Posts

Showing posts from May, 2010

Twitter tidak benarkan #Flotilla Trending : Kita mungkin perlukan pengganti Twitter!

Image
Hari ini 31 Mei 2010, saksikanlah seluruh dunia akan mengingati hari ini sebagai hari Flotilla dan ia akan diingati, disambut, dikenang sebagai satu hari yang telah mencalarkan hak asasi manusia yang dilaungkan barat selama ini, dan bumi palestin terus dizalimi oleh tentera dan kuasa zionis israel yang laknat. Tarikh ini juga, satu dunia jelas dapat menyaksi ketidakadilan, cubaan untuk menutup sepenuhnya maklumat berkaitan konvoi flotilla yang jelas membawa aktivis keamanan dan bantuan kemanusiaan siapa lagi kalau bukan CNN dan sekutu-sekutunya. Namun paling mengejutkan saya dan pengguna twitter lain apabila laman web twitter turut sama menyebelahi israel apabila tidak membenarkan #Flotilla sebagai trending walaupun jelas menunjukkan trend #flotilla berada pada kedudukan 0.63%. Sudah tentu dakwaan saya ini mempunyai bukti seperti yang dilaporkan dalam trendistic.com seperti berikut; Dan trending di twitter adalah seperti berikut; Ketidakadilan, bias, cubaan menutup isu, tidak...

Magento mengumumkan Magento Mobile

Image
iPhone :  0.53% Symbian : 0.23% iPod Touch : 0.12% Android : 0.09% Windows Mobile : 0.06% BlackBerry : 0.05% Data diatas merupakan cengkaman penguasaan pasaran (market share) bagi pengguna telefon pintar dalam sistem operasi yang akses kepada internet sehingga April 2010 yang diperolehi daripada  http://marketshare.hitslink.com  yang mana apabila dijumlahkan adalah bersamaan dengan cengkaman pasaran desktop linux secara keseluruhan iaitu 1.05%. (Nota : Windows menguasai 91.46% manakala Mac OSX 5.32%) Kajian pasaran sekali lagi membuktikan pengguna telefon pintar ini terdiri daripada puratanya mereka yang berkerjaya besar dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Lalu, tindakan Magento - pembangun sistem e-commerce telah melancarkan Magento Mobile , iaitu satu sistem jual-beli yang khas untuk pengguna telefon pintar. Magento? Sekiranya anda tidak pernah mendengar tentangnya, suka untuk saya mengatakan bahawa ianya merupakan platform pembangunan sistem e-commerce p...

Memasang AWN "Lucido" melalui PPA

Image
AWN merupakan fungsi Dock yang biasa dijadikan altenatif kepada panel bawah. Versi baru kepad AWN adalah lucido yang membawakan fungsi panel yang sangat cool seperti dalam gambar diatas dan kini anda boleh memasangnya melalui PPA berikut; (Buka terminal dan copypaste command berikut) sudo add-apt-repository ppa:webupd8team/awn-lucido && sudo apt-get update kemudian; sudo apt-get install avant-window-navigator-trunk awn-applets-c-core-trunk awn-applets-c-extras-trunk awn-applets-python-core-trunk awn-applets-python-extras-trunk Awesome!

Memasang Screenlets dalam Ubuntu 10.04

Image
Screenlets merupakan perisian pengurusan widget yang mengandungi aplikasi kecil yang boleh diletakkan pada desktop untuk tujuan menghiasinya atau menggunakannya untuk tujuan lain. Aplikasi kecil dalam bentuk widget adalah seperti sticky note, clock, calc, weather, trash dan sebagainya. Pemasangan Screenlets Untuk memasang screenlets dalam ubuntu, anda boleh buka Ubuntu Software Center, dan taipkan "screenlets" (tanpa ") dalam ruangan search. Klik install dan tunggu sehingga proses tersebut selesai. Apabila selesai pemasangan, pergi ke Applications - Accessories - Screenlets. Untuk enable fungsi widget yang dikehendaki, klik pada mana-mana widget dan klik butang Lauch/Add disebelah kiri tetingkap dan widget tersebut akan muncul pada desktop anda. Anda juga boleh muatturun pelbagai widget lain di  http://screenlets.org/index.php/Category:UserScreenlets  dan memasangnya menggunakan fungsi install pada screenlets manager.

