Posts

Showing posts from September, 2008

Ucapan Salam Hari Raya

Memandangkan hari raya puasa akan menjelma tidak lama lagi. Oleh itu, saya memohon maaf kepada para pengunjung dan tuan punya blog (ehemm...sapa lagi kalu bukan Zul :D) jika ada terkasar bahasa, terlanjur kata mahupun tersalah taip. Kepada mereka yang balik kampung, saya ucapkan selamat memandu dan sentiasalah mematuhi undang-undang jalan raya (Dan undang penerbangan bagi yang naik kapal terbang). Jalan lupa mempromosikan Ubuntu pada sanak-saudara di kampung supaya Ubuntu lebih makmur, aman dan sejahtera (macam penah dengar je slogan nie...ehmmm). Selamat Aidul Fitri Maaf Zahir & Batin Fahmi Jomlinux.com

Adakah Ubuntu Linux untuk budak IT sahaja?

Pertamanya saya bukan dibidang IT. Apabila ada pembaca 'mengeluh' mengapa ubuntu menjadi semakin mudah digunakan, fikiran saya terpanggil untuk menulis topik ini - Adakah ubuntu linux untuk budak IT sahaja? Ketika saya membaca keluhan tersebut, saya berkali-kali bertanya kepada diri sendiri, "Adakah aku tulis blog melayubuntu hanya untuk budak IT?". Dan apabila setiap kali saya bertanya dan mendapat jawapan "TIDAK", saya membuat keputusan mengulas isu tersebut disini. Seingat saya, pertama kali saya mendengar perkataan "linux" ialah pada tahun 2004. Itupun saya hanya mendengar dan tidak terdetik lansung dihati untuk mengetahui lebih dari itu. Alasannya - sudah ada windows mengapa perlu linux? Mentalitinya, Saya hanya perlu menggunakan linux jika saya dibidang yang memerlukan saya menggunakannya. Ertinya, keadaan yang membentuk anda dan bukan anda yang membentuk keadaan! Oleh kerana mempunyai mentaliti sebegitu, saya lansung tidak faham apa itu open...

Masalah Gnome dan KDE dalam satu 'Ubuntu'

Image
Ini ialah satu masalah yang membuatkan hati gua begitu ngilu (tiru ayat kumprinx ). Mengapa tiba-tiba KDE cuba mengantikan Gnome dalam sesi Gnome, dan apabila ia gagal, tema default ubuntu tiba-tiba hilang digantikan dengan tema yang buruk bersama ikon yang buruk. Bukan itu sahaja, setting tertentu bagi current user tidak di load dengan sempurna dan kesemua perisian yang menggunakan GTK kelihatan hodoh dengan tema yang tidak boleh diubah! Masalah ini hanya berlaku jika saya install KDE kedalam ubuntu yang menggunaan Gnome. Sehingga sekarang, saya memang blurr tentang penyelesaian dan tidak tahu lansung apakah punca kepada masalah ini. Ia berlaku mungkin disebabkan oleh fail .gtkrc-2.0-kde secara 'ajaibnya' menggantikan .gtkrc-2.0. Namun saya dapati (bagi kes saya) kedua-dua fail berkenaan tidak wujud lansung dalam sistem saya! Oleh itu saya berfikir beberapa perkara yang seharusnya difikirkan oleh pembangun ubuntu dan pembangun perisian linux iaitu; 1)Aplikasi recovery. Jika s...

Appnr dilancarkan!

Image
Memasang perisian dalam ubuntu menjadi semakin mudah dari hari ke hari. Appnr ialah sebuah aplikasi web yang berfungsi untuk memasang perisian dalam ubuntu. Hanya dengan 1 klik, anda dapat memasang perisian yang terdapat APT seperti juga menggunakan add/remove app. Apa yang dilakukan oleh pembangun Appnr secara teorinya ialah meletakkan hyperlink yang beralamatkan "apt:package-name". Untuk makluman, dalam ubuntu anda boleh memasukkan installasi secara 1klik ini samada dalam email, forum, blog, website dan sebagainya dengan cara diatas. Oleh kerana repository hanya mengandungi perisian yang dipercayai sahaja, kebimbangan virus samasekali tidak timbul.

Gnome 2.24 dan Compiz 0.7.8

Image
Selepas 6 bulan dibangunkan, team pembangun gnome mengumumkan terbitnya versi terbaru bagi gnome iaitu Gnome 2.24 . Banyak pembaharuan dan ciri baru yang diperkenalkan dan kesemuanya kearah desktop environment yang mesra pengguna, kemudahcapaian dan kestabilan. Saya secara peribadi mencuba versi gnome terbaru ini dalam ubuntu intrepid ibex alpha 6 dan teruja dengan beberapa perubahan. Screenshot diatas menunjukkan paparan nautilus (file manager) yang mempunyai compact view sebagai tambahan kepada icon view dan list view. Terdapat tab yang meningkatkan kemudahcapaian dan perpindahan data,juga fungsi unmount volume pada sidebar. Ubuntu intrepid ibex yang bakal terbit pada 30hb10 ini akan menggunakan Gnome 2.24 dan kesemua perubahan yang diperkenalkan dalam gnome boleh dinikmati dalam intrepid ibex. Tidak dilupakan kepada Compiz Fusion yang telah diupdate ke versi 0.7.8. Tidak ada perubahan besar dalam update kali ini dan anda boleh membaca changelog versi ini disini. Intrepid ibex telah...

