Friday, March 06, 2009

Bahasa Melayu dan 50 tahun dari sekarang : Sokongan terbuka untuk pejuang bahasa

Saya berasal dari kampung. Dari tanah liat, pacat, lintah dan bau baroh yang sebati dengan jiwa saya. Kerana itu, saya tahu ada sesuatu yang sangat-sangat tidak kena dengan perlaksanaan PPSMI (Pengajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris). Saya tahu, isu ini cukup membuka perdebatan yang hangat. Namun renungilah tulisan saya ini sehingga selesai, dan jika anda masih kekal dengan pendapat anda, silakan. Saya menganggap itu anugerah dalam perbezaan pendapat.

Ibu saya tidak berpelajaran tinggi. Beliau tidak tahu berbahasa inggeris. Setiap kali adik bongsu saya yang sedang belajar di darjah empat itu bertanyakan tentang mata pelajaran sains dan matematik, setiap kali itulah saya yang menjadi rujukan. Alhamdulillah, ia merapatkan hubungan kami adik-beradik. Tetapi disebalik itu saya dapat melihat kesusahan dan keperitan yang terpaksa dilalui oleh pelajar luar bandar untuk menguasai sains dan matematik. Mereka masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Jiwa mereka masih terlalu muda untuk memahami teori yang sedang kementerian pelajaran fikirkan.

Hujah pertama, paksakan sesuatu dan dia akan memahami. Aplikasinya, paksakan pelajar (termasuk pelajar luar bandar) bahasa inggeris supaya dia nanti akan menguasai bahasa inggeris. Hujah kedua, bahasa inggeris adalah bahasa ilmu. Menguasai sains dan matematik dalam bahasa inggeris pada peringkat awal akan memudahkan pelajar itu sendiri kemudiannya di pusat pengajian tinggi. Mungkin ini yang sedang anda fikirkan dalam benak anda?

Dalam apajua pembelajaran, minat adalah terlalu penting. Cetusan minatlah yang memandu kehendak dan tindakan kearah usaha dan pencapaian. Terlalu jarang insan biasa yang minat perkara yang dia tidak faham apalagi dalam perihal pembelajaran formal. Apa yang dia faham pun belum tentu dia akan minat. Subjek sejarah misalnya (walaupun saya meminati subjek ini sejak dahulu). Lalu saya sangsi, apakah sistem pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris mampu menarik minat pelajar terutamanya diluar bandar untuk meminati sains dan matemati dan juga bahasa inggeris?

Jika PPSMI ini berjalan, biarkan 50 tahun berlalu. Maka bahasa melayu akan lenyap sama sekali dalam dunia ilmu. Ketika itu cakap sahaja ilmu apa yang ingin anda pelajari. Baik IT, Perundangan, Engineering, Sejarah, Ekonomi, bahkan mungkin kesusasteraan. Saya akui yang kebanyakkan buku ilmu sekarang ini yang digunakan di IPT adalah dalam bahasa inggeris. 50 tahun akan datang, buku ilmu untuk kanak-kanak pun adalah dalam bahasa inggeris. Jika anda berpandangan "tak apa" dengan situasi tersebut, saya akan beralah.

Apa yang saya faham dari frasa "memartabatkan bahasa" ialah supaya bahasa yang kita pertuturkan sehari-hari kini dikenali oleh dunia. Biar dunia tahu bahawa bahasa ini wujud dan digunakan. Biar dunia mengenal identiti kita dari bahasa yang kita pertuturkan. Sekiranya anda beranggapan bahasa kita tidak perlu dimartabatkan semata-mata untuk mengejar kemajuan yang belum tentu dicapai, maka saya akan beralah.

Apapun hujah dan alasannya, lihatlah kepada dunia nyata dan cuba berdiri diatas tanah nyata. Berapa banyakkah negara yang memartabatkan bahasa asing menjadi negara maju kerana dasar tersebut? Lihatlah kepada negara jerman, jepun, korea, itali, sepanyol. Dimana kedudukan mereka setelah mereka martabatkan bahasa mereka.

Kita sendiri sama-sama tahu apa masalah dalam negara kita dan kita tahu bagaimana cara untuk mengatasinya. Masalahnya ialah lembabnya penafsiran ilmu, lembabnya penghasilan ilmu, lembabnya pencarian ilmu baru dan kajian. Jikapun ada kajian ilmu, ianya akan ditulis kedalam bahasa inggeris dan tidak dalam bahasa melayu. Lalu siapa yang rugi? Saya pernah belajar di jepun dan saya tahu apa yang mereka lakukan untuk bahasa dan rakyat mereka. Pelbagai kajian saintifik dalam bidang fizik, kimia, perubatan, psikologi dan sebagainya. Mereka tulis ilmu tersebut ke dalam bahasa jepun supaya rakyat mereka boleh mendalami dan mereka tulis dalam bahasa inggeris untuk diperdebatkan dan disebarkan diperingkat antarabangsa. Negara kita?

Susah sangatkah untuk mentafsirkan ilmu ke dalam bahasa sendiri? Kemanakah perginya graduan sastera atau adakah mereka hanya menjadi penulis novel cinta-cintun muda mudi? Mengapakan bidang sastera sejak dahulu diklasifikasi sebagai bidang tidak boleh cari makan? Susah sangatkah untuk belanjakan sedikit dari kewangan negara untuk menggaji jurubahasa untuk mentafsirkan ilmu dalam bahasa inggeris ke dalam bahasa melayu untuk dinikmati ilmu itu oleh semua golongan tidak kira dalam bandar atau luar bandar?

Terlalu banyak persoalan, namun blog melayubuntu dan saya sendiri berikrar untuk terus menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu disini. Saya tidak memusuhi bahasa inggeris dan saya tidak memusuhi sesiapa juga yang menulis blog dalam bahasa inggeris kerana kadang-kala bagus juga tindakan tersebut. Untuk itu, blog melayubuntu, emaj, dan buku ubuntu selepas ini akan dihasilkan sepenuhnya dalam bahasa melayu untuk dinikmati untuk anda yang fasih berbahasa inggeris dan juga untuk rakan-rakan saya dikampung-kampung diluar bandar. Untuk yang bakal berhimpun esok, saya doakan yang terbaik dan sampaikan semangat saya untuk semua yang memahami betapa pentingnya nilai bahasa sendiri.

