Posts

Showing posts from October, 2008

Menambah enjin pencari melayubuntu ke search bar firefox

Image
Khusus untuk anda yang mengalami kesukaran mencari artikel atau tutorial yang tepat dengan kehendak anda, kini anda boleh menambah enjin pencari melayubuntu ke pelayar web firefox. Meskipun cara ini boleh diaplikasikan untuk semua jenis blog dan laman web, namun disini saya memberikan contoh secara khusus untuk memudahkan pembaca blog saya mencapai artikel atau tutorial yang diingini didalam blog ini. Cara-cara; 1.Pasang extention Add to Search Bar dan kemudian restart firefox. 2.Masuk blog melayubuntu dan right click dalam search box disebelah dan klik pada Add to Search Bar... 3.Pada search bar firefox, anda akan mendapati satu lokasi pencarian baru. Pilih dan taipkan keyword anda untuk mula mencari artikel atau penyelesaian ubuntu anda. Seperti yang tulis sebelum ini, anda boleh aplikasikan langkah ini untuk laman web yang lain juga. Kebaikan menambah fungsi ini ke search bar ialah, anda tidak perlu memasuki blog ini terlebih dahulu sebelum mencari artikel, tetapi hanya perlu menca...

Versi penuh ubuntu intrepid ibex 8.10 dilancar secara rasmi

Image
Beberapa minit yang lalu, laman web rasmi ubuntu telah melancarkan versi penuh bagi ubuntu intrepid ibex 8.10. Versi yang ke 9 sejak warty warthog dilancarkan 4 tahun lalu ini menfokuskan kepada beberapa aspek terutamanya sokongan 3G yang memudahkan penggunanya menghubungi jaringan 3G dengan mudah. Ubuntu boleh didownload dari secara direct melalui laman web rasminya atau menggunakan torrent . Jika anda ingin memasang ubuntu didalam windows tanpa membuat partition baru, anda boleh mencuba wubi - memasang dan buang ubuntu seperti memasang dan membuang perisian biasa dalam windows. Jika anda ingin menempah CD yang official dari ubuntu, anda boleh menggunakan laman web shipit.ubuntu.com . Kesemua perkhidmatan yang saya ulas diatas adalah percuma dan bebas dari sekatan akta hakcipta. Komen Penulis : Ini adalah masa terbaik untuk anda beralih atau sekurang-kurangnya memberi ubuntu satu peluang percubaan. Saya dan semua penulis blog ini akan mencuba sedaya upaya menyediakan ilmu yang sepa...

Ubuntu@iPT : 78% Setuju untuk diteruskan

Image
Saya membuka satu pungutan suara selepas program sulong di kolej shahputra pada 25 Ogos lalu dan selepas 65 hari pada hari ini, 230 orang responden telah mengambil bahagian. Keputusannya adalah seperti berikut; Seperti yang dapat anda lihat pada rajah, 180 responden atau 78% bersetuju supaya program ubuntu@ipt itu diteruskan . Manakala responden yang tidak bersetuju pula hanya 8orang atau 3% dari keseluruhan. Ini dengan sesungguhnya mengambarkan hasrat hati yang solid dari penggunjung blog melayubuntu supaya program ubuntu@ipt diteruskan aktivitinya dimasa-masa akan datang. Apa yang harus dilakukan selepas ini? Saya memikirkan bahawa penetapan fokus merupakan antara perkara paling penting dalam menentukan halatuju destinasi sesuatu program. Oleh kerana itu saya secara peribadi ingin mencadangkan program ubuntu@ipt harus fokus kepada penggunaan ubuntu sebagai penyelesaian desktop kepada pelajar ipt. Penyelesaian desktop yang saya maksudkan ialah penggunaan ubuntu sebagai sistem operas...

Sumber terbuka dan perisian bebas : Melalui pemaksaan atau pendidikan?

Saya telah melalui beberapa waktu yang melibatkan pembacaan, rujukan, berkongsi pendapat dan sebagainya untuk merumuskan perkara ini kedalam satu artikel. Ianya mungkin sesuatu yang anda boleh bersetuju atau tidak setuju. Apajua responnya, sedarilah yang kita sedang melalui satu check point yang memerlukan kita memikirkan kembali perkara ini sedalam mungkin agar ianya tidak disesali kemudiannya. Sumber terbuka dan perisian bebas : melalui pemaksaan atau pendidikan? Pertamanya, entry ini ada kaitan dengan tulisan sdr hasbullah pit dalam laman blognya . Saya telah beberapa kali menulis tentang pekeliling yang kerajaan negeri tertentu keluarkan supaya agensi kerajaan menggunakan OpenOffice.org menggantikan Microsoft Office. Saya juga menulis tentang plan untuk memperkenalkan OpenOffice.org kepada sekolah-sekolah seluruh malaysia yang melibatkan hampir 467 buah sekolah dan 300,000 buah komputer. Ianya mungkin sesatu yang memberangsangkan namun timbul isu - adakah ianya salah satu bentuk ...