Pasang Tema Untuk Empathy

Image
Hai, Salam perkenalan. Untuk posting  pertama di sini, saya ingin berkongsi dengan anda cara - cara untuk memasang tema bagi chat system  Empathy (yang merupakan default application  dalam ubuntu 10.04). Tema yang ada sekarang ini di Empathy dah nampak ok, tapi agak plain  sikit. Takda seri orang kata ;-).

Guna Photoshop CS5 (Portable) Dalam Ubuntu 10.04 [Updated]

Image
Saya penyokong perisian sumber terbuka dan oleh kerana itu saya mengesyorkan GIMP sebagai pengganti kepada Adobe Photoshop. Namun kadang kala pengguna ubuntu lain lebih suka menggunakan Adobe Photoshop disebabkan beberapa faktor seperti inginkan perisian untuk tujuan komersial, ingin perisian pada level professional dan sebagai. Apabila ia datang kepada ubuntu, mereka kecewa kerana Adobe tidak menyediakan perisian mereka untuk ubuntu. Pengguna linux sebenarnya sudah sekian lama menikmati fungsi WINE - perisian yang membolehkan pengguna menjalan perisian windows di dalam linux (ubuntu). Disini hari ini saya akan menulis cara-cara untuk menggunakan Adobe Photoshop CS5 Portable dalam Ubuntu 10.04 dan diharap daripada tutorial ringkas ini dapat memudahkan pengguna ubuntu diluar sana. Langkah 1. Memasang WINE Memasang perisian dalam ubuntu adalah sangat mudah. (Pada Panel) Pergi ke menu Applications - Ubuntu Software Center dan taipkan "wine" seperti dalam screenshot dibawah...

1.2 juta komputer riba diagih percuma & Andai ubuntu adalah OSnya

Semalam kerajaan dengan kerjasama TM mengumumkan akan mengagihkan 1,200,000 unit komputer riba Netbook secara percuma kepada rakyat berpendapatan rendah yang subscribe kepada pakej jalur lebar TM.  Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk meluaskan penembusan akses jalur lebar kepada umum. Saya tidak tahu syarikat mana yang mendapat kontrak untuk membekalkan komputer tersebut dan saya tidak tahu siapa yang terlibat dengan idea ini. Saya tidak mahu kata ini adalah satu idea yang hebat atau ini adalah idea yang pincang. Saya cuma terkenang kisah pelajar sekolah tahun 5 di negeri Terengganu yang mendapat e-book (macam netbook) tahun lepas dan selepas satu/2 tahun berlalu kita boleh lihat keberkesanan program yang memakan belanja RM 30 juta tersebut. Ada yang mengatakan e-book digunakan untuk bermain game, ada yang mengatakan guru-guru tidak membenarkan murid membawanya ke sekolah kerana menyebabkan murid tidak fokus terhadap pelajaran. Mas...

MonsoonX Google Group & Screencast Pengenalan Ubuntu

MonsoonX Update ringkas dari saya. Saya ingin umumkan bahawa Pergerakan MonsoonX (Pengguna Open Source Terengganu) telah mewujudkan satu group pada google untuk memudahkan ahli subscribe kepada perbincangan melalui email. Sertai group ini disini :  http://groups.google.com/group/monsoonx . Di harapkan melalui medium ini, perbincangan akan menjadi lebih efektif dan setiap ahli akan lebih alert kepada apa yang diperbincangkan. Screencast pengenalan Ubuntu Screencast ini dirakam secara spontan tanpa persediaan awal. Saya perlukan pendapat tentang screencast ini. Tq =)

Operasi Melayubuntu : Sedang mencari penulis pelapis a.k.a partner!

Bayangkan suatu hari anda cuba melayari laman blog kegemaran anda namun laman blog tersebut telah ditutup atau entry terakhirnya adalah 6 bulan yang lalu. Apa perasaan anda? Namun saya bersyukur dengan keputusan untuk tidak memindahkan blog ini ke server berbayar kalau tidak, melayubuntu tentunya sudah berkubur dan perkongsian ini tidak akan lagi berlaku seperti sekarang. Hakikat ialah hakikat. Anda tahu yang saya tidak mampu untuk menulis keseorangan dengan cubaan untuk cover kesemua topik berkaitan ubuntu dan perkembangannya. Idea untuk mencari penulis pelapis merupakan satu idea yang bukan baru bagi blog ini kerana sebelum ini saya sudah beberapa kali mengumumkan perkara yang sama. Istiqamah adalah sesuatu yang paling susah untuk dilakukan. Anda perlu memahami bahawa; Tidak ada gaji : seperti juga saya, menulis di blog melayubuntu tidak mendatangkan pulangan wang ringgit kerana kita menulis berasaskan minat dan berkongsi kesemua ilmu ini percuma - kadang kala wang ringgit bu...

