Posts

Showing posts from May, 2008

Install plugins tambahan untuk compiz dalam hardy heron

Plugins tambahan yang diinstall menerusi tutorial ini akan menambahkan pilihan effek desktop yang boleh diaplikasikan kedalam ubuntu hardy heron. Tutorial ini menganggap; Anda mempunyai hardy heron yang fresh install Anda mempunyai compiz yang terinstall secara default dalam hardy yang berfungsi dengan nombor versi 0.7.4 ( dpkg -l | grep compiz ) - untuk check versi Anda sedang run ubuntu sebagai user dan bukan root. (Jika anda tahu apa yang sedang anda lakukan, syarat-syarat ini tidak perlu dipatuhi) Compiz fusion hanya berfungsi apabila anda memiliki grafik kad dengan drivernya yang terinstall dan proses konfigurasinya yang telah dilakukan dengan sempurna beserta fungsinya yang telah diaktifkan. (rujuk artikel berkaitan dalam blog ini). Jika anda mempunyai grafik kad yang tidak disokong oleh compiz, sila ke laman ini dan buat research tersendiri. Proses Installasi 1. Mendapatkan dependencies berkaitan (untuk kerja compiling plugins) sudo apt-get install compiz-bcop compiz-dev build-...

Mengubah timeout Bootloader

Kalau menggunakan Ubuntu punya default untuk bootlader timeout, perlu menunggu sekitar 10 saat sebelum operating system dimulakan. Jadi untuk mengurangkan masa menunggu ini ataupun untuk menghapuskannya, kita perlu untuk mengubah time out pada configuration grub bootloader. Caranya ialah menaip arahan berikut pada terminal: sudo gedit /boot/grub/menu.lst dan cari perkataan "timeout" dan ubah nombor disebelahnya daripada 10 kepada berapa saat yang anda mahukan. Untuk saya, kerana saya hanya menggunakan Ubuntu sebagai primary os, jadi saya membuatkan timeout sebagai 0 supaya bootloader terus load kan os Ubuntu. Bagi sesiapa yang menggunakan dual os, sekiranya anda mahukan bootloader menjadikan Microsoft Window sebagai default, sila editkan dibahagian bawah file ini supaya kenyataan: title Windows 95/98/NT/2000/XP root (hd0,0) makeactive chainloader +1 berada diatas sekali (bukan paling atas untuk file ini, tapi paling atas bah...

File Structure dalam Ubuntu/Linux

Ini adalah sedikit penerangan ringkas kepada mereka yang baru mengenali dunia Ubuntu dan Linux terhadap structure file dalam linux. Bagi pengguna yang biasa dgn format windows (C:) mungkin sedikit keliru dengan format yang terdapat dalam linux. / - ini adalah asas kepada directory didalam ubuntu/linux. setiap alamat folder atau akan bermula dengan tanda ini /boot - folder ini menyimpan segala data yang diperlukan untuk memulakan sesuatu komputer seperti kernel linux dan juga configuration untuk grub. /root - ini adalah folder home untuk root. menggunakan ubuntu dgn account root adalah amat merbahaya kerana root boleh melakukan apa sahaja termasuk membuang keseluruhan file didalam system. antaranya arahan (rm -rf /) yang akan membuang semua file daripada komputer anda. jadi jgn sekali2 menaip arahan ini ,melainkan anda tahu apa yang anda lakukan. /bin - ini adalah folder terletaknya pr...

Download BOX!

Saya kumpulkan bahan-bahan muat turun dalam entry ini.

Jika disana ada Open Source Software, kini kita ada Open Source Hardware!

Image
Jika saya menulis tentang open source software, sudah tentu yang terbayang difikiran kita ialah satu konsep dimana source code software berkenaan yang boleh lihat, diedit dan dikeluarkan semula dibawah lesen yang sama dengan source codenya. Namun jika saya menulis tentang open source hardware, apa agaknya yang terbayang difikiran? VIA Technologies baru-baru ini telah mengeluarkan design kepada open source notebook yang telah mengimplementasikan konsep "open" sebagai strategi marketing mereka. Ideanya ialah, dengan berkongsi atau membolehrujukkan design hardware(dalam konteks ini notebook) mereka dari pengumpulan partikel tertentu kepada proses pembuatan komputer hingga siap. Jika anda rujuk kepada website VIA openbook , anda akan mendapati konsep "open" yang diaplikasikan pada peringkat permulaan ini ialah pada bahagian fail CAD untuk plastic case sesebuah openbook. Bermakna anda boleh register dan design plastic case berkenaan supaya openbook yang terhasil itu nan...

"Now Playing" plugins untuk pidgin!

