Posts

Showing posts from March, 2009

Esklusif untuk pengguna windows : Sudahkah anda bersiap untuk 1 April?

Image
Entry ini esklusif kepada pengguna sistem operasi microsoft windows dari versi 2000, XP, Windows Server 2003/8, Vista dan owh! Windows 7! Beberapa hari lalu saya terbaca tentang perihal Microsft sedang memburu pengguna windows cetak rompak (pirate) di blog aman yang menceritakan tentang apa yang dipanggil WGA (windows genuine advantage). Kini satu lagi BALA bakal menghantui pengguna sistem operasi windows, satu cecacing (worm) bakal menyerang pada 1 April ini (esok). Cecacing yang dinamakan Conficker (juga dipanggil downup, downadup, kido) ini dikatakan bakal menyerang pengguna sistem operasi windows pada 1 April ini dan memberikan kesan kepada sistem keselamatan komputer seperti mempasifkan antivirus, menghalang pengguna dari memasuki laman web antivirus, mempasifkan sistem automatic update, BITS, windows defender dan error reporting services. Anda boleh membaca lanjut berkenaan cecacing ini di laman web wiki . Menghadapi Conficker. pastikan anda mengambil segenap langkah pencegahan ...

Cuba Google Desktop dalam ubuntu

Image
Google Desktop ialah satu aplikasi yang dibangunkan Google untuk memudahkan pengguna mencari fail-fail dalam cakera keras dan juga mencari laman web di internet. Quick Search Box. Ianya berfungsi seumpama Gnome-Do. Tekan Ctrl 2x dan satu kotak pencari muncul. Taipkan apa sahaja yang ingin anda cari dan ianya akan mencari item yang berkaitan dengan text yang anda taip. Cari Gmail dan Web History. Oleh kerana indeks gmail dan web history sebenarnya disimpan dalam cakera keras (dan bukan dalam internet), anda boleh mencari sesuatu dalam gmail dan web history dengan menggunakan Google Desktop. Proses Indeks fail-fail dalam cakera keras. Sebaik selepas memasang dan melarikan Google Desktop, ia akan mengindeks fail-fail yang berformat berikut yang terdapat dalam cakera keras komputer anda; Gmail Text files and source code PDF and PS files HTML files Email from Thunderbird OpenOffice.org documents Image and music files Man pages and Info pages Microsoft Word, Excel, and PowerPoint Ianya akan...

Crack WEP dalam Ubuntu?

WEP(Wired Equivalent Privacy) ialah salah satu dari jenis Encryption bagi sesuatu Access Point jaringan tanpa wayar. Terdapat juga jenis encryption lain seperti WPA, WPA2 dan sebagainya. WEP biasanya dilindungi oleh kata laluan dan berita baiknya ialah, kita boleh connect kepada sesuatu access point yang dilindungi oleh WEP dalam ubuntu menggunakan aircrack-ng . Anda boleh membaca lanjut tentang cara-cara untuk crack WEP dalam ubuntu menggunakan aircrack-ng dalam laman web rasmi aircrack-ng. Saya tidak boleh memasukkan tutorial langkah-demi-langkah disini kerana tidak cukup alatan. Jika anda cukup alatan dan telah mencubanya, apakata jika menyumbangkan artikel/tutorial anda disini?

Berikan 60 minit kepada "BUMI" : Melayubuntu setuju!

Image
28 hb 3, 2009. 8.30mlm ~ 9.30mlm. Earth Hour ialah satu acara antarabangsa yang dianjurkan oleh WWF pada hari sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun yang meminta/merayu rumah atau pejabat untuk menutup lampu dan alatan elektrik lain dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran kearah menyelesaikan masalah perubahan iklim dunia. Untuk tahun 2009, 82 buah negara dan lebih dari 2100 bandar telahpun menyatakan persetujuan untuk turut bersama-sama menyahut seruan Earth Hour dengan memadamkan lampu dan perkakasan elektrik. Adakah anda juga setuju?

Jaunty Jackalope Beta dilepaskan

Setelah 6 kali memakai status alpha, kini untuk kali pertama Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope Beta muncul untuk dicuba sebagai antara langkah terakhir sebelum pembangunnya menerbitkan versi stabil pada April ini. Ubuntu Jaunty Jackalope versi beta menampilkan beberapa perubahan terutamanya menggunakan GNOME versi 2.26 dan kepantasan untuk boot. Saya ada membaca beberapa review tentang kepantasan boot yang dialami oleh pencuba jaunty jackalope di planet ubuntu. Kebanyakkan mereka yang mencuba melaporkan bahawa jaunty jackalope hanya mengambil masa kurang dari 20 saat untuk boot. http://profarius.com/content/jaunty-boots-fast-15sec http://en.andregondim.eti.br/?p=106 Dengan terbitnya versi alpha, kini pembangun ubuntu menerbitkan countdown banner untuk dipamerkan dilaman blog atau website peminat ubuntu diseluruh dunia.