NOTA : Perkara pertama yang semua manusia suarakan ketika dilahirkan ialah teriakan tangisan. Itulah bahasa seluruh manusia - dan apa yang disuarakan selepas dia pandai bercakap itulah bahasa ibunda.

UPDATE : Ironinya, tidak ada pula penyokong PPSMI yang mencadangkan subjek Pendidikan Islam diajar dalam Bahasa Arab kerana Bahasa Arab banyak rujukan untuk Pendidikan Islam. Hipokrasi? Terlepas pandang? atau justifikasi apa yang mengizinkan double standard ini boleh berlaku?

25 comments:

  1. Bahasa Melambangkan Bangsa..kita tidak berseorangan Melayubuntu..ramai di belakang kita...

    ReplyDelete
  2. yup..btul ckap ba'ang tu..
    kita buat apa yang perlu..
    endahkan ada org lain ckp..
    hdup zul utk ubuntu melayu!

    ReplyDelete
  3. wah zul belajar kat jepun rupanya.
    Saya sokong pendapat zul tu.Saya tahu dah lama pasal linux,tetapi kurang meminatinya dulu.tetapi bila saya terjumpa blog yang membeicarakan tentang linux dlama bahasa yang mudah saya menhayatinya.Minat saya datang.Jadi bermulalah episod saya dalam mempelajari linux.
    Pejuang sumber terbuka dalam Bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  4. Tertarik dengan artikel ini. Saya sesungguhnya setuju dengan pendapat saudara. Dan hari ini, dalam Beritah Harian ada berita pasal TPM bercakap mengenai penggunaan bahasa Melayu ini.

    B Harian kata:
    "Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak pernah berganjak daripada terus menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan rasmi dalam sistem pendidikan negara. "


    Saya kata: Adakah Najib tidak tahu yang hanya berapa kerat sangat penggunaan bahasa Melayu di gunakan sebagai perantaraan di sekolah, IPTA dan IPTS. Bahasa Melayu hanya digunakan dalam subjek Pendidikan Islam, Bahasa Melayu dan Sejarah. Subjek lain menggunakan English. Jadi, dimanakah usaha untuk memertabatkan bahasa Melayu?

    B Harian kata:
    "Di persimpangan ini, perlu diakui bahawa bahasa Melayu masih lagi dianggap muda dari segi pengistilahan sains dan teknologi berbanding bahasa Inggeris yang diterima sejagat sebagai bahasa ICT (teknologi maklumat dan komunikasi),"

    Saya kata: Kalau sudah tahu yang bahasa Melayu kurang istilah sains dan teknologi, kenapa tidak diusahakan untuk mentafsir istalah tersebut ke bahasa Melayu,adakah Malaysia, negara "bolehland" tidak dapat menghasilkan pakar bahasa untuk mentafsir istilah tersebut.

    Ini pendapat saya. Penggunaan English untuk sains dan matematik tidak akan menjadikan sesorang itu mengusai English. Ape yang perlu disini adalah perubahan perlu dibuat dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa English di sekolah. Kementerian hendaklah menekankan aspek komunikasi, membaca, dan menulis dalam bahasa english bukan semata-mata mengajar grammar dan sastera English (English people pun tak suka benda ni). Setelah mereka dapat menguasi elemen ini, mereka dapat menambahkan istilah english dengan mempraktikkannya.

    Jadi, dengan menggunakan bahasa melayu dalam sains dan matematik dan dalam pada waktu yang sama membaiki kaedah pengajaran english, nescaya, penguasaan bahasa english akan bertambah dan dalam masa yang sama, bahasa melayu akan hidup dengan adanya istilah-istilah baru yang ditafsir.

    Satu lagi, kalau mengikut kaedah mereka cipta (design)dalam kejuruteraan, apa yang perlu sekarang adalah kita perlu mentafsir dahulu "problem statement" dan mengenalpasti "the needs" dan membuat "objective". Kita hendaklah kenal pasti dahulu masalah sebenar disini dan adakah masalahnya datang dari sistem pendidikan. Hanya sekadar pendapat dari saya.

    ReplyDelete
  5. sedangkan bahasa melayu sendiri pun semakin dipenuhi banyak perkataan pinjaman dari bahasa inggeris. saya faham jika sesetengah perkataan inggeris itu tiada perkataan bahasa melayu yang sesuai atau setara, tapi yang menyakitkan mata ialah memelayukan perkataan tersebut. renovasi? otoriti? koreksional?

    ReplyDelete
  6. pada akukan.. penekanan bm bkn stakt kat sklh aje.. ipt pun sama gak... translate buku2 teknikal.. walaupun agak kelakar.. (sbb aku slalu translate journal msa aku wat diploma dlu).. penterjemahan masih lemah... krang bajet kerajaan kot nak alih bahasa.. aku nmpk ada peluang bisnes 2.. hehehehe... trnslate buku2... duit2.. heeeee....

    ReplyDelete
  7. @semua-semua yang respon - semua-semua yang telah dijelaskan (ringkas ke panjang lebar ke) aku setuju!!

    @hyperend - menarik sungguh ulasan-ulasan yg diulas, dan sy setuju juga dengan pendapat hyperend.

    @bro zul-malc - betul cakap ba'ang, kita tak keseorangan dlm hal ni .. tapi melayu kini susah satu hati .., apapun saya memahami isu yg dibawa oleh bro zul.

    saya sendiri, seorg guru jualah adanya, bertny satu soalan kpd ank murid (yg first badge dgn PPSMI) .. saya tanya "Apakah perasaan kamu bila mula-mula sekali guru mengajar Sains dan Matematik dlm BI ? dan adakah kamu memahaminya ?

    jawapan - TIDAK FAHAM!

