Saturday, November 29, 2008

Periksa suhu CPU, harddisk dengan lm-sensor dan hardware sensor monitor

Risau apabila kipas komputer anda berputar ligat dan ingin memeriksa tahap suhu cpu, processor, atau mungkin harddisk komputer anda?

Secara geeknya, anda boleh periksa dengan memasukkan command;
cat /proc/acpi/thermal_zone/*/temperature
(bergantung kepada cpu yang support - macbook tak support)

Cara kedua ialah dengan memasang 2 package untuk membolehkan anda tambah applet hardware sensor applet ke panel (rujuk screenshot) dan ini akan lebih memudahkan anda memeriksa suhu CPU. Pasang 2 package dengan memasukkan command berikut;
sudo apt-get install lm-sensors sensors-applet
Selesai proses pemasangan, right klik pada ruang yang anda ingin letak applet ini pada panel dan add Hardware Sensor Applet. Selesai meletakkan di panel, tidak ada apa yang ditunjukkan kerana anda perlu enablekan sensor bagi hardware yang tertentu;


macbook tak support cpu sensor (hanya hdd)

Harap artikel ini membantu.

Linux Raja Komputer Terpantas Dunia

Petikan JomLinux.com

Setiap enam bulan atau dua kali setahun (sama tempoh dengan versi baru Linux keluar ke ek?), Organisasi Top 500 akan keluarkan analisis terhadap 500 buah komputer terlaju dunia! Dan seperti kebanyakkan tangga yang dimenangi Linux sebelum ini. Tahun ini juga, Linux masih merupakan OS terpantas dan terefisien di dunia!

Antara 500 superkomputer, Linux menguasai 469 buah darinya (93.8%). Pertambahan 10 buah dari tahun 2007 yang mana ketika itu Linux menguasai 91.8%. Apa yang menarik lagi, hanya Linux yang berjaya melonjakan diri dalam menjadi OS terpantas berbanding tahun sebelumnya, naik dari 84.6% hingga ke 87.8%.

Baru-baru ni juga, Microsoft berasa amat bangga dengan Windows HPC nya yang berjaya menjadi OS kesepuluh (10) terpantas berbanding tahun lepas yang berada pada tangga 116! Agak jauh jugak naik Mircrosoft ni.

Apapun, komputer Linux telah pun mengorak langkahnya dalam mencipta rekod kelajuan baru. Komputer Linux yang dijanakan oleh IBM (juga penyokong kuat Linux) merupakan syarikat yang berjaya memecah rekod kelajuan superkomputer dengan kelajuan lebih dari satu petaflop atau 1.026 quadrillion per saat!

Berapa satu quadrilion tu ek? inilah jumlahnya ... 1,000,000,000,000,000,000,000,000 ....

Friday, November 28, 2008

Firefox 3.1 Beta 2 dan Ubuntu



Saya baru sahaja mencuba firefox 3.1 beta 2 atau shiretoko dalam ubuntu. Cara installasinya adalah dengan memasukkan repo berikut;
deb http://ppa.launchpad.net/fta/ubuntu intrepid main
Update dan pasang firefox-3.1. Selepas install masuk kedalam /usr/lib/firefox-3.1b2 dan lancarkan firefox-3.1.(ianya tidak menggantikan firefox 3.0 yang telah terinstall)

Apa yang saya perasan, firefox 3.1 adalah pantas! Tab tearing pula adalah sangat mengujakan dimana anda boleh drag sesuatu tab membentuk tetingkap baru tanpa perlu reload dan sebaliknya. Private Browsing pula membenarkan anda melayari internet tanpa perlu dirisau ianya akan dikesan dalam history, cache, cookies dan sebagainya.

Apa yang dirancang seperti ciri tab preview pula amat menyenangkan jika anda mempunyai 20 tab sedang dibuka. Memilih tab mana yang ingin diaktifkan tidak lagi sesusah dahulu. Kemudian terdapat satu butang new tab yang memudahkan anda membina tab baru (tanpa perlu Ctrl + T)

Saya sempat juga memeriksa tahap penggunaan memori firefox 3.1 dan membandingkannya dengan firefox;


Ketika ini saya sedang membuka 3 tab dalam firefox3.1 dan 5 tab dalam firefox3.0.

Dan anda boleh membaca review lengkap mengenai Firefox 3.1 disini.

Saya benar-benar kagum dengan perisian firefox dan firefox sememangnya browser terhebat yang kita pernah ada. Pembangunannya tetap diterus dari hari ke sehari diatas prinsip sumber terbuka yang mana anda boleh melihat kod-kodnya atau mengubah kodnya dengan percuma tanpa terbatas kepada akta hakcipta. Hebat!

Tukarkan tema ubuntu menjadi Windows XP?

Pertamanya saya rasakan ia tidak perlu dijadikan entry pun. Meskipun saya akui yang saya "rindu" dengan tema lunar (betul ke?) windows xp yang sekian lama tidak ditatap tersebut. Apabila saya fikir dalam-dalam (dan masak-masak), entry ini sebenarnya berguna untuk pengusaha cyber cafe yang ingin menggunakan ubuntu. Betulkan?

Ok jika anda ingin jadikan ubuntu anda kelihatan seperti windows XP, sila rujuk : http://ubuntu.online02.com/node/14.

Amacam? saya harap ianya berguna kepada sesetengah dari kita.

Thursday, November 27, 2008

Sekilas KDE 4.2 beta 1

KDE 4.1 dilepaskan pada julai lalu dan selepas 4 bulan iaitu hari ini, KDE 4.2 mula mengambil tempat dengan terbitnya KDE 4.2 beta 1. Ianya versi percubaan untuk mengesan sebarang bugs, ketidakstabilan, kelemahan dan seumpanya kearah versi penuh yang mantap.



Sekilas, efek glossy KDE 4 masih mempunyai "feel" seakan vista tetapi sebenarnya KDE 4 tidaklah seperti vista.

Anda boleh membaca lanjut tentang KDE 4.2 disini.

KDE 4.2 dirancang untuk diumumkan januari ini untuk versi penuh. Sekaligus KDE 4.2 akan digunapakai dalam versi Kubuntu 9.04.

Wednesday, November 26, 2008

Fedora 10 dilepaskan



25/11/08, satu lagi distro linux yang berpengaruh iaitu fedora yang melepaskan versi terbarunya memakai nombor versi "10" dengan codename "Cambridge". Semestinya selepas fedora 9 dilepaskan 6 bulan yang lalu, fedora 10 ini tetap dinanti-nantikan oleh segenap pengguna fedora seluruh dunia yang dijangka telah mencecah 9.5 juta pengguna.

Beberapa pembaharuan telah diperkenalkan dalam fedora 10 seperti dalam hal networking, update kepada DE, virtualization dan package management. Baca lanjut mengenai perubahan terbaru fedora 10 disini.

Saya sebenarnya tidak begitu selesa dengan trend membandingkan antara 2 distro linux, siapa yang lagi berpengaruh dan sebagainya. Namun mungkin pendapat saya agak berbeza dengan beberapa orang seperti yang diperbincangkan disini. Jika anda ada masa membincangkan soal siapa yang lebih berpengaruh, mengapa tidak peruntukkan masa itu kearah membangunkan satu distro yang terbaik?