Tip terjemah di Launchpad dengan lebih mudah

Image
Selepas anda menyertai pasukan terjemah ubuntu di launchpad.net , anda mungkin bersemangat untuk memulakan tugas menerjemah ubuntu ke dalam bahasa ibunda. Anda sama-sekali tidak perlukan kelulusan untuk melakukan tugas ini kerana ia sebenarnya cukup mudah. Berikut merupakan tip (petua) mudah untuk diikuti bagi meningkatkan produktiviti anda; 1.Masuk laman berikut; https://translations.edge.launchpad.net/ubuntu/jaunty/+lang/ms 2.Klik mana-mana pakej dalam template name dan pastikan anda faham perkara berikut; 3.Selepas mengenalpasti pakej yang ingin ditafsir, klik padanya. Sebagai contoh, saya telah klik pakej xulrunner. 4.Pilih satu bahasa yang ingin dijadikan panduan (selain bahasa inggeris) Dalam imej diatas, saya telah menjadikan bahasa indonesia sebagai panduan. Dengan ini, saya boleh melakukan terjemahan dengan lebih mudah dan pantas. Amacam?

Ubuntu Karmic Koala 100% dalam BM dan cabarannya

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi terima kasih serta tahniah kepada pengguna ubuntu yang sudah dan akan menjadi penterjemah kepada ubuntu ubuntu di launchpad. Namun, kelihatannya masih bertimbun kerja yang berbaki dan perjalanan kita sebenarnya masih terlalu amat jauh. Pun begitu, izinkan saya mengaris satu garisan masa untuk menunjukkan kita ialah satu komuniti yang menitikberatkan prinsip "sikit-sikit lama-lama jadi bukit", "yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul". Sehingga artikel ini ditulis, terdapat 363,030 dari 440,545 item masih belum diterjemah ke dalam bahasa melayu. Ini sekaligus memberi makna, selama ini kita hanya mampu menterjemah 77,515 item kedalam bahasa melayu (BM). Abaikan soal adakah pencapaian itu memberangsangkan atau tidak. Saya ingin berkongsi idea dengan anda bagaimanakah komuniti ubuntu malaysia akan mampu menafsirkan 100% Karmic Koala ke dalam bahasa melayu apabila ia diterbitkan pada penghujung bulan Oktober tahun ini. Target...

Usah hidup hanya untuk diri sendiri : Jom Terjemah Ubuntu!

Image
Jika tidak pandai bahasa pengatucaraan (programming lang.), tidak pandai rekabentuk (design), tidak pandai mengarang (untuk disumbang kepada wiki) menjadi alasan untuk kita terus menjadi diri kita yang semalam, takkanlah terjemahpun BI-BM pun kita tak pandai. Salah satu artikel menarik dalam wiki ubuntu malaysia ialah penerangan ringkas bagaimana anda boleh menyumbang menjadi penterjemah kepada ubuntu di launchpad . Sehingga artikel ini ditulis, terdapat hanya 40 orang penterjemah yang terdiri daripada otai-otai ubuntu malaysia. Dengan penulisan artikel ini dalam blog melayubuntu, saya mensasarkan angka tersebut akan menjadi tidak kurang dari 100 penterjemah sehingga hujung Mac,2009. Kerja terjemah adalah sesuatu yang cukup unik. Ianya tidak terhad kepada pengguna ubuntu sahaja, dan tidak terhad ketika anda menggunakan ubuntu sahaja. Sesiapa sahaja, selagi anda tahu menaip dan tahu tafsiran dalam bahasa inggeris ke bahasa melayu (kamus berlambak), anda boleh dan digalakkan untuk menj...

Wiki Ubuntu Malaysia diaktifkan!

Image
Kini beberapa orang otai dalam ubuntu malaysia sedang mengaktifkan wiki ubuntu malaysia dan memadatkannya dengan pelbagai info dan tutorial ubuntu. Paling menarik, wiki ubuntu malaysia ini menggunakan 100% bahasa malaysia. Wiki ubuntu malaysia masih lagi diperingkat yang sangat-sangat awal. Jadi jangan sekali mengharapkan ianya sempurna kecualilah anda tampil untuk menyempurnakannya secara sukarela. Para penulis dan penyumbang memperuntukkan masa berharga mereka secara percuma dan jangan sekali-kali buat mereka kecewa. Mungkin ini masa untuk menyumbang dalam wiki ubuntu malaysia?

Segala yang baru untuk Jaunty Jackalope

Image
1.Skrin log masuk yang baru. 2.Splash screen yang baru. 3.Wallpaper (harap-harap bukan default) yang baru) 4.Tema (bukan default) yang baru. - Dust , New Wave, dan Dust Sand.

