkan bermacam aktiviti komputer. Conky biasanya sangat digemari jejaka maskulin dunia geek dan menghiasi desktop yang biasanya penuh dengan warna-warna menakutkan. Namun apabila Faenza berjaya memikat hati Conky, maka akan terhasillah sesuatu yang berbeza seperti dalam screenshot dibawah; Tema conky ini dinamakan conky~meet~faenza dan dihasilkan oleh (kemungkinan besar) pengguna dari komuniti indonesia memandangkan terdapatnya fail readme dalam bahasa indonesia di dalamnya (Yup, mereka bangga mempunyai identiti. Kita?). Conky~meet~faenza boleh dimuatturun melalui Gnome-Look.org . Bagi pengguna ubuntu, sila pastikan anda telah...

Chrome OS : Google adalah Komputer dan Internet?

Image
Google memilih tarikh 7 Disember (1 Muharram 1932 Hijrah) untuk mengumumkan beberapa perancangan penting bagi pembangunan sistem operasi yang diideakan semula iaitu Chrome OS dan Netbook pertama yang bakal menggunakannya. Idea sistem operasi berasaskan internet yang diaplikasikan kepada Chrome OS berasaskan statistik menarik iaitu ramai pengguna komputer yang 90% masa penggunaan komputernya menggunakan internet menerusi perantaraan pelayar web. Kebanjiran aplikasi web sejak akhir-akhir ini pula seolah-olah membuang segala keraguan samada idea ini relevan atau tidak. Segmen Pasaran. Mungkin ada antara kita yang ingin mengatakan, Chrome OS sama sekali bukan untuk kita atau bukan untuk pasaran Malaysia yang internetnya terkenal dengan lambat dan dikekangi oleh had bandwidth. Antara sebab lain mengapa Chrome OS bukanlah sistem operasi untuk kita ialah hakikat bahawa Chrome OS tidak menyimpan apa-apa data di dalam komputer dan data anda seperti muzik, video, gambar, movie disimpan ...

OpenSUSE dan Ubuntu

Saya tertarik dengan sebuah artikel yang diberitahu oleh bos saya tentang perkembangan OpenSUSE, Linux yang adik beradik dengan SUSE Enterprise yang dimiliki oleh Novell. Amat terkejut sekali apabila saya terbaca yang Micro$oft membeli syarikat tersebut. Antara isu yang diperbincangkan oleh saya dan bos adalah tentang kestabilan dan ketahan-lasakan (betul ke ayat ni?) dan saya ada berbincang dengan rakan Gecko saya tentang perlunya OpenSUSE sebuah wiki berbahasa Melayu memandangkan faktor bahasa juga memainkan peranan dalam seseorang pengguna itu untuk menggunakan Sistem Pengendali (saya terperasan perkataan Operating System = Sistem Pengendali dan bukannya Sistem Operasi - merujuk ke laman Dewan Bahasa dan Pustaka ) Linux. Baiklah, berbalik kepada tajuk saya di atas. Mengapa Ubuntu dan bukannya OpenSUSE? Janji Ubuntu adalah satu Sistem Pengendali yang berterusan akan percuma, dan sebagai buktinya, Ubuntu akan menggunakan Libreoffice pada keluarannya tahun depan. Ini bagi mengelakkan...

Google melancarkan Google eBookstore

Image
Google semalam mengumumkan pelancaran secara rasmi Google eBookstore , sebuah kedai buku maya yang mengandungi tidak kurang dari 3,000,000 (3 juta) tajuk buku di seluruh dunia. Bagi buku versi berbayar pula, ianya terhad kepada US sahaja buat masa ini (mungkin kerana pembayaran melibatkan proses pengurusan, kerjasama penerbit buku, perjanjian dengan penulis etc). Nota : Sila cuba layari Google eBookstore dalam PC, Telefon, Tablet dan cuba baca mana-mana buku. Respon dalam komen di bawah pengalaman anda. Berbeza dengan kedai buku elektronik maya yang lain seperti Apple iBook, Kobo, dan seumpamanya yang menggunakan format ebook yang pelbagai (epub etc) dan sukar untuk diakses dalam device dan sistem operasi berbeza, Google eBook bersifat web based, boleh diakses melalui pelbagai device dan sistem operasi, hanya melalui satu akaun google dan koleksi buku disimpan dalam sistem cloud. Pastinya pengumuman ini akan memberikan impak besar kepada pengguna yang memiliki tablet samada ber...