Image
Pidgin ialah perisian IM multi-protokol default dalam ubuntu. Oleh kerana yahoo messenger for linux is almost useless (dan saya pun xpernah berasa nak guna bendaklah nih), pidgin merupakan antara perisian altenatif kepada YM bagi pengguna YM dalam ubuntu. Ok, beberapa minggu lepas ada seorang sahabat bertanya saya bagaimana saya setkan status message YM saya kepada current track. Hmm, sebenarnya masa tu saya sedang gunakan Mac OSX jadi tak dapatlah saya nak kongsi cara untuk setkan status message pidgin kepada current track. Ok, anda mungkin nak show up current track yang sedang dimainkan oleh Rhythmbox atau Banshee atau Amarok atau Audacious atau XMMS atau Exaile dalam status message pidgin anda (samada untuk YM, Gtalk, etc). Caranya ialah; 1. Download fail ini . NOTE : diambil dari package yang telah dicompile kepada .deb package disini . 2.Install dengan double click fail yang didownload tadi. 3.Dalam pidgin pergi ke menu Tools - Plugins - checkbox Musictracker (enablekan) Siap! Set...

Backup APT ubuntu dengan APTonCD

Memahami APT APT (advanced packaging tool) ialah user interface yang berfungsi bersama teras library untuk melicinkan proses installasi software dalam linux. APT simplifies proses pengurusan perisian dalam system komputer yang menggunakan UNIX dengan mengautomatikkan proses retrieval, configuration, dan installation untuk software packages samada dari binary files atau dengan compile sumber kod. Dan kerana itu dalam ubuntu untuk memasang sesuatu software melalui terminal, user menggunakan command berikut; sudo apt-get install software-package APT itu sendiri telah mengalami variasi yang menghidangkan fungsi lebih advance dan interface yang lebih mudah seperti Synaptic Package Manager, KPackage (KDE), aptitude dan sebagainya. Dalam apa-apa proses installasi package (bagi perisian) kesemua package yang diperlukan bagi proses itu turut dimuat-turun dan terinstall sama untuk melicinkan proses berkenaan. Dalam ubuntu yang pembaca gunakan, file /etc/apt/sources.list adalah lokasi kepada pac...

Eksperimen GIMP : Superb Wallpaper & My Wallpaper

Image
Aku teruja membaca satu tutorial photoshop di web blog PSDTuts berkaitan dengan menghasilkan "grass text effect" menggunakan photoshop. Seperti yang aku nyatakan sebelum ini , aku bercadang nak aplikasikan tutorial photoshop kepada gimp dan berkongsi dengan pembaca disini. Setakat ini aku masih dalam peringkat eksperimen demi eksperimen, try and error, create and delete, dan yang sama waktu dengannya. Screenshot diatas menunjukkan desktop yang dihiasi wallpaper pertama dari aku menggunakan gimp dengan mengaplikasikan tutorial untuk photoshop dalam website PSDTuts itu tadi. Setakat ini peratus kejayaan bolehlah dikatakan 50% dengan beberapa fungsi yang masih belum aku kuasai (atau aku tak tahu fungsi apa yang bersamaan dengan photoshop untuk effek tertentu dalam gimp). Download wallpaper: Follow link ke wallpaper - Spectacular Grass Text Effect Wallpaper aku buat - [2:30] 1280x800 (download jer, 100% buatan malaysia..huhu) Aku bercadang nak upload jugak source file untuk di...

Sambung ke internet menggunakan modem USB (PPPoATM)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung melayubuntu. Ini adalah kali pertama untuk saya menulis blog, jadi kalau ada silap tolong tegur la ye.. Kali ni saya nak menunjukkan cara untuk 'connect' ke internet (streamyx) menggunakan modem yang berasaskan chip 'ueagle' yang kebiasaannya merupakan modem dsl berasaskan usb dan dikeluarkan oleh Analog Devices Inc. (ADI). Artikel ini juga menggunakan kaedah PPPoATM yang sedikit berlainan dengan cara yang telah ditunjukkan sebelum ini iaitu PPPoE. Antara modem yang di'support' oleh artikel ini ialah Sagem Fast 800, Sagem Fast 840, Sagem Fast 908, Comtrend ct 350, Comtrend ct 361, US Robotics USR9000 Sureconnect, TELINDUS ND 220 ARESCOM, Elcon 111U, Aztech 206U, Dlink DSL-200i , ARESCOM NDS1060, ECI B-FOCuS 150A II, Aethra Starmodem, Huawei SmartAX MT810 ID, Teledat 300 usb, Zoom 5510B, ASUS AAM6000UG. Mula sekali kita perlu mendownload driver untuk modem ini daripada laman web eagle-usb.org ataupun ...