GNOME 2.26 dilancarkan

Image
Selepas 6 bulan dibangunkan, komuniti pembangun GNOME hari ini (atau semalam-18Mac) telah melancarkan versi terbaru GNOME 2.26 kepada umum. GNOME ialah persekitaran desktop yang memfokuskan kepada mesra pengguna, kestabilan, dan kelas pertama menyokong antaramuka dalam bahasa ibunda pengguna. GNOME 2.26 memperkenalkan beberapa ciri dan fungsi baru yang akan memperkayakan antaramuka ubuntu 9.04 yang bakal terbit tidak lama lagi. Antaranya ialah; 1.Brasero sebagai pembakar CD/DVD dalam GNOME 2.Perkongsian fail yang dipermudah. 3.Evolution memudahkan pemindahan data dan maklumat dari windows. 4.Menaiktaraf pemain media. 5.Pengawalan bunyi yang diintegrasikan dengan PulseAudio. 6.Menyokong berbilang monitor dan projektor. 7.Fungsi hantar/terima fail dan menaiktaraf fungsi panggilan Video & Audio untuk empathy. 8.Menaiktaraf "location bar" pada Epiphany. 9.Pengintegrasian pengesanan cap jari.

Ubah saiz dan pusing imej dengan lebih pantas dengan nautilus image converter

Image
Berapakah masa yang anda perlukan untuk mengubah saiz (resize) dan pusing (rotate) imej pada kadaran biasa? Saya dapati untuk membuka perisian GIMP sahaja memerlukan masa sekurang-kurangnya 10 saat. Dalam dunia moden yang serba menginginkan kepantasan, perbezaan beberapa saat adalah cukup kritikal. Anda lewat 10 saat, anda dikira tidak bagus! Saya dapati blog kebayanit.com ada menulis tentang nautilus-image-converter , satu addon kepada nautilus, pengurus fail dalam ubuntu. Pasang : sudo apt-get install nautilus-image-converter Semoga bermanfaat.

Getting Things Gnome! Pengurus carta kerja anda

Image
Getting Things Done (GTD) merupakan satu konsep perisian pengurusan carta kerja (task manager) yang semakin diberi perhatian dalam penggunaan desktop. Ianya merupakan implementasi terus untuk konsep paperless (tanpa kertas) yang semakin mendominasi teknologi. Tidak perlu lagi nota-nota picisan yang ditampal di whiteboard, atau diari peribadi yang perlu dikemaskini. GTD akan melakukan semua itu dan menjadikan kerja seharian anda lebih tersusun dan berdisiplin. AWAS, jika anda bukan seorang yang suka mendisiplinkin diri, anda mungkin tak perlukan perisian sebegini. Saya menemui satu projek pembangunan aplikasi untuk Linux yang dipanggil Getting Things Gnome! yang memakai konsep GTD dan menfokuskan kepada mesra pengguna, fleksibeliti, dan mudah. Aliran penggunaan perisian ini ialah : tetapkan kerja --> tetapkan tarik mula dan penamat (pilihan) --> tetapkan tab dan subkerja (pilihan) --> "Mark as done" untuk kerja yang anda sudah selesaikan --> Selesai. Anda perlukan...

Perisian mesej segera (IM) terbaru : Synapse

Image
Ubuntu Linux dibarisi perisian mesej segera pidgin dan jika anda tidak berpuas hati dengannya, empathy mungkin sesuatu yang baik untuk dicuba. Kini kita mempunyai pemain baru iaitu Synapse yang bakal merancakkan persaingan dan mempelbagaikan pilihan kepada pengguna. Synapse baru sahaja dilancarkan dan masih dalam versi alfa dan setakat ini hanya menyokong protokol XMPP. Ia mempunyai ciri dan fungsi berikut; Grid View : Seperti yang anda boleh lihat dalam imej diatas, synapse mempunyai 2 pilihan paparan rakan-rakan iaitu grid dan list view. Activity Feed : Pada tab activiti, anda boleh mendapatkan kemaskini terbaru tentang apa yang sedang rakan-rakan anda lakukan seperti sedang mendengar lagu, kemaskini twitter dan sebagainya. Photo Sharing : Fungsi berkongsi foto yang diintegrasikan terus ke dalam ruangan chat. Web Preview : Ini fungsi yang sangat menarik. Ianya membenarkan ruangan chat untuk preview sesuatu laman web seperti youtube dan sebagainya. Code Sharing : Katakan anda ingin c...

GNOME Do 0.8.1

Image
GNOME Do menjadi semakin popular dewasa ini sejak ia memperkenalkan antaramuka "docky" pada versi 0.8. Kini kemaskini terbaru untuk GNOME Do iaitu versi 0.8.1 menambahkan lagi elegensi dengan beberapa perubahan ikon, membaiki hampir 38 pepijat (bugs), kemaskini plugins dan 8 kemaskini translasi. Saya juga sempat perasan bahawa pada antaramuka docky, satu fungsi penunjuk waktu disertakan disebelah fungsi tong sampah. Klik kanan pada ikon jam ini akan memaparkan kalendar untuk seminggu.

Sampai bila ingin menjadi "End User"?