Tshirt ubuntu : Siap dan bersedia untuk di Pos!

Image
Hari ini,23hb9 2008, saya menerima satu bungkusan besar berisi 120helai tshirt ubuntu. Saya mungkin akan disibukkan dengan aktiviti mengepos dalam sehari dua ini. Oleh kerana saya menerimanya 2 hari lewat dari yang dirancang, saya membuat keputusan untuk menggunakan pos ekspress untuk tujuan pengeposan. Kaedah ini akan menjimatkan masa disamping memudahkan kerja saya menguruskan hampir 70 tempahan! Saya akan cuba sedaya upaya mengepos kesemua baju sebelum hari raya dan saya harap ia akan sampai sebelum aidilfitri.

Download Panduan dan Template Scribus E-Maj!

Image
Selari dengan beberapa post yang ditulis oleh saya sebelum ini berkenaan E-Maj, hari ini saya kongsikan panduan penggunaan sribus dan template scribus yang bakal digunakan untuk E-Maj edisi seterusnya. Beberapa sebab mengapa saya 'release'kan kesemua ini kepada umum; Jika anda kreatif, edit template tersebut kepada sesuatu yang lebih menarik dan share dengan saya sebagai dokumen open source Jika anda merasakan diri anda layak, hantarkan email kepada saya untuk menjadi sebahagian dari team emaj Jika anda tiada pengetahuan tentang cara menggunakan Scribus, panduan ini dapat memberikan anda pengetahuan ringkas Jika anda orang kategori 4, download dan fahamkan bagaimana E-Maj bakal diterbitkan untuk edisi seterusnya Jika anda boring dalam kategori 5, download dan baca apa yang patut kemudian delete apabila file ini tidak diperlukan lagi Download : Panduan Emaj Password : melayubuntu Jadikan perkongsian ini sesuatu yang membawa kebaikan. NOTE : Saya lakukan kesemua ini dengan perc...

Pra-lihat E-Maj edisi seterusnya

Image
Alhamdulillah, dengan serba kesempitan saya sempat menyiapkan template scribus bagi E-Maj ubuntu untuk edisi seterusnya. Template ini bakal disertakan dengan panduan umum dan khusus yang akan disiapkan sedikit masa lagi. Kemudian, saya akan edarkan panduan beserta template termasuk fonts dan perkara-perkara berkaitan lain kepada team penulis & penyumbang emaj. Imej berikut merupakan "mock-up" kepada cover depan E-Maj edisi kedua. Imej berikut merupakan pra-lihat kepada kandungan E-Maj beserta dengan sedikit panduan ringkas berkenaan fonts yang digunakan. Download Pra-lihat E-Maj (Fail PDF) Untuk makluman, saya sedang mengumpul team E-Maj samada penyumbang artikel (penulis), penyubang grafik, dalam semua lapangan yang difikirkan wajar. Saya berkira-kira untuk mengumpul tidak kurang dari 5 orang dan tiada had maksimum. Jika berminat, sila hantarkan email kepada saya di zul.malc [@] gmail.com. Saya bertanggungjawab membekalkan panduan dan pengetahuan yang cukup untuk anda me...

Minta Tolong Sapa Yang Tau Pasal Ubuntu Server

Aku dah boleh buat server sendiri menggunakan dynamic IP. Kata mudahnya aku wat server sendiri pastu jalankan sendiri dan boleh akses server tu dari internet. Server yang aku buat ni adalah untuk parlimen Ampang memandangkan server berbayar yang aku guna asik sangkut je (hampeehhh betul!) Jadi kerana tak tahan aku wat server dan guna Dynamic IP dan menggunakan DNS percuma. Laju memang laju. Tapi ada satu fungsi yang aku tak leh wat. Tak reti pun! Walaupun dah cari caranya kat internet. Bila embed flash dalam web. Dia takleh loading . Aku dgr Ubuntu Server mmg tak support flash psl bkn sumber terbuka. Jadi aku dah buat perkara berikut : 1. psg package yg bkaitan dgn flash. 2. Setting mime. Untuk pengetahuan korang laman tu adalah http://p99.homelinux.com . Server tu aku letak kat bawah pencetak pjbt. Server tu ada 2 fungsi, print server dan web server. Harap yg pakar leh membantu dan yang mengetahui ilmu-ilmu Linux boleh membantu. Nota : Zulmac hari tu ko tny mcmana nak wat server sndi...