Melengkapkan GIMP dengan Plugins

Image
Saya percaya ramai pengguna baru ubuntu sedang sibuk membiasakan diri dengan GIMP, perisian yang diwar-warkan sebagai altenatif terbaik kepada photoshop. Mungkin ada yang masih terpinga-pinga membiasakan diri dengan interface yang terpisah dan beberapa fungsi tertentu yang agak berbeza dengan photoshop. Ianya berkaitan dengan masa, apabila sudah biasa tidak jadi masalah lagi kemudiannya. Beberapa hari ini saya sibuk bermain-main dengan plugins untuk GIMP. Oleh kerana saya merasakan ia sangat sesuai untuk dijadikan topik dan entry, lalu saya membuat keputusan untuk menulisnya disini. Install gimp-plugin-registry Oleh kerana package gimp-plugin-registry ini sudah ada secara default dalam hardy heron, maka ianya boleh diinstall menggunakan terminal atau synaptic package manager. Package plugins ini mengandungi fungsi ; Black and white Film Simulation Dustcleaner Exposure Blend Focus Blur Layer-Effect - add border, bevel and emboss, color overlay, drop shadow, gradient overlay, inner glow,...

Eksperimen Inkscape : Konsep T-Shirt Ubuntu

Image
©All Right Reserved Saya cuba membuat satu design tshirt untuk ubuntu menggunakan inkscape berdasarkan kepada template tshirt rekaan GoPurify . Hasilnya adalah seperti diatas. Buat masa ini, rekaan diatas hanyalah konsep dan masih tidak siap sepenuhnya. Saya masih tidak berpuas hati kepada adunan warna dan kewujudan 3 belang yang mungkin menimbulkan isu kerana ia kelihatan seperti trademark Adidas. Selain itu, jika anda perasan simbol ubuntu dibahagian depan itu saya pusingkan (rotate) supaya sudut-sudutnya seiring dengan corak yang mengelilingi. Erm.. boleh ke camtu?? Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan konsep ini yang pada saya menepati keseimbangan rekaan, simple, kemas dan saya agak teruja untuk memakai tshirt seperti ini. Hehe.. Ada pendapat??

BAGAIMANA KALAU UBUNTU ANDA SANGKUT ?

Oleh : Fahmi ( http://sembangsini.com ) Kadangkala tidak dapat kita elakkan Ubuntu dari sangkut. Mungkin sesetengah aplikasi seperti Wine yang menggunakan perisian Win***s yang berat akan menyebabkan Ubuntu tersekat. Banyak yang tak tahu cara nak atasi perkara ini memandangkan ramai yang beranggapan jika Ubuntu tersangkut haruslah memicit Ctrl + Alt + Del untuk mematikan aplikasi. Berikut cara yang sepatutnya anda lakukan. 1. Tekan Ctrl + Alt + F1 2. Akan keluar terminal (skrin gelap dan tulisan putih). 3. Di situ akan tertulis " nama.komp.anda login : " . Kemudian, tulis username yang anda guna untuk login ubuntu. 4. Seterusnya, di situ akan tertulis " password : " . Tulis password yang anda gunakan untuk username tadi. 5. Kemudian, taipkan kod ini " sudo killall5 " . 6. Taipkan password anda sekali lagi jika diminta. 7. Anda akan perhatikan, Ubuntu akan menutup semua aplikasi kemudian akan pergi semula ke Tetingkap Login / Login Window. ...

Kill Bill??

Saya baru sahaja cuba bermain dengan satu aplikasi permainan yang dinamakan xPenguins. Ramai antara anda mungkin bertanya pada diri sendiri mahupun rakan sebelah, apa yang saya merepek ni. Permainan ini tidak mempunyai aras-aras seperti dalam permainan lain.Ianya cukup mudah untuk bermain walaupun yang bermain itu adalah adik saya yang berumur 7 tahun. Bermula dengan langkah untuk memasang. Ia cuma memerlukan hanya 2 barisan arahan sahaja. 1. Buka Terminal dan masukkan barisan arahan berikut: sudo apt-get install xpenguins xpenguins -t -n 256 -s Untuk menambah ataupun mengurangkan jumlah 'musuh' anda boleh mengubah nilai 256 ke nilai yang lain. Permainan ini mempunyai tujuan untuk membunuh Bill Gates sebelum beliau berjaya membuat Windows. Cubalah!! **jangan tutup terminal sehingga anda merasa puas setelah menembak Bill Gates.