Dapatkan Yang Terbaik Dari Kedua Dunia

Image
Saya merupakan peminat dan pengguna Ubuntu. Dalam masa yang sama saya juga menggunakan Window 7 bagi menjalankan kerja - kerja harian saya. Kadang - kadang saya tertanya - tanya, kenapa saya perlukan yang terbaik dari satu OS? Kenapa tidak dapatkan yang terbaik dari kedua - duanya? Saya yakin kebanyakkan dari kita membesar dengan menggunakan Window. Kita mula mengenali dunia komputer dengan Window. Kemudian kita semakin dewasa dan mula menjelajahi dunia baru, Ubuntu. Kita jatuh cinta dengan Ubuntu. Kita membenci Window. Kita maki window yang pernah kita gunakan satu masa dahulu, yang pernah kita jadikan asas untuk mengenali dunia komputer. Tiada satu OS yang selamat dari serangan virus atau hacker. Mungkin kerana peratusan pengguna Ubuntu / Linux masih rendah, kita kurang mendengar pengguna ini menjadi mangsa. Berbanding dengan Window, setiap hari pasti akan ada kes. Saya membayangkan satu hari nanti selepas kempen Window 7 Sin berjaya, dan ramai yang menggunakan Linux/Ubuntu, hacke...

Muatturun Majalah Full Circle Edisi 43

Image
Full Circle ialah sebuah majalah elektronik yang membincangkan persekitaran penggunaan ubuntu secara khusus telah mencapai edisi ke 43. Sila muatturun di :  http://fullcirclemagazine.org/issue-43/

Pengetahuan asas tentang BROADBAND, WIMAX dan YES dalam Ubuntu

Internet telah berubah daripada 'aksesori tambahan' menjadi 'barang keperluan' kepada kehidupan moden kini dan saya suka kalau kerajaan menetapkan harga syiling bagi tarif untuk setiap Megabyte data yang dibekalkan kepada pengguna meskipun ianya bukan dalam kategori bahan mentah! Err.. Ok, terus ke topik perbincangan. Bagi pengguna ubuntu, sebelum anda subscribe kepada mana-mana ISP dalam bentuk apa sekalipun, anda pastinya dan saya menasihatkan anda memikirkan adakah produk yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat perkhidmatan internet itu boleh digunakan dalam Ubuntu. Tidak semua produk ini dibangunkan dengan memikirkan bahawa terdapat pengguna yang menggunakan sistem operasi ubuntu yang berminat untuk melanggan produk mereka. Lalu bagi pengguna ubuntu yang masih baru atau tidak terdedah kepada maklumat sebegini biasanya mereka akan melanggan sesuatu produk itu terlebih dahulu kemudian memenuhkan topik di forum tentang bagaimanakah untuk menggunakan internet terse...

Sempena Hari Keselamatan Komputer Sedunia 30 November...

Image
Sangat lama benar rasanya tidak mengemaskini blog melayubuntu ini. Namun pada hari yang cukup istimewa ini, saya mengambil peluang ringkas ini untuk mengajak semua pengguna komputer seluruh Malaysia ke arah keselamatan yang lebih baik menggunakan Ubuntu Linux!