Sebenarnya saya sempat mengkaji serba sedikit latar belakang pembangun perisian seperti Ubuntu Tweak, Gnome-DO, beberapa orang pembangun GNOME, (dan ada beberapa lagi) melalui blog peribadi mereka dan saya dapati mereka-mereka ini hanyalah pelajar under graduate di institusi pengajian tinggi di negara mereka. Saya cemburu dan pada masa yang sama kagum melihat bagaimana mereka boleh membina komitmen dan hasil kerja yang cukup berguna bukan sahaja untuk mereka tetapi untuk segenap pengguna ubuntu khasnya diseluruh dunia. Kekaguman itu terhenti apabila berpaling kepada bangsa saya sendiri - meneruskan tradisi end user (pengguna akhir) yang tak berkesudahan. Sebelum saya menuding jari kepada orang lain, saya ingin juga menuding jari kepada diri sendiri. Ya, saya juga salah seorang dari mereka, hanya tahu untuk guna tapi tidak berusaha untuk menghasilkan sesuatu lantaran ilmu yang masih terlalu amat kurang didada. Saya pernah melontarkan idea font-installer dalam ubuntu dan kini idea ter...

Kemaskini pidgin ke versi 2.5.5 untuk ubuntu intrepid ibex

Image
Versi pidgin bagi intrepid ibex yang terakhir ialah 2.5.2 dan saya agak tidak faham mengapa tidak ada kemaskini dari pembangun ubuntu selepas itu meskipun pidgin telah dikemaskini ke versi berikutnya. Saya cuba memasang menggunakan fail .DEB yang dimuatturun dari laman web getdeb.net namun terdapat masalah dependencies yang rumit untuk diselesaikan. Apa yang menyebabkan saya nak sangat kemaskini pidgin ke versi terbaru ialah kerana pidgin 2.5.2 mempunyai terlalu banyak masalah. Ianya tertutup dengan sendirinya setiap beberapa jam, fungsi penghantaran dan penerimaan fail yang tidak aktif pada masa tertentu dan sebagainya. Ianya juga kadang kala tidak mengeluarkan apa-apa bunyi meskipun kita menerima mesej baru. Hari ini barulah saya menemui PPA kepada pidgin versi 2.5.5 di launchpad dan seterusnya membolehkan saya untuk kemaskini pidgin ke versi terbaru dengan menambah repo berikut; deb http://ppa.launchpad.net/debfx/ppa/ubuntu intrepid main deb-src http://ppa.launchpad.net/debfx/ppa/u...

Pasang Joomla dan Wordpress dalam Ubuntu Desktop

2,3 hari ini saya disibukkan dengan beberapa perkara berkaitan pembangunan laman web yang menyebabkan saya perlu menguji beberapa CMS popular seperti Joomla, Wordpress atau mungkin Drupal, phpBB dan sebagainya. Untuk tujuan itu, saya perlu memasang beberapa pakej yang tidak dimasukkan secara default dalam ubuntu versi desktop seperti pakej server, database, php dan seumpamanya. Menerusi laman dokumentasi joomla dalam ubuntu , maklumat yang tercatat ialah saya perlu memasang pakej berikut; sudo apt-get install apache2 php5-mysql libapache2-mod-php5 mysql-server Selesai proses pemasangan, kita perlu setkan kata laluan kepada mysql-root (menggunakan terminal) mysql -u root mysql> SET PASSWORD FOR 'root'@'localhost' = PASSWORD('yourpassword'); mysql> SET PASSWORD FOR 'root'@'yourhostname' = PASSWORD('yourpassword'); Setiap arahan yang anda masukkan dalam sesi mysql> akan menghasilkan output Query OK, 0 rows affected (0.00 sec) jika...

Subtitle Editor dalam Ubuntu.

Image
Ramai yang bertanya saya tentang subtitle editor dalam ubuntu. Meskipun jawapan kepada persoalan tersebut boleh diperolehi dalam masa kurang dari seminit > pergi ke laman web getdeb.net > taipkan "subtitle" dalam ruangan search, namun kelihatan tidak ramai yang suka mengusahakannya sendiri. Saya melakukan langkah tersebut dan menemui aplikasi Subtitle Editor yang berfungsi sebagaimana namanya. Harus diingat, aplikasi ini berbeza dengan cara memasukkan text ke dalam garisan masa sesuatu video klip menggunakan video editor. Saiz font dan font adalah statik, yang dibenarkan hanya text dan sebagainya. Selain menghasilkan subtitle baru untuk sesuatu klip video, anda juga boleh membuat editasi keatas fail subtitle sesuatu klip video. Aplikasi ini turut mempunyai fungsi gelombang bunyi secara grafik yang memudahkan pengguna untuk menyeragamkan subtitle yang terbit dengan percakapan dalam satu-satu video klip. Saya tidak akan mengulas lanjut berkenaan cara menggunakannya keran...

Logo E-Maj 2?