BulentinPC : E-Mag untuk pengguna PC

Image
Saya dihubungi oleh bro Kita memaklumkan projek terbaru beliau iaitu BuletinPC dan merangkap menjemput saya sebagai penyumbang artikel ubuntu (khususnya) dalam projek tersebut. BulentinPC akan bakal memuatkan berita terkini dunia teknologi dan tutorial berkaitan komputer ini boleh ditempah secara percuma melalui laman web rasminya : Laman Buletin PC. Untuk waktu ini, buletinpc masih dalam rangka pembikinan dan penyusunan yang pesat. Berkenaan dengan E-Maj pula, untuk beberapa waktu sebelum ini saya telah mengumpulkan 6 orang penulis yang terdiri daripada penyumbang artikel, pereka grafik dan sebagainya yang sanggup menghasilkan E-Maj edisi kedua. Saya tidak mahu terburu-buru dalam merangka E-Maj kerana saya inginkan sesuatu yang stabil dan berdiri diatas realiti supaya hasilnya juga bukan sesuatu yang ala kadar. Banyak perkara harus disusun, dirangka, ditetapkan konsep, dan kesemua ini amat memakan masa terutamanya bagi sesuatu yang baru seperti ini. Perjalanan beribu batu bermula dari...

Install Crossover dalam Ubuntu Linux

Saya menganggap anda telah berjaya mendapatkan 2 software crossover iaitu crossover pro dan crossover game. Mungkin ada newbie yang tidak ada idea bagaimana untuk menguruskan fail berformat .SH yang kedua-duanya bersaiz 25MB itu bukan? Cara install kedua-dua fail tersebut ialah; 1.Right click pada fail crossover tersebut > properties > permissions > allow executing file as program > tutup. 2.Double click fail yang sama > run in terminal atau.. buka terminal dan taipkan (dalam folder yang mengandungi fail crossover tadi) ./namafail.sh contoh : ./install-crossover-pro-7.1.0.sh Saya telah cuba memasang Mic.Office 2007 yang mana CD nya adalah hasil dari laman web torrent. Namun nasib tidak menyebelahi saya kerana crossover gagal untuk memasangnya mungkin kerana berubah dari versi CD original. Lalu saya membuat anggapan bahawa crossover mungkin hanya support software ori dan jika anda ingin memecahkan peraturan tersebut, anda akan mendapat error.

Crossover diberikan percuma pada 28 Oktober

Image
Ini adalah berita yang baru saya terima dan saya bergegas menulisnya supaya ramai dari kita yang dapat mengambil manfaat. Crossover akan diberikan secara percuma bermula 28 oktober (waktu US la kot) termasuk Crossover Office dan Crossover Games . Crossover merupakan perisian berbayar berfungsi seakan Wine yang membolehkan pengguna Mac OSX dan Linux menjalankan perisian windows dalam sistem operasi Osx dan linux. Memetik laporan dari sumber syarikat mereka On Tuesday, Oct. 28, 2008, any one visiting the CodeWeavers' Web site ( www.codeweavers.com ) will be given a deal code that will entitle them to one free copy of CodeWeavers' award-winning CrossOver software. Each copy comes complete with support. Crossover mempunyai kelebihan berikut (beberapa perkara menyamai Wine); Boleh menjalankan perisian windows tanpa perlu reboot Boleh menjalankan perisian windows tanpa perlu mempunyai OS Windows Boleh menggunakan perisian windows directly and seemlessly dalam OS OSX dan Linux Menj...

Bayi Bernama Linux

Image
Petikan JomLinux.com Salah seorang rakyat Sweden, Christian Nielson telah mengirim e-mel memberitahu yang mana dia dan teman wanitanya telah menamakan anaknya Linux sempena dengan nama sebuah sistem operasi Linux. Nielsan memberitahu, dia dan teman wanitanya, Veronica telah mempertimbangkan beberapa nama ketika waktu hamil, "tetapi bila bayi ini lahir seakannya tiada nama yang sesuai untuknya. Kami berdua fikir yang bayi kami kelihatan seperti Linux kecil apabila kami melihatnya dan membuat keputusan untuk menggunakan nama tersebut". Mungkin pembaca tertanya-tanya apa reaksi datuk dan nenek bayi ini, Nielsan menjawab yang mereka tiada masalah dengan nama itu. "Reaksi dari keluarga dan rakan-rakan amat positif, mereka semua sukakannya. Keluarga kami fikir ia nama yang agak ganjil sedikit tapi masih satu nama yang menarik, dan kawan-kawan kami rasakan ia satu nama yang cool! Ada juga kawan yang bertanya sama ada kami akan meletakkan nama anak kami seterusnya dengan nama...

Dari Windows ke Ubuntu : Part 1

Image
Ini adalah bahagian pertama tulisan saya khas untuk pembaca melayubuntu yang sering mengalami ketidakfahaman yang serius atau dengan kata lain ' buntu ' ketika membaca artikel dalam blog ini. Anda perlukan basic pemahaman dan disini anda bermula. Apa itu Ubuntu? Ubuntu ialah sebuah sistem operasi ( operating system ) seperti juga windows dan boleh dipasang dalam apa jua kotak yang dipanggil komputer ( atau dengan nama timbangan desktop, laptop, notebook, netbook, etc ). Harus diingat, ubuntu tidak boleh dipasang kedalam televisyen, radio mahupun peti sejuk. Untuk apa windows berfungsi dan untuk itu jugalah ubuntu berfungsi. Mengapa anda perlukan Ubuntu? Jika anda bosan dengan virus, merasa bersalah atau tak selesa kerana menggunakan windows versi cetak rompak, bencikan microsoft kerana sikap monopoli, merasa tak berkat kerana menggunakan banyak perisian pirate, inginkan kebebasan dalam berkomputer, boring dengan windows, dan sebagainya - anda adalah calon yang layak beralih kep...