Menukar tema font desktop ubuntu

Image
Saya pernah mendengar beberapa orang mengeluh dengan font yang digunakan secara default dalam ubuntu. Ya, font default ubuntu sangat biasa - meskipun ia lagi baik dari windows xp! Namun selepas mengikuti tutorial ini, saya jamin yang anda akan berpuas hati - setidak-tidaknya lebih baik dari default. Secara asas, menukar tema font dalam ubuntu sangat mudah. Right click pada desktop > Change Desktop Background > Tab Fonts . Yang terpapar disitu ialah nama, dan saiz font yang sedang digunakan dalam setting ubuntu anda sekarang. Pun begitu, pemilih jenis font agak rumit. Jika tidak kena gaya, seluruh desktop ubuntu akan 'porak peranda' dengan font yang tidak teratur. Saya menemui sejenis font yang sangat padan dengan selera saya. Dan apabila ia 'padan dengan selera saya', saya yakin ia juga padan dengan selera pengguna ubuntu yang lain. Mengapa? Sebab saya agak cerewet dengan paparan desktop ubuntu saya. Haha! Ok, hentikan gurauan dan jom berserius! Font tersebut be...

Huawei modem dan ubuntu update

Dalam entry lepas , saya menulis seperti berikut; 1.Setiap kali anda alihkan modem dari komputer kemudian cucuk kembali, apabila anda cuba untuk connect anda akan mendapat error --> Cannot open /dev/ttyUSB0: No such file or directory --> Cannot open /dev/ttyUSB0: No such file or directory --> Cannot open /dev/ttyUSB0: No such file or directory Cara selesaikan : restart ubuntu anda dan ulang dari asal! Penerangan : Saya dapati device (ttyUSB*) -- yang mana * adalah pembolehubah yang berubah-ubah setiap kali modem disambungan ke komputer yang sedang ON. Oleh kerana kita telah tetapkan modem huawei = ttyUSB0 sebagai default dalam wvdial.conf, perubahan padanya menyebabkan pengguna tidak dapat connect dan keluar error diatas. Sebenarnya, kita tidak perlu restart komputer jika sambungan usb modem tercabut. Apa yang perlu dilakukan hanyalah memasukkan 2 command berikut; sudo modprobe -r uhci_hcd sudo modprobe uhci_hdc dan ulang sudo wvdial sekali lagi. Anda akan connect dengan inter...

Software Freedom Day 08 : 20 sept!

Image
Software Freedom Day (SFD) ialah pesta menyambut Perisian Percuma dan Sumber Terbuka (FOSS). Matlamatnya ialah untuk mendidik penduduk bumi tentang kebaikan menggunakan perisian FOSS dalam pendidikan, sektor kerajaan, kegunaan peribadi, perniagaan dan seluruh juzuk kehidupan. Saya tertarik kepada sambutan software freedom day yang dirancang untuk diadakan disekolah-sekolah. Disini tedapat satu katalog perisian FOSS yang boleh digunapakai disekolah-sekolah atau mungkin di institut yang lebih tinggi. Senarainya cukup lengkap untuk dijadikan rujukan oleh pengubal kokurikulum sekolah-sekolah malaysia. Saya merupakan salah seorang dari bekas pelajar di salah sebuah sekolah bestari. Setiap malam selasa, kami disekolah tersebut diwajibkan menghadiri apa yang dinamakan "kelas komputer" dan modul yang diajarkan kepada kami (seingat saya) tiada lansung kaitan dengan FOSS. Apa yang ada cumalah kelas biasa, belajar menggunakan microsoft word dan akhirnya disudahi dengan mempelajari car...

Beberapa Update Terkini

Image
Beberapa hari yang memerlukan semangat yang tinggi, tetapi diri sendiri tidak mempunyai semangat setinggi yang diperlukan. Apapun saya telah melakukan beberapa perkara untuk melunaskan beberapa hari ini dengan lebih bermanfaat - agar sesuatu yang dirancang itu sentiasa berada diatas landasan yang tepat. E-MAJ Saya telah siapkan layout scribus yang asas untuk digunakan dalam edisi kedua nanti. Nantinya penulis emaj hanya perlu menyesuaikan panjang artikel dengan layout tersebut dan elemen lain boleh ditambah dengan bebas. Saya juga memikirkan bahawa emaj memerlukan identiti yang esklusif. Benda pertama yang saya fikirkan ialah logo. Saya telah cuba untuk design supaya logo emaj tidak lari dari konsep ubuntu dan mempunyai ciri ke-malaysia-an. Hasilnya adalah seperti diatas. Agak amatur? hehe..apapun saya berjaya menghasilkan 3 kelopak bunga raya jika anda perasan! Pembayaran Tshirt Ubuntu Ramai yang bertanya altenatif kepada bank islam untuk membuat pembayaran. Sebenarnya jika anda mempu...