Image
Amacam? Ok-ok aku tau la aku tak pandai design. Nanti aku try buat lain rr..huhu

Memasang GNOME Global Menu dari PPA

Image
GNOME Global Menu ialah satu pakej applet untuk menghasilkan menu sesuatu perisian pada panel GNOME. Dengan kata lain, pakej ini adalah satu pengaplikasikan semula konsep menu dalam sistem operasi Mac OSX dan sesuai digunakan untuk mereka yang meminati konsep menu sebegini. Jika dahulu pakej ini sangat sukar dan berisiko untuk dipasang, kini ianya boleh dipasang menggunakan PPA, terus melalui APT dan mempunyai sistem kemaskini pakej yang sama dengan perisian lain. Masukkan PPA berikut; Jaunty Jackalope: deb http://ppa.launchpad.net/globalmenu-team/ppa/ubuntu jaunty main Intrepid Ibex: deb http://ppa.launchpad.net/globalmenu-team/ppa/ubuntu intrepid main Hardy Heron: deb http://ppa.launchpad.net/globalmenu-team/ppa/ubuntu hardy main Update metadata APT dan masukkan command berikut ke dalam terminal kemudiannya; sudo apt-get install gnome-globalmenu NOTE : Pastikan anda buang pakej Global Menu yang lama jika anda telah memasangnya sebelum ini. Pakej ini masih tidak menyokong beberapa p...

Buka fail Microsoft Office dengan OpenOffice.org tanpa kecacatan dalam Ubuntu.

Ada pengguna yang bertanya saya mengapa OpenOffice.org masih dilihat gagal membuka fail .DOC atau .DOCX tanpa sebarang kecacatan. Meskipun tidak ada yang bertanya sebaliknya (rasanya macam tak adil), namun saya perlu menyediakan jawapan kepada setiap persoalan yang diajukan kepada saya tanpa perlu menjawab "tak tahu" setiap kali ditanya (saya suka jawab tak tahu kalau betul-betul tak tahu). Sebagaimana yang kita tahu, untuk Microsoft Office 07, microsoft telah memperkenalkan jenis format fail yang baru iaitu .DOCX, .XLSX, .PPTX yang turut dinamakan OpenXML (apalah yang dimaksudkan dengan open tu wallahuaklam). Ini menyebabkan bukan sahaja OpenOffice.org, malah Microsoft Office 04 sendiripun gagal membuka jenis format fail tersebut dan Microsoft masih lagi ingin memanggilnya "OPEN". Apa yang Microsoft harapkan ialah, semua pengguna Microsoft Office 04 akan beralih kepada Microsoft Office 07 - tindakan ini dilihat sebagai satu pemaksaan dan ianya memperlihatkan betapa...

Adakah EXT4 bersedia untuk penggunaan desktop?

Ubuntu Jaunty 9.04 yang bakal diterbitkan pada April ini menggunakan kernel linux 2.6.28 sekaligus menyokong sistem fail yang baru iaitu EXT4. Meskipun pihak pembangun ubuntu tidak akan menjadikan sistem fail baru ini sebagai default dalam ubuntu, namun ramai pengguna akan memilih sistem fail ini apabila diwar-warkan bahawa ia akan meningkatkan prestasi komputer dan keselamatan data yang disimpan dalam cakera keras. Saya sendiri pun bercadang menggunakan sistem fail ext4 dan ingin mencuba sendiri perubahan yang diperkatakan sehinggalah saya terbaca tulisan disini . Beberapa pengguna ext4 telah melaporkan beberapa kelemahan sistem fail ini yang mungkin disebabkan oleh ketidakstabilan dalam sistem tertentu antaranya; Saya baru-baru ini memasang ubuntu jaunty ke dalam cakera keras baru menggunakan Ext4 untuk semua data saya. Kali pertama saya menghadapi masalah ini beberapa hari lepas ketika kejadian kehilangan bekalan kuasa tiba-tiba menyebabkan konfigurasi fail untuk ktimetraker telah m...

Aktifkan Tracker Search Tool dalam ubuntu

Image
Tracker search tool tidak diaktifkan secara default dalam ubuntu. Sebabnya mungkin untuk mengekalkan prestasi komputer adalah pada tahap maksima tanpa perlu membenarkan apa-apa operasi pengesanan data berjalan secara senyap. Mengaktifkannya Tracker search tool pula akan membenarkan fungsi ini terlebih dahulu mengindeks semua kandungan data dalam cakera keras anda dan ini secara tidak lansung akan menurunkan prestasi komputer pada kadaran tertentu. Itu tidak menjadi masalah jika komputer anda adalah berprestasi tinggi. Saya mendapati dengan mengaktifkan Tracker search tool ini, saya boleh mencari fail-fail dalam cakera keras saya dengan sangat pantas - kurang dari 5 saat. Hanya taipkan kata kungci dan dalam sekelip mata ia akan memaparkan keputusannya. Untuk aktifkan Tracker search tool, sila pergi ke System > Preferences > Search & Indexing. Setkan kepada imej berikut; Selepas diaktifkan, anda akan dapati satu ikon kanta muncul pada applet notification area. Ia menunjukkan fa...

