
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Penulis ada menyatakan diruangan komen sebelum ini mengenai masalah Ubuntu versi 8.10 tidak dapat log masuk walau segala macam cara digunakan. Dengan nekad, penulis mengambil tindakan drastik dengan membuat semula proses instalasi Ubuntu - atau lebih mudah meng'format' semula sistem Ubuntu yang bermasalah tersebut.
Tujuan entri kali ini bukan untuk berbicara mengenai masalah tersebut, tetapi lebih kepada LANGKAH BERJAGA-JAGA yang dirasakan perlu dikongsi bersama di sini.
Adalah menjadi satu tabiat biasa manusia, sentiasa mahukan yang mudah dan pantas dalam membuat sesuatu kerja. Begitu juga semasa proses instalasi UBUNTU, prosesnya menjadi AMAT mudah dari hari ke hari sehinggakan kita hanya perlu menekan butang 'NEXT' sahaja tanpa perlu mengambil kira apa yang sedang berlaku atau apa yang sebenarnya dilakukan (mungkin tidak bagi sesetengah pengguna yang lebih mahir dan mahukan kelainan).
Baiklah, jika anda perasan, semasa proses instalasi UBUNTU, kita akan berhenti pada satu langkah dimana UBUNTU meminta agar dilakukan partition pada hard disk. Maaf, penulis terlupa secara lengkap apa pilihan yang diberikan tetapi ianya lebih kurang begini,
1. Pilihan untuk menggunakan keseluruhan hard disk yang ada - berhati-hati menggunakan pilihan ini kerana ke semua data dalam hard disk kita akan di hapuskan sama sekali.
2. Pilihan untuk menggunakan ruang lebihan dalam hard disk kita - UBUNTU akan menggunakan sebahagian saja lebihan bahagian hard disk dan tidak akan menggangu data-data atau partition sedia ada.
3. Pilihan untuk membuat sendiri partition - untuk pengguna mahir dan tahu apa yang dilakukan. Berisiko tinggi tetapi sebenarnya amat mudah.
Penulis akan tumpu terus pada PILIHAN 3 di atas. Di sini, kita diberikan pilihan untuk menentukan berapa banyak saiz yang diperlukan untuk sesuatu partition. Secara umumnya, partition yang diperlukan adalah partition SWAP dan PARTITION ROOT (/).
Sila rujuk gambarajah di bawah.

Maaf, gambar mungkin agak kabur.
Apa yang penulis buat adalah dengan mengasingkan PARTITION HOME (/dev/sda7 - mount point /home ) dari PARTITION ROOT (/dev/sda5 mount point / ).
Soalan-soalan biasa ditanya.
1. Mengapa perlu di asingkan partition tersebut dan adakah ianya satu perkara WAJIB?
TIDAK! Ianya bukanlah perkara wajib kerana tanpa buat seperti di atas pun, UBUNTU masih boleh berfungsi seperti biasa.
2. Kalau tak wajib, mengapa saya perlu ikuti langkah2 di atas.
Semuanya terpulang kepada keperluan masing-masing. Tiada sebarang paksaan. Dengan mengasingkan partition HOME, sedikit sebanyak membantu kita sekiranya berlaku masalah pada UBUNTU sehinggakan terpaksa meng'format' semula (instalasi semula) UBUNTU. Bayangkan, dengan begitu banyak fail-fail kerja, torrent, mp3 dan bermacam-macam lagi yang telah kita simpan, sanggupkah dikorbankan begitu saja.
3. Kalau perlu format semula, saya boleh buat backup dulu fail-fail tersebut ke dalam thumbdrive atau pindahkan ke mana-mana medium backup.
Ya betul. Memang itulah yang sebaik-baik cara. Tetapi, bagaimana dengan segala macam setting yang anda telah buat dalam Firefox - bookmark, save password, history - mahupun Pidgin, Evolution, Wireless setting dll.
4. Boleh terangkan bagaimana ianya berfungsi?
Mudah. Katakan kita telah buat pengasingan seperti di atas, lakukan proses instalasi seperti biasa dan pilih PILIHAN untuk melakukan sendiri partition. Di sini, pastikan hanya PARTITION ROOT / saja yang diformat semula. Biarkan partition HOME begitu dan teruskan proses instalasi sehingga tamat. BERHATI-HATI. Langkah terakhir semasa proses instalasi UBUNTU adalah dengan memasukkan maklumat pengguna seperti username, password dan lain-lain. Bagi memastikan kita mendapat balik semua setting-setting seperti sediakala, PASTIKAN USER YANG HENDAK DIMASUKKAN SEMULA ADALAH SAMA SEPERTI USER SEBELUM INI. Katakan sebelum format, anda menggunakan username MYBUNTU, jadi selepas format juga pastikan anda gunakan semula username MYBUNTU.
5. Apa lagi kebaikannya?
Yang paling utama, segala data-data penting kita tidak akan hilang begitu saja. Begitu juga segala setting di dalam Firefox, Pidgin, Evolution dan segala aplikasi default yang sedia ada dalam UBUNTU akan kembali seperti sebelum format. Cuma, segala aplikasi ADD-ON (yang ditambah kemudian) seperti Deluge, Inkscape, Flash plug-in, Java Plug-in dan lain-lain perlulah di pasang semula. Ye la, bukan ke dah di format fail root. Tapi, semua tu amat mudah di pasang semula bukan? Untuk pengetahuan, penulis ada mendownload beberapa torrent menggunakan Deluge dan dah menjadi tabiat penulis untuk tidak membuang torrent tersebut dari list view Deluge (supaya orang lain juga dapat berkongsi sama). Amat menarik, dimana sebaik saja penulis install semula Deluge, semua setting dan juga list-list torrent (samada sudah siap atau belum) berada semula seperti sedia kala.
Nota:
1. Entri ini hanyalah cebisan pengalaman penulis dan ingin dikongsi bersama dengan rakan-rakan sekalian.
2. Adalah amat penting sekali agar data-data anda di buat backup terlebih dahulu. Manalah tahu..lebih baik bersiap-sedia.
3. Selamat mencuba.