Sah! Lenovo Menyisihkan Linux

Image
Petikan dari Jomlinux.com Setelah bertiup khabar angin tentang Lenovo akan membuang opsyen dari produksinya. Akhirnya, khabar angin itu menjadi 'khabar nyata'. Meskipun sehari sebelum Lenovo mengesahkan akan menghentikan keluaran Linux, Ray Gormo (pengarah eksekutif hubungan luar) menafikan khabar angin ini. Tapi nampaknya Lenovo berbohong. Berita terbaru mengatakan ia menghentikan laptop dipasang Linux yang boleh ditempah secara online sebelum ini. Bagaimanapun, pelanggan korporat dan kerajaan boleh menempah Lenovo Linux (yang pasti pelanggan seumpama ini membeli laptop secara pukal). Desas-desus mengatakan tindakan Lenovo menarik Linux dari pasaran kerana tidak mahu menanggung tuntutan para pengguna yang mahu menggunakan Linux daripada Windows. Lalu, terpaksa memulangkan 'caj lesen Windows' kepada pelanggan kerana tidak menggunakan Windows.

Tentang Sistem Fail Linux?

Image
Petikann Jomlinux.com Fuhh...banyak hari juga penulis sibuk semenjak dua menjak nie. Tetapi semalam penulis terfikir beberapa perkara termasuklah hal dengan Windows ini. Saya yang ada pengalaman menggunakan Windows ketika mula-mula dulu mengenali Linux memang 'kosong' dan keliru tentang Sistem Fail (Filesystem) dan hirarki bagaimana satu sistem itu disusun. Kalau dilihat pada permulaan Sistem Fail Windows memang agak teratur dan kurang cabang. Boleh dikatakan berpusat. Sedangkan Linux membahagikan fail mengikut kategori ke dalam fail-fail yang ada seperti etc, var, usr . Boleh katakan jika anda memasang sesuatu perisian dalam Windows kita boleh dapat satu program itu dalam satu folder. Sedangkan dalam Linux mungkin satu program itu berserak fail dia mengikut jenis-jenis yang ditetapkan pada satu folder tu. Ini membuat saya gusar sikit tentang Sistem Fail Linux. Dalam pengetahuan saya, jika kita ada 2 hard disk dalam satu komp (bukan 2 partition) dan ingin membuat suntingan vide...

Menyelesaikan konflik antara game dan compiz

Image
Bagi pengguna ubuntu yang telah menggunakan ubuntu untuk sekian lama, terdapat beberapa waktu yang anda perasan ketika ingin bermain game, maka muncul kesan grafik yang tidak enak dilihat mata seperti black screen, distorted, atau game tersebut crash atau lembab. Keadaan ini adalah disebabkan oleh konflik antara grafik game dan compiz fusion. Penyelesaian bagi masalah ini mungkin terdapat dalam versi X.org yang akan datang tetapi tidak buat masa ini. Jadi kita perlu memikirkan sesuatu penyelesaian yang sesuai untuknya. Oleh kerana game tersebut berkonflik dengan compiz, jadi kita ingin disablekan compiz ketika bermain game tersebut.Yelah tengah main game takkan nak ada efek compiz jugak kan. Nanti tak pasal-pasal keluar efek berapi walaupun anda tak melepaskan tembakan (hehe). Penyelesaiannya cukup mudah dan saya suka untuk menjadikan artikel saya ini sebagai pemberi ilham kepada pengguna untuk menyelesaikan atau melakukan perkara yang lain. 1. Buka text editor (Applications > Acces...

Gambas : Visual Basic untuk linux dan tutorial penggunaanya

Image
Rasanya ini bukan kali pertama saya tegaskan dalam blog ini bahawa saya bukan dalam bidang IT! Saya tidak pernah mencuba apa itu Visual Basic, tidak pernah menyentuh apa itu MySQL, tidak pernah menuntut secara lansung tentang apa itu PHP dan sebagainya. Sama juga seperti anda - bermula dari tidak tahu apa-apa. Jika anda merasakan artikel ini hanya untuk budak IT, saya lebih cenderong untuk mengatakan anda telah tersilap. Pada saya, sesiapa juga berhak dan wajar mencuba sesuatu yang baru untuk meneroka keupayaan diri sendiri. Ok, Tamat mukaddimah! Hari ini saya ingin mengulas tentang Gambas , satu development environment yang percuma berasaskan Basic interpreter dan berfungsi seolah-olah visual basic didalam windows. Menggunakan Gambas, kita boleh design GUI (graphical user interface) atau paparan antaramuka sesuatu program menggunakan QT atau GTK+, mencapai MySQL, PostgreSQL, Firebird, ODBC dan SQLite database, memandu aplikasi KDE dengan DCOP, menerjemah aplikasi kepada apajua bahasa,...

T-Shirt Ubuntu : Habis ditempah dalam 4 hari

Saya secara rasminya menutup tempahan tshirt ubuntu yang dibuka pada 8hb9 yang lalu. Saya menerima kebanjiran tempahan dari seluruh negara dan 4 hari sahaja, 120helai tshirt habis ditempah. Alhamdulillah, aura ubuntu marak membara dan ini adalah satu perkembangan yang cukup baik. Sejujurnya saya tidak berniat untuk menjadi usahawan tshirt. Dalam minda saya ialah, ubuntu akan tersebar luas jika kehadirannya diketahui. Dan anda ialah duta-duta kecil kepada tersebarnya ubuntu. Saya agak sibuk buat masa ini. Kepada sesiapa yang ingin menjadi penulis jemputan di blog ini, sila email kepada saya. Anda akan berkuasa penuh kepada artikel yang anda tulis disini. Berminat? Hantarkan email kepada saya!