Ailurus 10.05 dilepaskan : Fungsi Computer Doctor

Image
Baru-baru ini saya ada menulis tentang Ailurus - Perisian Utiliti untuk linux. Ailurus 10.05 dilepaskan dengan membawakan pelbagai fungsi baru antaranya Computer Doctor yang dapat "merawat" masalah yang mungkin timbul dalam komputer anda dari segi sistem operasi. Imej diatas merupakan masalah yang ada dalam komputer saya dan perlu dirawat oleh fungsi Computer Doctor pada Ailurus. Antara fungsi & perubahan lain dalam Ailurus 10.05 ialah Adjusting the layout of software installation interface, in order to free more space. Add some popular software. Enhance system cleaning up function. Be able to clean up residual configuration files, and Nautilus cache. Be able to use multiple sources. Add some GNOME settings item. Show details of CPU level 1 cache and level 2 cache. Add computer doctor function. Be able to detect system problems and help you repair problems.

Skip CAPTCHA di laman web muatturun

Image
CAPTCHA semakin mendapat tempat dimana-mana laman web muatturun mahupun ketika meninggalkan komen pada blog. Bagi pemilik laman web atau blog , fungsi ini dapat membasmi SPAM dan aktiviti lain yang dilakukan oleh script (robot dan bukan manusia). Namun bagi pelawat pula, CAPTCHA sangat leceh, rimas, menyusahkan, dan kala-kala terdapat CAPTCHA yang seolah-olah mustahil untuk dibaca atau diselesaikan seperti berikut; atau seperti berikut; Susah bukan? Skipscreen merupakan plugin pada browser yang menolong pengguna skip proses CAPTCHA pada laman web muatturun seperti Rapidshare  Megaupload Mediafire Uploaded.to zShare Sharebee DepositFiles Sendspace Divshare Linkbucks Link-protector Anda boleh muatturun plugin skipscreen pada link berikut; Firefox -  https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/11243/ Chrome -  https://chrome.google.com/extensions/detail/dmnghdjkklbideconobdandikpbgpaoo Jika anda tidak faham bagaimana ia berfungsi, saksikan video ...

Ubuntu.com berwajah baru

Image
Sejak saya mengenali dan menggunakan ubuntu, rasanya inilah pertama kali website ubuntu.com didesign semula kepada sesuatu yang sangat cantik dan kemas. Design ini adalah sejajar dengan perubahan brand baru ubuntu yang diperkenalkan baru-baru ini. Apa pendapat anda?
Image
Ini merupakan satu lagi fungsi untuk mencantikkan ubuntu anda iaitu Cover Thumbnailer . Fungsinya ialah untuk memaparkan thumbnail gambar atau music album cover dalam pada folder seperti berikut; Untuk memasangnya dalam ubuntu adalah seperti berikut; 1.Masukkan command berikut ke dalam terminal sudo add-apt-repository ppa:flozz/flozz sudo apt-get update sudo apt-get install cover-thumbnailer Penggunaan: Music Folder > Masukkan apa-apa album cover (gambar) dalam folder yang mengandungi music dan cover thumbnailer akan menggunakannya. Picture Folder > Cover thumbnailer akan menggunakan 3 gambar pertama dalam sesuatu folder sebagai thumbnail Folder lain-lain > Masukkan gambar dengan nama cover.png, folder.jpg dan cover thumbnailer akan menggunakannya sebagai thumbnail folder berkenaan Konfigurasi: Pergi ke System > Preferences > Cover Thumbnailer

WINE Antialiasing dalam ubuntu - Cantikkan aplikasi WINE anda!

Image
WINE adalah satu perisian yang membolehkan seseorang pengguna ubuntu memasang perisian windows di dalam ubuntu (tak semua perisian). Microsoft Office, Photoshop, Dreamweaver, bermacam jenis game adalah antara perisian yang dilaporkan boleh dipasang serta digunakan dalam ubuntu menggunakan WINE. Namun antaramuka (interface) WINE dalam ubuntu agak buruk, pixel pecah dan tidak menarik sekaligus menyebabkan perisian yang dipasang menggunakan WINE tidak begitu best untuk digunakan. Contohnya adalah seperti berikut; klik imej untuk paparan besar Seperti yang dapat anda lihat, interfacenya sangat tidak comel dan melunturkan mood pengguna itu sendiri. Namun dengan trick yang ingin saya ulas dalam entry ini akan menjadikan interface diatas menjadi seperti berikut; klik imej untuk paparan besar Adakah anda lihat perubahan tersebut? Teruja? Ok ini caranya untuk melakukannya dalam ubuntu. 1.Pasang font microsoft. Buka terminal dan taipkan; sudo apt-get install ttf-mscorefonts-installer 2....