    "Jadi, adakah ia membantu dalam kehidupan seharian kamu hingga ke hari ini?

    jawapan - TIDAK MEMBANTU!

    jadi, fahamkanlah, kalu budak2 ni sndri dah jwb mcm tu! ..tapi TV ttp kata semua ada peningkatan!! ..haih entahla ..

    bagi saya Inggeris, mmg benar bahasa antarabangsa, mmg baik untuk dipelajari, namun menjadikan ia bahasa pengantar utk subjek-subjek teras ..ia membunuh bahasa Melayu (secara halus dan perlahan-lahan) ..

    ReplyDelete
  8. Jomlah kita ke Masjid Negara.Tunjukkan sokongan...ada 3 jam lg ni..

    ReplyDelete
  9. hmm...ramai gak supporter.tp sori kalo ak agak contra skit.well.nie pendapat masing2 kan?bagi ak.ak stuju gak ngn ape yg dikatakan PPSMI.ade sbb knape ak stju.sbb kite kene mendptkan ilmu tu dulu.n then skrang bnyk site or buku dlm bi.so nakxnak kite kene refer n fhmkan dlm bahase kite nthen baru leh nak terjemah kan?bagi,bile kerajaan wat PPSMI,ak bygkan yg pintu gerbang ntuk menguasai dah terbuka.imagine,kalao dlam bm semata,ade kat internet yg semata2 bm yg bgi ilmu cam2?ssh nak carik kan?so ilme tu just terhad dalam negara jer.sbb?anak2 kite xreti bi.kalo sume da faham bi,so leh refer pda site2 luar n kmbangkn ilmu yg sedia ade kan?sb ak bljr komp,so ak phm peritnye nk bljr dlm bm.ader certain2 bab bile ak serach dlm tenet,just ader kat bi jer.n then kalo yg advanced sgt,lgsng xde dlm malay.

    Bukan nk mmbnth,tp sumtimes kite pk +ve gak rite?kite kene baek bruk sumer ne.xsalah kalao blajar dlm bi.dengan syrt bm masih lagi bahasa ibunda.itu mmg xleh diubah.kite imagine zaman nabi dulu,buku2 sasterawan arab sume ditranslate ke bahase len.bukn ke bahasa arab.betapa bnyknye ilmu dorang time tu.tp kite xsmpi tahap mcm2 lagi.tgk jepun,dorang blajar smpi kat luar negeri semata2 nak kmbngkan negra dorang,buku in japan,sbb?teknologi dorang lagi canggih n rakyat trukt men peranan.pemerintahan yg bijak kan?even bkan dier yg bawak sumer ilm tu,tp dier bleh wat mcm ilmu tu dorang punye sbb dorang leh bwk yg sedia ade ke tahap yg lebih tinggi....

    ReplyDelete
  10. salam seme, masalah kita-orang melayu,...bahasa inggeris..ianya perlu untuk kita menceduk, menimba dsbnya..ilmu2 yang ada serta berurusan diperingkat antarabangsa...untuk menterjemah??? dh tentu perlukan mereka yang tahu n faham bahasa inggeris...tidak banyak sumber2 yang telah diterjemahkan...90% dari melayu malaysia dah tentu menyokong kedaulatan bahasa melayu..untuk pengiktirafan diperingkat antarabangsa kita wajib menguasai bahasa tersebut...bagaimana cara untuk kita (anak2 kita sekarang n akan datang) dapt memenuhi kehendak ini..b melayu n b. inggeris..belum lagi dikira france, arab, nihon dsbnya..sedangkan bahasa di malaysia ini pun tak ramai yang dapat menguasainya...mandarin, kantonis...tamil, malayalam, hindi dan ada 2,3 lagi..keperluan ini penting untuk kita bangsa melayu menguasai,memerintah malaysia ini pada masa sekarang dan akan datang..renungkanlah...sedangkan cina, india, sikh, portugis dll di malaysia ini kebanyakannya telah dapat menguasai sekurang-kurangnya 3 bahasa..tetapi kita bahasa melayu sahaja..fikir-fikirkan lah bro...

    terima kasih dan jumpa lagi...

    ReplyDelete
  11. apabila orang putih datang mencedok ilmu yang ditulis dalam bahasa arab.mereka perlu belajar bahasa arab.. dan kemudiannya, mereka terjemahkan ilmu tersebut ke dalam bahasa mereka untuk rujukan anak cucu mereka.

    lihat contoh buku Al Qanun fi al-Tibb oleh ibnu sina. http://en.wikipedia.org/wiki/The_Canon_of_Medicine

    kuncinya di sini, boleh belajar bahasa lain tanpa merosakkan atau mematikan bahasa sendiri.Sudah belajar, anda bertanggungjawab untuk memperkayakan bahan ilmiah dalam negara dari sumber luar dengan cara penterjemahan atau penulisan semula dalam bahasa ibunda.

    aku impikan Bahasa Melayu akan menjadi "lingua franca" semula setelah ia mencapai kegemilangannya di zaman Kerajaan Melaka dahulu.

    ReplyDelete
  12. Hmm . . .

    Bahasa Inggeris tu Bahase ilmu ? ? ?

    Hmm . . . kalo camtu kene kuasai Bahasa Inggeris la untuk kuasai ilmu ek ? ? ?

    So penyelesaiannyer . . . penekanan diberi kepada sistem pembelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri la kan . . . tak gitu ? ? ?

    Math & Science . . . Asas kepade cabang ilmu Sains Tulen . . .

    Nak amek kejuruteraan , perubatan dan lain2 yg seumpamenye . . . kene kuasai bidang nih . . .

    So . . . apesal ditambah pulak HALANGAN & KESUSAHAN nak kasik budak2 paham & kuasai bidang nih ? ? ? buat derang lagi hilang minat kat bidang ni ada la . . .

    Spt yg hyperend ckp . . . Tafsir dulu betui2 aper masalah nye skang nih . . . pastu baru kite jelas aper 'objective' kite . . . dah jelas objektif tu plak . . . kene rangke la plan tu betul2 . . .