ZTE MF622 (UMobile)

Image
Kebanyakan penyedia broadband di negara kita membekalkan USB modem dari jenama ZTE walaupun segelintir dari pengguna lebih selesa menggunakan telefon bimbin mereka sebagai modem. tetapi sayangnya USB modem ZTE ini tidak memiliki driver di linux. Akhirnya dengan sedikit pencarian di google, bertanya dengan pakar-pakar sistem terbuka, konfigurasi yang saya akan kongsi ini adalah jawapan mengenai USB modem HSDPA ini di linux. Saya menggunakan USB modem ZTE MF622 yang menyokong GPRS/EDGE, UMTS dan HSDPA di Ubuntu 7.10 yang saya gunakan di notebook. Berikut merupakan langkah-langkah untuk menukar konfigurasi sehingga menyokong USB modem ini. 1. Larikan sebagai root, bukan user ataupun admin. 2. Buka File Editor dan salin barisan arahan dibawah: ACTION!=”add”, GOTO=”ZTE_End” # Is this the ZeroCD device? SUBSYSTEM==”usb”, SYSFS{idProduct}==”2000″, SYSFS{idVendor}==”19d2″, GOTO=”ZTE_ZeroCD” # Is this the actual modem? SUBSYSTEM==”usb”, SYSFS{idProduct}==”0001″, SYSFS{idVendor}==”19d2″, GOTO=”...

Celcom broadband config.(blogsempoi.com)

Antara ramai pengguna mungin menggunakan perkhidmatan broadband dari Celcom. Tutorial ini akan menerangkan bagaimana anda untuk mengkonfigurasikan telefon Nokia sebagai Modem. Untuk pengguna ZTE modem, saya akan terangkan pada post akan datang. 1. Sambungkan telefon Nokia ke USB menggunakan data cable . 2. Buka Terminal dan taipkan barisan arahan berikut: lsusb 3. Pastikan Terminal akan menyenaraikan data seperti dibawah: blogsempoi@blogsempoi-desktop:~$ lsusb Bus 004 Device 001: ID 0000:0000 Bus 003 Device 002: ID 062a:0000 Creative Labs Optical Mouse Bus 003 Device 001: ID 0000:0000 Bus 002 Device 002: ID 0421:0446 Nokia Mobile Phones Bus 002 Device 001: ID 0000:0000 Bus 001 Device 003: ID 058f:9254 Alcor Micro Corp. Hub Bus 001 Device 001: ID 0000:0000 * Beri perhatian kepada barisan yang mengandungi perkataan Nokia Mobile Phones. Nombor yang perlu diberi perhatian adalah 0421 dan 0446 . Anda perlu menukarkan nombor 0421 kepada 0×421 dan nombor 0446 kepada 0×446. 4. Selepas mengena...

gParted

Image
Saya akan menunaikan janji saya. Kali ini saya akan menerangkan mengenai gParted pula.gParted ialah satu utiliti untuk yang dinamakan GNOME GNU Parted dan merupakan aplikasi Gnome Partition Editor yang rasmi. Ia digunakan untuk membuat, memusnah, mengubah, mengerakkan, memeriksa dan menyalin partition, dan juga fail dari sistem anda. Ia berguna untuk mencipta ruang untuk sistem operasi yang baru (ia berfungsi untuk vista dan aplikasi lain), menunjukkan penggunaan cakera keras dan pengimejan partition lain. Dalam LiveCD yang dibekalkan kepada anda oleh Canonical mengandungi utiliti ini. Tetapi apabila anda selesai memasang Ubuntu, utiliti ini hilang. Jangan takut, ia tidak bermakna sistem anda rosak. gParted menyokong kebanyakan operasi dan sistem fail yang ada. Anda boleh lihat dibawah mengenai sistem fail yang dsokong oleh gParted. Untuk langkah-langkah memasang gParted, sila ikut arahan dibawah: 1. Buka Terminal dan taip barisan arahan ini sudo apt-get install gparted 2. Tunggu sehin...

Dual Boot Ubuntu Dan Vista

Saya pasti ramai bertanyakan mengenai cara untuk dual boot Linux Ubuntu dan Windows Vista . Bukan saya ingin mempertikaikan tutorial yang dibuat oleh saudara Zul kerana ilmu saya masih dibawah tahap bijak untuk memberi tutorial yang hebat serta idea-idea yang bernas disamping kebolehan untuk menulis didalam blog ini dengan jayanya seperti yang menjadi coretan harian saudara Zul. Apa yang ingin disampaikan kali ini ialah bagaimana untuk membuat pastition dahulu kerana saya mendapat banyak persoalan oleh rakan-rakan yang baru bermigrasi dari Windows Vista mahupun Windows XP tetapi masih sayangkan sistem operasi itu. Jadi, dual boot sebagai penyelesaian selain utiliti VMware dan lain-lain. Dalam tutorial saudara Zul tidak menyentuh kepada utiliti GParted iaitu satu utiliti untuk membuat partition didalam Ubuntu . Utiliti ini terdapat dalam LiveCD Ubuntu dan tiada dalam Ubuntu . Tetapi anda boleh mendapatkan utiliti ini. Untuk GParted saya akan terangkan dalam tulisan akan...

TOP 5 Alatan untuk blog dalam ubuntu!