"Rip" Video CD (VCD) dalam ubuntu

Image
Rip atau dalam bahasa melayu "koyak" atau "rabak" dalam bahasa komputernya bermaksud menyedut data (biasanya video) dari CD atau DVD untuk kemudiannya di simpan ke dalam simpanan data dalam komputer. Oleh kerana malaysia masih popular dengan VCD yang boleh didapati dengan RM5 untuk satu movie di pasar-pasar malam, kerja-kerja koyak vcd untuk disimpan dalam simpanan data komputer merupakan satu ilmu yang wajar dimiliki oleh pengguna komputer biasa. Berita baik untuk pengguna ubuntu, anda kini boleh koyak VCD anda dengan mudah dan cepat. Tutorial ini ditulis setelah saya sendiri mencubanya. Langkah demi langkah. 1.Pasang pakej VCDimager sudo apt-get install vcdimager 2.Pasang K3b sudo apt-get install k3b 3.Masukkan VCD ke dalam CDROM dan buka K3b dari Applications > Sound & Video. 4.Pada tetingkap K3b, pergi ke Tool > Rip Video CD. 5. Klik butang "show track" dan klik kanan pada video untuk memilih Start Ripping. 6.Tetapkan lokasi dimana untuk simp...

Bahasa Melayu dan 50 tahun dari sekarang : Sokongan terbuka untuk pejuang bahasa

Saya berasal dari kampung. Dari tanah liat, pacat, lintah dan bau baroh yang sebati dengan jiwa saya. Kerana itu, saya tahu ada sesuatu yang sangat-sangat tidak kena dengan perlaksanaan PPSMI (Pengajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris). Saya tahu, isu ini cukup membuka perdebatan yang hangat. Namun renungilah tulisan saya ini sehingga selesai, dan jika anda masih kekal dengan pendapat anda, silakan. Saya menganggap itu anugerah dalam perbezaan pendapat. Ibu saya tidak berpelajaran tinggi. Beliau tidak tahu berbahasa inggeris. Setiap kali adik bongsu saya yang sedang belajar di darjah empat itu bertanyakan tentang mata pelajaran sains dan matematik, setiap kali itulah saya yang menjadi rujukan. Alhamdulillah, ia merapatkan hubungan kami adik-beradik. Tetapi disebalik itu saya dapat melihat kesusahan dan keperitan yang terpaksa dilalui oleh pelajar luar bandar untuk menguasai sains dan matematik. Mereka masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Jiwa mereka masih terlalu muda untuk memah...

Guna Mesej Style Adium Dalam Pidgin

Image
Walla.. Amacam screenshot kat atas? menarik? Oleh kerana syah sukakan mesej style yang ada dalam adium yang hanya boleh dipasang di mac, syah pun menggoogle dan menjumpai satu plugin pidgin yang membolehkan anda memasang mesej style adium didalam pidgin. Caranya cukup mudah dan simple. Syarat untuk menggunakan plugin ini adalah anda perlu mempunyai pidgin 2.5.x sebab jika pidgin anda versi 2.4.x, plugin ini tidak akan dapat dipasang dan pidgin mungkin akan crash apabila setiap kali dipasang. Anda juga memerlukan versi libwebkit-dev yang paling latest iaitu versi 1.0.1-2. Syah sedang menggunakan intrepid untuk memasang plugin ini. Tutup pidgin jika terpasang. Caranya adalah, Memasang libwebkit-dev sudo apt-get install libwebkit-dev Selesai je proses instalasinya, anda perlu download file ini di komputer anda. Kemudian extract file tadi dan pergi ke folder pidgin-adium dengan command ni, cd /home/username/pidgin-adium kemudian, make sudo make install Walla! Masih belum siap lagi la. sa...

GScrot kini dikenali sebagai Shutter

Image
Dengan terbitnya versi 0.7, GScrot kini dikenali sebagai Shutter . Shutter ialah satu aplikasi screenshot yang dilengkapi fungsi yang pelbagai. Menggunakannya anda boleh mengambil screenshot untuk satu area yang spesifik, tetingkap, keseluruhan desktop dan juga website - memasukkan efek kepada screenshot, melukis pada screenshot dengan memasukkan image seperti anak panah, penanda etc, dan kemudiannya upload screenshot anda ke server percuma dan juga FTP untuk kemudiaanya dikongsi bersama pembaca blog, website rakan-rakan dan sebagainya. Install ke dalam Ubuntu Intrepid Ibex; 1.Masukkan repo PPA berikut- deb http://ppa.launchpad.net/shutter/ppa/ubuntu intrepid main deb-src http://ppa.launchpad.net/shutter/ppa/ubuntu intrepid main 2.Update metadata APT. 3.Install perisian yang beridentiti : shutter

Install ScribusNG 1.3.5 dalam Intrepid Ibex

Image
ScribusNG ialah versi scribus yang sedang dalam pembangunan dan belum mencapai versi stabilnya lagi. Namun saya tidak sabar-sabar mencuba versi kerana ia memperkenalkan banyak ciri dan fungsi baru dan lebih menarik kerana versi 1.3.5 svn ini menggunakan antaramuka Qt4 dalam KDE4. Memasang ke dalam Ubuntu Inrepid Ibex: 1.Masukkan repo berikut; deb http://debian.scribus.net/debian/ intrepid main non-free deb http://debian.tagancha.org/debian/ intrepid main non-free 2.Update metadata APT. 3.Install package yang beridentiti : scribus-ng Rujuk : http://www.scribus.net/?q=debian Namun harus diingat, fail scribus yang dihasilkan menggunakan versi yang baru TIDAK dapat dibuka menggunakan scribus versi lama. Sebaliknya, fail yang dihasilkan oleh versi lama dapat dibuka oleh scribus versi baru tanpa masalah. Fakta ini perlu diketahui terutamanya kepada mereka-mereka yang bakal terlibat dengan kerja-kerja penghasilan emaj. ADIOS.