Pasang game Pacman dalam Ubuntu

Image
Saya kira ramai yang telah melihat dan bermain game Pacman di Google.com pada 22 Mei lalu sempena sambutan 30 tahun Pacman yang pertama kali dikeluarkan di Jepun pada 22 Mei 1980. Oleh kerana ia mendapatan sambutan hangat diseluruh dunia, google kini telah menyediakan satu halaman khas kepada mereka yang ingin bermain game Pacman di  http://www.google.com/pacman/ . Bagi pengguna ubuntu pula, selain daripada bermain di google, anda kini boleh game pacman dalam aplikasi desktop. Untuk memasangnya, buka terminal dan taipkan sudo apt-get install pacman Buka game ini di Applications > Games > Pacman. Tapi bila saya main, rupanya main kat google lagi best. Kenapa agaknya? UPDATE : Seorang rakan telah berkongsi game ini dalam bentuk swf. Saya telah upload fail berkenaan ke dalam Ubuntu One saya dan boleh diakses melalui URL berikut; http://ubuntuone.com/p/50l/ Enjoy =)

Mengapa ini masih berlaku?

Image
Statistik diatas merupakan statistik pengunjung blog Melayubuntu yang terkini. Seperti yang dapat anda lihat, pengguna windows merupakan pengunjung teramai mengatasi pengguna linux dan yang selainya. Soalan saya, adakah selama ini saya menulis hanya untuk 46.82% pembaca sahaja dan yang lainnya hanya membaca dan meninggalkan blog ini tanpa mengambil apa-apa faedah? Jika ia benar begitu, maka statistik ini tidak seolah-olah ingin memberitahu saya supaya melakukan sesuatu yang lebih menarik supaya mampu menarik minat 50.14% pembaca atau sekurang-kurangnya mereka dapat mengambil faedah dari kunjungan mereka ke melayubuntu. Justeru, saya jujur ingin bertanya, 1.Wajarkah saya menyediakan tutorial bersifat cross platform yang boleh digunakan juga oleh pengguna Microsoft Windows? 2.Apakah pandangan anda jika saya perkenalkan konsep Podcast ataupun/dan Screencast untuk paparan audio dan visual supaya pengguna Microsoft Windows memahami segenap bit perbincangan di blog melayubuntu? 3...

Tengok TV guna internet dalam ubuntu - Channel HBO, AXN, Bola Sepak

Image
Saya masih ingat ketika berada jauh dari keluarga merantau ke negara orang, banyak benda yang tidak sama  dengan negara sendiri dan perlu disesuaikan. Antaranya ialah apabila ingin menonton perlawanan bola sepak Final Liga Juara-Juara UEFA. Ketika itu saya masih menggunakan sistem operasi windows XP. Dan apabila ada perlawanan bola sepak di eropah, saya menggunakan perisian Sopcast . Menonton dalam resolusi Low - tak tersekat-sekat lansung. Sopcast menggunakan teknologi p2p streaming yang membolehkan pengguna menonton channel tv HBO, AXN, Perlawanan Bola sepak (channel di china) dan juga channel lain di seluruh dunia secara percuma menggunakan internet. Pagi ini, saya mendapat tahu bahawa Sopcast Player 0.4.0  boleh dipasang dalam ubuntu menggunakan PPA (bermaksud update perisian ini diuruskan oleh package manager dalam ubuntu). Memasang Sopcast Player; 1.Muatturun libstdc++ ke dalam komputer dan double click untuk install untuk i386 (32 bit) untuk amd64 (64 bit) 2.M...

