Thursday, September 23, 2010

Pesta pelepasan perisian video editor PiTiVi 0.13.5 dan OpenShot 1.2.2


Semalam menyaksikan 2 perisian video editor terkenal untuk Ubuntu linux melepaskan versi terbaru iaitu PiTiVi dengan versi 0.13.5 dan OpenShot 1.2.2.

Apa yang terbaru dari kedua-duanya?

PiTiVi 0.13.5
  • fungsi backup berkala untuk projek editasi video semasa
  • easy crossfading transitions by overlapping clips (efek pertukaran dari 1 track video ke track video seterusnya)
  • better icon metaphors for link/unlink actions
  • pixel-perfect icons for various toolbar icons
  • new “add keyframe” button (and keyboard shortcut)
  • the “missing plugins” installer has been fixed
  • various performance improvements (less conversions, faster linking)
OpenShot 1.2.2
  • Custom Transitions
  • 3D animated titles (memerlukan blender versi 2.5 terpasang dalam ubuntu)
  • New Audio & Video Effects including Chroma hold
  • Time-line Improvements / Animations
  • Improved Effects User Interface
  • New netbook friendly theme
  • Razor Improvements (now supports snapping to play-head)
  • Improved Language Support (Rotate effect now works in all locales)
  • New DVD Export (Create compliant DVD images)
  • Improved Exporting of different frame-rates
Memasang ke dalam Ubuntu

PiTiVi merupakan perisian video editor yang telah terpasang secara default dalam ubuntu dan anda hanya perlu kemaskini perisian PiTiVi untuk menggunakan versi 0.13.5.

OpenShot pula boleh dipasang ke dalam ubuntu dengan memasukkan kata arahan berikut ke terminal:
sudo add-apt-repository ppa:jonoomph/openshot-edge
sudo apt-get update
sudo apt-get install openshot
Insyaallah sekiranya ada masa, saya akan tunjukkan bagaimana untuk menggunakan kedua-duanya di masa akan datang.

8 comments:

  1. pengguna2 lain dah lame gune pinnacle, final cut studio n final cut express untuk editing combined with sound effect n setaraf filem hollywood...App ni setaraf ke? or masih beta? perlu update mase ke semase?

    ReplyDelete
  2. sila beri pengertian (define) "pengguna2 lain"..
    adakah diorang professional atau amatur?
    adakah diorang membayar harga perisian?
    adakah diorang ada masa untuk belajar perisian td dan buat efek setaraf hollywood?
    adakah video setaraf hollywood belambak dihasilkan oleh "pengguna2 lain"?

    p/s : aku pernah guna final cut pro dan aku tahu perisian tu camner..

    ReplyDelete
  3. hehehe...memang berbayar pon disebabkan taraf berbayar ni lebih quality nya...seperti contoh adobe after effect....n saya rasa perlu kita belajar sebab? kita x nak quality video kita duduk sama rendah dengan movie maker right? like belajar selok belok ubuntu? perlu makan masa ? dorang ada masa kan untuk belajar tentang linux?.."adakah video setaraf hollywood belambak dihasilkan oleh "pengguna2 lain"? hehehe...saya kata ya...sebab dah bnyak users adobe,pinnacle n DLL menghasilkan elements di tahap advanced n sehingga kan boleh menghasilkan elements smoke, particle shadows n realistic gun blow back..jika diperhati setiap unsur2 particle effect tersebut, memang terdapat di film hollywood...

    ReplyDelete
  4. perlu ker buat video yang beberapa minit setaraf hollywood???
    bukan buat video suka-suka untuk youtube aje ker

    ReplyDelete
  5. hehe..i know...suke2? kite nak upload youtube right? satu dunia akan menonton video kita..n lihat lah user2 youtube yg berlumba2 untuk menaikkan quality nya...saya rasa x perlu hollywood...sekadar gred memuaskan dan sedap mata memandang n tidak mempunyai unsur Windows Movie Maker right? owner ubuntu kan "M" windows...hehehe

    ReplyDelete
  6. haha..
    aku xrasa jawapan ko berpijak dibumi nyata..
    mula2 skali, nak compare software berbayar dan open source satu benda yg xlogik..
    kedua, compare software yg professional ngn software average user lagi tidak logik..

    apabila ada org cuba compare, dia dah keluar dari radar sepatutnya..

    aku bukan nak menafikan yg semua software yg ko cakap mmg power dari semua segi..tapi utk cakap "eh xpower pun softwre ni..abaikan jer.." dan satu penghinaan kepada developer yg habiskan masa diorang membangun code terbuka yang akan berkembang kepada sesuatu yg kita tak tahu di masa depan...

    satu perdebatan/perbincangan yg pointless..

    ReplyDelete
  7. sabar bro, jgn merasa Jusu_intel memandang rendah atau sinis thadap usaha bro & produk2 linux. bkn semua org mcm tu. mgkn dia mau lebih detail. jgn abaikan atau skeptikal thadap soalan2 yg ditanya & menganggap ia adalah pointless. jadikan forum ini sgt tmpat utk meluaskan lagi ilmu dan pandangan(mcm forum2 komuniti ubuntu yg lain).

    spt kita fahami(atau tlh terlupa), pengguna Windows tlh lama diserap-kukuhkan dgn 'ideologi' Microsoft. meraka tidak faham konsep dan falsafah linux.

    jg kpd pengguna Windows, bukanlah suatu yg mustahil jk 1 hari nnt sbhgian atau semua produk2 setaraf atau hampir setaraf dgn produk2 close-source. dan korang kena faham, tak ada yg full time & dibagi gaji utk buat/develop program2 utk linux nih. developer mgkn terdiri drpd pekerja sektor awam, swasta, pelajar2 mahupun yg bekerja sendiri.

    bro, lagi org tanya, lagi org akan dekat dgn linux.

    ReplyDelete
  8. kpd golongan yg professionnya buat kerja2 multimedia, mereka boleh terus gunakan produk yg digunakan skrg jika ia x fix dgn keperluan/kehendak industri(spt yg korang claim kan).

    kpd yg amatur, aku rasa lbh baik korang gunakan program2 open-source ni jer. bukan pakai sgt pun ye dak?

    kalau utk yg study, guna kedua2nya skali. dua2 ilmu dpt, ye x?

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...