Dust theme untuk desktop ubuntu

Image
Antara keistimewaan ubuntu yang menjadi hobi saya ialah menukar tema desktop. Saya langsung tidak boleh menukar tema dalam OSX Leopard, terpaksa menggunakan perisian dan trick yang melecehkan dalam XP dan vista, membuatkan ubuntu linux adalah OS kegemaran saya. Asalnya saya kurang menyukai tema gelap. Kecualilah tema ini. Dust ! Ianya konsep terbaru yang difikirkan untuk diadaptasikan kedalam versi ubuntu 8.10 Intrepid Ibex. Berkonsep clean , modern , functional , dan unique , tema ini berjaya mengubah desktop anda kepada sesuatu yang anda suka tatap! Saya tidak mahu mengulas panjang kerana saya yakin anda yang membaca entri ini sudah tentu ingin download dan memasang theme hebat ini (tanpa perlu membaca panjang). Download : Dust Theme Save fail .tar.gz tersebut di mana-mana dan drag fail berkenaan kedalam tetingkap appearance untuk memasangkan. Klik Customize dan pilih Dust! Untuk Wallpaper pula, ianya wallpaper seolah-olah untuk Intrepid Ibex dan sangat anggun! Download : Wallpaper t...

Idea font installer : Ops.. Ia telah direalisasikan!

Image
Jika sekiranya anda peka dengan setiap update dalam blog ini, sudah tentu anda masih ingat tentang entri berkaitan idea font installer bukan? Anonymous cuba merealisasikan idea tersebut dan telah berkongsi code (yang ditulis oleh beliau dalam python) dengan saya. Setakat ini, pembangunan idea tersebut masih diperingkat yang terlalu awal, dengan interface yang sangat simple dan masih mempunyai sedikit masalah teknikal. Berikut merupakan interface awal yang mampu dihasilkan; Seperti yang dapat anda lihat, antaramukanya sangat simple tetapi ia menepati idea saya. Ia masih gagal menjalankan fungsi yang sepatutnya namun anonymous telah melakukan satu permulaan yang baik kearah itu. Tahniah! Kebetulan, beberapa hari yang lalu saya ada memasang KDE dalam ubuntu saya untuk memberikan saya pilihan semasa login samada untuk login kedalam Kubuntu (KDE) atau Ubuntu (GNOME). Menggunakan Kubuntu dan Ubuntu yang berkongsi satu APT mempunyai pelbagai kelebihan antaranya anda boleh menggunakan peris...

Bengkel Pengenalan Ubuntu di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Beberapa hari selepas saya menulis laporan penuh ubuntu@iPT di kolej ShahPutra , saya menerima satu email jemputan daripada seorang pensyarah di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (dahulunya dikenali sebagai politeknik Dungun) untuk mengadakan satu Bengkel Pengenalan kepada Ubuntu kepada pelajar-pelajar tahun akhir bidang teknologi maklumat di institusi berkenaan. Semuanya masih dalam perancangan, tetapi jika ia menjadi kenyataan seperti yang dirangka, ia bakal berlansung selama sehari pada 4 Okt 2008. Disamping sibuk menguruskan soal tempahan baju yang setakat ini melepasi angka 100 helai tempahan, soal emaj yang template nya masih dalam perangkaan, soal buku praktikal yang dalam 40% untuk siap, kini saya mempunyai kerja baru iaitu merangka modul dan pengisian dalam sesuatu yang dipanggil bengkel ubuntu! Saya berkemungkinan memerlukan seorang dua pembantu yang mampu untuk memberikan komitmen dengan tarikh 4 Okt tersebut (hari raya keempat)....

Eksperimen menguji ClamAV(antivirus) dalam ubuntu

Image
Virus adalah kewujudan yang tidak diperlukan bagi sesiapapun - kecualilah jika anda pembangun antivirus untuk keuntungan. Analysis of the Impact of OSS Oct 2001 mendedahkan industri antivirus pada ketika itu mencatatkan jumlah jualan melebihi $1000,000,000 dollar setiap tahun. Namun terdapat juga pembangun antivirus sumber terbuka yang dibangunkan bukan atas dasar mengaut keuntungan, tetapi atas dasar membantu komuniti kerana mereka menganut prinsip "perisian seharusnya percuma, kod perisian sepatutnya boleh diperlihatkan kepada umum, dan pengguna bebas menggunakannya tanpa terikat kepada apa-apa copyright". ClamAV adalah antara antivirus yang memakai prinsip tadi. Istiewanya, ia antivirus untuk sistem yang berasaskan UNIX - termasuk linux, mac osx! Saya tertarik kepada artikel yang ditulis oleh sdr od3n berkenaan menguji antivirus dalam windows . Ujian berkenaan bakal mendedahkan kualiti yang ada pada satu-satu antivirus. Hipotesisnya mudah, jika antivirus dalam windows ga...

Tshirt ubuntu : Update Harga!