Docs.com boleh digunakan dalam Ubuntu

Image
Docs.com merupakan servis terkini dari Microsoft yang masih diperingkat beta dan berfungsi untuk menyimpan dan berkongsi dokumen yang dihasilkan dalam Microsoft Office kepada rakan. Integrasi bersama laman sosial facebook akan memudahkan kerja kolaborasi, berkongsi dan sebagainya. Namun fokus saya bukan disitu, saya tertarik apabila saya berjaya menggunakan Docs.com dalam ubuntu menggunakan browser chromium untuk menghasilkan dokumen baru. Seperti yang dapat anda lihat dalam screenshot diatas, saya masih menikmati interface ribbon seolah-olah sedang menggunakan microsoft office di dalam windows. Namun buat waktu sekarang ini, masih banyak fungsi-fungsi Microsoft Office 2010 yang tidak terdapat dalam Docs.com. Walaupun begitu, ianya masih bagus kerana teknologi cloud seperti ini akan menjadikan Flash Drive (USB) anda seolah-olah tidak lagi berguna. Ini kerana anda dapat akses kepada dokumen anda dimana sahaja anda berada dengan syarat mempunyai sambungan internet! Bagaimana untu...

Tutorial mengubah kedudukan docky ke kiri monitor

Image
Docky secara default adalah ditetapkan supaya berada pada bottom monitor. Kemudian pengguna boleh menambah satu lagi dock dan ia telah ditetapkan dikiri dan juga dikanan. Kesimpulannya, secara default settingnya adalah seperti berikut; Dock 1 : Bottom Dock 2 : Left Dock 3 : Right Lalu jika sekiranya saya ingin mengubah susunan ini bagaimana? Ini kerana saya sedar bahawa docky telah mengambil sekurang-kurangnya 30px ruang vertikal saya menyebabkan saya tidak selesa dengan keluasan skrin yang ada. Caranya adalah seperti berikut; 1.Tekan Alt + F2 pada keyboard dan taipkan gconf-editor pada tetingkap yang muncul dan klik Run. 2.Tetingkap Configuration Editor akan muncul dan navigate ke lokasi berikut; /apps/docky-2/Docky/Interface/DockPreferences/ Seperti yang dapat kita lihat, disini kita boleh mengubah posisi Docky1, Docky2, Docky3 dengan mudah kepada Left, Right, Bottom ataupun Top dengan hanya double click pada ruang disebelah posisi dan taip lokasi yang diingini. Sekira...

Ubuntu - Better than your Ex & will be better than your Next

Sebenarnya kebanyyakkan end user (pengguna) tidak kisah tentang sistem operasi apakah yang sedang digunakannya, atau sistem operasi apakah yang digunakan oleh laptop itu atau handphone itu. Mereka hanya akan kisah apabila sistem operasi yang sedang digunakan buat hal (sucks). Apabila sesuatu sistem operasi buat hal, pengguna akan bertanya macam mana nak baiki. Jika sekiranya ia masih tidak boleh dibaiki, itulah masanya untuk mencari altenatif yang lebih baik. Sekurang-kurang itulah yang sepatutnya berlaku. Namun oleh kerana sikap monopoli Microsoft, pengguna tidak mengenali Windows sebagai sistem operasi tetapi Windows + Hardware = Komputer (PC). Ketika masih kecil, saya menyangka bahawa Bill Gates lah mencipta komputer dan antara fakta paling menarik yang menjadi gosip dikalangan rakan-rakan ketika itu ialah, orang malaysia tak ada seorang pun yang pandai mencipta komputer!Kebodohan itulah yang berterusan sehinggalah saya mengenali ubuntu, mac osx dan apa itu sistem operasi. Melal...

Melayubuntu memenangi Creative Youth Blog Contest Hari Belia Negara 2010

Image
Artikel Sebutir Padi Untuk Sebuah Negara - Tanpa disangka telah dipilih sebagai salah satu dari 10 blog terbaik dalam peraduan Creative Youth Blog Contest Hari Belia Negara 2010 . Saya menulis artikel tersebut setelah dipelawa oleh bro Shah Rizal di Facebook dan tanpa saya duga ianya terpilih sebagai 10 blog terbaik. Alhamdulillah.

Manual Ubuntu diakses lebih 5000x sejak Feb 2009

Image
Saya ingin berkongsi E-Book Manual Ubuntu yang telah saya hasilkan kira-kira setahun yang lalu dan ianya sangat sesuai buat mereka yang mula berjinak-jinak dengan ubuntu. E-book ini telah diakses lebih dari 5000 kali dan itu belum termasuk mirror yang lain. Muatturun Manual Ubuntu dari link berikut; http://www.box.net/shared/1djpzmz76o Harus diingat, Manual Ubuntu dihasilkan pada tahun lepas berasaskan ubuntu 8.10 dan terdapat paparan yang tidak sama dengan ubuntu 10.04 Lucid Lynx. Manual Ubuntu juga tidak ada apa-apa kaitan dengan Ubuntu Manual .