Desktop ubuntu anda berselerak? Disini ada idea penyelesaian.

Image
Secara normalnya, fail-fail yang dimuatturun dari web menggunakan firefox akan di save secara default pada desktop. Sehari dua mungkin ia tidak begitu melemaskan tetapi apabila sesuatu masa yang lama berlalu, desktop anda mungkin berselerak dengan pelbagai jenis fail. Secara manualnya, anda boleh mengalihkan fail-fail ini ke folder yang sepatutnya seperti fail PDF, ODT,ODF, TXT ke ~/Documents dan seterusnya.Saya telah memikirkan beberapa idea penyelesaian. Pertama ialah dengan menukarkan default save direktori bagi firefox kepada folder ~/Downloads. Namun nantinya folder itu pula yang berselerak dengan fail-fail. Jadi bagaimana? Disini ideanya bermula.Saya memikirkan tentang bash script yang boleh digunakan dalam sistem operasi linux. Dengan menulis sedikit script dan diletakkan ke folder yang berselerak tadi (samada desktop atau downloads) lalu script tadi di run, secara automatiknya fail-fail yang berkaitan akan dipindahkan ke folder yang sepatutnya ia berada. (cth : fail MP3 sepatu...

Bersedia upgrade ubuntu ke Intrepid Ibex?

Image
4 hari dari sekarang versi ubuntu terbaru iaitu intrepid ibex 8.10 akan dilancarkan secara rasminya. Versi terbaru ini menawarkan ciri-ciri terbaru yang lebih stabil, penambahbaikan kemudahcapaian, update perisian dan keselamatan. Bagi pengguna ubuntu yang telah menggunakan ubuntu sejak hardy heron atau yang sebelum ini, upgrade ke intrepid merupakan sesuatu yang mengujakan. Pun begitu masih terdapat kebimbangkan adakah proses upgrade ini akan menyebabkan system anda yang lama akan terganggu. Ok, katakan sekarang ini anda sedang menggunakan ubuntu yang berfungsi sepenuhnya termasuk webcam, sound, grafik, network card dan sebagainya. Walaupun proses upgrade tidak mengganggu perisian yang telah terinstall dalam ubuntu, namun persoalan adakah proses upgrade itu nanti akan menganggu fungsi hardware dan setting-setting yang dilakukan sebelum upgrade tetap menjadi kerisauan. Kebimbangan ini turut dikongsi oleh blogger ini . Namun jika anda masih tidak berpuas hati dengan versi sebelum ini, i...

Review Empathy dalam ubuntu

Image
Pidgin sebagai IM dalam ubuntu merupakan sesuatu yang biasa. Boring dengan pidgin? Try empathy . Ciri dan fungsi adalah seperti berikut; * Multi-protocol: Jabber, Gtalk, MSN, IRC, Salut, and all supported by pidgin * Account editor (specialized UI for most protocols) * Auto away and extended away using gnome-screensaver * Auto re-connect using Network Manager * Private and group chat (with smileys, spellcheck) * Powerful theme engine for chats * Log conversations, view/search in logs and prepend logs in new chats * Adding new contacts and viewing/editing contact information * Voice and Video call using SIP and Jingle * Python bindings for libempathy and libempathy-gtk * Collaborative work using Tubes * More to come soon... Apa yang membezakan dengan pidgin ialah empathy masih lagi tidak support transfer file tetapi support audio dan video chat. Imej official dari laman web empathy. Apa yang lebih saya sukakan berkenaan empathy ialah penggunaan memori komputer ya...

Inquisitor : Dari Safari ke Firefox dan IE

Image
Saya mengimpikan sesuatu seperti ini untuk wujud dalam firefox (lupakan IE). Bagi pengguna Mac OSX, anda sepatutnya sangat kenal dengan inquisitor . Inquisitor merupakan plugin bagi safari bagi mempercepatkan proses pencarian laman web anda. Taipkan sesuatu keyword dan inquisitor akan mencadangkan laman web yang berkaitan. Istimewanya inquisitor bukan disitu. Perkara lebih istimewa ialah ia belajar dari anda. Inquisitor bermula dari 'tak tahu apa-apa' kepada lebih pndai dan semakin pandai selari dengan masa. Dengan interface yang comel, ia akan memaparkan beberapa perkara seperti bilangan anda memasuki sesuatu laman web, bila kali terakhir anda memasukinya dan juga keyword cadangan. Selepas Yahoo.Inc membeli inquisitor, dan mengambil sedikit masa, kini mereka mengumumkan plugin ini untuk firefox dan IE 7-8 versi beta. Masih lagi versi beta , prestasinya mempunyai sedikit kelemahan disana-sini dalam ubuntu saya. Meskipun dimiliki oleh yahoo, Inquisitor juga menyokong penggunaan ...

Ubuntu 8.10 Release Candidate dan Tempah Ubuntu 8.10 anda sekarang!