Tuesday, November 25, 2008

Ikut saya dalam twitter guna Gwibber dan ubuntu

Twitter? Hah pebenda tuh? Kalau setakat nak sosial-sosial ni aku dah tak larat dah. Yang dok ada pun tak larat nak login dah aih..!!
Itu respon saya mengenai twitter 2 minggu lepas. Kemudian saya menemui satu perisian yang comel bernama Gwibber dan bertekad untuk mencubanya. Gwibber menyokong akaun pada Twitter, Jaiku, Identi.ca, Facebook, dan Digg. Secara tidak lansung ianya menjuruskan saya kepada mencuba twitter dan sehingga sekarang ini, saya masih belum menyesal mencubanya.



Memasang Gwibber dalam ubuntu 8.10

Masukkan repo berikut;
deb http://ppa.launchpad.net/gwibber-team/ubuntu intrepid main
Dan pasang menggunakan command;
sudo apt-get install gwibber
Jika anda menggunakan ubuntu versi lain sila rujuk sini untuk proses pemasangan.

Sudah daftar dan pasang tu jangan lupa ikut saya yerk? klik sini.

Monday, November 24, 2008

Hadiah dari Shipit

Ingatkan anda tentang entri preorder CD Ubuntu yang saya tulis pada 24 Oktober yang lalu? Hari ini saya menerima satu bungkusan yang cukup saya kenali dan kandungannya pun saya dah tahu menerusi ketajaman firasat ku ini.


ini rupa bungkusannya

Genap sebulan selepas saya memesan menerusi shipit - hari ini, 5 keping CD Ubuntu 8.10 selamat tiba ke pangkuan saya dengan selamat. 5 keping? Sebenarnya saya membuat pesanan dengan beralaskan alasan seorang blogger ubuntu yang aktif di Malaysia. Sebelum ini saya meminta sehingga 13 keping dan permohonan saya diluluskan tanpa syarat. Ahaks.


5 keping cd ubuntu yang dimaksudkan

CD Ubuntu anda bila lagi nak sampai? Kalau nak jugak sila-sila la order. Free jer..

Memasang plugins tambahan compiz dalam ubuntu 8.10

Dari forum ubuntu malaysia (Thanks to CrazyModder):

Photobucket
snow plugin

Guide ini dikhususkan untuk pengguna Ubuntu 8.10 dan mempunyai Compiz 0.7.8. Bagi sesiapa yang menggukan Compiz bawah dari 0.7.8 adalah tidak digalakkan menggunakan guide ini.

Untuk check compiz anda version berapa, boleh bukak Terminal dan taip code seperti dibawah:
Code:
compiz --version
Untuk menggunakan Compiz Plugin ini, anda memerlukan package lain. Sila masuk ke Terminal dan taip code seperti dibawah :
Code:
sudo apt-get install compiz-fusion-bcop compiz-dev compizconfig-settings-manager build-essential libtool libglu1-mesa-dev libxss-dev libcairo2-dev git-core
Anda dikehendaki membuat satu direktory baru dengan code seperti dibawah :
Code:
mkdir -p ~/compiz/
Plugin yang boleh anda install adalah seperti dibawah ini. Pastikan anda berada di dalam direktory ~/compiz/ (cd compiz)

Code:
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/wodor/anaglyph
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/fusion/plugins/atlantis
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/metastability/atlantis2
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/fusion/plugins/cubemodel
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/rcxdude/dialog
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/pat/elements
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/kdubois/extra-animations
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/fusion/plugins/fakeargb
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/smspillaz/fireflies
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/warlock/freewins
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/rcxdude/ghost
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/b0le/photowheel
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/pafy/screensaver
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/fusion/plugins/snow
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/metastability/snowglobe
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/fusion/plugins/stackswitch
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/smspillaz/stars
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/fusion/plugins/tile
Pastikan anda compile satu per satu plugin yang telah anda GIT tadi. Anda mestilah berapa dalam direktory ~/compiz/ dan dalam direktory yang telah di GIT td juga. Sebagai contoh :

Code:
cd ~/compiz/snow

Ikut ayat yang terakhir setiap GIT itu .

Untuk compile pula, anda mesti berada di direktory yang hendak anda compile. Kalau tidak, compile tidak akan menjadi .
Cara untuk compile setelah anda masuk dalam direktory tersebut adalah seperti dibawah :

Code:
make clean
make
make install
Buat satu line demi satu line .

Sunday, November 23, 2008

Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope Alpha 1

Saya mengira betapa cepat ubuntu dikemaskini ke versi terbaru. Kekerapan 6 bulan untuk kemaskini versi ubuntu seakan terlalu cepat tetapi kami sebagai pengguna ubuntu tetap tidak sabar untuk melihat masa depan - sekurang-kurangnya masa depan 6 bulan dari sekarang apabila versi penuh ubuntu 9.04 terbit kepada umum.

Hari ini, pembangun ubuntu mengumumkan versi alpha 1 bagi ubuntu 9.04. Bagi anda yang baru bagi ubuntu, tentukan semua ini mengelirukan anda. Usah risau, alpha 1 adalah tahap pembangunan ubuntu untuk percubaan sahaja ke arah sebuah sistem operasi yang lebih stabil apabila tiba ke versi penuh. Anda tidak perlu mencubanya dan tiada siapa berhak mendesak anda mencubanya.

Untuk yang berminat, sila semak jadual pembangunan ubuntu 9.04 disini.

Anda juga mungkin ingin membaca tentang apa yang terbaru dalam versi 9.04 dan ia boleh dibaca disini.

Friday, November 21, 2008

Tema untuk Gmail


Bagi pengguna Gmail tentu ada perasan yang Google telah memperkenalkan fungsi tema untuk Gmail. Tujuannya ialah untuk menceriakan inbox anda. Google telah membangunkan kesemua tema tersebut, walau bagaimanapun terdapat tiga tema sahaja yang dibina oleh artis luar, antaranya ialah;
1. Phantasea Renewal oleh Matthew Ferreira;
2. Summer Ocean oleh Jim Honeycutt;
3. dan yang terakhir ialah Cherry Blossom oleh Vania Sofandi

itu saja, apa kata anda cuba. Bling-blingkan Gmail anda.

Membuang ubuntu dualboot windows dan memasang windows selepas ubuntu

Ubuntu untuk semua manusia dan saya tegas dengan pendapat tersebut. Namun jika anda merasakan ubuntu bukan untuk anda selepas memasangnya melalui cara dualboot, cara membuang terus partition ubuntu bukan satu penyelesaian yang bijak. Ini kerana ketika pemasangan ubuntu GRUB telah mengantikan MBR (512 byte 1st boot sector dalam data storage seperti HD ect) dan membuang ubuntu bermakna anda juga membuang GRUB.


konsep asas proses booting ke ubuntu

Recover MBR menggunakan Windows Installation CD

Selepas anda membuang ubuntu, anda akan mendapati anda tidak lagi boleh boot (masuk) kedalam windows. Penyelesaiannya, anda perlu mengembalikan MBR yang pernah digantikan oleh GRUB. Apa yang ada perlukan ialah Windows Installation CD yang anda perolehi semasa membeli komputer (atau yang anda perolehi dengan harga RM15 di kedai-kedai tertentu).