Script pasca pemasangan ubuntu 10.04

Image
Webupd8 bulan lalu ada menerbitkan satu (bash) script yang dapat memudahkan kerja pengguna ubuntu sebaik sahaja pemasangan ubuntu yang baru. Kemudian script ini diterjemah ke dalam bahasa malaysia oleh akmalhisyam dari fossmalaya . Tahniah kepada beliau atas usaha yang dilakukan. Apa gunanya script ini Script ini adalah jalan pintas kepada banyak perkara dan dengan beberapa klik sahaja, anda dapat mengubah ketetapan, menambah repository, memasang perisian penting, membuang pakej tidak diperlukan dan sebagainya. Untuk menggunakan script ini, sila buka terminal dan masukkan command2 berikut; sudo apt-get install zenity wget http://launchpad.net/ubuntustart/0.4.x/0.4.8/+download/ubuntu-10.04-start-0.4.8.5.tar.gz tar -xvf ubuntu-10.04-start-0.4.8.5.tar.gz cd ubuntu-10.04-start/ sudo ./ubuntu-10.04-script Berikut merupakan screenshot disepanjang proses konfigurasi. Langkah Pertama: Ubahsuai, pembetulan dan repository Langkah Ke-2: Pemasangan Pakej Disini anda boleh memilih p...

Nautilus Elementary Update

Image
Sekiranya anda salah seorang yang menggunakan nautilus elementary, anda tentu perasan hari ini ianya telah dikemaskini dan pembaharuannya ialah seperti yang dapat anda lihat dalam screenshot disebelah. Ya, kini sidebar membezakan beberapa perkara iaitu folder, device dan network. Sekiranya anda ingin memasang nautilus sidebar dalam  ubuntu anda, sila ikuti tutorial dalam entry mencantikkan ubuntu 10.04 lucid lynx . Semoga bermanfaat.

Tutorial hack password facebook rakan [Cara Mudah]

Image
Nota : Tulisan ini tidak bermaksud mengajar pembaca melakukan sesuatu yang salah tetapi ingin mengingatkan bahawa cara yang sama TELAH digunakan oleh hacker diluar sana untuk mendapatkan password pemilik akaun bank dan mencuri duit dari akaun orang lain. Dengan dokumentasi ini saya harap agar muncul kesedaran dikalangan pengguna komputer supaya dapat lebih berhati-hati ketika melayari internet terutamanya ketika memasukkan kata laluan yang melibatkan perbankan! Caranya dipanggil Phishing . Teori : Mencipta satu halaman seumpama halaman login facebook kemudian menghantar URL halaman tersebut kepada rakan, admirer, musuh ketat, penjenayah  (atau juga kepada umum menggunakan email = spam) dengan harapan mereka akan masuk ke halaman tersebut dan memasukkan login ID beserta kata laluan. Kemudian, skrip akan menangkap maklumat yang dimasukkan lalu disimpan untuk paparan hacker dalam kes ini hacker ialah kita =) Langkah 1. Kita akan bina satu halaman facebook sama seperti yang boleh ...

Hardware yang dicadangkan untuk ubuntu

Antara perkara yang sukar untuk dipenuhi oleh sesuatu sistem operasi seperti Ubuntu ialah mampu bertindakbalas dengan semua ciri-ciri hardware yang pelbagai. Tidak sebagaimana Mac OSX yang hanya boleh digunakan dalam komputer model apple dan sekaligus memudahkan kerja syarikat apple, Ubuntu disasarkan untuk digunakan dalam semua model komputer yang terdapat di pasaran. Windows juga sama, tetapi pengeluar hardware biasanya menyediakan driver proprietary khas untuk sistem operasi windows menjadikan ianya "seolah-olah" mudah digunakan. Nasib ubuntu tidak sebaik windows dan ubuntu terpaksa bergantung kepada "ihsan" pengeluar hardware itu tadi samada untuk menyediakan driver atau tidak menjadikan ubuntu (linux) "seolah-olah" susah untuk digunakan. Begitu juga dalam kes aplikasi. Pembangun aplikasi membangunkan aplikasi yang hebat untuk windows namun tidak untuk ubuntu sekali lagi menjadikan ubuntu "seolah-olah" susah untuk digunakan. Saya berani m...