Saya telah cuba mendapatkan harga print tshirt yang paling murah untuk para pembeli ( rujuk sini ) dan hasilnya saya berpuas hati dengan harga yang saya letak untuk tshirt tersebut. RM23! Untuk pengetahuan pembaca dan pembeli, tshirt yang saya tempah tersebut menggunakan 5 warna dan menggunakan kualiti kain yang agak bagus 80%cutton (tebal dan tidak mudah kecut). Berbalik kepada isu kos. Insyaallah saya akan menggunakan perkhidmatan poslaju dan anda boleh memeriksa rate harga poslaju disini . Contohnya, jika sehelai tshirt + pembungkus mempunyai berat 0.5kg, maka kos untuk poslaju = RM4.50 bagi semenanjung malaysia. Seperti yang saya maklumkan dalam email pembeli, tshirt akan siap dalam tempoh 2minggu dari sekarang dan saya akan maklumkan tentang cara pembayaran melalui email. Tunggu dan enjoy!

TiddlyWiki : Wiki peribadi ke desktop ubuntu

Image
Selepas saya mengenali Mac OSX, saya bertemu dengan pelbagai perisian yang selama ini saya tidak terfikir pun yang saya memerlukan perisian seperti itu. Antaranya ialah Journler dan Yojimbo. 2 perisian ini pada asasnya berfungsi untuk mencatat nota peribadi. Journler mempunyai fungsi mencatat nota tulisan, audio dan juga video. 2 perisian ini saya perlukan untuk mencatat segala ilmu dan artikel menarik yang saya jumpa di internet untuk dibaca dan dirujuk kemudiannya. Ternyata saya amat memerlukan perisian seperti itu untuk tujuan rujukan menulis blog, buku dan sebagainya. Oleh kerana hampir 90% masa saya ialah dalam ubuntu, lalu saya buntu mencari perisian yang sama dalam ubuntu. Setakat ini saya hanya mampu menggunakan Tomboy tetapi ia mempunyai kekurangan iaitu tidak boleh memaparkan imej, screenshot dan sebagainya. Ia juga tidak begitu sesuai untuk nota yang panjang, tutorial dan seumpamanya. Kini saya menemui TiddlyWiki , yang ditulis menggunakan html dan dipenuhi dengan javascript...

Terminator : Tool yang lebih hebat dari terminal

Image
Sudah biasa dengan aplikasi terminal? Sudah biasa dengan "sudo" dan kata arahan linux yang asas? Jika sudah biasa (dan saya harap anda sudah biasa), hari ini mari berkenalan dengan terminator, aplikasi yang membenarkan multiple terminal dalam 1 tetingkap [lihat imej diatas]. Tidak seperti terminal biasa yang hanya mempunyai satu terminal untuk satu tetingkap, terminator membenarkan pengguna menambah ruang terminal dalam tetingkap yang sama - secara mendatar (horizontal) atau menegak (vertical). Hanya perlu right click pada terminal dan pilih split horizontally atau split vertically dan ruang terminal baru akan muncul. Kebaikan . Anda mungkin bertanya, apa kebaikannya mempunyai multiple terminal dalam 1 tetingkap. Tanpa perlu bertukar ke tetingkap terminal lain, terminator semestinya menambahkan produktiviti jika anda seorang programmer yang perlu compile fail tertentu dalam direktori yang berbeza. Kadang kala menukar tetingkap sahaja mengganggu konsentrasi dan fokus jika tida...

Tempah tshirt ubuntu anda sekarang!

Image
Entri ini berkaitan dengan artikel terdahulu [ rujuk ]. Tempahan untuk baju ubuntu [imej diatas @ klik sini untuk versi high res .] secara rasminya dibuka hari ini. Saya dengan bantuan seorang rakan telah menempah 100helai pertama tshirt ubuntu dengan membuat anggapan taburan saiz baju adalah S-5, M-40,L-40, dan XL-15. Semua tshirt adalah berwarna putih tanpa kolar dan berlengan pendek. Saya masih mempertimbangkan tentang harga tetapi saya jamin ia tidak akan melebihi RM25 sehelai [tidak termasuk kos penghantaran.] Cara membuat tempahan. Siapkan maklumat berikut; Nama (nama penuh anda): Alamat (untuk tujuan penghantaran) : No Telefon (yang paling digunakan) : Email (yang anda check setiap hari) : Saiz baju (samada S, M, L, atau XL) : Kuantiti (sila nyatakan saiz dan kuantiti jika lebih dari sehelai) : dan hantarkan ke email : tshirt.malc {at} gmail.com --->rujuk sidebar. Saya akan kumpul dan uruskan soal tempahan yang dibuat dan kemudian saya akan maklumkan kepada pembeli ten...