Cara-caranya;

1.Masukkan CD windows tadi kedalam drive dan apabila menu pertama keluar tekan butang "r" pada keyboard untuk masuk kedalam recovery console.

2.Pilih partition yang mempunyai windows didalamnya (pastikan anda tahu partition mana) dan masukkan administrator password jika perlu.

3.Masukkan command berikut;
C:\> fixmbr
C:\> fixboot
C:\> bootcfg /rebuild
C:\> exit
Selepas memasukkan bootcfg, kemudian anda ditanya tentang load identifier. Taipkan apa sahaja seperti "windows" atau "windows sucks" atau apa juga yang anda suka. Pada OS Load Options, sila biarkan ia kosong tanpa memasukkan apa-apa dan tekan ENTER.

Anda akan boleh masuk kedalam windows sebaik selepas anda reboot/restart komputer anda.

Anda juga boleh recover mbr menggunakan ms-sys menggunakan live cd gutsy gibbon kebawah. Mengapa? Dalam versi Hardy dan Intrepid, tidak ada lagi package ms-sys kerana microsoft tidak membenarkan package tersebut digunakan oleh pengguna ubuntu atas sebab ia mempunyai kod msdos(lu pikir la sendiri!).

Rujuk untuk rocover MBR menggunakan Live CD Ubuntu.

Recover GRUB (Memasang windows selepas ubuntu)

Saya telahpun menulis tentang perkara ini dalam entry berikut : Reinstall GRUB Loader

Semoga tulisan ini bermanfaat.

Thursday, November 20, 2008

Boring dimusim hujan? Jom main gbrainy!

Musim hujan datang lagi. Saya di terengganu sememangnya cukup biasa dengan suasana ini. Hujan tanpa henti, paras air di sungai, paya, parit meningkat. Kanak-kanak kegirangan kesana kemari bermain air bah. Kalaulah masih kanak-kanak rasanya ingin gak join sekaki dua. Apakan daya umur dah meningkat, janggut dah melebat. Tak tergamak la pulak.

Altenatif? Saya suka duduk depan laptop dan bermain gbrainy. Tak ada grafik 3d, sound effect yang hebat. Hanya text dan gambar penuh makna.



Ada 3 kategori kuiz iaitu logic, calculation dan memory. Jika anda pernah mengambil mana-mana IQ test sebelum ini, anda tentunya sudah biasa dengan bentuk soalan yang ditanya. Sememangnya menguji tahap pemahaman, cara berfikir, dan IQ anda.



Sambil makang ubi kayu rebuh cicoh nyor, jom tajamkan IQ masing-masing dimusim hujan ini. Ahaks!

Memperkenalkan Dropbox Linux dan Panggilan untuk semua penulis emaj

Apa itu Dropbox?
Cara mudah berkongsi dan menyimpan fail anda secara online.

Kebaikan Dropbox?
  • Senang diurus: Senang digunakan dan ia buat kerja pada background
  • Senang dikongsi : Berkongsi fail dengan sesiap sahaja dengan 2 klik
  • Sync secara automatik : Letakkan kedalam dropbox folder dan ia akan auto sync
  • Photo : Generate photo anda secara automatik dan boleh dikongsi dengan orang lain
  • Access ke fail anda dimana sahaja anda berada


Selepas memasang (klik disini untuk proses pemasangan) dropbox dalam ubuntu, restart dan dropbox akan mendownload beberapa fail setting ke ~/.dropbox. Selesai sahaja proses itu, satu folder bernama Dropbox dalam direktori home dan muncul tetingkap untuk setup akaun. Dropbox sangat mudah, hanya perlu drag&drop fail kedalam folder dropbox untuk uploadnya ke server. Bagi setiap akaun, anda mempunyai ruang sebanyak 2GB.


Fail sedang di sync dan selesai sync

Tidak kira sistem operasi apa anda gunakan, anda boleh gunakan dropbox menggunakan akaun yang sama dan sync fail anda dengan server.

Panggilan untuk penulis EMAJ

Buat waktu ini, pembangunan Emaj sangat perlahan. Beberapa perkara masih tidak dapat diselesaikan dan antaranya ialah berkaitan kolaborasi. Oleh kerana dropbox menyediakan platform yang sangat memudahkan fail-fail dikongsi secara online dan offline, maka saya akan menggunakan dropbox dalam pembangunan emaj. Setiap penulis emaj harus memasang dropbox dan memasukkan fail yang telah diedit ke folder dropbox supaya fail berkenaan boleh dikongsi dengan penulis lain.

Saya melihat cara ini jauh lebih efektif dan menjimatkan masa disamping memudahkan perkongsian fail. Kepada penulis emaj, sila rujuk lanjut berkenaan dropbox. Nanti saya akan invite anda ke share folder saya dan disitu semua fail untuk emaj edisi kedua akan diletakkan.

Kepada pembaca yang ingin menyumbang dalam pembangunan emaj, sila hantar email kepada saya dan nyatakan dalam aspek sumbangan yang ingin diberikan.

Sila respon jika ada pertanyaan, cadangan dan sebagainya.

Wednesday, November 19, 2008

The Matrix Runs on Windows : Video mesti lihat!



Lihat High Res version disini.

Saya sukakan endingnya. Hepi ending. ahaks!

Download Panduan Memasang Ubuntu 8.10.pdf


Klik imej untuk download!

Bagaimana kalau anda adakan ubuntu install fest ditempat anda? Jika anda tidak mempunyai dokumen sesuai untuk tujuan itu, saya telah siapkan satu panduan pemasangan ubuntu yang diharap dapat memberi guna untuk peminat ubuntu yang newbie. Sebenarnya saya cuba siapkan panduan ini sebaik sahaja ubuntu 8.10 diterbitkan pada 30 oktober yang lalu. Namun oleh kerana kekangan masa yang tidak mengizinkan, niat tersebut terpaksa ditangguh hingga ke hari ini.

Apapun kini panduan itu telah siap dan bersedia untuk didownload. Semoga bermanfaat kepada semua - khas dari melayubuntu.

Tuesday, November 18, 2008

Howto Geek : Install Conky dalam Ubuntu

Conky ialah aplikasi system monitor yang ringan bagi X yang memaparkan maklumat tentang sistem komputer anda. Menariknya, anda boleh meletakkan conky pada desktop tanpa memerlukan tetingkap.

Pasang conky dengan klik : Conky

atau masukkan
sudo apt-get install conky
Sebaik sahaja selepas proses pemasangan anda boleh melancarkan conky dengan Alt + F2 dan masukkan conky. Anda akan melihat sesuatu seperti berikut;



Untuk meletakkan conky pada desktop, anda perlukan fail bernama ".conkyrc" dalam direktori home dengan coding tertentu yang bakal menentukan penampilan conky anda.