Memasang Keyboard Input Tulisan Jepun [Ubuntu Lucid Lynx]

Image
Sebelum kita bermula, saya ingin tegaskan bahawa cara yang sama juga berfungsi untuk tulisan yang lain seperti Arab, Jawi, China, Russia dan sebagainya. Cara-caranya seperti berikut; 1.Pergi ke System > Administration > Language Support 2.Klik pada Install / Remove Languages dan Install bahasa yang dikehendaki. Dalam kes saya, saya pilih bahasa jepun. Sila pastikan anda pilih Translation, Input Methods dan Extra Fonts. 3.Siap install, pergi ke System > Preferences > Ibus Preferences. Pergi ke tab Input Method dan pilih bahasa yang ingin anda gunakan (dalam kes ini japanese). Kemudian klik pada butang Add. Input Method yang anda pilih akan muncul dalam senarai Input Method seperti screenshot dibawah. Anda akan dapati satu ikon keyboard muncul pada panel atas. Untuk menulis dalam bahasa yang anda install tadi, sila pilih dengan klik pada ikon tersebut. Jika anda ingin fungsi ini run setiap kali anda masuk ke ubuntu, sila masukkan command berikut dalam Program S...

Guna Pino untuk mengikuti @melayubuntu di Twitter

Image
Apabila gwibber tidak berfungsi seperti yang sepatutnya (ia gagal untuk refresh dan loading tweet baru dan saya tidak tahu kenapa), lalu saya mencari altenatif lain. Saya mencuba Choqok tetapi kemudiannya menyedari saya tidak suka interface KDE. Saya mencuba Turpial namun, lain pula kisahnya apabila ia berfikir, berfikir dan terus berfikir (hang la 2) apabila saya ingin update twitter. Saya mungkin ingin mencuba aplikasi berasaskan Adobe Air namun saya menyedari ianya menggunakan terlalu banyak RAM dan ianya bukan sesuatu yang saya sukai. Akhirnya saya mencuba Pino . Ia hanya menggunakan sekitar 7MB RAM dan paling penting ia berfungsi secara sepatutnya ia berfungsi dan ia cukup membahagiakan saya. Sekiranya anda juga seperti saya yang mempunyai masalah dengan gwibber dan ingin mencuba Pino, sila ke sini untuk panduan pemasangannya . Terlanjur bercakap mengenai twitter, saya ingin menjemput semua pembaca blog saya untuk mengikuti @ melayubuntu di twitter. Kenapa? Saya selal...

Enable fungsi Windows 7 Aero Snap dalam Ubuntu Lucid Lynx

Image
Windows 7 merupakan sistem operasi yang dibangunkan oleh syarikat Microsoft dan untuk mendapatkannya secara Halal memerlukan anda memikirkan senarai harga seperti berikut; Windows 7 Home Basic - RM279.00 Windows 7 Home Premium - RM365.00 Windows 7 Professional - RM480.00 Windows 7 Ultimate - RM655.00 Banyak teknologi baru yang memberansangkan lah sangat diperkenalkan untuk memulihkan kembali maruah Micorosft setelah kegagalan abang kepada Windows 7 iaitu Windows Vista. Saya sempat menggunakan Windows 7 Ultimate yang diperolehi dari kawan (software bajakan :p) dan mencuba untuk beberapa waktu. Ya, saya akui ada banyak perkara bagus yang telah berubah dalam Windows 7 terutamanya dari segi user experience setimpal dengan harga yang harus pengguna bayar kembali kepada Microsoft. Antara fungsi menarik ialah Aero Snap yang berfungsi secara automatik untuk maximize tetingkap apabila ia dibawah ke atas, dan maximize separa apabila dibawa ketepi (kiri atau kanan). Tahu atau tidak, p...

Pelayar web pilihan kalbuku dan mengapa

Image
Apakah pelayar web yang anda gunakan untuk membuka entry ini? Firefox? Google Chrome? Opera? Safari? Atau mungkinkah anda masih menggunakan Internet Explorer? Baru-baru ini terdapat ura-ura mengatakan Ubuntu Maverick Meerkat 10.10 versi Netbook bakal menukar pelayar web dari Firefox kepada Chromium (versi open source bagi Google Chrome).  Ini disebabkan kerana Firefox mempunyai beberapa kelemahan jika dibandingkan dengan Chromium dan antaranya ialah penggunaan memori yang besar, dan penggunaan skrin berlebihan oleh firefox menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pengguna. Pengguna komputer seperti saya sememangnya menyedari hakikat ini sejak dari dulu lagi tetapi dulu kita tidak mempunyai banyak pilihan. Apabila chromium digunakan oleh google untuk membangunkan Google Chrome, ia segera mendapat perhatian ramai dan mendapat populariti yang tinggi. Dan disitulah pertama kali saya membuat keputusan mengucapkan さよなら(sayonara) kepada firefox. Ya! Firefox bukan lagi pelayar web uta...