1.23 Oktober seperti yang dijanjikan, pembangun ubuntu melancarkan Ubuntu Intrepid Ibex 8.10 versi Release Candidate yang menjadi versi percubaan terakhir sebelum versi penuh yang bakal dilancar pada 30 oktober ini. Melalui laman release note mereka, saya mendapat tahu yang versi 8.10 ini memerlukan minima 256MB RAM sebagai keperluan minima. Ini berbeza dengan versi 8.04 yang memerlukan 384MB RAM. Dengan versi terbaru ini, komputer berkemampuan paling minima pun boleh dipasang ubuntu kedalamnya. 2.Anda boleh membuat membuat tempahan awal untuk ubuntu intrepid ibex ini dari laman web shipit.ubuntu.com dan ianya percuma! Tempahan ini mungkin mengambil masa untuk sampai kerumah anda tetapi ianya berbaloi untuk mendapat satu bungkusan istimewa dari oversea! 3.Saya telah menggunakan versi beta sejak dari 2 oktober dan saya sangat berpuas hati dengan tahap kestabilan intrepid ibex. Tidak ada lagi system freeze, tidak ada lagi masalah network manager, tidak ada lagi masalah pulseaudio dan ...

GNOME jadi buruk lepas update ubuntu?

Image
Pagi ini, saya mendapati GNOME sekali lagi menjadi "buruk" selepas proses update. Saya memang agak gelabah kerana satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah tersebut yang saya tahu ialah reformat ubuntu. Namun hari ini berbeza. Saya nekad untuk menyelesaikannya dengan menggali khazanah yang ada dalam ubuntu forum . Mujurlah saya bertemu dengan penyelesaiannya. Percaya atau tidak yang penyelesaian bagi masalah ini hanyalah 1 command?? Jauh betul beza antara reformat dan 1 command kan? Saya menemui penyelesaiannya dalam thread ini di ubuntu forum. Caranya ialah memasukkan command berikut kedalam terminal; sudo rm -f /usr/lib/libvisual-0.4/actor/actor_nastyfft.so Saya harap ia dapat membantu. Respon ke ruangan komen samada berjaya atau tidak.

Tempah Tshirt Ubuntu dan Fedora Sempena FOSS.MY 2008

Image
Saya dan Bro Wariola sedang mengusahakan jualan Tshirt Ubuntu dan Fedora sempena FOSS.MY 2008 . Berita baik kepada mereka-mereka yang belum mendapatkan tshirt ubuntu edisi sebelum ini kerana kali ini saya dengan kerjasama bro wariola telah menempah 200 helai tshirt ubuntu dan 200 helai tshirt fedora. Saya mengekalkan konsep tshirt sebelum ini dengan melakukan sedikit perubahan dari segi penggunaan font. Tshirt adalah bewarna putih dengan corak seperti dibawah. Manakala Tshirt Fedora pula tampil dengan style berkolar dengan 2 pilihan warna iaitu hitam dan putih (rujuk laman web pre-order). Harga bagi thirt ubuntu ialah RM21 sehelai dan setiap helai pembelian seringgit daripadanya akan disumbangkan ke tabung Komuniti Ubuntu Malaysia. Bagi Tshirt Fedora pula, jika anda membuat pre-order, harga promosi bagi sehelai ialah RM35 (hitam @ putih) dan jika anda beli pada event FOSS.MY nanti harganya menjadi RM40 sehelai. Sedikit keuntungan dari tshirt fedora juga akan disumbang ke tabung kom...

Mac4Lin Release Candidate

Image
Saya ialah peminat paparan antaramuka ( interface ) Mac OSX. Merasakan bahawa ramai antara pembaca melayubuntu berkongsi minat yang sama, Mac4Lin adalah pakej tema OSX yang paling lengkap dan dengan terbitnya versi release candidate ini, segalanya menjadi lebih senang untuk diaplikasikan ke desktop GNOME anda. Menjadi tradisi saya menulis di melayubuntu, saya tidak akan menulis sesuatu yang saya belum cuba ( atau saya akan nyatakan yang saya belum cuba ). Secara peribadi saya telah mencuba Mac4Lin RC ini kedalam desktop intrepid GNOME 2.24 dan theme manager memberi amaran bahawa terdapat engine tema tertentu yang tidak compatible (atau tidak terinstall). Saya beranggapan tema Mac4Lin ini tidak dibina untuk GNOME 2.24. Jika anda menggunakan hardy (yang menggunakan GNOME 2.22), saya rasa masalah ini tidak timbul. Apa yang baru? Saya tidak akan bercerita tentang perubahan minor disini. Apa yang paling saya perasan ialah Mac4Lin RC ini didatangkan dengan installer (script). Double click ...

GPicView : Image Viewer yang lebih pantas dari Image Viewer

Image
Apakah image viewer paling ideal bagi anda? Bagi saya, image viewer sepatutnya pantas dan sesempurna sesuatu image viewer itu ialah apabila ia mampu membuka sesuatu imej dalam sekelip mata. Image viewer juga sebaiknya mempunyai interface yang sangat simple, bersih dan mempunyai integrasi yang baik dengan image editor. Image viewer default dalam ubuntu mempunyai integrasi yang baik dengan perisian lain (mempunyai fungsi open with apabila anda klik pada image yang dibuka) tetapi agak sedikit lambat. Saya telah melakukan sedikit eksperimen berkenaan masa yang diambil oleh image viewer default ubuntu dan dibandingkan dengan GPicView dan keputusannya adalah seperti berikut; Image Viewer Ubuntu : 1.67 saat. GPicView : 0.97 saat. Eksperimen ini dilakukan dengan menguji kedua-dua perisian membuka satu fail imej yang sama yang bersaiz 3000x2122 px. Namun terdapat sedikit kelemahan bagi GPicView iaitu ia tidak diintegrasi secara baik dengan perisian image editor. Ianya hanya untuk preview sesua...