Auto-NDISwrapper : Guna driver wireless card windows untuk linux

Image
Artikel ini adalah kesinambungan dari artikel NDISwrapper yang lalu.[sila rujuk] Oleh kerana NDISwrapper ialah utiliti yang sukar untuk dikonfigurasikan, komuniti linux telah menghasilkan satu lagi utiliti iaitu Auto-NDISwrapper. Perkataan "auto" mungkin dapat memberi gambaran sedikit sebanyak kepada pembaca tentang fungsi utiliti ini. Sebagaimana yang dibayangkan, Auto-NDISwrapper membolehkan pengguna; Mengesan jenis wireless card secara automatik Disablekan current wireless card driver (untuk menghalang conflict) Download windows driver untuk wireless card yang tepat untuk komputer pengguna melalui internet (perlukan internet) Memasang driver windows bagi wireless card yang berkenaan kepada NDISwrapper Download dan run Auto-NDISwrapper. Harus diingat, jika wireless card anda sudah berfungsi, anda tidak perlu lagi memasang utiliti ini. Hanya pasang utiliti ini jika anda buntu memikirkan cara untuk membolehkan wireless card anda berfungsi dalam ubuntu. Download : Auto-NDISwr...

Review ringkas VirtualBox 2.0

Image
VirtualBox merupakan perisian "kotak maya" yang membolehkan penggunanya memasang sistem operasi maya didalam sistem operasi "host". Sistem operasi maya yang disokong oleh virtualbox termasuklah semua keluarga sistem operasi windows (termasuk windows server), semua keluarga linux, BSD, Solaris dan sebagainya kecuali Mac OSX. Baru-baru ini Sun Microsystems mengumumkan terbitnya virtualbox versi 2.0 dan boleh didownload dan digunakan secara percuma dalam kebanyakkan sistem operasi termasuklah windows, linux dan mac osx. Antara pembaharuan yang boleh didapati dalam versi 2.0 termasuklah; 64 bits guest support (64 bits host only) New native Leopard user interface on Mac OS X hosts The GUI was converted from Qt3 to Qt4 with many visual improvements New-version notifier Guest property information interface Host Interface Networking on Mac OS X hosts New Host Interface Networking on Solaris hosts Support for Nested Paging on modern AMD CPUs (major performance gain) Framewo...

OpenOffice.org 3.0 RC1, Intrepid Ibex Aplha 5, dan beberapa update

Image
OpenOffice.org 3.0 Release Candidate 1 secara rasminya bersedia untuk dicuba oleh pengguna komputer samada linux, mac osx mahupun windows. Saya telah membuat sedikit review berkenaan ciri terbaru yang diperkenalkan dalam versi 3.0 versi beta yang lalu. Jika anda ingin membaca review tulisan sdr shahdan, sila ke entry sebelum ini . Terbitnya versi RC1 ini menandakan versi penuh bagi 3.0 akan terbit dalam masa yang terdekat. Ini adalah antara update yang paling dinantikan bagi pengguna openoffice.org kerana perisian openoffice.org merupakan perisian sumber terbuka yang mempunyai bilangan pengguna yang besar seperti juga perisian firefox. Hari ini juga team pembangun ubuntu mengumumkan terbitnya intrepid ibex alpha 5, update kepada alpha 4 yang diterbitkan baru-baru ini. Untuk makluman, terdapat beberapa tahap pembangunan sebelum sesuatu perisian sumber terbuka itu mencapai tahap matang. Tahap pertama ialah alpha, diikuti dengan beta, kemudian RC (release candidate) dan kemudian barulah...

Apa perubahan diri anda selepas mengenali dan menggunakan ubuntu?

Pertemuan dengan seseorang mungkin mengubah hidup anda. Pertemuan dengan ubuntu pula bagaimana? Bagi diri saya, banyak perubahan telah berlaku semenjak saya mengenali ubuntu. Antaranya ialah; Mengenali lebih banyak sistem operasi dan distro : Pelik atau tidak, saya mengenali mac osx adalah selepas saya kenal ubuntu. Ketika itu saya suka theme mac osx untuk gnome dan kemudian saya berlajar tentang cara install mac osx dalam pc biasa sebelum secara rasminya membeli sebuah macbook . Pelik? Belajar menyelesaikan masalah sendiri secara merujuk google : Ketika saya mula menggunakan ubuntu 7.04, tidak ramai kawan saya yang menggunakan ubuntu. Rujukan bertanya hampir tidak ada. Kesannya, saya terpaksa berkawan dengan google untuk mencari penyelesaian bagi setiap permasalahan yang saya hadapi. Ia termasuk juga tweaks dan tricks yang hebat dalam ubuntu. Semuanya dari web, blog, forum dan tutorial. Fuhh, saya tak sangka saya telah melepasi zaman macam tu. Lebih mengenali open source (sumber ter...