    Aku tak nampak sebab keperluan menguasai bahasa inggeris(utk kuasai ilmu pasai ilmu suma dalam BI dan bla..bla..bla)tu dijadikan sebab utk blajar matematik & science dlm bahasa Inggeris . . . nak kuasai bahasa inggeris . . . lu blajar bahasa inggeris la . . .

    Asal kacau math & science plak . . . Kite nyer math & science nyer taraf dah jatuh giler dowh di peringkat dunia . . .

    Anyway,bukan utk bersikap negative terhadap usaha yg dilakukan . . . tapi skadar menegur ketidaksesuaian perlaksaan usaha yg sedang di'gembar-gemburkan' sebagai BERJAYA . . .

    Sedangkan dah jelas ape yg spatutnye diusahakan bagi mengatasi masalah tuh . . . Olrait ? ? ?

    Peace . . .

    ReplyDelete
  13. mari renung sejenak...mungkin bagi mereka2 yang pernah sekolah menengah dulu dan ambil jurusan sains tentu memahami isu ini.

    contoh paling mudah, jadual berkala dalam kimia. bagi aku yang hanya bersekolah menengah kerajaan biasa, jadual berkala yang di ajar adalah dalam bahasa melayu. semua singkatan untuk unsur2 kimia seperti oksigen, hidrogen, kuprum, besi dll perlu dihafal dan ianya BERBAHASA MELAYU.

    nak jadi cerita, aku dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan kuiz sains dan matematik. masa tu memang dah well prepared, takat jadual berkala tu pejam mata je aku dah tau mane kedudukan unsur2 tu.

    tapi, alangkah terKEJUT dan hampir pengsan aku masa soalan kuiz tu keluar. jadual berkala yang diberi adalah dalam bahasa inggeris, short name pun dalam bahasa inggeris. tapi soalan kuiz dalam BAHSA MELAYU. aku bagi contoh, copper dan ion.

    macam aku cakap tadi, kalau dalam bahasa melayu memang aku hafal abis jadual berkala tu, tapi bila diberi dalam bahasa inggeris, aku jadi kompius. mane taknya, yang aku hafal kuprum tapi yang ditanya copper, besi ditanya ion????????

    balik aku tanya cikgu ape itu copper? dia kate kuprum, siap sound aku " awak tak kan tak tau?" aku jawab balik " mane saye tau, cikgu ajar kuprum jer!!!!!!".

    berbalik pada isu semasa, adakah bahasa yang perlu di salahkan, adakah murid yang patutnya bersalah atau tenaga pengajar sebenarnya yang lemah?

    maaf kalau terkasar, rasanya matapelajaran BAHASA MELAYU sekalipun masih ramai yang GAGAL (aku sendiri pernah gagal BAHASA MELAYU dalam trial exam SPM). Mengapa ini tidak DITEKANKAN? BAHASA MELAYU sebagai bahasa ibunda dan juga bahasa kebangsaan tetapi pelajar2nya masih ramai yang lemah menguasai malahan GAGAL.

    apa yang berlaku di IPT2 sekarang (ikut pengalaman aku dalam bidang IT dan Multimedia), lebih ramai yang hanya buat terjemahan terus dari BI ke BM tanpa menghayati atau memahami maksud sebenar istilahnya. asalkan assignment dapat siap dan hantar tepat pada waktunya dah CUKUP.

    1. adakah dengan MENERUSKAN PPSMI akan MEMUSNAHKAN BAHASA MELAYU?

    2. adakah dengan MEMANSUHKAN PPSMI, BAHASA MELAYU akan KEMBALI DI MARTABATKAN?

    ada komen kawan2 di atas mengatakan agar PPSMI di ajar semula dalam bahasa melayu manakala pembelajaran BAHASA INGGERIS dikaji semula.

    PENDAPAT AKU - lebih baik PPSMI dikekalkan manakala pembelajaran BAHASA MELAYU itu sendiri di kaji semula dan diberi perhatian lebih.

    aku cukup berbangga malah rasa cukup malu pada diri sendiri bila tengok kertas matematik dan sains adik aku (tingkatan 3) dalam bahasa inggeris.

    BERBANGGA kerana adik aku telah diperkenalkan dengan bahasa inggeris yang tinggi tahapnya.

    MALU disebabkan aku hanya dapat menghayati tahap bahasa inggeris tu masa dah BEKERJA saja.

    proses pembelajaran memang lama. aku sendiri masa zaman sekolah langsung tak paham apa itu KEBARANGKALIAN yang di ajar dalam matematik tambahan. tapi bile aku teruskan ke IPT, baru lah paham sepaham2nya.

    pada yang masih sangsi lagi dengan PPSMI,sila rujuk ke laman web TUN MAHATHIR. TUN ada menerangkan serba sedikit mengapa PPSMI dilaksanakan sebelum TUN bersara. baca dulu, fahami dan hayati maksud tersirat komen TUN MAHATHIR dan barulah kita memberikan pendapat masing2.

    http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/01/in-response.html

    ReplyDelete
  14. Erm . . .

    Sebelum ni pernah ckp mender yg same gak kat tempat lain . . . kepade sesaper yg dah pernah bace comment ni,paham2 jer la . . .

    First of all,

    Kalau isu pemansuhan 'PPSMI' berakar umbi dari sebab "Memusnahkan Bahasa Melayu" atopun atas alasan "Memartabatkan Bahasa Melayu" . . .

    PPSMI tidak perlu dimansuhkan . . .