Intrepid Ibex Beta : Versi beta paling stabil?

Image
Saya menerima email berikut dari salah seorang pembaca melayubuntu; Merujuk beberapa artikel saudara yang saya terima. Berikut ialah perkongsian pengalaman untuk semua pengguna Ubuntu Intrepid Ibex 8.10:- (1) Versi ini nampaknya terkehadapan berbanding dengan Windows XP SP3. Saya belum mencuba dengan Windows Vista. Ini berdasarkan Ubuntu Intrepid Ibex 8.10 boleh mengenalpasti driver-driver (hardware) PC/Note Book berbanding dengan Window XP SP3 yang masih bergantung kepada (CD)installation dirver. (2) Senarai printer untuk penggunaan Ubuntu Intrepid Ibex 8.10 nampaknya semakin banyak . Sesiapa yang mempunyai printer HP Laser Jet 1020, Fuji Xerox 203A dan Network Printer HP Color printer 2600N boleh terus connet dan install driver printer berkenaan. (3) Installation Ubuntu Intrepid Ibex 8.10 lebih cepat berbanding dengan Ubuntu 8.04 tetapi proses shutdown agak lembab. Langkah yang perlu mempercepatkan shutdown ini ialah dengan update dan upgrade selalu. Tetapi mana-mana kernel yang...

Ulang tahun pertama Melayubuntu.

Ianya sudah genap setahun sejak saya menulis entry pertama diblog ini yang bertajuk " Hello World ". Manakala ini adalah entry yang ke 463 bermakna puratanya ialah 1.265027322 artikel dalam sehari. Alhamdulillah, blog ini telah menjadi pustaka ilmu ubuntu antara yang paling besar di Malaysia dan blog ini sendiri merupakan blog ubuntu antara yang terbaik di Malaysia. Satu bonus, ianya ditulis dalam 100% bahasa ibunda kita sendiri. Persoalannya bukan hari ini tetapi selepas ini. Saya selalu bertanya kepada diri sendiri - "Apa lagi selepas ini?". Seperti mana-mana blogger, saya memulakan blog ini hanya untuk tujuan cuba-cuba atau main-main. Namun ditengah-tengah perasaan main-main itu, blog ini telah menjadi bukan sahaja blog yang virtual (maya), tetapi juga telah melibatkan diri dalam aktiviti alam nyata. Menyoroti garisan masa selama setahun itu, terdapat beberapa projek yang saya usahakan dan dibantu oleh rakan-rakan pembaca dan juga blogger seperti tutorial memasan...

Ubuntu 8.10 - Sedikit Kemaskini

Petikan jomlinux.com Penulis ketika sedang menulis ini sedang menggunakan ubuntu 8.10 beta...ada sedikit perubahan walaupun tema dan warnanya agak sama. Ada tema baru warna hitam (kena pilih bukan default). Ketika menggunakan ubuntu ini, terdapat update terbaru. Jadi penulis pun updatelah benda alah ni. Setelah update penulis mendapati ada dua pembaharuan yang penulis perasan. Iaitu : Wallpaper sebelum ini (yang bentuk bebulat) sudah ditukar kepada wallpaper berbentuk kambing yg diukir pada gua. Tema berwarna hitam telah pun diganti nama dengan DarkRoom. Penulis sertakan beberapa screenshot untuk tatapan pengunjung. Klik Di Sini Untuk Lihat Screenshot Ubuntu 8.10 Terkini (Update)

Data forensik mudah dalam ubuntu menggunakan Photorec

Image
[BSB-Buat Sendiri Beb] Bro Adi dari Hardyw3b memperkenalkan saya kepada satu aplikasi yang cukup mengujakan iaitu Photorec . Oleh kerana setiap "bit" data yang ditulis dalam satu-satu memori elektronik tidak terbuang walaupun anda delete menggunakan mana-mana sistem operasi, bermakna ia boleh didapatkan kembali secara forensik data. Huh? Bunyi macam gempak tetapi entry BSB kali ini akan menunjukkan langkah demi langkah bagaimana anda boleh melakukannya sendiri dirumah sambil mengorek id*ng. Pertamanya entry ini hanya lulus untuk diikuti dalam ubuntu. Keduanya Photorec ialah perisian yang selamat dan tidak delete partition atau memori anda secara suka suki. Ketiga tutorial ini akan menggunakan terminal dan saya harap anda tidak fobia dengannya. Install Photorec sebenarnya datang bersekali dengan testdisk dalam ubuntu. Klik untuk install : testdisk Langkah-Langkah recovery data Anda mungkin ingin recover (mendapatkan kembali) data dalam pendrive, harddisk, MiniSD dan sebagainy...