Download fail berikut : conkyrc

Namakannya ".conkyrc" (tanpa quote) dan letakkan dalam home direktory. Restart conky dan anda akan melihat seperti berikut;



Coding dalam .conkyrc boleh diubah-ubah dan ianya bakal menentukan betapa geeknya diri anda. Ops, satu lagi, anda mungkin perlu tetapkan pada session supaya conky akan run setiap kali desktop ubuntu dihidupkan. Amacam?

Monday, November 17, 2008

Sistem pengurusan Cyber Cafe Linux?

Anda sangkakan ia baru dimalaysia? Saya bertanya kepada bro Adi (hardyw3b) dan perbualannya kira-kira seperti berikut (ingat xingat);

Aku : Bro...ade dok agi CC guna linux sepenuhnya kat malaysia??
Adi : Oloh mung....Mung gi kak dungun. Ada sutir situ.

Untuk pengetahuan, terdapat satu sistem pengurusan cyber cafe linux yang dinamakan OSPCC dan dibangunkan oleh geng portal mambang (betulkan saya kalau silap). Artikel tentang cara installasi dalam portal mambang saya selitkan kesini (dan saya harap ia tidak menyalahi mana-mana akta hakcipta).

Dari artikel asal:

..............................

Selepas hampir setahun di uji oleh saudara cham_aragon untuk kegunaan cc Projek Bestari Terengganu, dirasakan sudah sampai masanya kami release ospcc untuk publik.

OSPCC atau kami gelar sebagai system pengurusan cyber cafe adalah merupakan ubahsuaian projek cclfox oleh Bruno Deferrari. Kami cuma mengubahsuai ia agar sesuai untuk kegunaan tempatan dengan semangat open source.

Anda boleh mencuba dengan memuat turun package ospcc.tar.gz dari section download.

Untuk install, anda perlukan sqlite3 dan libfox1.4 .

# apt-get install sqlite3 libfox1.4

Untuk install pada server, ekstrak package dan masuk ke subfolder server dan install package berikut:
# dpkg -i libccls_0.7.0-1_i386.deb ospcc-server_0.7.0-1_i386.deb

Kemudian bina direktory berikut pada home server:
mkdir ~/.ospcc

OSPCC perlukan certificate ssl. Anda boleh gunakan certificate yang datang dengan package atau pun bina sendiri certificate. Certificate yang datang dengan package sah sehingga 1 Dis. 2008. Script untuk membina certificate juga disediakan.
Apa yang perlu anda lakukan ialah copy certificate dalam subfolder "pem" ke folder .ospcc yang kita bina tadi.
 cp *pem ~/.ospcc


Untuk run server, anda boleh gunakan arahan berikut:
 ospcc &

Pada client pula, ekstrak package tadi dan masuk ke subfolder client/Debian dan install package di dalamnya:
 dpkg -i libcclc_0.7.0-1_i386.deb ospcc-client_0.7.0-1_i386.deb

Client juga perlukan certificate yang sama dengan server. Untuk itu, kita perlu bina direktory .cclcfox:
mkdir ~/.cclcfox

Kemudian salin certificate dari subfolder pem.
cp *pem ~/.cclcfox

Untuk run client, guna rahan berikut:
cclcfox -host "ipserver" -name "nama-client"

contoh:
cclcfox -host 192.168.1.2 -name mambang

Pada server, anda perlu benarkan sesi untuk client dengan nama tersebut.

Screenshot ospcc server:


Screenshot screen lock pada client


Screenshot timer pada client


Maklumat detail cara install dan bagaimana membina autostart ada pada file Baca-saya.txt.

Selamat mencuba.

..............................

Teruja? Saya harap artikel ini membantu mereka-mereka yang mencari altenatif sistem operasi windows dan memberikan linux satu peluang.

Mencuba XBMC Media Center dalam ubuntu



Semalam saya memasang XBMC Media Center ke dalam ubuntu intrepid ibex dan cuba membuat sedikit review berkenaan aplikasi media center ini. Apa itu XBMC? Ianya diterangkan secara ringkas dalam laman web rasminya;
XBMC is an award winning media center application for Linux, Mac OS X, Windows and XBox. The ultimate hub for all your media, XBMC is easy to use, looks slick, and has a large helpful community.
Ya! Ianya perisian open source, cross-platform yang membolehkan anda memasang XBMC kedalam apa jua sistem operasi samada linux, mac osx, windows dan juga xbox.

Sebaik sahaja saya memasukkan
sudo apt-get install xbmc
Saya mendapati saiz fail yang diperlukan untuk proses pemasangan lebih dari 50MB. Saya agak terkejut dan menjangkakan beberapa perkara yang akan diterangkan kemudian.

Seperti biasa, compiz harus didisablekan jika anda tidak ingin sebarang gangguan ketika melancarkan program ini. Jika tidak skrin akan berkelip-kelip kehitaman menandakan ada konflik yang berlaku antara compiz dan xbmc.



XBMC sememang terkedepan dari segi keterampilan mesra pengguna tetapi peggunaan memorinya agak besar. Jika sekiranya anda mempunyai komputer berkeupayaan sederhana saya lebih mencadangkan anda menggunakan elisa yang lebih simple dan ringan.

Terdapat beberapa fungsi lain seperti built-in web server yang membenarkan anda mengawal xbmc dari komputer lain. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenail ciri-ciri lain xbmc, anda boleh membaca disini.

Sunday, November 16, 2008

Belajar Linux Melalui Komik

Petikan Jom Linux

Ada pelbagai cara nak mengajar pengguna supaya memahami Linux. Namun, cara pembelajaran melalui komik amat jarang diketengahkan. Walaupun, komik sering dianggap untuk anak-anak kecil. Tapi itu tidak bermaksud ia tidak sesuai sebagai satu wadah dalam mengajar pengguna baru atau lama dalam memahami Linux.

comic for linux comic for linux

Atas inisiatif Intarcorp Ltd. Syarikat ini berjaya menerbitkan edisi #1 - Swicthing To Ubuntu. Walaupun komik ini bukan bersifat sumber terbuka (open source) dan percuma. Namun, ia pasti menjadi satu koleksi bernilai memandang komik bergenre Linux sukar didapati. Apatah lagi, Linux itu sendiri terdapat 'otai-otai' atau peminat tegar yang sanggup mendapat edisi ini.

Dijangka edisi #2 akan dikeluarkan tak lama lagi. Oleh itu, peminat-peminat Linux jangan lupa untuk mendapatkan edisi cetaknya yang mana boleh ditempah di laman Hackett And Bankwell.

comic for linux comic for linux

Saturday, November 15, 2008

Mengambil screenshot dengan Gscrot dalam ubuntu

Mengambil gambar desktop atau screenshot dalam ubuntu tidak pernah susah. Samada anda menekan butang print screen pada keyboard atau menggunakan aplikasi screenshot yang didatangkan secara default dalam ubuntu (tidak termasuk menggunakan terminal). Kemudian saya beralih kepada ksnapshot yang mempunyai fungsi yang sedikit terkedepan jika dibandingkan dengan aplikasi default dalam ubuntu.