Convert AudioVideo melalui program FFMPEG

Image
GUI untuk ffmpeg Sinthgunt 2.0.3 adalah merupakan converter digital bagi audio dan video kepada 100 format lain. Lebih kurang sama dengan winFF. Ciri-ciri: Graphic User Interface(GUI) 100 pre-configured conversion setting 100% Sumber terbuka tidak perlu bayar-bayar apa. Free as in lunch not beer.....eheheh Cara-cara install: Pastikan sudah ada perisian ffmpeg dalam Ubuntu anda. Jika belum install guna pakcik sudo sudo apt-get install ffmpeg subversion Selepas itu, dapatkan fail deb di http://code.google.com/p/sinthgunt/downloads/list Klik 2 kali fail tersebut Siap!!! untuk convert kepada mana-mana jenis fail yang anda suka.

Cara-cara import backtrack repository dalam ubuntu

Bagi siapa-siapa yang tidak tahu apa itu backtrack. ada quote sikit dari official website http://www.backtrack-linux.org/ “BackTrack is a Linux-based penetration testing arsenal that aids security professionals in the ability to perform assessments in a purely native environment dedicated to hacking. Regardless if you’re making BackTrack your primary operating system, booting from a LiveDVD, or using your favorite thumbdrive, BackTrack has been customized down to every package, kernel configuration, script and patch solely for the purpose of the penetration tester.” Atau dengan bahasa mudahnya Backtrack adalah salah satu disro linux yang menjurus kepada security testing dan yang menariknya backtrack ini mempunyai banyak skrip untuk melalukan pentest. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh la google sendiri. Penafian: apa-apa yang berlaku kepada ubuntu anda setelah menginstall @ menggunakan repository ini adalah tanggungjawab anda sendiri. Sekarang kita mula, Pertama sekali kita import Ba...

(Review) IBM Lotus Symphony

Image
Sekiranya anda beranggapan OpenOffice adalah satu satunya alternatif bagi Microsoft Office, fikirkan sekali lagi. Sebenarnya, masih terdapat banyak perisian percuma untuk produktiviti pejabat di dunia Linux. Salah satunya adalah IBM Lotus Symphony. Pengenalan IBM Lotus Symphony adalah perisian yang dibangunkan oleh IBM China Development Laboratory, Beijing. Pada tahun 2010, IBM Lotus Symphony memiliki 12 juta pengguna seluruh dunia. Perisian ini adalah percuma, namun anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum muat turun. Versi 1.0 dirilis pada May 2008, dan versi terbaharu adalah 3.0 (September 2010). Ia dibangunkan untuk Windows (.exe), Linux Ubuntu (.deb) dan Mac Ia mengandungi 3 program paling umum iaitu untuk tugasan menaip (word), pengiraan data (spreadsheet) dan persembahan (slideshow). Secara umumnya, ia masih ketinggalan dengan OpenOffice dari segi fungsi, namun dari aspek antaramuka, IBM Lotus Symphony adalah antara perisian yang terbaik pernah dihasilkan. Antaramuka Antaram...

Linux Mint 10 'Julia' dilancarkan

Image
Jika anda seorang pengguna Linux, sudah tentu anda sudah biasa dengar tentang Linux MINT. Distro ini adalah sistem OS Linux ketiga paling popular di dunia, dibelakang Ubuntu dan Fedora. Saya sendiri adalah salah seorang pengguna Linux Mint, setakat ni prestasinya cukup memuaskan. Linux Mint 10 Julia Hari ini (12 November), Team Linux Mint secara rasminya telah melancarkan versi terbaru sistem operasi mereka iaitu Linux Mint 10 Julia. Jadi jika anda berminat, anda boleh muat turun sistem tersebut (dalam bentuk iso) di sini . Secara ringkas, Linux Mint 10 dibina berasaskan Ubuntu 10.10 Marverick Meerkat. Mesra Pengguna Linux Mint adalah derivative kepada Ubuntu, maksudnya ainya dibina berasaskan sistem Ubuntu yang ditokok tambah untuk menjadikan lebih mesra pengguna. Sebagai contoh, iso Ubuntu secara lalai tidak menyertakan plugin untuk pemain multimedia MP3, jadi pengguna Ubuntu perlu memuat turun plugin tersebut terlebih dahulu, dan ini sukar utuk sesetengah pengguna yang tiada talian ...