Image
Artikel ini khas untuk penulis undangan blog melayubuntu! Dahulunya saya agak tertanya-tanya jika memblog dalam ubuntu akan mengurangkan produktiviti dan kualiti entry yang saya hasilkan nanti. Tidak ada photoshop, tidak ada marsedit (blogger tool paling best dalam mac osx), tidak ada dreamveawer dan serba tidak ada. Alatan seperti Blog Entry Poster, BloGTK, dan Drivel Journal Editor pula terlalu buggy dan tidak memenuhi kehendak manakala Gimp pula terasing disuatu sudut yang tidak dipandang. Namun kini segala persepsi tersebut lenyap bersama munculnya suatu mentaliti dan teori yang baharu mendukung frasa "jika anda komited, sudah tentu ada jalannya". Berikut, saya kongsikan alatan yang saya gunakan untuk sebahagian besar entry blog ini. Senarai alatan mengikut ranking! 1.Scribe Fire ScribeFire merupakan extension bagi firefox yang membenarkan anda berblog, mengedit entry tanpa meninggalkan tetingkap firefox dan mempunyai ruangan text editor yang bagi saya cukup untuk memenuh...

Ubuntu & Virus

Image
Mungkin anda tertanya-tanya mengapa saya menulis tajuk sedemikian. Dalam sistem terbuka kita juga terdapat virus-virus,tetapi jangan takut kerana virus itu tidak hidup atau lebih terkenal dengan istilah jangkit. Virus yang saya maksudkan kebanyakannya berasal dari sistem operasi yang dinamakan Windows. Walaupun virus tersebut tidak mengganggu sistem operasi sistem terbuka,tetapi bayangkan PC kawan anda yang menerima fail dari anda yang mengandungi virus tersebut. Kesiankan kawan anda itu. Avast adalah salah satu penyelesaian yang ada.berikut merupakan langkah-langah untuk memasang Avast pada sistem anda: 1. Muat turun fail DEB dan simpan pada desktop. 2. Setelah proses muat turun selesai, klik dua kali untuk membuka file tersebut. File tersebut akan dibuka menggunakan Package installer . 3. Lakukan proses pemasangan dan tunggu sehingga ia selesai. Apabila sudah selesai, tutup tetingkap tersebut. 4. Anda perlukan lesen untuk menggunakan Avast. Lesen anda boleh memperoleh secara percuma...

Me'MELAYU'kan Ubuntu anda

Image
Ada beberapa komen yang saya baca bertanyakan mengenai me'melayu'kan sistem Ubuntu yang digunakan. Me'melayu'kan ubuntu disini bermula dengan mengaktifkan bahasa ibunda kita dalam Language Support . Untuk mengaktifkan bahasa Melayu anda perlulah membuka Language Support dahulu. System>Administrator>Language Support A pabila sudah dibuka tetingkap Language support , kebanyakan anda mesti muat turun dahulu senarai terbaru. Tetingkap baru akan dibuka bertanyakan untuk memuat turun dan memasang senarai tersebut. Tunggu sehingga proses memuat turun serta memasang selesai. Apabila telah selesai, dicadangkan anda perlulah ulanghidup terlebih dahulu sebelum menukar bahasa untuk memberi kesan yang dikehendaki. Jarang sistem terbuka meminta untuk ulanghidup tetapi dalam beberapa kes seperti ini, anda mestilah ulanghidup untuk melihat kesannya. Selepas proses ulanghidup selesai barulah anda boleh memilih bahasa yang dikehendaki dalam kekotak Support Language . A...

Ubuntu Anda Memanaskan Laptop Anda??

Ada beberapa rakan mengajukan persoalan mengenai Ubuntu yang menyebabkan kepanasan melampau berbanding Windows Vista. Kali ini saya akan memberikan tip-tip untuk membantu anda mengurangkan suhu yang dijanakan. 1. Buka terminal anda dan taip kod ini: sudo gedit /etc/modules 2. masukkan list ini kedalam modul tersebut: thermal sbp2 processor lp fuse cpufreq-userspace battery acpi-cpufreq ac 3. save dan restart untuk merasa kelainan Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Skydome untuk Compiz

Image
Kebanyakan dari anda yang masih baru dalam Ubuntu mesti tercari-cari gambar yang sesuai dan cantik untuk Skydome Compiz anda. Disini saya sertakan kepada anda yang masih tercari-cari skydome yang sesuai untuk di muat turun. Ini adalah koleksi peribadi yang dimuat turun dari beberapa laman web terkemuka yang memberi khidmat dalam mencantikkan Ubuntu anda.

Rindukan mIRC?