Namun sebagai seorang blogger, saya memerlukan sesuatu yang lebih dari itu. Gscrot adalah penyelamat hari saya. Ianya aplikasi yang mantap, lengkap, dan berfungsi sebagaimana sepatutnya ia berfungsi. Gscrot boleh mengambil screenshot dan proses mengambil screenshot adalah seperti berikut;

1.Kawasan screenshot
  • selection : memilih satu kawasan segiempat dan kemudian snap
  • fullscreen : mengambil screenshot pada screen penuh
  • window : mengambil screenshot tetingkap. pengguna boleh aktifkan window border etc.
  • section : mengambil screenshot pada bahagian tertentu pada tetingkap
  • web : mengambil screenshot web
2.Aplikasikan efek

Gscrot dilengkapi dengan plugin yang boleh anda aplikasikan kepada imej screenshot yang diambil. Senarai efek adalah seperti screenshot berikut;



3.Upload ke web



Anda mengambil screenshot tujuan untuk berkongsi. Dan jika itu tujuan anda, gscrot mempermudahkan anda upload ke server imageshack, imagebanana, atau ubuntu-pics.de. Selesai proses upload, satu popup muncul memberikan anda url ke screenshot yang anda upload tadi.

Memasang kedalam ubuntu

Masukkan repo berikut
deb http://ppa.launchpad.net/gscrot/ubuntu intrepid main
Dan install gscrot menggunakan terminal atau klik : gscrot

Uruskan sekolah dengan SchoolTool dari Shuttleworth Foundation

Saya tidak begitu pasti sistem apakah yang digunakan untuk menguruskan sesebuah sekolah - maksud saya bagaimana pelajar dan jadual diuruskan. Shuttleworth Foundation baru-baru ini mengumumkan SchoolTool yang mereka bangunkan sudah mencapai versi beta dan dijangka akan diumumkan pada tahun 2009 untuk versi penuh.

SchoolTool Project merupakan satu usaha membangunkan perisian pengurusan sekolah yang melibatkan pengurusan pelajar dan penjadualan. Ianya dibangunkan berasaskan sumber terbuka bermakna anda boleh memilih samada menjadi end user atau memperkemaskan lagi sistem tersebut bersesuaian dengan kehendak dan suasana penggunaan anda.



Saya memikirkan betapa indahnya jika sistem pengurusan sekolah agama rakyat (SAR) dan beberapa sekolah swasta yang lain menggunakan sistem ini dalam pengurusan sekolah mereka. Secara tidak lansung mereka juga akan menggunakan ubuntu sebagai sistem operasi di sekolah mereka. Adakah anda melihat potensi itu?

Jika anda perlukan apa-apa pertolongan tentang ubuntu dan perisian, sila hubungi saya.

Friday, November 14, 2008

Ciri-ciri USB 3.0 didedah isnin ini



Apa yang lebih hebat dari memindahkan 25GB data dalam 70saat? Ok mungkin dapat berlari dalam guni sambil mendaki gunung everest itu hebat bagi anda tetapi kita sedang membincangkan bab yang lain disini. Demo pada WinHEC 2008 mendedahkan, apabila data 25GB dipindahkan menggunakan USB 1.0, 2.0, dan 3.0, masa yang dicatatkan adalah seperti berikut;
USB 1.0 : 9.3 jam
USB 2.0 : 13.9 minit
USB 3.0 : 70 saat
Kesimpulan awalnya, USB 3.0 akan mempunyai kepantasan 10 kali ganda dari USB 2.0 dan ianya satu teknologi yang sewajarnya dikagumi.

Kini USB (universal serial bus) sudah diaplikasikan dalam berbagai device yang melibatkan pemindahan data. Pertambahan kelajuan perpindahan data akan secara lansung mencetuskan idea terkini yang lebih pintar kearah penghasilan teknologi canggih dan memudahkan kehidupan.

Antara yang pertama saya fikirkan ialah live usb ubuntu dan apajua yang berkaitan. Peningkatan perpindahan data akan meningkatkan kepantasan untuk boot kedalam ubuntu yang berada dalam usb. Mungkin selepas ini budaya membawa sistem operasi dalam poket akan menjadi-jadi dalam masyarakat berkomputer.

Ciri-ciri lain bagi USB 3.0 akan didedahkan pada isnin ini dan ianya sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh kita semua.

Preview theme di ubuntu dengan the widget factory

Amacam? Lama gak tak update blog kerana dalam proses mencari mood. Entri kali ni simple jer iaitu berkenaan theme desktop ubuntu yang menggunakan GNOME. Jika selama ini anda perlu membuka tetingkap appearance setiap untuk mencuba theme yang telah anda pasang, kini anda boleh preview theme dengan menggunakan satu alatan dipanggil the widget factory.


tema aurora leopard sedang di preview

Anda boleh pasang alatan ini dengan klik link berikut : thewidgetfactory
atau memasukkan
sudo apt-get install thewidgetfactory
ke terminal.

Lancarkannya dengan menggunakan command
twf
Semoga bermanfaat.

Tuesday, November 11, 2008

2 Hari yang indah

"2 hari yang indah. Disana saya berjumpa dengan insan-insan yang menarik, berkenalan, berkongsi idea, pengalaman, dan juga senyuman. Bibit-bibit kemesraan mekar melupakan hakikat bahawa itulah kali pertama mata bertemu mata. Itulah saat nama sebenar dilupakan, dan nickname menjadi identiti perkenalan masing-masing."

Maafkan kerana beberapa hari tiada apa-apa update dari saya. Sebenarnya saya cuba update blog ini namun percubaan itu berakhir dengan hanya menulis beberapa baris ayat dan niat untuk update dibatalkan kemudiannya - tiada idea. Mungkin saya perlu pulang ke workspace saya yang biasa dan barulah idea itu datang. Sebenarnya ianya satu kebenaran. haha!

Ok FOSS.MY 08. Seperti yang saya tulis dalam entri sebelum ini, anda boleh datang tanpa membayar apa-apa bayaran dengan syarat jangan ikuti apa-apa aktiviti rasmi foss. Ubuntu session bukan aktiviti rasmi foss dan anda bebas menghadirinya. Mungkin ada yang membatalkan niat menghadirkan diri kerana bayaran yang dikenakan dan saya rasakan ianya satu tindakan salah faham.

Insyaallah selepas ini saya akan update blog ini seperti biasa.

Sunday, November 09, 2008

Meriahkan Sesi Ubuntu di FOSS.MY

Kepada anda yang berada berdekatan dengan bukit jalil, anda dipersilakan ke sesi ubuntu sempena FOSS.MY 08 dan tiada bayaran akan dikenakan.

Itu adalah ayat pertama saya untuk entry kali. Mudah faham, padat dan ringkas. Maafkan saya kerana keletihan semalam menyebabkan saya tidak berkesempatan untuk update blog ini pada malamnya.

Sesi ubuntu session sempena foss.my merupakan satu peluang bagi anda pengguna ubuntu untuk
  • bersuamuka dengan pengguna ubuntu seluruh negara
  • berkenalan dengan otai, orang kuat ubuntu malaysia, bloggers, dan orang-orang kuat foss
  • menyelesaikan masalah ubuntu anda (jika ada)
  • berkongsi cerita dan pengalaman menggunakan ubuntu
  • membeli buku, tshirt, sticker berkaitan dengan ubuntu, linux, dan oss..
Saya menulis entry ini di bilik yang dikhaskan untuk sesi ubuntu di APIIT.