Menukar format (convert) .UIF kepada .ISO dalam ubuntu

Baru-baru ini saya berurusan dengan satu fail berformat .uif (universal image format). Ternyata saya tak faham mengapa ia dipanggil "universal" sedangkan fail berformat ini hanya boleh dimount menggunakan MagicISO dalam windows (walaupun anda boleh install magicISO guna wine dalam ubuntu. Tapi MagicISO bukanlah satu perisian yang percuma. Ianya sememangnya menyusahkan sehinggalah saya berjumpa penyelesaian berikut. Seorang programmer bernama Luigi Auriemma telah menghasilkan apa yang dinamakan uif2iso yang boleh digunakan dalam semua platform sistem operasi dan ianya percuma. Cara-cara menggunakan uif2iso ini ialah; 1.Pergi ke website Luigi Auriemma dan cari uif2iso kemudian download. 2.Unzip fail yang didownload tadi. 3.Masuk ke folder yang terhasil dan masuk folder src menggunakan terminal. 4.Install dependencies dengan memasukkan command; apt-get install zlib1g zlib1g-dev libssl-dev 5.Masukkan command; make 6.Pindahkan fail .uif anda ke dalam folder src tadi dan taipkan c...

Memasang Guifications plugin untuk Pidgin

Image
Secara default, perisian Pidgin tidak didatangkan dengan fungsi notifikasi. Bagi sesetengah orang, ini menyebabkan mereka berasa kurang selesa kerana tidak dapat mengesan siapa yang baru online atau siapa yang baru logout dan sebagainya. Dengan adanya fungsi notifikasi, setiap aktiviti login, logout, penukaran status, typing message.. dan sebagainya boleh diketahui tanpa membuka tetingkap pidgin. Saya secara tak sengaja menemui plugin Guifications dalam synaptic lantas memasang dan mencubanya. Anda boleh memasang plugin ini dengan klik pada : pidgin-guifications . Pada tetingkap pidgin, pergi ke tools > plugins dan enablekan Guifications plugin dan klik pada butang Configure Plugin pada bahagian bawah tetingkap. Apa yang menyeronokkan ialah anda boleh mengubah tema tetingkap popup. Untuk download tema sila ke laman ini . Semoga bermanfaat

OpenOffice.org 3.0 dilancar secara rasmi

Image
Selepas 3 tahun dibangunkan, OpenOffice.org kini mencapai angka kematangan "3" dan sedia untuk didownload secara percuma dari laman web rasminya . OpenOffice.org merupakan perisian altenatif kepada Microsoft Office. Tidak kiralah anda pengguna windows, mac osx mahupun linux, anda boleh memasang openoffice.org dan menggunakannya secara percuma tanpa perlu membayar walau 1 sen. OpenOffice.org kini menunjukkan sambutan yang sangat menggalakkan di Malaysia dan digunakan secara rasmi di pejabat kerajaan negeri seperti Terengganu, Kedah, Pahang, Melaka dan bakal digunakan secara beransur-ansur oleh pelajar sekolah mulai tahun hadapan . Saya secara peribadi telah mencuba OpenOffice.org 3.0 versi beta dan telah review berkenaan fungsi terbaru perisian ini disini . OpenOffice.org 3.0 kini mampu membuka kesemua fail yang dihasilkan oleh Microsoft Office 2003 - doc etc., mahupun Microsoft Office 2007 - docx etc. OpenOffice.org 3.0 akan terdapat dalam Ubuntu Intrepid Ibex 8.10 yang bakal...

Prestasi Printer All-In-One HP Deskjet F4185 dalam Ubuntu

Image
Selepas melakukan sedikit survey, saya mendapat tahu bahawa printer yang mempunyai support yang baik untuk linux ialah printer jenama HP. RM250 dan saya mendapatkan sebijik HP Deskjet F4185 - terus membawanya pulang untuk dicuba dalam ubuntu. Tidak ada CD driver untuk linux, tidak ada quote "support linux" dan tidak ada sepatah haram pun perkataan linux pada cd installer mahupun pada buku panduan - Rilek dan nantikan "keajaiban". Selepas setup printer, sambungkan usb ke laptop 100% ubuntu, dan? Walla! Terus muncul notis diatas pada panel. Huih, belum pape dah ready for printing? Dalam screenshot tertulis Deskjet-F4100. Itu tak jadi masalah kerana mungkin ia menggunakan driver versi sama untuk siri Deskjet-F41**. OK, printer mungkin tidak ada masalah bagi mana-mana printer all-in-one. Saya pernah mempunyai Epson PM-A750 dan fungsi scanner tidak boleh digunakan (dalam gutsy). Ubuntu detect fungsi scanner Deskjet F4185 dengan jayanya menggunakan xsane. Meskipun saya t...

Picasa (Beta) Untuk Linux

Image
Petikan jomlinux.com Penulis mendapat tahu satu halaman foto 'gergasi' - Picasa yang mana dipunyai oleh Google telah mengeluarkan perisian Picasa nya iaitu Picasa 3.0 untuk Linux (Beta) . Apa yang pasti, perisian baru ini turut ditingkatkan ciri 'college tool', 'red-eye-out', 'watermark', 'retouch tool' dan integerasi dengan Picasa Web Albums dengan lebih kemas. Walaupun Picasa yang asal dahulu yang dikeluarkan pada tahun 2006 adalah pindahan Linux secara sepenuhnya. Tetapi Picasa 3.0 ini tidak seperti dulu, maknanya ia bukan pindahan Linux sebenar-benarnya. Oleh itu, Picasa kali ini dimplementasi dengan menggabungan kod Windows Picasa dengan Wine.Penulis juga mendapat tahu yang Google telah menghantar beratus patch wine bagi perisian Picasa ini. Untuk makluman, installer Picasa diedarkan oleh kebanyakkan distro Linux seperti gOS, Mandriva dan Ubuntu. Ciri terbaru Picasa 3.0 untuk Linux (dan Picasa 3.0 secara umum) seperti : Integerasi Web Al...