    Next . . .

    rizq tak bersalah sebab tak tahu istilah tu dalam bahase inggeris . . . salah penganjur/pembuat soalan yg tersilap gune istilah tu(mungkin sebab dulu time die blajar mase skolah menengah dulu dlm bahase inggeris). . . even kalo student skarang ni kene situasi yg same tetapi terbalik keadaannye . . contoh = kuiz tu gune istilah bahasa melayu seperti kuprum menggantikan copper . . . mungkin mereka juga akan turut terpinga-pinga meskipun yg versi inggeris sudah dihafal setiap unsur dan kedudukannye . . . lantas cikgu tu pun cakap "la,takkan u donno,kan tu u punye bahase ibunda" . . . Tapi . . . adakah itu isu dan permasalahan sebenarnye ? ? ? apekate kite semua rujuk article berita harian yg boleh di akses pada alamat berikut:

    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Rencana/20090303223151/Article

    & rujukan pada artikel berita harian ni boleh didapati disini:

    http://timss.bc.edu/TIMSS2007/intl_reports.html

    Seandainya semua dah selesai baca kedua rujukan diatas,rasanye semua akan faham permasalahan sebenar yg melanda kesan perlaksanaan PPSMI. Isu pemartabatan bahasa Ibunda mahupun budaya Melayu hanyalah menjadi sebab2 picisan kepada perlunya perlaksanaan PPSMI dikaji semula.Sedangkan permasalahan sebenar yg kronik adalah pada keJATUHan mutu pendidikan negara terutamanya subjek Math & Science seperti yg dilaporkan pada TIMSS 2007.Sekiranya masih ada pertikaian tentang betapa istilah Inggeris sangat penting utk diketahui pelajar atas sebab sifatnya yg Internasional,maka permasalahan tersebut sudah ada jalan penyelesaiannya berkurun lagi.Cabaran terbesar buat guru2 PPSMI adalah meMAHAMkan pelajar terhadap subjek math & science dalam bahasa inggeris,dan rata-rata menyatakan pelajar sukar memahaminya.Sehingga ramai yg terpaksa memahamkan mereka menggunakan bahasa Melayu(istilah inggeris dikekalkan).

    & dats what I do to my student.Melanggar etika ? ? ? I don't give a damn,as for my 1st priority & responsibilities is to make them understand what they're studying.I'll do whatever it takes to let them understand.As long as they understand what I'm teaching,I won't bother to know if they know how to answer it in English or not.I leave that to their english teacher to make sure they know proper english.At least proper enough to make sentences to answer the question.I even insist them to ask me in bahasa if they have any question.

    I don't really like to argue about what's done in the past,instead let us think & plan together about what we can do for the future.People in the past will go as time past.But the next generation gonna replace them regardless of what 'Quality' they were brought up.To risk their future by forcing them to educate in a system that cudn't bring up the most of their potential,is sumthing dat I cudn't do.& as for that reason,I conclude my points as 'perlaksanaan PPSMI perlu dikaji semula'.

    For the better generation.
    For the better Malaysia.
    & for the better FUTURE dat we gonna owe our next generation if we don't act NOW!!!!

    ReplyDelete
  15. saya bercakap di sini sekadar untuk mengambarkan apa yang saya bayangkan pada masa depan.

    perlaksanaan matapelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris patut di teruskan bagi pendapat saya kerana jika kita pandang jauh ke depan banyak manafaat yang akan kita perolehi

    saya tidak mahu menyentuh tentang matematik kerana matematik tidak memerlukan penterjemahan yang terlalu kompleks seperti matapelajaran sains.

    jika kita tumpukan dalam sains jika tidak silap saya terdapat lebih kurang 8 pecahan utama dalam bidang sains dan teknologi seperti fizik ,kimia ,biologi dan sebagainya dan di bawah pecahan -pecahan utama ini terdapat berpuluh-puluh pecahan kecil lagi

    jika kita hendak menterjemah kesemua buku-buku rujukan dalam semua cabang sains dan teknologi ini ianya akan melibatkan masalah kepada banyak pihak

    1)masalah terhadap pihak kerajaan yang harus mengeluarkan dana bagi membayar royalti ke atas hak cipta sesebuah buku rujukan dan royalti ke atas penterjemah buku tersebut(bayangkan berapa billion harus kita bazirkan hanya untuk membayar royalti ke atas hakcipta asal buku tersebut)

    2)masalah untuk mencari penterjemah kerana sesetengah bidang sains dan teknologi memerlukan pemahaman yang tinggi dalam subjek yang hendak di terjemah dan di khuatiri terdapat kesalahan struktur ayat yang akan menjejaskan pemahaman pelajar dan perkara sebegini tidak boleh di serahkan bulat bulat kepada graduan sastera kerana mereka mungkin tidak memahami teori sains sepenuhnya(sesetengah cabang sains seperti Quantum mechanic amat memerlukan penterjemah yang amat memahami teori dalam bidang tersebut)

    3)dan terdapat dua masalah bagi para pelajar yang pertamanya jika pelajar yang cemerlang dalam bidang ini dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara mereka mungkin sukar untuk menyesuaikan diri dalam pelajaran jika mereka di hantar ke negara yang mana bahasa pengantarnya bahasa inggeris
    masalah kedua pula adalah dari segi kos pembelajaran yang akan meningkat kerana bayaran royalti terjemahan dan hakcipta teks akan di tanggung oleh pelajar(buku yang pada asalnya berharga rm200 dalam bahasa inggeris mungkin akan meningkat sekali ganda jika pelajar membeli buku yang telah di terjemah.)

    saya bercakap di sini berdasarkan masa depan pelajar dan apa yang bakal mereka lalui setelah mereka tamat tingkatan 5
    jika pelajar di dedahkan dengan bahasa inggeris seawal darjah satu saya rasa perkara ini tidak akan menjadi masalah kerana pelajar tersebut akan belajar dalam suasana tersebut selama 11 tahun dan mustahil mereka tidak dapat memahami apa yang mereka pelajari selama 11 tahun

    mengenai bahasa melayu ya memang suatu masa dulu bahasa melayu adalah lingua franca yang di gunakan seluruh dunia tetapi itu adalah perkara yang hampir 400 tahun dahulu(kali terakhir di gunakan adalah pada 1511 iaitu sejurus sebelum pelabuhan melaka di serang portugis dan pada 2011 ini maka genaplah 400tahun bahasa melayu di lupakan sebagai lingua franca)