E-maj ubuntu untuk malaysia edisi ke-2 : Dalam pembikinan pesat!

Selepas menerbitkan E-maj edisi pertama pada 1 Mei 2008, saya mendapat respon yang cukup positif dari pembaca e-maj diseluruh negara. Saya pergi ke Shahputra, FOSS.MY 08, CIAST, Ubuntu Meetup - kemana sahaja saya pergi pasti ada soalan "edisi kedua bila nak keluar?" Saya terkejut apabila e-maj bukan sahaja dibaca oleh pembaca biasa, malah turut ditatap oleh otai-otai linux seantero malaya. Sekitar bulan 9 2008, saya mula menggerakkan beberapa inisiatif kearah menjelmakan edisi kedua bagi emaj seperti yang anda boleh baca dalam entry ini . Saya berjaya mengumpul lebih dari 5 orang yang memberikan minat untuk menyumbang melalui email. Apabila saya mula ingin menggerakkan kerja penghasilan emaj, kebanyakkan penyumbang gagal memberikan komitmen. Disini saya belajar dari pantun melayu klasik; Apa diharap padi seberang, Entahkan jadi entahkan tidak, Apa diharap kasih (baca : komitmen) orang, Entahkan sudi entahkan tidak! (note : agak pedas. sori) Selepas itu, saya terbitkan Manual ...

(URGENT) Download Majalah Linux Format PERCUMA dalam 24 jam sahaja.

Image
Anda boleh download Majalah Linux Formatberharga RM45 dengan percuma hanya dalam masa 24 jam dari sekarang melalui laman web berikut : http://www.tuxradar.com/content/linux-format-free-download-24-hours-only Awas : Tawaran ini hanya dalam masa 24 jam bermula dari 4Mac (Masa GMT) dan jangan tanya aku kenapa tak boleh download dah pada 5 Mac. OK? Enjoy! Direct Download? Cuba link-link dibawah; http://www.megaupload.com/?d=7VYX0HTZ http://ciastnet.com/ubuntu/linux_format_116.zip Terima kasih kepada XOrdy & DarXness.

Jom skype dalam Ubuntu!

Image
Ahha! Macam-manala saya boleh tak pernah try skype dalam ubuntu. Mengong betul. Malam ini (4 Mac 2009), saya entah macam mana tergerak hati untuk memasang aplikasi skype dalam ubuntu 8.10 intrepid ibex, dalam macbook 3,1 santa rosa. Proses pemasangan agak mudah dengan memuat turun file deb untuk ubuntu disini . Kali pertama dilancarkan, ia akan memaparkan login screen dan anda boleh bina akaun baru jika masih tidak mempunyai akaun dalam skype (atau lupa password untuk akaun skype anda yang lama). Skype merupakan perisian untuk memudahkan anda telefon dari komputer kepada komputer, atau komputer kepada line telefon biasa (dikenali sebagai VOIP), dan bukan itu sahaja, skype juga menyokong telefon bervideo untuk komputer ke komputer. Selain dari telefon, pengguna skype juga boleh chat sesama mereka sebagaimana protokol IM yang lain. Apa yang tak pernah saya cuba ialah, telefon dari komputer ke komputer menggunakan skype didalam ubuntu. Malam ini, saya melakukan eksperimen menguji prestas...

Kami Ubuntu!

Video ini dirakamkan ketika Jom Linux menlangsungkan Projek Kayangan di mana kami membuka khemah Jom Linux di UiTM, Arau, Perlis. Video ini diambil dari reaksi mereka yang datang ke khemah kami dan mendapatkan Kit Ubuntu. Moga kami terus berjaya di masa depan! Untuk video lain-lain2 layari : http://www.jomlinux.com/v1/index.php/20090303219/Artikel/Berita/Kami-Ubuntu

Linux market share dan kesan krisis ekonomi global keatas pengaruh perisian sumber terbuka

Image
Sudah agak lama saya tidak "menjeling" kepada statistik market share sistem operasi yang direkodkan oleh NET APPLICATIONS . Kali terakhir saya berbuat demikian ialah sekitar Ogos tahun lepas dan seingat saya market share bagi linux pada ketika itu ialah 0.82%. Semalam saya memeriksanya kembali dan mendapati market share linux sehingga february ialah 0.88%. Anda tentu memandang enteng kepada angka 0.88% jika hendak dibandingkan dengan market share windows yang mendominasi 88.41% dan Mac OSX 9.61%. Seakannya linux masih lagi tidak ada tempat dan dilihat sebagai sistem operasi underdog , tempang dan tidak dihiraukan kewujudannya. Tetapi, adakah hakikat sebenarnya begitu? Kini krisis ekonomi kembali lagi selepas melengkapkan kitaran 10 tahunnya. Ianya sama sekali membuktikan kegagalan sistem ekonomi kapitalis yang digunapakai dunia termasuk dunia islam. Meskipun saya bukan ahli dalam bab ekonomi, tetapi krisis yang sedang melanda ekonomi global ketika ini secara lansung akan memp...