Friday, November 07, 2008

Jalan ke FOSS.MY'08

Saya kira anda sudah menetapkan tentang perkara ini : PERGI @ TIDAK. Namun anda samasekali masih belum terlewat untuk memikirkannya kembali. Bro wariola telah menggariskan 6 sebab mengapa foss.my 08 wajib dimasukkan kedalam kalendar aktiviti 2008 anda.

Foss.my 08 bakal mengumpulkan segenap peminat OSS yang terdiri daripada geeks, bloggers, software developers, distribution developers, professionals, students dan bermacam lagi. Jika selama ini anda hanya mengenali seseorang itu menerusi nickname dalam irc, forum, blog dan sebagainya, esok anda akan mengenali mereka-mereka ini secara nyata bukan lagi secara maya.

Dimana?

Dimana menjurus kepada bagaimana untuk sampai kesana? Saya secara peribadi akan turun ke Kuala Lumpur malam ini dan apabila sampai esok terus menaiki LRT Star ke hentian bukit jalil.



Khabarnya, perkhidmatan shuttle dari hentian lrt bukit jalil ke APIIT telah disediakan oleh pihak penganjur. Sepertimana biasa, rancang perjalanan anda esok dengan merujuk laman disini.

Aktiviti?

Selain daripada talk (yang saya meragui adakah diri saya boleh istiqamah dalam mendengarnya), pihak ubuntu malaysia merancang aktiviti yang lebih menarik (bagi saya personally) iaitu Ubuntu Session! Antara yang dirancang ialah;
  • Install fest
  • OpenOffice.org short briefing
  • Demo
  • CD/ISO distribution
  • Subject Matter Expert
Syarat pergi?

Sebenarnya saya tidak begitu menyangka (saya tak faham tentang ayat ini) yang event ini memerlukan anda membayarnya yang termasuk kedalamnya bayaran tersebut ialah makanan dan tshirt. Percaya atau tidak, hingga ke hari ini saya masih belum mendaftar dan masih belum membayar dan jika anda juga seperti saya, RM50 perlu disediakan untuk melicinkan penyertaan anda pada hari tersebut.

Saya juga tidak begitu pasti bagi kes anda yang datang yang hanya untuk menemui orang-orang tertentu atau ingin join sesi ubuntu yang tidak dimasukkan kedalam aktiviti rasmi foss.my - adakah perlu dibayar juga atau tidak? Sebenarnya saya bukan minat sangat nak ikuti talk2 ni apalagi tajuk yang bakal diperbincangkan kebanyakkannya diluar minat saya.

Jangan lepaskan peluang - mungkin jarang-jarang ditemui!



Jika anda cenderong untuk mendapatkan beberapa cenderahati tertentu seperti tshirt ubuntu atau fedora atau sticker ubuntu dan seumpama dengannya, jangan lupa singgah seminit dua. Jika anda mempunyai masalah dengan laptop anda, atau internet yang lembab tidak dapat upgrade dan sebagainya, anda juga dijemput dan kita akan fikirkan masalah anda bersama-sama. Amacam?

Lorem Ipsum Generator untuk ubuntu (dan juga windows)

Pebender Lorem Ipsum tu? Saya tidak pernah terfikir untuk memerlukan satu perisian menghasilkan text random dalam kuantiti yang banyak sehinggalah saya merangka template bagi emaj. Ketika itulah saya menyedari betapa perlunya perisian seperti ini kepada saya.

Semalam ketika saya sedang bermain-main dengan inkscape - melukis satu ikon baru bagi liferea (sebab saya tak suka ikon default liferea), sekali lagi saya memerlukan beberapa perenggan text untuk melengkapkan illustrasi. Saya teringat kepada lorem ipsum generator dan terus memasangnya.



Rujuk link diatas dan download lorem ipsum generator tadi samada untuk ubuntu (deb), windows (exe) atau fedora (rpm).

Thursday, November 06, 2008

Apa yang saya lakukan setiap kali selepas memasang ubuntu

Saya ingin berkongsi dengan anda apa yang saya lakukan sebaik sahaja memasang ubuntu kedalam komputer kepunyaan saya.

Selepas memasang ubuntu:

1.Saya pastikan internet berfungsi dengan baik dan boleh digunakan.

2.Saya pergi ke System > Administration > Software Sources dan pada bahagian 'Download From' > Other > Select Best Server.

3.Selesai sahaja bahagian itu, saya akan update system jika terdapat update.

4.Right click pada desktop > Change Desktop Background > Visual Effects > Extra. Jika tiada error yang keluar maknanya grafik kad tiada masalah.

5.Saya buka firefox, dan pergi ke laman web yang mempunyai flash. Satu popup muncul dan membawa saya ke pemasangan plugin flash player. Saya biasanya memilih pemain flash adobe.

6.Saya double click mana-mana video atau audio dan system ubuntu akan mencarikan codec yang sesuai.

7.Saya buka add&Remove App dan memasang perisian berikut;
  • Gnome-do
  • CCSM
  • Gscrot (perlukan repo tambahan) (rujukan)
  • Inkscape
  • Scribus
  • Liferea
  • Thunderbird
  • VLC
  • Ubuntu tweak (direct download)
8.Saya setup pidgin dengan akaun ym dan online.

9.Memasang tema desktop. Sekarang saya sedang menggunakan tema : http://kims-area.com/?q=node/63


warna susu!

10.Buka blog dan buat entri..!

Wednesday, November 05, 2008

Background pada GRUB Loader ubuntu?

Ianya berlatarkan warna hitam, dengan tulisan bewarna kelabu. Boring dan begitu tradisional. Anda mungkin perlukan sesuatu yang baru bagi sesi GRUB Loader anda kerana itulah paparan pertama (mungkin kedua) yang ada lihat ketika memasang komputer/laptop berubuntu. Sebenarnya anda boleh mengubahnya dengan beberapa langkah yang mudah.



Bagaimana? Pergi ke laman berikut ; https://wiki.ubuntu.com/Artwork/Incoming/Hardy/Alternate/Grub

Dan ikuti tutorialnya.

Namun pada langkah memasukkan
splashimage=(hd0,0)/grub/splashimages/HumanUbuntu.xpm.gz
harus diingat bahawa nilai (hd0,0) bermaksud lokasi partition dimana grub anda terpasang. Ada kemusykilan? Sila tanya.

UPDATE : Oleh kerana ada yang tak berapa faham, saya detailkan sedikit lagi.

1.Anda boleh hasilkan imej sendiri tetapi hendaklah save ke format .xpm dan kemudiannya ke format .xpm.gz.