    saya tidak bermaksud hendak mempersendakan bahasa ibunda saya kerana pada pendapat saya cerdik pandai dalam bidang bahasa melayu ini seharusnya menstabilkan kedudukan bahasa ibunda kita ini dahulu kerana selama hampir dua puluh tahun saya belajar terlampau banyak rombakan ejaan dalam bahasa melayu contohnya ejaan istirahat yang telah di rombak dari ejaan istirehat dan saya tidak bersetuju dalam rombakan ejaan ini kerana kata dasar perkataan tersebut adalah 'rehat'tapi kalau 'rahat'ape maksud nya pulak

    dan yang terakhir adalah pengunaan bahasa inggeris yang di terima seluruh dunia sebenarnya telah di rancang dari tahun 1543 lagi di mana perang salib berlaku di sini pihak kristian telah mendakwa bahawa mereka hanya boleh menguasai dunia denga 5 cara iaitu fesyen,budaya,ekonomi,intellektual dan material
    dan ini terbukti dunia telah di kuasai oleh idealogi mereka yang telah sebati selama hampir 400 tahun


    adakah kita perlukan 400 tahun lagi untuk menukar ideologi itu sebenarnya tidak kita hanya perlu mengusai ilmu mereka melalui bahasa mereka tetapi mengikut acuan kita itu kita panggil counterattack!!!!!!!

    ada faham!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  16. Salam,

    Saya salah seorang yang menyokong PPSMI berminat untuk ulas ayat saudara yang ini sahaja:

    "Susah sangatkah untuk mentafsirkan ilmu ke dalam bahasa sendiri? Kemanakah perginya graduan sastera atau adakah mereka hanya menjadi penulis novel cinta-cintun muda mudi? Mengapakan bidang sastera sejak dahulu diklasifikasi sebagai bidang tidak boleh cari makan? Susah sangatkah untuk belanjakan sedikit dari kewangan negara untuk menggaji jurubahasa untuk mentafsirkan ilmu dalam bahasa inggeris ke dalam bahasa melayu untuk dinikmati ilmu itu oleh semua golongan tidak kira dalam bandar atau luar bandar?"

    Saudara, cuba saudara baca balik apa yang Tun Dr. Mahathir jelaskan di blognya :

    "7. Untuk memahami tulisan mereka dalam bahasa Inggeris kita memerlu kelulusan Phd dalam bahasa Inggeris dalam bidang-bidang khusus."

    Cukuplah sepatah ayat saja diatas, yang boleh menyimpulkan segalanya - masalah utama kenapa PPSMI perlu dilaksanakan adalah kerana negara kita kekurangan sumber akademik yang mampu menterjermah penerbitan-penerbitan sains dengan tepat dan sempurna.

    Itu masalah pokok yang kita sedang hadapi. Untuk menyelesaikan masalah ini bukannya kerja satu malam, ianya mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan para akademik yang mampu untuk buat kerja menterjemah ini.

    Mengikut cadangan saudara, adakah sesuai golongan sasterawan menterjermah penerbitan sains dan matematik? Mereka tahu apa itu Differential Equations, apa itu Calculus dan pelbagai terma sains dan matematik lain?

    Golongan sasterawan, membantah PPSMI itulah kerja mereka. Namun sampai kini saya tidak nampak usaha mereka sendiri untuk memartabatkan bahasa.

    Kalau betul mereka perjuangkan bahasa dan menentang PPSMI, kenapa tak sahaja mereka menterjermah karya-karya seni agung Inggeris ke dalam Bahasa Melayu?

    ReplyDelete
  17. @amirul : skrg aku faham mengapa ramai penyokong PPSMI ialah penyokong TUN. Aku takda masalah jika anda meminati mana-mana tokoh negara. Tapi aku sangsi dengan sepotong ayat (yang aku kira ko amik dr blog TUN);

    "7. Untuk memahami tulisan mereka dalam bahasa Inggeris kita memerlu kelulusan Phd dalam bahasa Inggeris dalam bidang-bidang khusus."


    Jika hanya orang berkelulusan Phd yang boleh faham tulisan mereka (mat saleh) dalam bahasa inggeris, mengapa nak adakan PPSMI? Adakah semua anak-anak kita ada kelulusan Phd??? Itu satu hujjah.

    Aku tak rasa yang kita perlu ada Phd baru boleh faham calculus dan mgkin ilmu medic dari barat. Yang kita perlukan ialah komitmen dan bukan kelulusan. Ilmu bukan diukur dari berapa byk scroll yang u dapat dri mana2 Univ.

    Hairan mengapa hujjah dangkal mcm ni penyokong PPSMI boleh pakai.. Jangan kerana taksub kita buta ilmu dan kewajaran!

    ReplyDelete
  18. Saya sama sekali bukan penyokong Tun, tetapi dalam hal PPSMI saya memang bersetuju dengan idea beliau.

    Memang ayat diatas diambil dari blog Tun (baca balik ayat ini - "Saudara, cuba saudara baca balik apa yang Tun Dr. Mahathir jelaskan di blognya :" )

    Saudara,

    Baiklah, saudara cakap pasal bahasa Inggeris, bahasa Inggeris memang boleh difahami oleh sesiapa saja, malah pemandu teksi di sini juga mampu bertutur dengan lancar di dalam bahasa Inggeris.

    Masalahnya sekarang bukanlah pada bahasa Inggeris itu sendiri, tetapi pada ilmu sains dan matematik peringkat tinggi yang diterbitkan di dalam bahasa Inggeris. Itu isu pokoknya.

    Kita kekurangan orang yang berkemahiran/berilmu tinggi untuk membuat terjemahan ke dalam bahasa Melayu.

    Kalau negara kita mempunyai cukup para ilmuan yang mampu menterjermah kandungan-kandungan ilmiah ini kedalam bahasa Melayu, selesailah isu PPSMI. Saya yakin 100% bahawa kita tidak akan ada masalah untuk mempelajari sains dan matematik di dalam bahasa ibunda yang kita sayangi ini.

    Saudara boleh cakap hujah saya dangkal tetapi saudara tak boleh nak nafikan fakta yang kita kekurangan para ilmuan berbangsa Melayu yang mampu menterjemah sumber ilmu sains dan matematik ke dalam bahasa Melayu.