Baiki Resolusi Plymouth Ubuntu 10.10

Image
Fuh.. Agak lama juga blog Melayubuntu ini tidak di update. Ok, tak nak cakap panjang-panjang. Sekarang syah nak tulis satu artikel pendek tentang bagaimana cara untuk baiki resolusi Plymouth di Ubuntu 10.10 yang agak buruk apabila driver proprietary untuk NVIDIA dan ATI diinstall didalam ubuntu 10.10. Pertamanya, menggunakan command2 yang syah akan berikan dibawah adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Gunakan script dibawah jika anda tahu bagaimana nak undo balik segalanya jika sesuatu yang tak kena berlaku. Run script ini sekali sahaja! Syah menggunakan script ini di Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat yang menggunakan driver proprietary NVIDIA. Script ini juga sepatutnya boleh digunakan di Ubuntu 10.04 Lucid Lynx. Ok, sekarang anda perlu buka Terminal dan pastekan command dibawah satu persatu. wget http://launchpadlibrarian.net/57638460/fixplymouth chmod +x fixplymouth ./fixplymouth Command diatas akan memuat turun script "fixplymouth". Selepas anda run script tersebut, ...

Rahsia Senjata Melayu yang Terkubur...

Rahsia Senjata Melayu yang Terkubur... : "Beribu-ribu tahun dahulu, di Lembah Bujang, terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan. Di..." blog merupakan repost kawan mengenai sejarah melayu yang cuba dipadamkan oleh orang-orang inggeris semasa menjajah kita. Bangsa melayu teruk dimanipulasikan mindanya sehingga sanggup membuang identiti kemelayuannya sendiri. Malu katanya menjadi melayu kerana selalu dikaitkan sebagai pemalas, mundur dan macam-macam lagi. Sudahnya jadilah dia sebagai orang yang tiada jati diri dan sudah hilang asal usulnya. Terlihat satu petikan akhbar mengatakan mungkin matapelajaran sejarah akan diajar dalam bahasa inggeris. Sungguh saya merasa amat marah kepada yang ingin melihat bahasa melayu berkubur begitu sahaja. Sudahnya, anak cucu kita tertanya-tanya siapa sebenarnya mereka, apa asal-usul mereka. Sejarah diajar bahasa inggeris? sudahlah fakta yang sedia ada di dalam buku sejarah sekarang pun di putar b...

Sistem Pengendali Sabily, yet another variation Ubuntu

Image
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Zulkifli yang memberi peluang kepada saya untuk menyumbangkan idea dan pengalaman saya yang sekelumit cuma di dalam penggunaan Open Source dalam kehidupan seharian. Kali yang pertama ini saya ingin berkongsi maklumat tentang salah satu daripada varian Ubuntu iaitu Sabily. Sabily merupakan Sistem Pengendali yang di sesuaikan penggunaannya untuk pengguna Muslim dengan membariskan aplikasi seperti Zekr , Minbar , monajat, webstrict dan lain aplikasi berlandaskan pengguna Muslim. Sabily akan melepaskan versi terbarunya yang diberi kod nama Al-Quds, iaitu sama dengan varian Ubuntu sendiri 10.10 Maverick Meerkat. Sesuai dengan pelancarannya, dalam masa 11 hari (daripada hari ini), pihak pembangun Sabily sedang bertungkus lumus dalam mengeluarkan versi Al-Quds dan contributor daripada Malaysia juga giat membantu dalam menjayakan proses ini. Saya berpeluang berbicara dengan beberapa penulis blog Sabily yang juga daripada Malays...

Hangatkan pelepasan Ubuntu 10.10 dengan Tshirt istimewa Maverick Meerkat!

Image
Sahabat saya, sdr Yuzeri Yusoff meminta saya mengemaskini makluman ini bahawa beliau sedang membuka tempahan tshirt ubuntu yang di design khas untuk versi ubuntu yang bakal dilepaskan iaitu Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat! Berikut merupakan design tshirt yang boleh anda pilih untuk ditempah; Tertarik? Cara Membuat Tempahan Sila rujuk kepada pautan berikut untuk membuat tempahan : http://www.box.net/shared/x4tb0a808f Sebelum terlupa, harga adalah RM35 termasuk penghantaran.