2.Bagaimana nak pastikan partition mana anda pasang GRUB? Pada terminal masukkan
gksu gedit /boot/grub/menu.lst
dan tengok kepada sesuatu seperti
title ubuntu 8.04 kernel 2.6.24-19-generic
root (hdX,Y)
Masukkan nilai (hdX,Y) kedalam
splashimage=(hdX,Y)/grub/splashimages/HumanUbuntu.xpm.gz
dan masukkan kedalam /boot/grub/menu.lst selepas dari line berikut;
## ## End Default Options ##
Jelas?

Idea untuk GNOME 3.0 : Adakah kita perlukan titlebar?

Ingin saya bertanya secara jujur, berapa ramai yang melihat kepada titlebar untuk mengetahui "tetingkap perisian apa" yang sedang aktif? Dan berapa ramai pula yang melihat kepada titlebar untuk membaca "title" dan untuk mengetahui nama perisiannya?

Lihat kepada screenshot dibawah;



Katakan tetingkap tersusun seperti diatas. Secara normal, adakah anda membaca title bar untuk beralih ke tetingkap firefox (dibelakang) yang tidak aktif? Bagi saya, saya tidak membaca pun title bar. Samada saya melihat kepada ikon firefox atau saya terus memilih satu persatu untuk beralih ke tetingkap yang lain.

Jika konklusinya ialah, kita tidak lagi perlukan titlebar, apakah yang ingin anda lihat dalam versi GNOME 3.0 nanti? Pertamanya, ia tidak sepatutnya meniru mac osx yang meletakkan pilihan menu pada panel. Ia juga tidak sepatutnya kekal dengan style tradisional bagi tetingap dalam windows iaitu pilihan menu dibawah titlebar.

Disini saya ideakan, apakata kalau pilihan menu pada titlebar? Saya telah mockupkan idea ini seperti dibawah;
Image Hosted by ImageShack.us
Saya menimbangkan beberapa perkara iaitu;
  1. Titlebar biasanya digunakan untuk mengerakkan tetingkap. Lalu fungsi ini harus dikekalkan - rujuk kawasan yang ada petak-petak adalah tempat untuk menggerakkan tetingkap.
  2. Tetingkap harus ada identiti dan ia ditandakan dengan ikon - lihat ikon inkscape dibahagian kanan.
  3. Pengguna harus boleh 'klik' pada satu tempat untuk aktifkan tetingkap - samada klik pada ikon atas belah kiri atau klik pada bahagian petak-petak.
  4. Masalah dengan tetingkap bersaiz kecil seperti Pidgin. Pilihan menu secara dropdown.
Tapi last-last saya rasa idea diatas agak berserabut (cluttered). Saya buat mockup ni sekerat jalan, saya dah fikir macam-macam kemungkinan. Tapi alang-alang buat, biar sampai buat entry terus. Adehh!!

Tuesday, November 04, 2008

Crossover dan Wine dalam ubuntu : Kongsikan screenshot anda!

Anda memasang perisian windows tertentu dalam ubuntu menggunakan crossover dan wine? Kongsikan screenshot dan sedikit komen berkenaan prestasi perisian tersebut dengan pembaca blog ini dengan menghantarnya kepada saya : zul.malc (@) gmail.com. Saya akan update entry ini setiap kali menerima kiriman screenshot daripada anda.

Berikut merupakan beberapa screenshot yang saya terima dari rakan pembaca melayubuntu;

1. Microsoft Office 2003 yang dikirim oleh bro mustakim. Ianya dipasang menggunakan crossover dalam ubuntu.



2. Perisian Rhinoceros yang dihantar oleh bro noracom. Ianya dipasang menggunakan wine dalam intrepid ibex. Menurut bro noracom, ianya sangat stabil dan tidak ada apa-apa masalah.

Photobucket

3.Quranflash menggunakan wine dalam ubuntu 8.04 dan dihantar oleh bro Abu Qush. Sebenarnya ada isu tentang flash dalam samada ubuntu versi 8.04 dan saya masih perasan dalan versi 8.10 iaitu setiap kali menggunakan flash atau melawati laman web berflash, cpu komputer akan digunakan dalam kadar yang agak tinggi.



4.Dihantar oleh bro khusairie;
Microsoft Office Excel 2007
Ubuntu 8.04
Wine 1.1.5


Ingin berkongsi? Hantarkan screenshot ada pula!

Mengukur tanda aras prestasi komputer anda dengan Geekbench

Geekbench ialah pengukur tanda aras (benchmark) bagi keupayaan processor dan memori sesebuah komputer. Ianya cross-platform, ideal untuk anda menguji prestasi windows, mac osx, dan linux dalam satu komputer yang sama. Apabila versi ubuntu diupdate setiap 6 bulan sekali, terdapat satu keperluan bagi penggunanya untuk mengetahui apakah ubuntu semakin pantas atau sebaliknya?

Saya membaca banyak komen tentang ubuntu yang pro-kontra dalam isu kepantasannya. Ada yang mengatakan ubuntu semakin berat sejak ia diperkenalkan 4 tahun yang lalu sebaliknya ada yang mengatakan ianya semakin pantas. Bagi membuktikan dakwaan anda itu berasas (samada semakin pantas atau lambat), anda perlukan alat pengukur dan disinilah anda memerlukan geekbench.

Saya ketika menulis entry ini sedang menggunakan MacBook v3.1 dengan specs seperti berikut;

processor : Intel(R) Core(TM)2 Duo CPU T7500 @ 2.20GHz
memori : 1GB
OS : ubuntu 8.10

dan keputusan yang diperolehi dari geekbench adalah seperti screenshot dibawah;


Keputusan keseluruhan yang diperolehi ialah 2871

Ingin mencuba geekbench? Pergi ke laman webnya kemudian download versi yang sesuai dengan sistem operasi yang anda gunakan - download versi linux bagi pengguna ubuntu.

Kemudian, extract (untar) fail yang didownload > masuk ke folder yang terhasil dengan terminal taipkan command berikut;
./geekbench
Dan jika komputer anda jenis 64 bit masukkan "./geekbench-64bit". Berani untuk berkongsi keputusan prestasi komputer anda dengan saya? Sila respon dalam ruangan komen yer.. ^^

Monday, November 03, 2008

Kronologi dan pengalaman memasang Ubuntu Intrepid Ibex kedalam MacBook

Saya setkan diminda, apa jadi pun saya tetap akan memasang ubuntu intrepid ibex kedalam macbook v3.1 Santa Rosa. Dan apabila Apple Boot Camp gagal untuk partition harddisk 'Macintosh HD', saya semakin jelas bahawa ini bukan suatu kerja yang mudah.

Mengapa saya begitu 'bernafsu' untuk melakukan operasi ini? Bateri macbook boleh bertahan selama 6 jam - kalau tak silap (laptop buruk saya hanya bertahan 1 jam) dan itulah sebab yang paling besar mengapa saya nak sangat pasang ubuntu kedalamnya..

1Nov 08

Saya pergi ke rumah bro syah (thanks bro) mendapatkan ISO bagi versi terbaru ubuntu iaitu versi 8.10 intrepid ibex. Kesemuanya berjalan lancar dan saya pulang kerumah dengan harapan yang menggunung.