    Dan saya disini bukanlah mahu berdebat siapa yang betul, cuma bila sesuatu perkara itu dibuat berdasarkan fakta dan bukannya emosi, itulah yang saya sokong.

    ReplyDelete
  19. Satu lagi saya nak tambah:

    Ilmu tinggi matematik dan sains tidak boleh diterjermah oleh orang yang tiada kelayakan yang sesuai, takut nanti lain pula terjemahannya dan ia akan membawa kepada kesesatan ilmu itu sendiri.

    Mengambil contoh mudah, al-Quran. Al-Quran ditutunkan di dalam bahasa Arab. Bolehkah Ahmad (nama sekadar contoh) yang baru sahaja lepas Sijil Tinggi Agama dan mampu menguasai bahasa Arab dengan baik, menterjemah ayat-ayat al-Quran?

    Fikir-fikirkanlah.

    ReplyDelete
  20. @amirul : saya rasa pada mula2 sdr letakkan ayat dr blog TUN pada komen pertama, sdr mmg yakin satu hujjah itu mampu merobohkan semua hujjah penentang PPSMI. Tapi saya dah jawab hujjah tersebut dan sdr tak pertahankan sdr dlm komen kedua dan ke3. Sdr meminta saya pergi ke blog TUN dan membacanya sndiri. Maafkan saya, sdr yang datang kesini, sebagai tuan rumah sepatutnya bukan saya yang sepatutnya menyediakan buah tangan. Sdr sepatutnya mempunyai hujjah tersendiri dan tidak bersandar kepada hujjah TUN semata-mata.

    Kedua, jangan samasekali samakan BI dan bahasa Arab Taraf Alquran. Ulama Tafsir bukan orang sembarangan boleh mengarang sekurang-kurangnya Fi Zilalill Quran. Semua itu memerlukan insan yang bersih otak dan hati.

    Tafsirkan dari BI ke BM memerlukan komitmen sebagaimana Jepun, Jerman, Sepanyol, Itali, Korea, Taiwan, China lakukan. Tidak perlu tahap Phd dan saya yakin dengan hujjah ini. TUN samasekali silap apabila menulis "untuk menterjemah kita perlukan orang berkelulusan Phd". TUN SILAP!

    Jika kita tak tahu bagaimana nak lakukan tafsiran, kita boleh contohi apa yang negara-negara diatas lakukan. Adakah negara mereka dipenuhi oleh Phd yang bekerja semata-mata untuk mentafsir?? Sekali lagi, TUN SILAP.

    Saya nak tanya, siapakah yg dapat tender bekalkan laptop bernilai 5 bilion ketika PPSMI ingin dilaksanakan?? Ini ialah politik zaman TUN dan TUN jangan sekali-kali lupa dosanya kepada Malaysia.

    ReplyDelete
  21. Baiklah, saya salin balik kandungan keseluruhan dari blog Tun disini :

    "1. Saya ingin jelaskan sekali lagi kenapa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris.

    2. Tidak seperti matapelajaran lain, sains dan matematik adalah ilmu yang berkembang dan bertambah sepanjang masa.

    3. Tiap hari berpuluh kertas melapurkan hasil kaji selidik yang dibuat di seluruh dunia. Hampir semua kertas ini disediakan dalam bahasa Inggeris.

    4. Kita boleh terjemah sains rendah kedalam bahasa kebangsaan. Tetapi ini tidak akan menolong kita memahami teori dan aplikasi advanced science dalam ciptaan dan pembuatan barangan yang canggih seperti alat telefon, senjata moden, roket dan stesyen satelit angkasa, pesawat terbang perang dan penumpang, kapal selam, laser, microcip dan ratusan lagi barangan kegunaan tertentu dan harian.

    5. Untuk semua ini kita perlu sains yang canggih dan terkini hasil kajiselidik pakar ilmu sains seperti Albert Einstein dengan teori relativitinya, Enrico Fermi, Oppenheimer, Edward Teller, Werner Heisenberg dan lain-lain.

    6. Saya boleh senarai seribu nama lagi dan berpuluh ribu hasil penerokaan, pengkajian mereka yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu namun ilmu ini peting untuk kemajuan kita.

    7. Untuk memahami tulisan mereka dalam bahasa Inggeris kita memerlu kelulusan Phd dalam bahasa Inggeris dalam bidang-bidang khusus. Tidak ramai saintis yang belajar dalam bahasa Melayu yang boleh mengguna bahasa Melayu untuk tujuan ini. Setahu saya tidak ada banyak buku berkenaan tajuk-tajuk ini dalam bahasa Melayu.

    8. Pengajaran sains perubatan menggunakan buku Inggeris walaupun syarahan dibuat dalam bahasa Melayu. Untuk post-graduate studies dalam pelbagai kepakaran perubatan bahasa Inggeris digunakan. Kalau ada pensyarah yang boleh bersyarah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang pakar ini, mereka akan terdiri daripada yang belajar kepakaran ini dalam bahasa Inggeris.

    9. Mungkin ada yang belajar sains di peringkat rendah dalam bahasa Melayu dan mampu mengikuti syarahan dalam bahasa Inggeris diperingkat ijazah pertama. Tetapi untuk kelulusan yang lebih tinggi penguasaan bahasa Inggeris di perlukan.

    10. Sudah tentu untuk ambil bahagian dalam seminar dan konferens antarabangsa, untuk berhujah, bahasa Inggeris di perlukan.

    11. I was not ignorant for 20 years. Even after I realised the usefulness of English I had to wait until people also realised it. Otherwise they will fight tooth and nail to prevent the change from taking place. Even now they are fighting.

    12. Singapore has progressed like a rocket because they have no opposition parties. Without criticisms by the opposition they will not know if they were doing something right or wrong.

    13. Now Singapore is in deep recession because of having made investments in America. So they may use English for their education but they can still go wrong. But we want to use English only for science and mathematics and these two subjects are based on truths and logic - not on how clever you are in making decisions or explaining things.

    14. I think in English when I want to speak or write in English. I think in Malay when I want to talk, write or discuss in Malay.