Cara menghilangkan watermark gambar dengan perisian GIMP [Tip Blog]

Image
Watermark merupakan satu tanda yang biasanya diletakkan pada gambar yang dihostkan dalam website tertentu untuk memastikan gambar tersebut sentiasa memberikan kredit kepada empunyanya. Bagi empunya gambar, watermark memang membantu menaikkan trafik blog, atau setidak-tidaknya membina brand tersendiri di dunia internet. Namun bagi sesetengah orang pula, watermark merupakan sesuatu yang tidak disukai, terutamanya kepada mereka yang suka mencuri gambar dari blog atau website orang lain. Baru-baru ini saya a da review tentang satu fungsi perisian GIMP iaitu Resynthesizer yang mampu menghilangkan benda-benda tertentu dalam gambar dan salah satu yang boleh dihilangkannya ialah watermark! Saya membuat sedikit eksperimen keatas satu photo di Oh! Tidak dan menggunakan GIMP untuk menghilangkan watermarknya dan hasilnya seperti berikut; Jika anda ingin melihat cara-cara menggunakan fungsi resynthesizer ini, sila ke entry sebelum ini dan saksikan tutorial video yang disediakan. p/s : b...

PenyuLAN : Software CyberCafe Percuma [Windows]

Image
Dalam dunia internet, kadang kala anda ke belgium melihat keynote oleh Mark Shuttleworth. Kemudian ke Silicon Valley berjumpa dengan Steve Jobs dan kemana sahaja lagi yang disukai sambil memuji-muji teknologi luar. Eh, rupa-rupanya orang tempatan juga tidak harus dilupakan dan kali ini izinkan saya memperkenalkan satu perisian yang dibangunkan oleh warga malaysia dan lebih istimewa orang ganung (orang kampung aku le 2). Tanpa disedari rupanya ada satu team yang menamakan diri mereka Penyu Radius dan sekarang telah membangunkan 5 perisian seperti PenyuLAN (untuk cubercafe dan pengurusan dalam LAN), PenyuUSB (menghalang USB disalahgunakan tanpa kawalan), PenyuComm  (LAN Chat Application), PenyuScanner (Scan IP address), dan PenyuBuzz (err..masih dlm research). Kesemua perisian diatas adalah untuk sistem operasi windows sahaja dan menariknya ianya percuma (walaupun bukan open source). PenyuLAN misalnya mempunyai fungsi untuk melakukan perkara berikut secara remote keatas client...

DeaDBeeF : Music Player yang hanya menggunakan 10~11 MB sahaja RAM

Image
Bagi mereka yang kedekut RAM dan mempunyai koleksi lagu-lagu lebih kurang 15GB  seperti saya , kini ada music player yang sangat hebat yang membenarkan anda mendengar muzik kegemaran tanpa menggunakan terlalu banyak RAM. Saya mendapat tahu tentang music player DeaDBeeF daripada laman blog OMGUbuntu yang khabarnya DeaDBeeF akan menjadi Default Music Player dalam Lubuntu 10.10. DeaDBeeF merupakan music player yang simple, ringan dan pantas untuk scan folder muzik saya yang sebesar 15GB. Paling mengejutkan, ia hanya menggunakan 10~11MB sahaja daripada RAM komputer dan ianya sesuatu yang mengujakan berbanding music player yang lain yang biasanya menggunakan 60++ MB RAM. DeaDBeeF mungkin bukan untuk semua orang kerana ianya tidak mempunyai banyak fungsi seperti Ubuntu One Music Store dan sebagainya. Jika itupun anda ingin mencubanya juga, sila ikuti cara-cara berikut; Masukkan command berikut ke terminal sudo add-apt-repository ppa:alexey-smirnov/deadbeef sudo apt-get update ...

Pasang PicasaPhotoViewer [Ubuntu Lucid Lynx]

Image
Semalam, Bro Syah Extrablack memberitahu saya tentang aplikasi dipanggil PicasaPhotoViewer (merujuk kepada satu entry dalam OMGUbuntu ) dalam Facebook Melayubuntu . Untuk memasangnya, sila download fail-fail berikut dan install (doubleclick) fail mengikut urutan. 1.Picasa 3 bet a.deb 2.PicasaPhotoViewer.deb Kemudian, right click pada mana-mana gambar > Open with > Other Application > Use a custom command > masukkan PicasaPhotoViewer Ada sukakanya?