Pesan CD Ubuntu Maverick Meerkat Percuma dari Shipit Sekarang!

Image
Sepertimana biasa, pembangun ubuntu mengumumkan bahawa CD rasmi Ubuntu Maverick Meerkat sudah boleh ditempah melalui https://shipit.ubuntu.com/. Mengapa anda mungkin perlukan CD ubuntu ini? Sekiranya anda pengguna windows, saya telah menulis beberapa sebab mengapa anda perlukannya di http://melayubuntu.blogspot.com/2010/08/4-sebab-mengapa-pengguna-microsoft.html . Pesanan anda adalah 100% percuma dan akan mengambil masa selama beberapa minggu untuk sampai (dan tak ada jaminan bahawa pesanan anda akan diluluskan). Adakah anda akan membuat pesanan?

Atucara majlis Linux Varsiti 9 Oktober 2010

Image
Berikut merupakan atucara majlis Program Linux Varsiti yang akan diadakan di UTM Johor pada 9 Oktober (hari sabtu) ini; klik imej untuk melihat saiz penuh Sekiranya anda ingin menghadirkan diri ke program linux varsiti dan anda tidak biasa dengan jalan disana, rujukan pengembara ini mungkin boleh membantu anda :  http://linuxvarsiti.org.my/?p=139 Saya mendoakan program dapat berjalan dengan lancar dan apa yang paling penting ialah ia dapat dimanfaatkan oleh kesemua yang terlibat untuk menyebarluaskan ilmu di bumi Malaysia ini.

The Document Foundation memayungi pembangunan LibreOffice (OpenOffice)

Image
Apabila syarikat Oracle membeli Sun Microsystems (yang selama ini memayungi pembangunan OpenOffice.org) dan perkembangan seterusnya menampakkan sifat sebenar Oracle adalah sangat tidak mesra perisian sumber terbuka (mematikan pembangunan Open Solaris dan tindakan saman terhadap syarikat Google berkenaan aplikasi Java dalam android), lalu pelbagai syarikat dan organisasi menubuhkan apa yang mereka namakan " The Document Foundation " yang saya boleh tafsirkan sebagai percubaan menyelamatkan pembangunan OpenOffice.org. Namun oleh kerana trademark "OpenOffice.org" dimiliki oleh Oracle yang telah membeli Sun Microsystems, mereka namakan projek ini sebagai LibreOffice dan mereka masih berharap agar Oracle dapat mendermakan trademark tersebut kepada The Document Foundation. Di belakang The Document Foundation merupakan organisasi dan juga syarikat seperti FSF, OASIS, Google, Novell, Red Hat, Canonical, Open Source Initiative, French Community, BrOffice.org, The Norwegi...

Muatturun font ubuntu (Rasmi) .ttf

Image
Akhirnya setelah berbulan-bulan menunggu, pihak pembangun ubuntu menerbitkan secara rasmi dan terbuka font (tulisan) yang membentuk perkataan "ubuntu" pada jenama ubuntu, iaitu Ubuntu Font Family. Bagi yang telah memasang ubuntu maverick, satu kemaskini akan secara automatik memasang font ini ke dalam ubuntu anda. Namun bagi pengguna versi ubuntu yang sebelum ini, untuk mendapatkan font ini, masih tidak ada PPA rasmi dan hanya terdapat satu cara untuk mendapatkannya iaitu memuatturun package font daripada launchpad melalui pautan : Download Ubuntu font family Pilih pakej dengan extension .tar.gz kemudian extract dan double clik pada font yang ingin anda pasang. Oleh kerana ianya .tff, font ini juga boleh dipasang ke dalam Windows dan mungkin juga Mac OSX untuk tujuan design dan sebagainya. Ubuntu font family ini juga akan disediakan kepada pembangun web sebagai webfont melalui font.ubuntu.com dan juga http://code.google.com/webfonts . [via : webupd8 ]