Apabila kita ingin install ubuntu - setkan pada minda bahawa ia perlukan 'ruang'. Saya memulakan operasi dengan menggunakan Boot Camp untuk menghasilkan ruang (partition) dengan saiz yang paling minima (5GB) namun Boot Camp gagal. Saya sendiri tidak begitu jelas akan sebab kegagalan tersebut kerana sebelum ini saya boleh melakukannya menggunakan Boot Camp dengan mudah (namun kemudiannya saya delete partition tersebut).

Saya tidak putus asa. Saya masukkan Leopard installer CD kedalam drive, tekan 'C' semasa booting dan masuk kedalam installer. Saya buka Disk Utility dan klik pada Harddisk > Partition kemudian melakukan kerja resize partition. Sekali lagi ianya gagal. Saya cuba repair disk, repair disk permission dan segala yang mungkin saya lakukan. Namun saya hanya mendapat satu jawapan iaitu GAGAL!

Saya kemudiannya memasukkan Live CD ubuntu kedalam drive, tekan 'C' semasa booting dan cuba untuk install menggunakan pilihan Guided - Resize partition and use freed space. Saya menerima amaran mengatakan space yang ada terlalu kecil untuk digunakan. GAGAL!

Malam itu sahaja saya tidur pukul 2++ pagi tanpa sebarang tanda kejayaan.

2Nov 08

Lebih kurang 6.45 pagi, bangun dan selepas sembahyang subuh, operasi dimulakan. Apa yang muncul dalam fikiran saya ketika itu ialah, "apa kata kalau delete semua partition?". Saya masih ragu-ragu ketika itu.

Namun apabila semua proses partitioning berakhir dengan kegagalan, saya tahu yang saya tidak ada pilihan lain. Saya boot ke dalam leopard, dan menggunakan super duper, saya backup keseluruhan sistem ke dalam external harddisk - ianya mengambil masa 3 jam. Kerja seterusnya pada sangkaan saya lebih mudah iaitu boot kedalam installer sekali lagi dan delete keseluruhan partition. Selepas delete partition, saya cuba untuk membina 2 partition iaitu satunya untuk osx leopard dan satu lagi untuk ubuntu. GAGAL tanpa sebab yang pasti!

Geram, saya boot pula kedalam live CD Ubuntu. Menggunakan GParted, saya buat 2 partition yang salah satu diformat kepada FAT32 (boleh dibaca oleh installer OSX) dan satu lagi kepada EXT3. Selepas itu boot kedalam leopard installer dan cuba erase dan format partition kepada Extended Journaled (HFS+) kerana format itulah yang digunakan oleh Mac OSX. GAGAL! Damn!

Sekali lagi saya delete semua partition dan kemudian entah macam mana saya berjaya hasilkan satu partition format HFS+ dan satu lagi partition free space (yang tak diformat). Proses seterusnya ialah memasang osx leopard dan pada kali pertama saya ingin masuk ke leopard - saya recover semua data yang dibackup menggunakan super duper tadi kedalam leopard. Apabila tiba ke desktop, semuanya seperti tidak pernah terusik. WOW! (wow pertama)



Proses seterusnya ialah memasang ubuntu intrepid ibex. Saya boot ke live CD dan melakukan proses pemasangan kedalam partition free space tadi (dengan memilih manual partition). Dari partition free space itu tadi, saya pisahkannya dan hasilkan 2 partition iaitu satu untuk ubuntu dan satu lagi untuk SWAP. Namun ketika itulah saya terfikir, "nanti bila nak boot ada grub loader ke?". Hmm, uncertainty. Proses install intrepid berjalan lancar dan selepas reboot - kedebooom... mana ada grub loader. Dia terus boot kedalam leopard! Haha.

Saya teringat kepada rEFIt. Wow (wow kedua), open source memang rawks! Dalam leopard, saya memasang rEFIt - reboot 2x dan saya nampak pilihan bootdisk. Apa yang mengujakan saya ketika ini ialah jawapan kepada persoalan "apa jadi kepada ubuntu intrepid ibex didalam macbook?". Saya boot ke dalam ubuntu dan merekodkan masanya seperti berikut;

Untuk sampai ke login screen : 31.66 saat
Login Screen ke Desktop : 18.20 saat

WOW! (wow ketiga). Laju jugak.

Perkara pertama yang ingin saya cuba ialah compiz fusion. Saya enablekan visual effects kepada extra dan mendapati intrepid ibex sememangnya mengesan kad grafik macbook. Sound, kad grafik, screen resolution, bluetooth, function keys (seperti fungsi pengawalan monitor, sound, pengawalan music player) adalah berfungsi out of the box.

Saya dikejutkan (tak terkejut pun sebenarnya) dengan munculnya popup menyatakan sistem mengesan restricted driver yang perlu diaktifkan untuk menggunakan hardware tertentu yang ketika itu saya tidak tahu apakah hardware tersebut. Owh rupanya driver bagi Broadcom STA wireless yang perlu diaktifkan. Ini bermakna saya boleh menggunakan fungsi wireless (wifi etc) ini tanpa perlu berpenat lelah mencari driver. (apabila saya membaca - rupanya canonical dah deal dengan manufacturer broadcom untuk driver tu).



Saya belum pernah mencuba webcam dalam laptop ubuntu sebelum ini (kerana build-in webcamnya unsupported). Lalu saya merasakan kalaulah saya boleh menggunakan isight macbook itu... Dan ia membawa kepada penemuan laman ini : https://help.ubuntu.com/community/MacBook_Santa_Rosa. Saya buat seperti yang ditutorialkan dan sekarang saya boleh menggunakan cheese dalam ubuntu (dan webcam kalau saya rajin).


menggunakan effect dalam cheese seakan photobooth!

Seterusnya, saya teringat kepada fungsi CPU Frequency Scaling Monitor yang tidak boleh digunakan dalam laptop sebelum ini kerana CPUnya yang tidak disokong oleh ubuntu. Ternyata intrepid ibex mampu menyokong CPU macbook dengan baik dan saya boleh setkan kadar penggunaan CPU macbook dalam ubuntu selepas ini samada ketika dirumah (ondemand) dan ketika outing (powersave).



Fungsi touchpad iaitu two finger scrolling & right click emulation when tapping with two fingers boleh digunakan dengan mengikuti tutorial ringkas di : https://wiki.ubuntu.com/MacBook/SantaRosa.

Secara keseluruhan, saya cukup berpuas hati dengan hasil operasi saya ini walaupun terpaksa berhempas pulas menjayakannya. Ternyata segala pengorbanan berejam-jam didepan laptop ditambah dengan tension dan geram apabila berlaku kegagalan berbaloi juga diakhirnya. Hasilnya saya bukan sahaja mendapat 2 sistem operasi dalam macbook, tetapi juga beberapa ilmu dan pengalaman yang cukup berharga dan saya nukilkan segalanya disini buat tatapan pembaca blog melayubuntu.

Anda tidak perlu melalui kesusahan yang telah saya lalui. Anda hanya perlu baca, fahami dan praktikkan! Selepas ini jika bertemu dengan seorang pengguna macbook ditempat awam - jangan sangka dia sedang menggunakan OSX jer..Mungkin dia sedang menggunakan Ubuntu siapa tahu?

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...