Image
Dalam sistem sumber terbuka terdapat satu utiliti yang dipanggil X Chat untuk menggantikan mIRC yang tedapat untuk Windows. Dengan XChat anda boleh memasuki banyak chanel-chanel IRC serata dunia. Penghantaran fail juga dibolehkan dalam XChat ini. Anda boleh menukar XChat anda dengan pelbagai skrip dan plugin yang terdapat dalam utiliti tersebut.untuk keterangan lanjut,anda boleh melawat laman web www.xchat.org

Mengurangkan Kadar Penggunaan Elektrik dalam Ubuntu

Image
Power top merupakai satu utiliti yang dibangunkan dibawah platfom INTEL, walaubagaimanapun saya menggunakan AMD Turion64x2 masih berjaya mengunakannya. Utiliti ini direka untuk memenuhi tuntutan pengguna yang ingin melihat utiliti yang menggunakan kuasa yang lebih berbanding utiliti lain dalam sistem Ubuntu anda. Kelebihan berpihak lebih kepada komputer riba(laptop) dalam menggunakan kuasa bateri secara optimum,bukan secara membuta tuli. Walaupun begitu, penggunaan komputer peribadi masih boleh menggunakan dalam belanjawan mengurangkan bil-bil elektrik rumah anda yang saban hari membelenggu pemikiran. Jika ingin menngunakan utiliti ini,anda perlulah memasang utiliti Powertop yang boleh didapati dari Synaptic Package manager. Tidak tahu memasang utiliti dari Synaptic Package Manager?? Sila ikut langkah-langkah berikut: 1. Buka Synaptic Package Manager(system>administration>synaptic package manager) 2. Gunakan Option Cari(search) untuk mencari utiliti Powertop 3. Ta...

Compiz Fusion : Bermula dari basic

Image
Apabila diselak kedalam achieve blog ini, rupanya saya tidak pernah menerangkan tentang dimana untuk bermula untuk aktifkan compiz fusion dalam ubuntu. Patutlah ramai yang add saya kedalam YM semata-mata untuk bertanya soalan tersebut dan saya pun agak liat untuk menjawab kerana ianya terlalu basic. Ok, hari ini saya akan huraikan dan berharap agar semua pengguna ubuntu dapat memahami penerangan berikut. Fakta yang wajib anda tahu terlebih dahulu: 1 - Compiz Fusion sudah terinstall secara default kedalam ubuntu hardy heron. Advance Desktop Effects Settings hanyalah GUI yang memudahkan pengguna berurusan dengan effek-effek yang dihasilkan oleh compiz fusion. (Saya menerangkan sebegini kerana ramai bertanya saya bagaimana untuk install compiz fusion dalam ubuntu.) 2 - Sebelum anda boleh menggunakan apa-apa effek compiz fusion, anda perlu aktifkannya terlebih dahulu. Pergi ke pilihan menu System > Preferences > Appearance > Visual Effects dan pilih check box Extra...

Ingin menjadi penulis jemputan diblog ini?

Saya akan cakap, benda yang paling sukar ialah ketika memulakan sesuatu. Tetapi apabila segalanya bermula, perkara yang paling sukar ialah untuk istiqamah. Menjadi blog yang terbaik pada suatu ketika mungkin sesuatu yang tidak mustahil tetapi untuk istiqamah dengan status "terbaik" itu adalah terlalu sukar. Memandangkan blog ini bukan blog peribadi, atau tempat mencoret kisah hidup saya, atau tempat meluahkan perasaan, atau tempat membungakan ayat-ayat metafora bersedalokakan kecamuk hati disaat mentari terbenam, lalu saya cuba mengelak seboleh-bolehnya. Melayubuntu bukan untuk membuntukan melayu tetapi untuk membawa melayu yang buntu kepada ilmu. Rakan-rakan, maafkan jika akhir-akhir ini blog ini jarang diupdate. Maafkan jika saya dingin dalam setiap pertanyaan dalam YM. Maafkan jika personaliti saya terlalu complicated untuk di hack dan diinstall kedalam harddisk kefahaman masing-masing. Maafkan. Oleh kerana ramai pengguna ubuntu malaysia mahupun indonesia yang merujuk kesi...

Apple vs Psystar : Antara undang-undang dan kebarangkalian

Saya sandarkan penulisan ini kepada sebuah artikel bertajuk " Mac Clone Maker Psystar Vows to Challenge Apple EULA (Pembuat Klon bagi Mac iaitu Psystar berikrar akan mencabar Apple EULA) dengan EULA adalah singkatan kepada End-User Licence Agreement. Saya sangat tertarik kepada perkembangan kes yang melibatkan syarikat Apple dan Psystar yang mana seperti yang telah saya tulis sebelum ini ( klik sini ), dan persoalan yang saya bangkitkan dalam artikel tersebut kini semakin terungkai dari segi tafsiran perundangan. Cumanya analogi yang saya gunakan dalam artikel lalu agak berbeza dari analogi tafsiran undang-undang yang mana fokusnya bukan pada hardware tetapi software. Dalam artikel lalu, analogi yang saya gunakan ialah, adakah salah seseorang menggunakan enjin mitsubishi evo untuk proton wira? Dengan saya menganalogikan enjin sebagai software dan model kereta sebagai hardware. Namun hakikat yang berlaku tidak ada apa-apa kaitan dengan hardware! Dalam Apple EULA menyebut; OS X hany...