Buletin Jom Linux - Projek Kayangan

Alhamdulillah, kami Jom Linux telah menjalankan projek Kayangan iaitu membuka booth di UiTM Perlis pada 27,28 Feb - 1 Mac yang lalu....Pendek kata kami amat terkejut dengan sambutan yang AMAT MEMBERANGSANGKAN dan kami memang tak menjangka sambutan akan hebat sebegini. Kami ada mengambil gambar dan video (insyallah akan upload sikit masa lagi)...kita kongsikan di bawah ini. Tak lupa juga trimasss tak terhingga pada ba'ang dan saufi yang bantu kami dari awal acara hingga selesai....saaashsss...layan....:D Sumber Jom Linux

Install Kdenlive 0.72 dalam ubuntu intrepid ibex

Image
Kdenlive merupakan perisian video editor yang hebat untuk linux. Saya melihat sdr Fahmi dari JomLinux juga menggunakan Kdenlive untuk membuat editing bagi video demonstrasinya. Dalam blog ini, saya pernah review tentang cara memasang kdenlive 0.7 dalam ubuntu tetapi tutorial tersebut agak sukar untuk diikut. Kini dengan cara permasangan yang standard, saya harap perisian ini dapat digunakan oleh pengguna ubuntu yang newbie juga. Cara pemasangan; 1.Masukkan repo berikut deb http://ppa.launchpad.net/baudm/ubuntu intrepid main 2.Update metada apt. 3.Taipkan pada terminal, sudo apt-get install kdenlive dvgrab frei0r swh-plugins Jika anda menggunakan ubuntu 8.04, kdenlive adalah agak tidak stabil untuk digunakan dan sila upgrade ubuntu anda ke versi intrepid atau jaunty. Bagi pengguna jaunty, kdenlive boleh dipasang dengan command berikut; sudo apt-get install kdenlive dvgrab frei0r swh-plugins libfaad0 Insyaallah saya akan buat tutorial serba sedikit tentang kdenlive dimasa depan. Semoga...

Download E-Book Mahir Komputer dari Hardyweb

Sahabat saya Adi telah menerbitkan sebuah e-book bertajuk "Mahir Komputer". Ianya ditulis berdasarkan entry blog beliau dan memfokuskan kepada penggunaan komputer dan perisian sumber terbuka. E-book dengan 59 mukasurat ini sarat dengan ilmu makro tentang bagaimana untuk menggunakan perisian tertentu seperti; photorec teskdisk winff eraser netdiscover gimp dan lain-lain. Selain dari tutorial penggunaan perisian sumber terbuka, e-book ini juga memuatkan banyak tutorial berkaitan komputer untuk windows dan juga linux. Ini adalah e-book kedua dari Adi selepas e-book pertama beliau tentang Tip & Trick Menggunakan Komputer. E-book ini adalah percuma dan boleh dimuatturun dari link berikut : http://www.megaupload.com/?d=U6IZBJUD

Anti Aliasing untuk OpenOffice.org 3.1 dan "new features"

Image
Akhirnya (saya benar-benar maksudkannya), anti aliasing disokong juga dalam OpenOffice.org dan ciri tersebut bakal dimasukkan dalam versi OpenOffice.org 3.1. Menatang apakah itu anti-aliasing? Gambar mungkin memudahkan anda faham: (via : GullFOSS ) OpenOffice.org 3.1 akan diterbitkan pada 26 Mac 2009 dan kita mungkin boleh menggunakannya dalam ubuntu jaunty 9.04 nanti. Ciri baru lain yang dirancang untuk OOo 3.1 boleh dibaca dalam laman oooninja.com . Khabarnya, untuk menerjemahkan perubahan kepada OOo 3.1 ini, sebanyak 500,000 line kod programming telah ditulis kembali/ditukar. Dan semua itu mereka lakukan semata-mata untuk kita gunakan secara percuma.

Tema gelap untuk gwibber - darkilouche!

Image
Sedar tak sedar, gwibber merupakan perisian yang wajib saya buka (selain dari pidgin dan liferea) sebaik selepas ubuntu dihidupkan. Kini apa jua aktiviti saya dan ubuntu boleh pembaca ikuti melalui twitter . Itu merupakan cerita lain dan bukan fokus entri ini. Sedar tak sedar, gwibber telah mencapai versi 0.8 dan banyak pembaharuan yang telah dilakukan. Beberapa hari lepas saya terjumpa satu tema yang sungguh menarik bagi gwibber yang ditemui di blog jimmac . Ianya tema gelap yang unik yang sesuai bagi mereka yang menggunakan tema GTK yang gelap. Saya mencubanya dalam tema GTK Oxygen dan ianya masih boleh digunakan tanpa kejanggalan. Download fail tema disini . Untar ke dalam ~/.local/share/gwibber/ui/themes/ NOTA : Bina folder berkenaan jika ia tiada. Pada preferences gwibber pilih tema darkilouche. Selamat mencuba!