    15. I am a Malay not because of the language I use when thinking or dreaming. I am Malay because ethnically, lingually, culturally and religiously I am a Malay and I regard Malaysia as my homeland.

    16. Saya tidak ingin bangsa saya ketinggalan hanya kerana nasionalisme kita terhad kepada kefasihan bercakap dalam bahasa sendiri. Nasionalisme saya meliputi kejayaan bangsa saya yang setaraf dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Jika untuk ini kita terpaksa menguasai bahasa Inggeris dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, sepertimana orang Arab belajar bahasa Greek untuk mendapat ilmu orang Greek, sepertimana orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab untuk mempelajari ilmu orang Arab pada kurun ke-15 Masihi, saya rela berbuat demikian.

    17. Bagi saya mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak berbeza daripada menghantar penuntut kita ke Eropah atau negara-negara Arab untuk menuntut ilmu tertentu dalam bahasa-bahasa mereka. Mereka pergi sebagai orang Melayu dan mereka kembali dengan ilmu yang diperolehi juga sebagai orang Melayu. Mereka tidak menjejaskan ke-Melayuan bangsa. Sebaliknya mereka mempertinggikan maruah dan martabat bangsa. "

    Saudara,

    Hal-hal berkaitan laptop 5 billion itu saya tak mahu sentuh dan kalau boleh nak elak dari berbincang hal itu. Saya tak rasa ia ada kaitan dengan isu yang sedang kita bincangkan.

    Ya, saya mengambil hujah Tun kerana hujah Tun berlandaskan fakta. Sebagai pemimpin yang berkhidmat lebih dari 22 tahun, saya pasti Tun sudah faham dengan budaya dan keadaan sebenar, yang menyebabkan beliau mencadangkan pelaksanaan PPSMI ini.

    Sekali lagi saya nak tekankan isu pokok disini - Kita kekurangan penterjemah kandungan ilmu tinggi sains dan matematik ke dalam bahasa Melayu.

    Tentang isu al-Quran, sudah jelas saudara telah bersetuju dengan hujah saya - yakni untuk menterjemah sesuatu ilmu tahap tinggi perlukan mereka yang benar-benar tahu ilmu tersebut.

    Saya tidak menyamakan al-Quran dengan ilmu Sains dan Matematik yang ditulis di dalam bahasa Inggeris, tetapi apa yang saya mahu tekankan adalah si penterjemah itu - tahap intelektual mereka.

    Adakah dengan bersih otak dan hati sudah cukup untuk menterjemah al-Quran?

    Saya yakin tidak. Hati dan otak yang bersih cuma salah satu prasyarat untuk menterjemah al-Quran. Banyak lagi pra-syarat yang perlu diikuti.

    Dan samalah juga dengan mentafsirkan kandungan ilmu Sains dan Matematik ke dalam bahasa Melayu. Ada banyak prasyarat dibelakangnya, dan kita masih kekurangan tenaga yang mencapai prasyarat tersebut sekaligus layak untuk membuat terjemahan.

    Soal Phd? Itu menggambarkan betapa pentingnya seseorang penterjemah itu mempunyai ilmu yang betul dan cukup untuk membuat sesuatu terjemahan. Kesnya sama seperti membuat terjemahan kepada ayat-ayat al-Quran. Seorang yang biasa tidak mungkin mampu mentafsir konteks sebenar kandungan ayat-ayat di dalam al-Quran.

    Sama juga sains dan matematik, kalau mengikut hujah saudara, orang sastera boleh digunakan untuk membuat terjemahan. Kalau begitu orang sastera juga boleh menterjemah al-Quran, kalau hati dan otaknya sudah bersih. Benar sebegitu?

    Saudara saya konsisten dengan hujah saya - kita kekurangan tenaga berkelayakan untuk membuat terjemahan ilmu ini dalam kadar yang segera.

    Dan saya tidak berminat untuk mengulas isu-isu lain seperti kontrak kepada kroni, rasuah dan sebagainya. Itu relaiti yang umum sudah maklum. Rasuah dimana-mana, tetapi isu yang kita bincangkan sekarang bukanlah isu rasuah, kroni dan semua itu.

    Adalah lebih baik jika saudara mengkaji bagaimana negara-negara yang saudara sebutkan diatas membuat terjemahan, menulis kertas kerja dan bentangkan kepada Menteri PPSMI ini, insyaAllah kalau hujah saudara mampu meyakinkan Menteri PPSMI ini dari hujah Tun Dr. Mahathir, kita akan lihat PPSMI ini akan berkubur.

    ReplyDelete
  22. Saudara,

    Sedang negara-negara yang saudara agung-agungkan menggunakan bahasa sendiri untuk maju, artikel ini mungkin mengatakan sebaliknya:

    http://languagelog.ldc.upenn.edu/nll/?p=1224

    ...dan saudara boleh membaca salah satu komen di artikel tersebut :

    http://languagelog.ldc.upenn.edu/nll/?p=1224#comment-25228

    "While some widely used introductory textbooks have been translated, more advanced topics remain solely available in English."

    Adakah mereka di China sudah benar-benar membuat terjemahan kepada sumber ilmu tinggi (advance) Sains ke dalam bahasa mereka?

    Ayat diatas mengatakan tidak.

    ReplyDelete
  23. kepada penyokong PPSMI,
    janganlah jadi katak bawah tempurung, dgn membaca apa yang disuap oleh Tun Mahathir, oleh berita hairan, utusan melayu....

    bukakla mata , tgkla statistik timss tu, tahun 2007 kedudukan sains n math budak malaysia jatuh teruk smpai no. 40..

    ape perlunya berjuang dgn fakta yang disuap dari 'pembodek' media perdana?...sampai bile minda nak berkembang?

    ReplyDelete
  24. paling penting bahasa arab.ini semua sebab new world oder

    ReplyDelete
  25. salam...
    memang PPSMI ni memberikan deraan pada guru,murid dan ibu-bapa. Berapa ramai yang mahir dalam omputih untuk bahasa sains dan matematiknya...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...