Apa yang baru dalam Ubuntu Tweak 0.4.0?

Image
Selepas setahun dibangunkan, aplikasi ubuntu tweak kini sudah sampai ke versi 0.4.0. Banyak pembaharuan yang dilakukan dan antara yang paling menarik perhatian saya ialah fungsi membuang kernel lama dalam ubuntu. Sepertimana yang kita sedia maklum, kernel yang diupdate ke versi baru tetap meninggalkan versi lama dan ini membuatkan GRUB kelihatan berselerak dengan kernel versi lama. Ianya mungkin mengelisahkan bagi sesetengah orang. Kini, beberapa klik sahaja mampu membuang kernel lama dengan ubuntu tweak! Jika anda menggunakan ubuntu tweak versi sebelum ini, perkara yang cepat anda perasan ialah pembaharuan dari segi GUI yang semakin fleksible. Versi sebelum ini agak menghadkan bagi mereka yang mempunyai monitor kecil. Bagi mereka yang lama menggunakan ubuntu, sudah tentu mereka perasan terdapat banyak fail-fail yang dipanggil Garbage Package yang tidak didelete setiapkali selepas proses update. Anda mungkin tidak perasan tentang hal ini tetapi biasanya kita membuang Garbage Package ...

Sekolah seluruh Malaysia mulai guna OpenOffice.org mulai tahun depan

Kerajaan Malaysia merancang untuk menerapkan penggunaan OpenOffice.org di 467 sekolah seluruh Malaysia melibatkan lebih 300,000 komputer mulai januari 2009. Saya mengetahui mengenai perkara ini menerusi perbincangan di forum ubuntu malaysia. Anda boleh membaca rujukan asal tentang perkara ini disini . Wow! Beb. 300,000 PC, kerajaan mampu menjimatkan sehingga RM90,000,000 = RM90juta (jika Satu Micro$oft Office = RM300). Dan penghijrahan besar-besaran sebegini sudah tentunya memerlukan sokongan dari segi ilmu penggunaan meskipun openoffice.org ni senang jer nak guna. Yups, kerajaan pastinya boleh menjimatkan RM90juta lagi jika berpindah dari Micro$soft Windows ke Ubuntu. Tak mustahilkan? Jimat-jimat guna perisian Buang micro$oft senyap-senyap Jimat-jimat wahai kerajaan, Boleh turun harga minyak..

FOSS.MY 2008 : Mengumpul penggiat Open Source seantero malaysia

Image
Anda mungkin sudah tahu, atau anda mungkin baru nak tahu. Apapun status anda sekarang, 8-9 november ini akan berlansung satu event yang besar lagi berprofile tinggi di Asia Pacific Institute of Information Technology (TPM Campus) anjuran FOSS Malaysia dan bakal mengumpulkan segenap penggiat open source seantero Malaysia. Secara peribadinya saya diberitahu tentang event ini melalui bro wariola ketika menghantar tshirt beliau tempoh hari. Err.. Di pendekkan cerita, Saya dan bro wariola juga akan menyiapkan tshirt ubuntu dan fedora secara usahasama dan akan dijual ketika event berkenaan berlansung. Secara automatiknya (jika plan ini berjalan lancar), saya sekali 'terpaksa' mengembara ke KL untuk menghadiri event ini. (pandai jugak wariola cari jalan suruh aku datang). Untuk keterangan lanjut tentang event ini, sila lawati laman http://foss.my/ . Err.. Apakata kita pakat pi sana pakai tshirt ubuntu? Ahaks..!

Wallpaper Intrepid beta tak best? Try yang ni!

Image
Terdapat cadangan dan kritikan segera kepada wallpaper default dalam intrepid ibex beta supaya ia tidak digunakan dalam versi penuh intrepid ibex nanti. Kritikan paling pedas boleh dibaca dalam web ubuntu brainstorm , sebuah wadah untuk komuniti melontar idea bernas kearah kemantapan ubuntu. Kritikan tersebut mendapat perhatian pembangun ubuntu dan mencadangkan wallpaper berikut; Saiz Penuh Saiz Penuh Rujuk sini. Apa kata anda sebagai pengguna?