Open Malaysia : Maklumat tentang perkembangan sumber terbuka di malaysia

Image
Hari ini (selain dari kerja-kerja persiapan projek dan sebagainya), saya membuka dan membaca blog Open Malaysia , sebuah blog yang mengandungi maklumat yang cukup padat dan esklusif tentang perkembangan sumber terbuka dimalaysia. Zaman ini, maklumat adalah cukup penting. Sepenting itu juga kepada penulis blog seperti saya dan juga kepada para pelajar (jurusan IT) yang menjadi pembaca disini. Sejujurnya saya tidak tahu siapakah penulis blog open malaysia. Tetapi beberapa maklumat yang terdapat di dalamnya adalah cukup esklusif. Contohnya surat komen dan bantahan syarikat microsoft malaysia keatas SIRIM BHD yang mengiktiraf Open Document Format (ODF) sebagai standard malaysia. Sila rujuk imej berikut; Imej dari Open Malaysia Banyak lagi dokumen dan maklumat tentang perkembangan sumber terbuka dimalaysia yang tercatat dalam blog open malaysia. Saya cukup teruja membaca baris demi baris dan mengetahui sumber terbuka semakin mendapat tempat dimalaysia. Semoga pembaca mendapat gambaran dan m...

ATI Menawarkan HD Pada Linux

Image
Petikan dari jomlinux.com Menurut laporan terkini, anak syarikat AMD iaitu pembuat unit pemproses grafik (GPU), ATI menetapkan satu lagi langkah kehadapan dalam menyokong Linux. Tindakan ini dijangka akan membuatkan Linux lebih mesra pengguna. Menurut sumber ATI, syarikat itu akan menyediakan pemacu (driver) bagi produknya untuk menyokong memaikan muvi definasi-tinggi terlindung (protected high-defination) dalam Linux.Ia mungkin berada di pasaran menjelang Oktober 2008. Setakat ini, dikatakan belum ada pengilang kad grafik yang menyokong HD untuk Linux. penulis juga, mendapat tahu bahawa ATI menawarkan pemacu ini kerana mereka percaya bahawa pasaran menunjukkan permintaan yang tinggi bagi perkakasan yang diasaskan dengan Linux. Pada peringkat awal. pemacu ini dikatakan akan hanya terdapat untuk OEM yang bermaksud beberapa sistem komputer yang dapat memainkan format HD ini. Walaupun, ianya tertentu tetapi penulis yakin bahawa dengan adanya tindakan sebegini kebanyakkan pengguna kompu...

Download tutorial cara menggunakan OpenOffice.org

Image
Saya sentiasa menghargai sumbangan anda dalam bidang perkongsian ilmu dan terima kasih serta tahniah ini khas untuk sdr Shahdan kerana telah menghasilkan 2 dokument tentang openoffice.org yang saya kira satu permulaan yang baik untuk penghasilan dan perkongsian seterusnya. 2 dokumen yang cuba saya highlightkan disini berkaitan dengan openoffice.org iaitu satu review dan satu lagi tutorial. Failnya dalam bentuk pdf dan chm. Bagi pengguna ubuntu, anda harus memasang chm viewer untuk membolehkan anda membaca fail tutorial ini. Sila klik link berikut untuk memasang chm viewer : Gnochm. Download : ooo.chm Download : ooo3 short review.pdf (bm) Teruskan menyumbang. Kepada sdr Shahdan, apakata jika sdr menjadi penulis emaj?

Design terakhir t-shirt ubuntu sebelum printing

Image
UPDATE : Untuk tempahan sila klik - Tempahan . Setelah melihat kepada respon yang diterima dari design terdahulu , saya membuat keputusan mengubah sedikit sebanyak dari design asal dan hasilnya dapat anda lihat dalam imej diatas. Saya membuat keputusan menggunakan design ini untuk tshirt tanpa kolar. Antara perubahan yang saya lakukan ialah menukar font untuk beberapa kategori perkataan, memasukkan perkataan bahasa melayu, dan menyusun kembali perkataan-perkataan kecil mengikut argorithm rambang (hehe). Perubahan lain yang boleh anda kesan ialah menambah perkataan "ubuntu malaysia" dibahagian belakang tshirt yang saya rasa agak sesuai untuk menunjukkan ciri-ciri ke"malaysia"an. Design terakhir ini berkonsepkan; professional-casual mesej (melalui perkataan-perkataan) komuniti Pandangan? UPDATE : Versi "linux for human beings" - High Res!

Circular Application Menu dalam percubaan

Image
Pembangun aplikasi saya kira cukup kreatif dalam meneroka dan menghasilkan konsep baru dalam setiap aplikasi mereka. Yang pastinya perbezaan konsep ini menambahkan pilihan untuk dicuba oleh "end user" dan pengguna ini boleh membuat pilihan konsep manakah yang paling sesuai untuk diri mereka. Gnome-do misalnya direka untuk mereka yang lebih menyukai keyboard dari mouse dan sebagainya. Saya menemui satu lagi konsep melancarkan aplikasi dan saya kira konsepnya cukup kreatif - Circular Application Menu . Aplikasi yang masih dibangunkan dan belum mencapai versi stabil ini boleh dipasang kedalam ubuntu dengan mendownload DEB package di : C-A-M @ getdeb.com . Saya tidak memilih untuk mengatakan bahawa konsep ini sesuai untuk anda. Tetapi ia berbaloi untuk dicuba dan mungkin menambah produktiviti anda juga. Aplikasi C-A-M setakat ini agak tidak stabil dengan sering quit unexpectedly . Stakat ini juga masih tidak ada fungsi preferences untuk menukar penetapan aplikasi, saiz bulatan, ...