Install Aurora GTK Engine 1.4 kedalam Ubuntu Hardy Heron

Image
Ubuntu merupakan sistem operasi yang menggunakan Gnome sebagai desktop environment. Tidak mungkin Visual Styles dan Windowblinds didalam windows, atau ShapeShifter didalam Mac OSX yang setakat ini masih gagal diupdate untuk versi leopard kerana ke"unikkan" sistem pengurusan visual didalam leopard, dapat menandingi betapa mudahnya untuk memasang dan menukar tema didalam ubuntu dan kesemua distro linux samada yang menggunakan Gnome mahupun KDE. Dan faktor ini antara penyumbang kepada teori saya iaitu, saya lebih selesa ubuntu sebagai sistem operasi ideal bagi setiap komputer peribadi. Memilih tema desktop, ikon, cursor theme, windowbar hanya dengan 1-klik. Apa lagi yang lebih mudah dari itu? Dan dalam entry ini, saya akan tunjukkan satu lagi keajaiban setiap distro linux yang akan mengilhamkan jutaan kebarangkalian terhadap masa depan sistem operasi linux itu sendiri. Aurora GTK Engine 1.4 (perhatikan nombor versi); Cara install; 1.Buka terminal dan masukkan command berikut un...

Ubuntu Muslim Edition 8.04 : Apabila berkomputer dan berzikir disatukan

Saya ketika menulis artikel ini sedang menggunakan ubuntume atau ubuntu muslim edition. Ia tidak banyak beza dengan ubuntu yang standard kerana proses upgrade daripada ubuntu versi biasa kepada ubuntume hanyalah mengubah tema, memasukkan perisian tertentu, dan grafik tertentu kedalam ubuntu. Asalnya saya pernah menulis tentang ubuntume ini pada 7Dec2007 . Ketika itu dan tutorial tersebut adalah untuk versi gutsy gibbon. Memandangkan ubuntu telah updated kepada Hardy Heron, maka ubuntume juga telah diupdate kepada hardy heron dan berikut adalah cara untuk upgrade dari ubuntu versi biasa(Hardy Heron) kepada ubuntume 8.04. Dari website rasmi ubuntume ; 1.Buka terminal dan masukkan command berikut; gksudo gedit /etc/apt/sources.list 2.Masukkan baris berikut kedalam sources.list (dibawah - baris akhir) deb http://ppa.launchpad.net/ubuntume.team/ubuntu hardy main # Ubuntu Muslim Edition deb-src http://ppa.launchpad.net/ubuntume.team/ubuntu hardy main # Ubuntu Muslim Edition 3.Klik Save dan ...

Setup Streamyx pada Ubuntu (MyDungun.net)

Image
Ok, saya ingin berikan 100% kredit untuk artikel ini kepada en_lanun yang menulisnya dalam forum di mydungun.net . Saya rasakan ianya bermakna untuk dipaparkan disini supaya dapat dijadikan panduan untuk pengguna ubuntu yang menggunakan khidmat streamyx untuk access kepada internet. Cara-caranya; 1.Pergi ke Application - Accessories - Terminal (buka terminal) dan masukkan command berikut; sudo pppoeconf dan tekan Enter. (Setiap kali masukkan command, tekan enter untuk menjalankannya - basic) 2.Proses pengesanan(scanning) bermula; 3.Terminal akan memaparkan no tis berikut dan tekan Enter (untuk memilih yes/no - pilih yes! ) 4.Continue with configuration? Pilih yes! 5.Popular Options - Yes! 6.Masukkan username anda ( USERNAME@streamyx ) - pilih ok (guna butang anak panah pada keyboard) - Enter! 7.Masukkan kata laluan ( password ) - pilih ok - Enter! 8.Kemudian anda dimaklumkan untuk menyimpan DNS Ip Adress. Pilih yes/no ( pilih yes! ) kemudian tekan Enter. 9.Seterusnya pilih yes - te...

Ubuntustory : Kongsikan pengalaman ubuntu anda dengan dunia!

Image
http://www.ubuntustory.com/ Merupakan sebuah laman web yang dibangunkan untuk pengguna ubuntu serata dunia merangkumi semua jenis pengguna untuk berkongsi pengalaman mereka menggunakan ubuntu. Saya tahu dan saya sedar masih ramai antara pembaca blog ini yang masih menyimpan ragu dan tidak yakin dengan potensi yang ada pada sistem operasi sumber terbuka ini. Mungkin laman web ubuntu story ini dapat memberi gambaran yang adil dan meluas tentang apa itu ubuntu dan pendapat mereka yang benar-benar sebagai pengguna ubuntu. Kate Hudson - Web Designer/Developer I love the way Ubuntu is so easy to use, there's no worry about viruses, no defragmenting, no reformatting to get rid of unknown junk slowing things down. It just works the way I want it to work. Amir A - Student/Father I installed Ubuntu because Open Source software is more powerful, secure, and interesting. Now instead of having trouble running 8 programs at once on windows with 2 GB of RAM i run more than that on 4 desktops cov...