Bagaimana pengguna biasa boleh menyumbang kepada perkembangan ubuntu

Image
Ubuntu merupakan satu sistem operasi sumber terbuka yang dibina berasaskan komuniti dan untuk komuniti. Tidak seperti ketika menggunakan windows yang lebih mendidik kita ke arah menjadi end user, semua sistem operasi sumber terbuka membuka ruang seluas-luasnya kepada pengguna untuk menyumbang kembali kepada komuniti yang membangunkan sistem operasi itu. Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana bukan? Katakan anda tidak tahu apa-apa berkenaan programming, python, c, c++ lalu bagaimana untuk menyumbang? Namun sebenarnya sesiapa sahaja boleh menyumbang dan dalam entri ini saya akan ceritakan serba sedikit supaya anda mendapat gambaran lebih jelas. 1.Menyumbang kepada penterjemahan Aplikasi Caranya ialah dengan mendaftarkan diri anda di launchpad.net kemudian cari aplikasi yang anda ingin terjemah ke bahasa yang anda tahu (contoh : English kepada Malay). Klik pada translation. Dibawahnya, anda boleh melihat senarai bahasa yang anda boleh terjemahkan. Klik padanya akan membawa anda ke ...

PPA rasmi Hotot untuk Ubuntu Lucid/Maverick

Saya telah menulis 2 artikel sebelum ini berkenaan twitter client, hotot , hari ini saya cuma ingin menulis berkenaan projek hotot telah diupload secara rasmi ke launchpad dan PPA rasmi bagi hotot telah pun tersedia untuk dicuba. Sila tambah ppa menggunakan kata arahan berikut; sudo add-apt-repository ppa:hotot-team sudo apt-get update Sekiranya anda masih belum memasang hotot ke dalam ubuntu, anda boleh berbuat demikian menggunakan ubuntu software center atau memasukkan kata arahan berikut; sudo apt-get install hotot Selamat mencuba.

Apabila cecacing Stuxnet menyerang dan Ancaman ribut geomagnetik

Image
Ancaman Stuxnet Sebenarnya ada dua isu yang ingin saya sentuh hari ini. Pertamanya ialah Stuxnet, cecacing siber paling merbahaya seperti yang dilaporkan oleh Kosmo! Sedikit penyelidikan melalui beberapa laman web seperti wikipedia menjelaskan bahawa Stuxnet merupakan cecacing yang hanya spesifik menyerang sistem pengoperasi windows. Lebih menarik, Stuxnet direka khas untuk menyerang sistem pengendalian industri terutamanya yang dibangunkan oleh syarikat Siemens seperti yang dilaporkan oleh boingboing . Saya memetik; Stuxnet, which was first publicly identified several months ago, is aimed solely at industrial equipment made by Siemens that controls oil pipelines, electric utilities, nuclear facilities and other large industrial sites. While it is not clear that Iran was the main target -- the infection has also been reported in Indonesia, Pakistan, India and elsewhere -- a disproportionate number of computers inside Iran appear to have been struck, according to reports by compu...

Mencantumkan dokumen PDF dan imej dengan mudah menggunakan Couturier

Image
Diinspirasikan oleh iCombiner untuk Mac OSX, Couturier adalah satu aplikasi untuk linux yang berfungsi untuk mencantumkan dokumen PDF dan Imej ke dalam satu dokumen yang boleh dilindungi oleh kata laluan yang ditetapkan oleh penciptanya. Cara penggunaannya semudah ABC, drag & drop fail PDF dan imej ke dalam Couturier, tentukan susunan dokumen tersebut dengan drag & drop, masukkan kata laluan (sekiranya anda ingin melindungi dokumen anda), kemudian klik butang Combine. Memasang dalam Ubuntu Pergi ke laman Couturier dan muatturun fail .deb dan double click padanya untuk meneruskan proses pemasangan. Kemudian, menunya boleh didapati dalam Applications - Office - Couturier. Video cara penggunaan. Selamat mencuba.