Ubuntu Intrepid Ibex Beta : Impressi dan Konklusi

Image
Saya menulis artikel ini setelah lebih 40 jam memasang versi terbaru ubuntu iaitu Intrepid Ibex beta kedalam mesin eksperimen. Terima kasih khusus kepada bro Syah yang telah mendownload file imejdan meminjamkan pendrive berisi file imej tadi kepada saya dan membolehkan saya mencuba dan menulis artikel ringkas ini. Proses Installasi. Saya memasang intrepid beta ini kedalam harddisk bersaiz 30GB dengan delete partition asal dan format kepada ext3. Proses installasi berjalan lancar dengan saya sempat perasan sedikit perubahan pada installer yang memasukkan grafik bagi keadaan partition sebelum dan selepas install. Selain dari itu, anda boleh setkan untuk autologin atau tidak ketika masuk balik kedalam ubuntu selepas install. Pasca installasi. Boot kedalam intrepid kali pertama mengambil masa 70 saat. Kepantasannya tidak begitu memberangsangkan atau mungkin disebabkan mesin eksperimen berCeleron M 1.7 GHz ini tidak begitu power untuk mencatat masa yang lebih pantas. Benda pertama yang saya...

Memasang VLC 0.9.2++ kedalam Ubuntu

Image
Rasanya VLC tidak perlu diperkenalkan lagi disini. Tidak kira anda pengguna windows, mac osx mahupun linux. VLC adalah perisian wajib install bagi saya dan mungkin juga anda. Baru-baru ini pembangunnya menerbitkan versi 0.9.2 dan memperlihatkan beberapa perubahan ketara terutamanya jika anda pengguna linux dan ingin memasang/upgrade kedalam ubuntu. Antara yang paling ketara ialah VLC 0.9.2 menggunakan interface qt4 yang kiut miut dan fungsi pengawalan ketika fullscreen. Perubahan yang lain-lain susah sikit nak perasan tapi memang better dari versi yang sebelum ini. Untuk memasang VLC terbaru ini dalam ubuntu, sila masukkan repo berikut; Untuk Hardy ; deb http://ppa.launchpad.net/c-korn/ubuntu hardy main deb-src http://ppa.launchpad.net/c-korn/ubuntu hardy main Untuk Intrepid ; deb http://ppa.launchpad.net/c-korn/ubuntu intrepid main deb-src http://ppa.launchpad.net/c-korn/ubuntu intrepid main Reload pastu akan keluar ikon update (bagi yang dah install VLC) atau install VLC guna add/rem...

ODF Olympiad 2008

Masih ingat Software Freedom Day ? Bersempena dengan event tersebut, dilancarkan pertandingan ODF Olympiad 2008 dan saya ingin review sedikit mengenai pertandingan ini bagi peringkat malaysia . Details mengenai pertandingan adalah seperti berikut; Topics and Categories ; Standards 1 to 3 -Why should I learn Computers? Standards 4 to 6 - Why Should Students Use Open Source Software? Forms 1 to 3 - Benefits of Open Source Software to Malaysia And How To Increase It's Adoption. Forms 4 to 6 and Matriculation - The Open Document Format (ODF) is an open standard: Why is it important to Malaysia And What Must We Do About It? Sorry yer ayah-ayah budak. Pertandingan ni bukan untuk korang tapi untuk budak-budak sekolah hingga ke peringkat matrikulasi. Apa yang perlu dilakukan ialah menghasilkan presentation dalam format ODF (guna openoffice.org atau sewaktu dengannya) dan emailkan dokumen yang dihasilkan ke malaysia@odfolympiad.org sebelum 20 Oktober ini. Jadi kepada ayah-ayah budak, sil...

Intrepid Ibex 8.10 beta out!

Gnome 2.4, X.org 7.4, Linux Kernel 2.6.27, Network Manager 0.7 dan Samba 3.2 merupakan antara perkara baru yang dapat dilihat dalam keluaran beta bagi versi ubuntu seterusnya, Intrepid Ibex. Selepas versi beta, anda akan melihat satu lagi versi bakal keluar pada 23Okt ini yang dipanggil versi release candidate. Versi penuh pula akan menyusul pada 30 Okt ini. Oleh kerana versi intrepid ibex ini menggunakan linux kernel 2.6.27 rc yang masih mempunyai masalah ( rujuk sini ), mencuba versi ini harus dilakukan dengan hati-hati. Anda boleh download fail iso versi beta ini dengan merujuk dilaman ini . Oh, ya. Versi beta ini diwar-warkan memperkenalkan tema baru bagi ubuntu. Ini merujuk kepada laman ini .

The GIMP 2.6 terbit!

Image
Hari ini, Pembangun The GIMP telah mengumumkan terbitnya versi GIMP 2.6. Versi terbaru ini menyaksikan beberapa pembaharuan dan pembaikan keatas versi yang sebelum ini. Sepertimana yang anda maklum, GIMP menerima kritikan kerana interface yang mengelirukan dengan tetingkap yang terpisah antara satu sama lain. Versi 2.6 nampaknya cuba memperbaiki kelemahan tersebut. Dengan versi 2.6, tetingkapnya tidak lagi terpisah (untuk maksud tertentu). Untuk membaca lanjut tentang pembaharuan dalam versi ini, sila rujuk disini . Anda boleh mencuba versi terbaru ini dalam ubuntu dengan menambah repositories berikut; Untuk Hardy: deb http://ppa.launchpad.net/getdeb.packages/ubuntu hardy main deb-src http://ppa.launchpad.net/getdeb.packages/ubuntu hardy main Untuk Intrepid: deb http://ppa.launchpad.net/c-korn/ubuntu intrepid main deb-src http://ppa.launchpad.net/c-korn/ubuntu intrepid main Saya sedang mencuba GIMP versi terbaru ini dan akan review penuh tentang dalam emaj edisi seterusnya. Ops...saya ...