Tip mudah : Browse video youtube dengan Totem MPlayer

Image
Ni antara entry paling senang nak tulis. Ianya mengenai fungsi MPlayer yang membolehkan pengguna browse youtube dan memainkan secara terus dalam MPLayer dan nikmati kesan melihat video youtube dalam mode fullscreen! Ahaks. Caranya? Dalam MPlayer tu, pergi ke Edit - Plugins dan pilih youtube browser. Nanti kat sidebar tu pilih option youtube kemudian taip la pape kat kolum search. Then double click video yang ingin dimainkan. Entah kenapa saya suka mainkan video youtube dalam MPlayer akhir-akhir ni. Mungkin sebab boleh tengok dalam mode fullscreen, ringan dan pantas dan tak perlu aktifkan browser firefox. Enjoy!

Memasang Nautilus Script dalam Ubuntu

Image
Sebenarnya saya bercadang menulis tentang cara memasang font(tulisan) ke dalam ubuntu hardy heron yang agak berbeza dengan apa yang saya tulis dalam artikel terdahulu (artikel tersebut merujuk kepada ubuntu versi 7.10). Namun oleh kerana saya menemui cara yang superb advance dari itu, lalu saya membuat keputusan untuk menulis tentang nautilus script. Nautilus ialah file manager dalam ubuntu yang berfungsi seperti windows explorer dalam windows. Menariknya, dengan meletakkan sesuatu script (bash script kot) kedalam folder; /home/USERNAME/.gnome2/nautilus-scripts satu pilihan menu akan tercipta setiap kali pengguna right click pada satu-satu item/file. Untuk mudah faham, saya suka menerangkan menggunakan contoh. 1.Nautilus script untuk install font dalam hardy heron. Download file ini --- Nautilus script untuk font Selepas download, letakkan file ini kedalam folder .gnome2/nautilus-scripts. Harus diingat bahawa folder .gnome2 tersebunyi dan tekan pada keyboard Ctrl+H untuk memaparkanny...

Update E-Maj selepas 2 minggu dikeluarkan

Image
Mirror box.net - 856x Mirror savefile - 874x Baca Online - 502x TM - 28 Jumlah - 2260x Update : Mirror mediafire (bro Are Rick K ) - 22x 2260x didownload. Itu masih tidak termasuk beberapa mirror yang bukan dibawah kendalian saya dan saya suka untuk mendengar laporan daripada orang perseorangan yang reupload e-maj ini ke server masing-masing. Terima kasih kepada bloggers yang mengulas tentang terbitnya e-maj ini dalam blog masing-masing dan sebagai menghargai tindakan bloggers tersebut, saya akan waqafkan 1 page didalam keluaran yang akan datang untuk menyenaraikan blog-blog yang telah mengulas dan meletakkan link e-maj ini dalam blog mereka. 2260 orang telah membaca e-maj ubuntu for malaysia, dan 2260 orang yang mendownloadnya itu bolehlah saya simpulkan sebagai peminat ubuntu atau pengguna ubuntu di malaysia dan indonesia. 2260 orang itu juga boleh saya simpulkan sebagai mereka-mereka yang celik IT, celik internet dan mempunyai pemikiran yang kritis dan kreatif kerana jika anda be...

Akankah anda beralih kepada Ubuntu 2 tahun lagi?

Image
Sudah hampir 6 bulan (genap pada 20hb5) blog melayubuntu ini terbang dialam maya. Sepanjang 6 bulan itu, banyak benda yang saya pelajari dan banyak benda yang bertukar menjadi pengalaman dan memori yang akan saya bawa ke masa depan. Sebanyak benda itu jugalah saya warnakan dengan percubaan dan eksperimen yang kemudiannya menjadi buku teks yang antara paling penting dalam hidup saya. Mereka berkata " life is not about finding yourself, life is about creating yourself ". Sekurang-kurangnya sepanjang 6 bulan ini saya semakin memahami apa yang tersirat dalam kata-kata mereka tersebut. Sepanjang pengalaman saya, antara sebab mengapa pengguna enggan beralih kepada ubuntu (secara total atau dual-boot) ialah; isu compatibility - banyak perisian dalam windows tidak mempunyai altenatif yang kompetitif dalam ubuntu isu pengetahuan - di malaysia kekurangan rujukan dan tempat untuk bertanya jika timbul masalah dalam ubuntu isu kemudahgunaan - untuk connect wireless dan beberapa task tert...